You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN 2 :
PENULISAN ESEI

Nama Pelajar : JASLIN NUR BINTI MOHAMMAD SEDEK


Angka Giliran : 2019312340012
No. Kad Pengenalan : 001201-10-0206
Kumpulan /Unit : PISMPPI1619
Kod Kursus : EDUP3053
Nama Kursus :TEKNOLOGI UNTUK PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
Nama Pensyarah : ENCIK BIDARI BIN
HAILI Tarikh Hantar : 30 OKTOBER 2020
Pengakuan Pelajar Saya sudah membaca d
oleh pensyarah.
Tandatangan : Nama:
Tarikh:

1
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................ 4
2.0 ANALISIS KEBERKESANAN PENILAIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG
DIHASILKAN......................................................................................................................... 4
3.0 KEKUATAN MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG DIHASILKAN...............................12
4.0 KELEMAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG DIHASILKAN.............................13
5.0 CADANGAN PENAMHBAHBAIKAN........................................................................14
6.0 PENUTUP.................................................................................................................. 15
7.0 RUJUKAN................................................................................................................. 16
LAMPIRAN........................................................................................................................... 17

2
SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat menarik...................................4

Jadual 2 :Penggunaan saiz fon di dalam multimedia interaktif yang dihasilkan sangat
sesuai................................................................................................................................... 5

Jadual 3 : Elemen grafik dan animasi yang dihasilkan mampu menarik minat murid
untuk belajar........................................................................................................................ 6

Jadual 4 : Video yang terdapat di dalam multimedia yang dihasilkan memudahkan


murid untuk mengingati isi pembelajaran.........................................................................7

Jadual 5 : Isi kandungan dan multimedia interaktif yang dihasilkan sangat sesuai....7

Jadual 6 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat membantu proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.................................................................8

Jadual 7 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat sesuai digunakan semasa


pandemik covid-19.............................................................................................................. 9

Jadual 8 :Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat membantu pdp dalam


kelas..................................................................................................................................... 9

Jadual 9 : Penggunaan warna yang ceria dan menarik di dalam multimedia interaktif
yang dihasilkan.................................................................................................................. 10

Jadual 10 : Latih tubi yang dihasilkan di dalam multimedia interaktif sesuai dengan
tahap kognitif murid tahun satu.......................................................................................11

Jadual 11 : Latih tubi yang dihasilkan di dalam multimedia interaktif sangat


menyeronokkan dan menarik............................................................................................11

SENARAI RAJAH

Rajah 12: Cadangan penambahbaikan............................................................................14

3
1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi semakin
berkembang dengan pesat. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi bukan
sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara, malahan turut memberi kesan kepada
pendidikan di seluruh dunia. Kini, teknologi dan maklumat sudah menjadi salah satu elemen
penting di dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Usaha kerajaan dalam memperkasakan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlulah diambil perhatian oleh semua guru. Tambahan lagi, dunia kini sedang
dilanda wabak covid-19 yang semakin tersebar luas. Penyebaran wabak covid-19 yang telah
melanda seluruh dunia telah memberi impak yang negatif kepada sistem pendidikan di
Malaysia. Pernyataan ini disokong oleh keratan akhbar Sinar Harian pada 12 Oktober 2020
yang menyatakan bahawa sekitar satu juta pelajar yang belajar di 1,754 buah sekolah di
beberapa negeri di Malaysia tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas
kes pandemik koronavirus (Covid-19) meningkat semula (Junhairi, 2020). Sehubungan
dengan itu, saya telah menghasilkan satu multimedia interaktif berkaitan dengan subjek
Pendidikan Islam Tahun 1 iaitu Wudhuk Sempurna.

2.0 ANALISIS KEBERKESANAN PENILAIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG


DIHASILKAN

Bagi mengukur keberkesanan projek yang dihasilkan, saya telah melaksanakan soal
selidik ke atas 8 orang siswa pendidik sebagai responden untuk menilai projek yang
dihasilkan. Responden perlu menjawab soal selidik dengan menggunakan instrumen
penilaian mengikut skala Likert (tidak setuju [1-5] sangat setuju). Hasil dapatan soal selidik
ditunjukkan seperti rajah di bawah :

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 4
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 4
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.75

Jadual 1 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat menarik

4
Berdasarkan jadual 1, mutimedia interaktif yang dihasilkan sangat menarik, terdapat
6 responden menanda 5 dan 2 orang menanda 4 menghasilkan min keseluruhan 4.75. Min
keseluruhan menunjukkan bahawa semua respoden amat bersetuju bahawa multimedia
interaktif yang dihasilkan sangat menarik. Projek multimedia interaktif yang dihasilkan
mempunyai pelbagai elemen seperti elemen grafik, animasi, audio, video dan juga teks.
Hal ini bertetapan dengan maksud multimedia oleh Ismail (2012), yang menyatakan
bahawa multimedia ialah segala bahan pengajaran dan pembelajaran yang
menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM,
permainan komputer dan program komputer bagi membolehkan pengalaman sebenar
terhadap tajuk yang diajar atau dipelajar. Jelasnya, multimedia interaktif yang dihasilkan
memenuhi maksud multimedia itu sendiri.

Selain itu, penggunaan multimedia interaktif di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran mampu meningkatkan minat murid untuk menumpukan perhatian kepada
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini sejajar dengan minar generasi kini yang
mesra gajet dan alat komunikasi (Siti Zahirah, Roslinda, Khodijah & Nadhirah, 2018).
Multimedia interaktif juga mampu meningkatkan pelbagai kemahiran kerana wujudnya
pelbagai rangsangan deria yang terhasil. Jelasnya, multimedia interaktif mampu menjadi
alat bantu mengajar yang baik di dalam kelas selain membolehkan murid-murid belajar,
berlatih dan membuat aktiviti pengukuhan sendiri di rumah atau diguna bersama ibu bapa
dan ahli keluarga yang lain. Isi kandungan pembelajaran yang terdapat di dalam
multimedia interaktif yang dihasilkan juga boleh menjadi rujukan kepada orang lain dalam
merujuk hal berkaitan dengan wudhuk.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 5
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 5
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 4
MIN 4.875

Jadual 2 :Penggunaan saiz fon di dalam multimedia interaktif yang dihasilkan sangat
sesuai.

5
Berdasarkan jadual 2 di atas, dapat dilihat bahawa nilai min bagi penggunaan saiz
font di dalam multimedia interaktif sangat sesuai adalah 4.875. Hanya seorang responden
sahaja yang memberi skor 4. Ini menunjukkan, penggunaan saiz font di dalam multimedia
interaktif yang telah saya hasilkan mampu memudahkan guru lain mahupun murid untuk
menggunakannya. Penggunaan saiz fon yang sesuai merupakan perkara yang perlu diambil
perhatian di dalam penghasilan alat bantu mengajar yang menggunakan multimedia
interaktif. Hal ini kerana, ketidaksesuaian jenis dan saiz font yang digunakan boleh
mengganggu keberkesanan penyampaian maklumat. Menurut Nik Ibrahim (2019),
kesesuaian fon yang digunakan diukur daripada stail tulisan dan juga warna yang sesuai.
Selain itu, pemilihan fon juga perlulah konsisten dan memastikan fon yang digunakan sedia
ada pada sistem komputer lain. Sekiranya fon yang digunakan tidak tersedia ada pada
sistem komputer lain, perubahan yang ketara akan berlaku kepada pengguna lain dan ini
akan menjejaskan objektif penghasilan multimedia tersebut.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 4
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 5
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.875

Jadual 3 : Elemen grafik dan animasi yang dihasilkan mampu menarik minat murid
untuk belajar.

Berdasarkan Jadual 3, nilai purata min terhadap penilaian elemen grafik dan animasi
yang dihasilkan mampu menarik minat murid untuk belajar adalah sebanyak 4.875. Hal ini
kerana, semasa proses penghasilan multimedia interaktif ini, saya amat mementingkan
elemen grafik dan animasi kerana dengan adanya elemen grafik dan animasi, penyampaian
guru akan menjadi lebih menarik seterusnya mampu menarik minat murid untuk fokus
terhadap sesi pembelajaran. Menurut Ahmad Rizal (2009), dalam membina pengetahuan,
pelajar menggunakan skema mental mereka untuk visualisasi atau membina gambaran atau
imej tertentu. Visualisasi merupakan suatu cara pemikiran di mana imej-imej yang dihasilkan
atau diingat kembali dalam ingatan. Oleh itu, penggunaan elemen grafik dan animasi yang
dihasilkan bukan sahaja mampu menarik minat murid untuk belajar malahan turut memberi
sumbangan dalam ketahanan ingatan murid-murid tentang apa yang dipelajari. Hal ini turut
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Siti Zahirah et.al (2018), yang mengatakan

6
bahawa animasi merupakan kaedah penyampaian yang lebih berkesan dalam
menggambarkan isi pelajaran yang dinamik berbanding teks.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 4
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 5
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.875

Jadual 4 : Video yang terdapat di dalam multimedia yang dihasilkan memudahkan


murid untuk mengingati isi pembelajaran

Berdasarkan Jadual 5 diatas, dapat dilihat bahawa nilai purata min yang diperolehi
bagi video yang terdapat di dalam multimedia yang dihasilkan memudahkan murid untuk
mengingati isi pembelajaran ialah 4.875. Penggunaan elemen video di dalam multimedia
interaktif dapat dilihat pada slaid yang menayangkan mengenai lagu rukun wudhuk. Video
lagu tersebut dihasilkan oleh saya sendiri. video tersebut turut mengandungi elemen
audio, grafik, animasi dan teks. Gabungan kesemua elemen tersebut mampu
meningkatkan prestasi murid-murid di dalam pelajaran kerana ianya memerlukan
rangsangan daripada pelbagai deria. Menurut Yang & Cheng (2009), terdapat banyak
kelebihan melalui saluran auditori, seperti kelajuan isyarat pengesanan pendengaran
adalah lebih cepat daripada isyarat pengesanan visual, manusia sangat sensitif terhadap
audio dan jika maklumat audio dan visual dipaparkan pada masa yang sama, ia akan
menjadikan kewujudannya seakan-akan realiti.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 4
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 5
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.875

Jadual 5 : Isi kandungan dan multimedia interaktif yang dihasilkan sangat sesuai.

7
Berdasarkan jadual 5 di atas, dapat dilihat bahawa nilai purata min bagi isi
kandungan dan multimedia interaktif yang dihasilkan sangat sesuai adalah 4.875. Hanya
seorang responden sahaja yang memberi skor 4 pada instrumen ini selebihnya memberi
skor 5. Nilai purata min tersebut membuktikan bahawa isi kandungan dan pengisian bagi
bahan pengajaran dan dan pembelajaran yang telah saya hasilkan menepati kehendak-
kehendak konstruk pengisian dan kandungan diperlukan. Buktinya, sebelum memulakan
penghasilan projek multimedia ini, saya telah menganalisis terlebih dahulu Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 1
agar isi kandungan multimedia interakrif yang terhasil tidak bertentangan dengan
kandungan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 4
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 5
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.75

Jadual 6 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat membantu proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Berdasarkan Jadual 6 di atas, nilai purata min terhadap multimedia interaktif yang
dihasilkan sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah
4.75. Hanya seorang responden sahaja yang memberi skor 4 pada instrumen yang
diberikan. Antara perkara yang boleh dibuktikan dalam keputusan nilai purata bagi
instrumen ini ialah wujudnya elemen muzik di dalam slaid yang telah saya hasilkan.
Penggunaan lagu berkaitan dengan rukun wudhuk dapat membantu murid untuk mudah
mengingati sesuatu isi pembelajaran. Tambahan lagi, melodi muzik yang saya gunakan
merupakan salah satu muzik kanak-kanak yang terkenal di Malaysia iaitu lagu kanak-
kanak yang berjudul ‘Rasa Sayang’. Menurut Hamisan (2010), Muzik mampu memberikan
kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai
keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan elemen muzik adalah amat disarankan
sebagai alternatif menjadikan kaedah pembelajaran dan pengajaran tidak mendatar dan
membosankan pelajar.

8
BIL. RESPONDEN DAPATAN
1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 4
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 4
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.875

Jadual 7 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat sesuai digunakan semasa


pandemik covid-19

Berdasarkan Jadual 7 di atas, nilai purata min bagi multimedia interaktif yang
dihasilkan sangat sesuai digunakan semasa pandemik covid19 ialah 4.875. Ini
menunjukkan bahawa projek multimedia yang telah saya hasilkan boleh digunakan oleh
guru-guru lain dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian. Menurut Raja Noraina (2020), Semua institusi pendidikan berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh,
sekolah swasta, kolej vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah akan ditutup
bermula esok sehingga 26 Oktober. Jelasnya, kenyataan ini mampu menjejaskan sistem
pendidikan di sekolah yang terbabit. Oleh itu, sebagai seorang guru, adalah menjadi satu
keperluan untuk mendalami ilmu berkaitan teknologi multimedia dan komunikasi agar pengajaran
dan pembelajaran dapat diteruskan sekiranya berlaku sebarang ancaman seperti virus Covid-19
ini.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 5
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 5

Jadual 8 : Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat membantu pdp dalam kelas

9
Berdasarkan jadual di atas, nilai purata min bagi multimedia interaktif yang
dihasilkan sangat membantu pdp dalam kelas ialah 5. Ini menunjukkan bahawa kesemua
responden sangat bersetuju bahawa Multimedia interaktif yang dihasilkan sangat
membantu pdp dalam kelas. Jelasnya, keberkesanan yang amat tinggi bagi mencapai
objektif pembelajaran mengenai topik wudhuk dapat dicapai sekiranya guru menggunakan
media interaktif yang telah saya hasilkan sebagai alat bantu mengajar mereka. Menurut
Faizah (2017), Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat
yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta
dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 5
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 4
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.875

Jadual 9 : Penggunaan warna yang ceria dan menarik di dalam multimedia interaktif
yang dihasilkan

Berdasarkan jadual 9 di atas, dapatan soal selidik bagi nilai purata min untuk
penggunaan warna yang ceria dan menarik di dalam multimedia interaktif yang dihasilkan
ialah 4.875. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa terdapat
penggunaan warna yang ceria dan menarik di dalam multimedia interaktif yang telah saya
hasilkan. Merujuk kepada Faraha (2006), warna memainkan peranan peranan penting
dala kehidupan terutamanya kanak-kanak. Kanak- kanak merupakan individu yang
menggunakan warna untuk pengacaman objek. Oleh itu, saya amat menitikberatkan
penggunaan warna dalam slaid interaktif yang telah saya hasilkan. pemilihan warna-warna
yang ceria dapat mewujudkan aura yang positif dan menyeronokkan kepada murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1
BIL. RESPONDEN DAPATAN
1 RESPONDEN 1 5
2 RESPONDEN 2 5
3 RESPONDEN 3 5
4 RESPONDEN 4 5
5 RESPONDEN 5 5
6 RESPONDEN 6 4
7 RESPONDEN 7 5
8 RESPONDEN 8 5
MIN 4.875

Jadual 10 : Latih tubi yang dihasilkan di dalam multimedia interaktif sesuai dengan
tahap kognitif murid tahun satu.

Jadual 20 di atas menunjukkan nilai purata min bagi latih tubi yang dihasilkan di
dalam multimedia interaktif sesuai dengan tahap kognitif murid tahun satu. Terdapat
seorang sahaja responden yang memberikan skor 4 dan selebihnya memberikan skor 5.
Ini menunjukkan bahawa mereka bersetuju bahawa tubi yang dihasilkan di dalam
multimedia interaktif sangat sesuai dengan tahap kognitif murid tahun satu. Selain itu
arahan soalan juga amat mudah difahami untuk murid-murid tahun satu. Sekiranya arahan
yang diberikan sukar difahami, ini akan menjejaskan minat murid-murid untuk
melaksanakan latih tubi yang telah disediakan oleh guru.

BIL. RESPONDEN DAPATAN


1 RESPONDEN 5
2 RESPONDEN 1 5
3 RESPONDEN 2 5
4 RESPONDEN 3 5
5 RESPONDEN 4 5
6 RESPONDEN 5 5
7 RESPONDEN 6 5
8 RESPONDEN 7 5
MIN 5

Jadual 11 : Latih tubi yang dihasilkan di dalam multimedia interaktif sangat


menyeronokkan dan menarik.

Berdasarkan jadual 11 di sebelah, dapat diperhatikan nilai purata min bagi latih tubi
yang dihasilkan di dalam multimedia interaktif sangat menyeronokkan dan menari ialah 5.
Ini membuktikan bahawa, latih tubi yang dihasilkan mampu menarik minat murid-murid
untuk menyelesaikannya. Hal ini kerana, latih tubi yang telah saya hasilkan di dalam slaid
interaktif kebanyakkannya adalah berbentuk permainan. Menurut Siti Zaharah et.al (2018),
pelajar yang melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat pengalaman langsung
yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan.

1
3.0 KEKUATAN MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG DIHASILKAN

Kekuatan yang terdapat di dalam multimedia interaktif yang dihasilkan dapat dilihat
daripada latih tubi yang terdapat di dalam slaid. Ini kerana nilai purata min bagi latih tubi
yang dihasilkan di dalam multimedia interaktif sangat menyeronokkan dan menarik
ialah 5 yang mana kesemua responden memberikan skor 5. Pemilihan latih tubi
kepada murid-murid perlu diambil perhatian melalui aspek arahan yang mudah
difahami, bentuk soalan dan penggunaan gambar yang sesuai.

Selain itu, kewujudan elemen video turut menjadi kekuatan kepada multimedia
interaktif yang dihasilkan. Video yang dihasilkan boleh dikategorikan kepada alat bantu
mengajar yang mesra kepada golongan murid bekeperluan khas. Hal ini kerana, video
muzik mengenai rukun wudhuk yang dihasilkan menggabungkan elemen teks, audio,
grafik dan animasi. Sekiranya murid yang menghadapi masalah pendengaran, mereka
boleh memberi tumpuan kepada sari kata yang terdapat di dalam video tersebut.
Manakala, bagi murid yang menghadapi masalah penglihatan, mereka boleh fokus
kepada audia yang tedapat di dalam video tersebut. Menurut Syamsulaini & Mashitoh
(2016), menonton video adalah satu proses yang aktif dan berterusan serta saling
berkaitan di antara memantau dan memahami. Proses melihat mungkin kelihatan pasif
tetapi ianya boleh melibatkan aktiviti kognitif yang tinggi bagi pembelajaran aktif.

Di samping itu, multimedia interaktif yang dihasilkan menunjukkan ciri-ciri kreativiti


dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan melalui pencipatan lirik lagu yang dihasilkan
melalui melodi lagi kanak-kanak yang terkenal iaitu ‘Rasa Sayang’ mampu menjadi
satu taikan kepada projek yang dihasilkan. Lagu tersebut merupakan lagu yang
terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Maka, dengan penggunaan lagu tersebut, ianya
dapat menggalakkan murid untuk kekal belajar serta murid tidak akan mudah bosan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Hamisan (2010),
penggunaan muzik sebagai satu elemen bagi mengindahkan lagi pembelajaran dan
pengajaran kemahiran hidup dan difokuskan dalam membina minat pelajar,
keseronokan mengikut mood dan keadaan, prestasi dan bersedia belajar, serta
keberkesanan hasil kerja dan daya ingatan terhadap kerja-kerja amali semaksimum
yang boleh.

1
Akhir sekali, kekuatan yang boleh dilihat daripada projek yang dihasilkan ini
ialah wujudnya animasi guru di dalam slaid interakrif yang dihasilkan. Penggunaan
animasi guru dapat meningkatkan lagi daya dan tahap imaginaasi murid-murid. Sejajar
dengan masalah yang melanda dunia kini, proses pengajaran dan pembelajaran lebih
banyak digunakan secara dalam talian. Maka, dengan penggunaan animasi guru di
dalam slaid interaktif yang berfungsi sebagai alat bantu mengajar ini, murid-murid
dapat membayangkan kewujudan guru di hadapan mereka walaupun realitinya
hanyalah animasi guru yang dilihat di dalam slaid. Ini dapat menjadikan murid -murid
merasakan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung adalah secara realiti.

4.0 KELEMAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG DIHASILKAN

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, saya mendapati bahawa terdapat
beberapa kelemahan di dalam multimedia interaktif yang telah dihasilkan seperti
penggunaan audio suara yang kurang jelas. Kesan audio yang perlahan dan kurang
jelas berpunca daripada gangguan bunyi yang terjadi ketika proses perakaman audio
suara dilaksanakan. Sebagai contoh, terdapat beberapa audio yang digunakan dalam
video mempunyai kesan bunyi yang agak perlahan dan sukar didengari oleh murid.
Malah, terdapat juga audio yang terlalu kuat pada beberapa bahagian slaid.
Ketidakseimbangan bunyi audio ini dikhuatiri akan menyebabkan murid di dalam kelas
tidak dapat mendengar dan tidak memahami pembelajaran yang ingin disampaikan
dengan baik. Menurut Brecht (2012), penghasilan audio yang jelas amat penting dalam
pembelajaran kerana elemen audio melibatkan rangsangan auditori terutamanya melalui
penggunaan teknologi untuk menggalakkan pemperosesan kognitif.

1
5.0 CADANGAN PENAMHBAHBAIKAN

Hasil daripada dapatan soal selidik yang dijalankan, hanya 4 orang


responden yang memberi maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan yang
perlu dilakukan. Selain itu, kesemua responden tidak mencadangkan sebarang
penambahbaikan yang boleh dibuat. Maklum balas bagi soalan penambahbaikan
boleh dilihat pada rajah di bawah:

Rajah 12: Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan rajah 12 di atas, tidak ada sebarang penambahbaikan yang


dicadangkan oleh responden. Akan tetapi, saya mendapati terdapat
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat
dalam multimedia yang dihasilkan. Kelemahan yang paling ketara adalah dari aspek
ketidakseimbangan audio dan bunyi audio yang dihasilkan kurang jelas.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memastikan suasana dan persekitaran
semasa proses merakam suara berada dalam keadaan yang senyap dan tidak
diganggu oleh sebarang pencemaran bunyi. Cara yang efektif bagi mendapatkan
suasana yang senyap adalah ketika waktu tengah malam. Ini kerana suasana ketika
itu lebih menenangkan berbanding pada waktu pagi. Tambahan lagi, waktu tersebut
merupakan waktu untuk semua orang berehat. Oleh itu, sebelum melakukan sesuatu
proses rakaman, adalah penting untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang
sesuai agar tiada sebarang masalah berlaku.

1
6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, ilmu berkaitan dengan teknologi multimedia dan komunikasi ini


merupakan perkara yang penting khususnya kepada guru-guru. Kemudahan teknologi
masa kini perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Penggunaan teknologi multimedia
dan komunikasi dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
mudah. Jelaslah bahawa teknologi pembelajaran berasaskan tmk ini membuka banyak
peluang baru untuk diterokai oleh pendidik dalam meningkatkan potensi pembelajaran
pelajar. Potensi pembelajaran pelajar akan berkembang dengan aktif apabila mereka
menjalani proses pembelajaran berpusatkan pelajar (Rizal, 2009). Multimedia turut
menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal
perjalanan dan masa media yang digunakan. Interaktiviti memberi peluang kepada
pelajar memilih dan mengawal sendiri pembelajaran mereka. Disamping itu,
penggunaan media interaktif mampu menarik perhatian serta mudah untuk difahami
berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu.

1
7.0 RUJUKAN

Ahmad Rizal Madar. (2009). Keberkesanan Animasi Grafik Dalam Kalangan Pelajar
Berbeza Gaya Icognitif Dan Kebolehan Visualisasi Spatial Di Politeknik. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.

Brecht, H. (2012). Learning from Online Video Lectures. Journal of Information Technology
Education: Innovations in Practice, 11(1), 227-250. Informing Science
Institute. Diakses daripada https://www.learntechlib.org/p/71157/

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (Smk) Daerah Pontian. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Diakses daripada http://eprints.uthm.edu.my/id /eprint/9573/
1/FAIZAH _JA%E2%80%99APAR.pdf

Faraha LatIfah Mohd. (2006). Kajian warna: Kecenderungan pemilihan warna oleh kanak-
kanak. Universiti Malaysia Sarawak. Diakses daripada https://ir.unimas.m
y/id/eprint/2589/1/Kajian%20Warna%20%20kecenderungan%20pemilihan%20warna
%20oleh%20kanak-kanak.pdf

Hamisan Salim. (2010). Penggunaan Muzik Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kerja
Amali Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Basiron. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran
Seni Visual. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Diakses daripada
http://eprints.uthm .edu.my/id/eprint/4226/1/ISMAIL_BIN_BASIRON.pdf

Junhairi Alyasa. (2020, Oktober 12). Sejuta pelajar tidak ke sekolah. Sinar Harian. Diakses
daripada https://www.sinarharian.com.my/article/104913/BERITA/Nasional/Sejuta-
pelajar-tidak-ke-sekolah

Nik Ibrahim Nik Mat. (2019). Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan
pembelajaran. Diakses daripada https://www.slideshare.net/nikibrahimnikmat3/topik-
8-multimedia-interaktif-untuk-pengajaran-dan-pembelajaran

Raja Noraina Raja Rahim. (2020, Oktober 12). MyMetro: Semua sekolah terbabit PKPB
ditutup. Diakses daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/630001/
semua- sekolah-terbabit-pkpb-ditutup

Siti Zahirah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah. (2018).
Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21. Bangi : Kolej Universiti Islam
Antarabangsa.

Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Jurnal Pendidikan
ICT, (3). Diakses daripada file:///C:/Users/User/Downloads/2606-Article%20Text-
4320-1-10-20190629.pdf

Yang, X. & Chen, G. (2009). Human-computer interaction design in product design.


Published in Proceedings of International Workshop on Education Technology and
Computer Science. 2, pp. 437-439).

1
LAMPIRAN

1
1

You might also like