You are on page 1of 1

RUMUSAN

Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus Prinsip PerakaunanTingkatan 5 ini, terdapat 5
elemen yang telah saya terapkan seperti di bawah :

1. Pendidikan Kewangan
Pada awal tempoh penyediaan kerja kursus ini, saya perlu menyiapkan perancangan urus
niaga bagi sepanjang tempoh bulan Mei. Selain itu, saya juga telah membuat belanjawan
tunai untuk menganggarkan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran tunai bagi 3
bulan berakhir Jun. Akhir sekali , saya telah membuat analisis nisbah yang terdiri
daripada nisbah keberuntungan, nisbah kecekapan dan nisbah kecairan.

2. Inovasi
Dalam masa 10 tahun yang akan datang, saya akan menghasilkan kasut yang baru dan
berlainan daripada kasut-kasut lain yang berada di pasaran.

3. Nilai Murni
Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus ini, pelbagai nilai murni telah saya pelajari.
Antaranya nilai rasional. Hal ini kerana saya perlu berfikir dengan rasional dalam
meletakkan harga kasut supaya harga kasut itu lebih relevan di pasaran seterusnya dapat
memberi persaingan di pasaran tempatan. Nilai yang kedua yang dapat dipelajari ialah
nilai amanah. Saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sendiri tanpa sebarang
plagiat. Nilai yang terakhir ialah berdikari. Hal ini kerana saya telah berjaya menyiapkan
kerja kursus ini dengan usaha sendiri.

4. Penggunaan Teknologi dan Maklumat


Sejak perlaksanaan kerja kursus ini, saya telah dapat mempelajari pelbagai ilmu dalam
bidang teknologi dan maklumat. Pelbagai aplikasi computer telah berjaya dipelajari
antaranya aplikasi Microsoft Word dan Microsoft Excel. Di samping itu, saya juga
menggunakan aplikasi telefon pintar iaitu Whatsapp dan Telegram untuk mengakses
maklumat. Akhir sekali adalah kemahiran penggunaan Internet di mana segala kemahiran
ini akan dapat membantu saya menjadi lebih mahir dalam bidang pekerjaan kelak.

5. Keusahawanan
Saya telah mempelajari sifat-sifat keusahawanan yang dapat memajukan syarikat saya.

You might also like