You are on page 1of 13

EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

SEMESTER MEI/2020

MPU3223_V2
ENTREPRENEURSHIP 2

NAMA PELAJAR : EARLYN SOMIHI


NO. MATRIKULASI : 820118125428001
NO. KAD PENGENALAN : 820118-12-5428
NO. TELEFON : 012 8280641
EMAIL : earlyngasin@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU
ISI KANDUNGAN
Senarai Kandungan Muka Surat

PERSEKITARAN MAKRO DALAM DUNIA KEUSAHAWANAN


1.0 Pengenalan 1
2.0 Elemen-elemen Persekitaran Makro 3
2.1 Elemen Ekonomi 3
2.2 Elemen Teknologi 4
2.3 Elemen Kebudayaan Sosial 4
2.4 Elemen Politik dan Undang-undang 4-5
3.0 Kesan Persekitaran Makro Kepada Organisasi
3.1 Kesan: sosio-budaya 5
3.2 Kesan: Ekonomi 6
3.3 Kesan: Teknologi 6
3.4 Kesan: Politik dan undang-undang 6-7
4.0 Cadangan untuk Menguruskan Elemen-elemen Persekitaran
Makro dalam Organisasi 7-8

5.0 Kesimpulan 8-9

6.0 Refletif 10

7.0 Rujukan 11
Page |1

PERSEKITARAN MAKRO DALAM DUNIA KEUSAHAWANAN

Persekitaran makro syarikat dapat mempengaruhi keputusan organisasi yang dilaksanakan


bagu jangka masa yang panjang. Tambahan lagi, ia merupakan elemen yang tidak boleh
dikawal. Adalah sangat penting untuk memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran
di dalam menguruskan sesuatu organisasi dan menentukan kejayaan seterusnya
mempengaruhi keputusan dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. Selain itu,
persekitaran makro juga merupakan persekitaran yang berada diluar kawalan organisasi.
Walaupun sedemikian, organisasi hendaklah sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini
boleh memberi ancaman atau kesan kepada organisasi. Sehubungan daripada kesukaran
usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada di sekeliling mereka, para
usahawan perlulah sentiasa bijak dalam menanganinya dengan mengambil langkah untuk
memahami setiap elemen-elemen persekitaran makro tersebut. Para usahawan harus sedar
bahawa persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk
jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal.
Melalui persekitaran makro tersebut, analisa akan dilakukan kepada sebuah syarikat pilihan
untuk melihat kesan persekitaran makro kepada organisasinya. Selain itu, penambahbaikan
juga akan diberi sebagai cadangan kepada perniagaan sedia ada.

1.0 PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, para usahawan dianggap wira perusahaan bebas. Ramai daripada mereka
telah menggunakan gelaran ini sebagai inovasi dan kreativiti untuk membina sebuah
perusahaan yang memberi pulangan berjuta-juta dolar daripada perniagaan baru
ditubuhkan.  Keusahawanan merupakan proses dinamik dimana kita mampu mewujudkan
kekayaan tambahan. Mereformasi atau merevolusikan corak pegeluaran oleh mengeksploitasi
ciptaan atau, secara umum, kemungkinan teknologi belum dicuba untuk menghasilkan
komoditi baru atau menghasilkan sesuatu yang lama dengan cara yang baru merupakan tugas
seorang usahawan. Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang
dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak
boleh dikawal. Ia terbahagi kepada 4 unsur iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi, politik
dan perundangan.
Page |2

Tugasan pada kali ini memerlukan saya menganalisis sebuah syarikat besar bagi menjelaskan
elemen-elemen persekitaran makro di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau
organisasi. Ia adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta mempengaruhi
keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan, lebih lagi apabila sedang berada dalam
tempoh kawalan pergerakan yang disebabkan oleh penyakit tular iaitu pandemic Covid-19
yang masih menjadi musuh setiap negara pada saat ini. Syarikat pilihan saya kali ini ialah
sebuah agensi pelancongan yang diberi nama Mayflower. Syarikat ini telah ditubuhkan Pada
Disember 1960, pengendali pelancongan, Stephen Kang dan Josephine Kho. Pada mulanya
bergabung dengan Tan Chong & Sons Motor SDN BHD telah menubuhkan ACME sewa
kereta dan perkhidmatan pandu dan sewa serta memandu di Malaysia pada Mac 1963. Kereta
sewa dan pandu Acme berkembang untuk meliputi pelancongan dan perjalanan, ia telah
diperbadankan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad pada 27 Disember 1969, yang
mengakibatkan kelahiran Acme Tours and Services Sdn Bhd. Pada tahun 1972, dalam
Mesyuarat antara Kang dan Pengerusi pengasas Allahyarham Tan Chong & Sons motor, Tan
Sri Dato ' Tan Yuet Foh, sebuah penggabungan yang mungkin antara Mayflower Tours dan
Acme Tours dan perkhidmatan pelancongan telah dibincangkan. Pada 20 Julai 1973,
Mayflower Acme Tours Sdn Bhd menjadi entiti yang sah. Pada akhir tujuh puluhan, Syarikat
ini telah mengembangkan pelbagai perkhidmatan pelancongan untuk meliputi pengendalian
tempahan tiket penerbangan. Akhirnya, perjalanan korporat dan lawatan ke luar juga
diperkenalkan ke dalam perkhidmatan yang stabil Mayflower menubuhkan syarikat
pelancongan. Berikutan penyusunan semula Tan Chong Motor Holdings pada tahun 1999,
warisan TC Holdings Bhd (WTCH), sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa
Malaysia, telah ditubuhkan untuk mengambil alih perniagaan bukan motor, antara lain,
termasuk Mayflower Acme Tours. sebagai akibat daripada pelaksanaan penyusunan semula,
Mayflower menjadi anak syarikat milik penuh WTCH dan mempunyai modal berbayar
sebanyak RM 2.4 juta dan modal dibenar RM3 juta. Pada Ogos 2000, WTCH memasuki
usahasama (JV) dengan American Express untuk membentuk perkhidmatan perjalanan
Mayflower American Express yang memberi tumpuan kepada perjalanan korporat. Syarikat
JV memulakan operasi pada tahun 2001 dan menjadi satu kejayaan mendaftarkan
pertumbuhan digit berganda untuk enam tahun berturut-turut dan mendapat kedudukan ejen
teratas di Malaysia untuk tempoh yang sama. Menyedari kejayaan model perniagaan JV,
American Express hari ini menerimanya sebagai tanda aras untuk usahasama baru lain yang
ditubuhkan di China dan Filipina. Mayflower Tours. mempunyai
Page |3

permulaan yang sederhana iaitu sebagai pengendali pelancongan kecil. Tahun berganti tahun,
Mayflower kini telah melakukan sesuatu yang berada di luar peranan asas pengendali
pelancongan masuk kepada “Total Travel Service Specialist” yang sangat luar biasa iaitu
melayani keperluan perjalanan unik pelancong dari seluruh dunia. Mayflower telah mencapai
kejayaan sebagai peneraju pasaran dan sebagai salah satu pengendali pelancongan masuk
terbaik yang mengeskport perkhidmatan mereka di seluruh dunia. Penjenamaan Mayflower
bermaksud untuk memberikan kepuasan hati melalui pengalaman perjalanan percutian,
dengan misi untuk membawa seluruh dunia ke Malaysia untuk merasakan sendiri keindahan,
perkhidmatan dan kepelbagaian kaum dan budaya dengan membina satu agensi yang
menawarkan perkhidmatan, kualiti, integrity, profesional dan mengambil peduli.

2.0 ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO

Dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang perlu dihadapi oleh
semua organisasi iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan
undang-undang.

2.1. Elemen Ekonomi

Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli
pengguna dengan corak perbelanjaan. Pola utama pendapatan dan perubahan pola
perbelanjaan pengguna harus diteliti oleh pemasar. Setiap perubahan tidak kira dalam bentuk
positif dan negatif, di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola
pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran.
Sehubungan dengan itu, kuasa membeli pengguna adalah bergantung kepada harga,
pendapatan semasa, kredit dan tabungan. Contohnya, dalam topik ini agensi pelancongan
yang dipilih adalah Mayflower. Seperti yang kita tahu, wabak pandemic Covid-19 sangat
memberi kesan kepada agensi pelancongan kerana selama lebih dari tiga bulan mereka
terpaksa menutup premis atau menghentikan perkhidmatan kerana mahu menyahut seruan
kerajaan untuk sama-sama mengawal pergerakan keluar dan masuk para pelancong dalam
serta luar negara agar masyarakat tidak dijangkiti dengan penyakit berbahaya dan membawa
maut ini.

Page |4

2.2 Elemen Teknologi

Seiring dengan arus pemodenan duina, terdapat banyak teknologi terkini yang telah dicipta
untuk menggantikan teknologi yang sudah lama. Oleh yang demikian, kadar perubahan
teknologi adalah sangat cepat dan pantas pada masa kini. Terdapat lebih banyak peluang dan
pasaran baru yang dapat diwujudkan melalui perubahan dan inovasi teknologi ini,
Contohnya, segala iklan atau pemasaran mengenai pakej yang ditawarkan oleh Mayflower
dapat disiarkan melalui internet. Laman sesawang dan aplikasi yang dimuatnaik melalui
telefon pintar juga amat berguna untuk memajukan agensi tersebut.

2.3 Elemen Kebudayaan Sosial

Elemen kebudayaan Sosial ini menjelaskan pada kita mengenai institusi dan pengaruh lain
yang berkaitan dengan asas, pandangan, keutamaan serta tingkah laku sesebuah lapisan
masyarakat. Sebagai contoh, nilai dan kepercayaan mereka dibentuk melalui perubahan dan
inovasi teknologi ini, berdasarkan norma masyarakat tersebut. Selain itu, kebudayaan sosial
juga terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan
dalam masyarakat. Pelancong dari luar negara amat digalakkan untuk bercuti di Malaysia.
Masyarakat pelbagai kaum dan budaya adalah simbol kedamaian rakyat Malaysia yang mana
sekali gus dapat menarik minat pelancong untuk datang dan ini memberi peluang yang baik
kepada agensi pelancongan seperti Mayflower.

2.4. Elemen Politik Dan Undang-undang

Elemen ini pula adalah merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh
pihak kawalan organisasi yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu
dalam masyarakat. Selain itu, undang-undang di dalam persekitaran makro turut meliputi
peraturan yang telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan sebagai contoh reka bentuk
perkhidmatan dan mengawal harga, kos pengiklanan, kos upah dan persekitaran tempat kerja
seperti rangka undang-undang yang diwujudkan dan yang memerlukan syarikat memenuhi
atau mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Page |5

Syarikat tidak boleh sesuka hati membuat sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan
mengekalkan keadaan yang sudah sedia ada. Organisasi juga dikawal oleh undang-undang
yang sedia ada seperti Undang-Undang Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang,
Undang-undang Sewa Beli, Undang-Undang Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan
sebagainya. Contohnya syarikat Mayflower menawarkan produk yang luas dan kadar servis
yang dibahagikan kepada beberapa kategori sahaja seperti pakej pelancongan, tiket
penerbangan, tempahan hotel tempatan dan seluruh dunia, pelancongan bersifat budaya dan
pengetahuan dan terakhir menawarkan pengurusan perkhidmatan sewa kereta. Agensi ini
tidak boleh menawarkan perkhidmatan lebih daripada apa yang sudah dipersetujui.

3.0 Kesan Persekitaran Makro Kepada Organisasi


Kesan persekitaran makro merupakan kesan yang berlaku selepas pengenalan elemen-elemen
tersebut dalam bidang pelancongan. Usahawan yang menawarkan perkhidmatan harus
menghadapi dan  bersemuka cabaran-cabaran ini.

3.1 Kesan: sosio-budaya.
Kesan elemen persekitaran makro yang pertama adalah kebudayaan sosial sama ada melalui
demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi
perkhidmatan dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti perkhidmatan yang akan
dikeluarkan, pakej yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Melalui kebudayaan pula,
institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi,
keutamaan dan tingkah laku.
Wabak pandemik covid-19 yang tular seluruh dunia telah menjejaskan sosio-budaya
negara Malaysia yang terkenal dengan keindahan serta kepelbagaian kaum serta budaya.
Penerbangan disekat kerana wabak ini telah menyebabkan agensi-agensi pelancongan terjejas
teruk kerana tidak dapat menjalankan perniagaan yang melibatkan pelancongan antara negara
mahupun dalam negeri. Masyarakat dalam negara sendiri tidak dapat memberikan
pendapatan kepada agensi pelancongan kerana perintah kawalan pergerakan.
Page |6

3.2 Kesan: Ekonomi.


Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana boleh
mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah
kebimbangan kepada agensi pelancongan kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos,
harga dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan
berkurang, agensi pelancongan juga akan merundum pendapatannya. Apabila perintah
kawalan pergerakan dilaksanakan, banyak perkhidmatan seperti pakej pelancongan atau
bercuti terpaksa dihentikan kerana tidak boleh ada perkumpulan yang besar yang boleh
menyebabkan kesesakan. Permintaan berkurang daripada pelanggan sehingga menyebabkan
ekonomi semakin jatuh. Oleh yang demikian, industri pelancongan yang dahulunya
memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara kini terpaksa menutup
perkhidmatan.

3.3 Kesan: Teknologi.


Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ketiga ialah teknologi. Teknologi
merupakan tenaga yang paling penting yang memberi kesan kepada usahawan atau syarikat.
Pada zaman sekarang, segala urusniaga berkaitan dengan pelancongan memberi kesan kepada
teknologi dimana segalanya boleh dibuat hanya dihujung jari sahaja. Contohnya, membuat
tempahan hotel, tiket dan tempat lawatan boleh dibuat melalui aplikasi dalam telefon pintar
atau laman sesawang.

3.4 Kesan: Politik dan undang-undang.


Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-undang. Setiap
kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan
sumber. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran
makro di mana mereka perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan
di mana perniagaan tersebut dijalankan termasuklah undang-undang dalam bidang
kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini
dapat mempengaruhi sesebuah agensi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar,
keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang yang berkaitan cukai. Keadaan
ini bukan sahaja menyebabkan sekatan, malah ia menghalang sumber aliran bebas dari negara
lain. Persaingan sengit dari segi industri pelancongan antara Malaysia, Singapura, Indonesia
dan negara jiran yang lain.  Hal ini kerana masing-masing negara menawarkan pakej
pelancongan
Page |7

yang menarik. Namun wabak pandemic covid-19 telah menjejaskan semua agensi
pelancongan di seluruh dunia kerana negara tidak lagi menggalakkan rakyatnya untuk
melancong ke luar negara.

4.0 CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN


MAKRO DALAM ORGANISASI

4.1 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu
dalam aspek ekonomi. Syarikat perlu sentiasa membuat Analisa dan juga kajian terhadap
ekonomi dan dasarnya, sistemnya dan persekitaran ekonomi pada peringkat tempatan,
nasional dan global di mana perkhidmatan dan operasi dijalankan. Kegagalan dan kejayaan
sesebuah organisasi atau syarikat adalah bergantung dengan persekitaran ekonomi, oleh itu ia
memainkan peranan yang sangat penting. Syarikat harus meninjau, memantau, meramal dan
menafsir persekitaran ekonomi sama ada di peringkat domestik atau dunia kerana tahap
keadaan ekonomi ini akan memberi kesan yang penting bagi syarikat.

4.2 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi yang
melibatkan teknologi ialah menggunakan secara total teknologi dengan lebih konsisten dan
efisien. Kaedah pemasaran, pengiklanan, reka bentuk produk serta pengedaran haruslah
ditingkatkan melalui penggunaan system teknologi. Oleh yang demikian, ia dapat memberi
pulangan yang baik kepada syarikat untuk bersaing dengan agensi pelancongan yang lain.
Sementara perintah kawalan pergerakan diumumkan, syarikat boleh menggunakan teknologi
untuk membantu mengisi keperluan manusia.

4.3 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam sesebuah organisasi
iaitu melalui aspek sosio-budaya yang merangkumi aspek demografi dan budaya. Organisasi
atau para usahawan perlu menilai perubahan demografi untuk kenal pasti di mana peluang
perniagaan yang wujud. Pemantauan dan penyelidikan daripada sesebuah syarikat harus
dibuat dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan bilangan penduduk, kelas sosial dan beberapa
statistic lain yang mempunyai hubung kait dengan populasi penduduk dalam sebuah negara
atau pun kawasan. Hal ini kerana, perkembangan sesebuah syarikat adalah dipengaruhi oleh
aspek yang berkaitan dengan kuantiti perkhidmatan yang dikeluarkan atau produk yang
sesuai untuk membentuk pasaran atau perkhidmatan.

Page |8

4.4 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam sesebuah organisasi
iaitu dalam aspek politik dan undang-undang. Syarikat perlu menilai serta sentiasa
mengawasi keadaan politik sepenuhnya untuk mengenalpasti ancaman yang hadir dan juga
peluang yang ada. Ini termasuklah sama ada ia akan memberi kesan secara langsung atau
tidak langsung kepada syarikat. Tujuannya adalah agar syarikat dapat melakukan tindakan
bijak bagaimana untuk berhadapan dengan permasalahan iaitu dengan membuat perancangan
yang lebih teratur.

5.0 Kesimpulan

Persekitaran merujuk kepada faktor yang mana memberi kesan positif atau negatif
kepada sesebuah organisasi. Ia memainkan peranan penting untuk menentukan sama ada ia
akan terus beroperasi atau tidak berkembang. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan urusniaga
dengan pelanggan atau pengguna. Perubahan akan berlaku setiap masa sama ada secara
mendadak, perlahan-lahan atau seringkali tidak menentu. Ia akan menjadi ancaman besar
kepada syarikat. Oleh yang demikian, untuk berjaya, syarikat perlu sentiasa mematuhi
strategi persekitaran syarikat atau organisasi agar ia dapat beroperasi dan membentuk semula
syarikat menjadi lebih baik dari sebelumnya dengan sentiasa memahami keadaan persekitaran
makro terlebih dahulu.

Kesimpulannya, apabila syarikat sudah mengawasi dan mengetahui peranan dan


pengaruh dalam persekitaran makro kepada syarikat atau organisasi maka ia dapat memberi
peluang kepada syarikat untuk berdiri teguh bagi jangka masa yang panjang dan seterusnya
lebih kukuh. Oleh itu, syarikat hendaklah sentiasa bersedia dan mengawasi sebarang
perubahan yang berlaku dalam setiap elemen-elemen tersebut agar tidak memberi kesan
buruk kepada syarikat. Persekitaran makro banyak mempengaruhi strategi perkhidmatan
dalam sesebuah syarikat pelancongan khasnya. Harapan agar elemen-elemen makro dalam
persekitaran ini dapat meningkatkan hubungan antara agensi, pengurus dan juga pelanggan
dengan saling memberi manfaat serta kebaikan kepada satu dengan yang lain. Apa yang dapat
kita lihat adalah, persekitaran makro ini terdiri daripada kuasa-kuasa yang wujud di luar
syarikat atau organisasi, maka syarikat perlu sentiasa bersedia dan mengambil cadangan-
cadangan yang boleh meningkatkan ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan
undang-undang. Syarikat atau organisai perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu
sentiasa diselaraskan

Page |9

agar dapat mengekalkan syarikat tersebut terutama dalam aspek berdaya saing dengan
syarikat yang lain walaupun dilanda dengan wabak pandemik covid-19.
P a g e | 10

Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Sepanjang mempelajari kursus ini memberika gambaran yang nyata berkaitan


keusahawanan yang selama ini saya percaya hanya dalam bentuk imiginasi. Saya
bersemangat untuk mengekploitasi lagi bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat
yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea,
rancangan perniagaan dan kini saya dapat melihat perbezaan antara peniaga dan usahawan.
Kursus ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi pembelajaran dengan kaedah
seperti membaca modul, terlibat di dalam forum, menonton video serta menjawab soalan.
Kaedah kursus tersebut merupakan semangat untuk saya meneruskan lagi pembelajaran di
OUM dengan penuh keyakinan pada masa hadapan.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

            Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu baru yang dipelajari dan
diperolehi semasa mengikuti kursus ini. Saya juga dapat mempelajari beberapa artikel
berkaitan keusahawanan oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Kursus usahawan ini
sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan terus mendalami ilmu
keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang mendalam. Saya juga
sedang gunakan ilmu yang ada untuk menjadi seorang usahawan yang baru bermula serta
mahu berkembang pada suatu masa yang akan datang.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Saya mencadangkan agar pihak OUM berkerjasama dengan SSM, MARA, Kerajaan
dan yang berkaitan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkiatan
keusahawanan melalui gerai pameran dan taklimat perkhidmatan yang ditawarkan khas
kepada usahawan. Saya juga mencadangkan agar diwujudkan satu kerja kursus untuk pelajar-
pelajar membuat perancangan perniagaan dan tugasan mendaftar perniagaan sendiri dengan
SSM sebagai salah satu cara penilaian kursus ini agar pelajar-pelajar merasai pengalaman
sebenar sebagai peniaga seterusnya usahawan pada peringkat awal lagi. Saya juga
mencadangkan agar pihak OUM dapat menyediakan pelan perancangan yang dapat
membantu semasa pendemik Covid-19 ini agar saya boleh belajar dan mendapat pengalaman
dalam masa yang sama
P a g e | 11

RUJUKAN

 Internet
 Haziq Halil. (2016). Persekitaran Makro dalam Dunia Keusahawanan. Dimuat turun
pada 23 Julai 2020, daripada https://prezi.com/zehenoisw953/persekitaran-makro-
dalam-dunia-keusahawanan/

Matrade (2017). Mayflower. Malaysian Brands. Malaysia External Trade


Development Corporation (MATRADE). Dimuat turun pada 25 Julai 2020, daripada
http://www.matrade.gov.my/brands/en/services/32-tourism-hospitality/62-mayflower

Mayflower. Latar belakang dan sejarah Mayflower, Dimuat turun pada 25 Julai 2020,
daripada
https://mayflower-group.com/index.php/31-general/about-us/150-background-a-history

Milydungun (2011). Mengenalpasti Faktor-faktor Persekitaran Makro yang


Mempengaruhi Aktiviti Perniagaan Syarikat. Dimuat turun pada 23 Julai 2020,
daripada http://unclemilydungun.blogspot.com/2011/07/mengenalpasti-faktor-
faktor.html

You might also like