You are on page 1of 1

Cara Memupuk Perpaduan Kaum

Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program di sekolah untuk memupuk


perpaduan kaum.

Antaranya, sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran untuk


menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpaduan. Selain itu, aktiviti
kemasyarakatan juga harus diadakan oleh sekolah. Contohnya, mengadakan
gotong-royong untuk membersihkan rumah warga tua, sekolah atau kawasan
kampung.

Justeru itu, pihak sekolah boleh mengadakan minggu bahasa kebangsaan


seperti ceramah, pertandingan bercerita dan kuiz. Di samping itu, pihak sekolah
boleh mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian agar murid-murid dapat
mengenali budaya pelbagai kaum.

Akhir sekali, peranan media massa juga agak penting dalam memupuk
perpaduan kaum supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih aman dan harmoni.

Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk memupuk perpaduan


kaum.

You might also like