You are on page 1of 5

BIL AGENDA SKRIP

1 Protokol dan Bismillahhirrahmannirrahim,.. Alhamdulillahi rabbil allamin,….


Aluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. salam sejahtera,, Salam Melaka Maju
Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia, Salam JPNM Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik Negara Sejahtera, Salam SK Merlimau Sahsiah Disanjung Ilmu Dijunjung..

Bandar Kulim nun di utara,


Tempat kenangan sejarah tersirat,
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin hadirat

Kompang bergema pusaka bangsa


Di palu oleh si anak muda
Hadir tuan puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Yang Berhormat Datuk Roslan bin Haji Ahmad, Exco Kerjaraya, Pengangkutan,
Kemudahan Awam & Infrastruktur Negeri Melaka, merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Merlimau,

Yang Berusaha Cikgu Abdul Kadir bin Abu Samah Guru Besar SK Merlimau,

Cikgu Ashari bin Osman, Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran,

Cikgu Ismail bin Md. Sani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Rozaimi bin Mohd. Dali, Penolong Kanan Kokurikulum,

Cikgu Hajah Norhasiken binti Othman, Penolong Kanan Program Pendidikan Khas
Intergrasi,

Yang Dihormati Encik Sabarhan bin Mohtar, Yang Dipertua PIBG, SK Merlimau..

Rakan-rakan guru, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, para ibu bapa, dan hadirin hadirat
sekalian.

Alhamdulillah,, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya jua, maka kita
diberikan kelapangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan
digerakkan minda , untuk sama – sama kita berkumpul secara maya pada pagi yang indah
penuh ceria ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 47 tahun 2021.

Bagi pihak ahli jawatankuasa, saya berbesar hati mengalu – alukan kehadiran Yang
Berhormat Datuk Roslan bin Haji Ahmad ke majlis ini.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga terhadap semua ibu bapa yang berkesempatanuntuk
turut serta dalam program pada pagi ini. Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan untuk
bertukar-tukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan potensi kemenjadian anak – anak kita khususnya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah, seterusnya menjulang nama SK Merlimau. Tanpa kehadiran
dan sokongan dari tuan puan sekalian, siapalah kami di SK Merlimau ini. Kami sentiasa
mengharapkan sokongan padu daripada semua dalam apa pun jua aktiviti murid di sekolah
ini.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,


Kita umpama aur dan tebing,
Itulah yang diibaratkan
Ibu bapa dan guru saling memerlukan
Pelbagai usaha telah sedang dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma
Bukan umpama mimpi,
Jika kita bersatu hati

2 Bacaan doa Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Mohamad Afiq bin Asman untuk memimpin
bacaan doa.  Dipersilakan….

(BACAAN DOA)

Amin amin ya rabbal alamin..

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Di majlis ini kami bermadah


Mengucap puji alhamdullilah
Doa tadi pembuka wadah
Semoga majlis dikurniakan limpah

3 Ucapan GB Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


Seorang pemimpin yang hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu
Abdul Kadir bin Abu Samah selaku Guru Besar SK Merlimau untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan,,..

(UCAPAN GB)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

4 Ucapan YDP
PIBG Encik Sabarhan YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Sila tuan tampilkan diri,
Beri ucapan pembuka bicara.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Sabarhan bin Mohtar, selaku Yang
Dipertua PIBG SK Merlimau untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(UCAPAN YDP PIBG)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Sabarhan bin Mohtar atas ucapan
sebentar tadi

5 Ucapan Sirih junjung penuh bererti,


Perasmian Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Kalau datuk pikat kenari,


Jangan dipatah batang jerami,
Kepada Datuk mandat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Untuk itu, dengan tidak melengahkan masa marilah sama – sama kita dengarkan ucapan
perasmian daripada Yang Berhormat Datuk Roslan bin Haji Ahmad Exco Kerjaraya,
Pengangkutan, Kemudahan Awam & Infrastruktur Negeri Melaka, merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Merlimau. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(Ucapan perasmian)
Hadirin sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Setinggi – tinggi penghargaan
atas kesudian Yang Berhormat Datuk menyempurnakan acara sebentar tadi.

Kita sesusun bagaikan sirih,


Kita serumpun bagaikan serai,
Kami ucapkan terima kasih,
Budimu tuan tidak ternilai.

Tanam cendawan tumbuh kelapa,


Terbit bunga pohonnya mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman

Bacaan biodata Seterusnya, kita sama-sama dengarkan biodata penerima Anugerah Tokoh Murid SK
6 tokoh murid SK Merlimau bagi sesi 2020
Merlimau 2020
Penerima anugerah Tokoh Murid Lelaki SK Merlimau 2020,.. Adik Jebat Juwaidi bin
Ismail.

dan

Penerima anugerah Tokoh Murid Perempuan 2020 SK Merlimau,.. Adik Irdina Nabilah
binti Rozaimi.

Tahniah dan syabas diucapkan,.. dengan doa dan harapan agar terus menggapai
kecemerlangan di masa hadapan.

7 MESYUARAT Dengan ini diserahkan majlis kepada tuan YDP PIBG, Encik Sabarhan bin Mohtar untuk
AGUNG PIBG meneruskan Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau kali Ke-47. Dipersilakan tuan.
(MESYUARAT AGUNG PIBG)

7 Penutup Dengan berakhirnya ucapan penangguhan itu tadi, maka selesailah sudah Majlis
Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau kali ke-47. Justeru, tamatlah sudah tugas kami pada
pagi ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Bunga kemboja putih berseri,


Putihnya melur di hujung dahan,
Sebelum kami mengundur diri,
Salah dan silap harap maafkan.

Pergi ke Acheh membawa joran memancing puyu,


Terima kasih, sukran, thank you.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

daksuSKM2018

You might also like