You are on page 1of 4

Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk 

menangguh dan menghentikan sementara pusingan


haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif
wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadhan mahupun ibadah haji dan umrah.
Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu
ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan
flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan
mengamalkan doa berikut:
.
.
A.  Doa
.
Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.
.

.
.
.
B.  Bacaan Ayat dan Surah
 .
Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:
.
.
 1)  Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) : 
.

.
.
2)  Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :
 .
.
.
3)  Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :
 .

.
.
4)  Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4
.

 .
.
5)  Baca Selawat Nabi :
.
.
.
Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/
kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.
.
.
.
C.  Waktu Masa Membacanya
 .
Doa dan ayat-ayat di atas boleh dibaca ketika:
 .
1. Selepas kedatangan haid terakhir.
2. Sewaktu dijangka haid akan tiba.
3. Setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu.
4. Apabila hendak berangkat ke Tanah Suci.
5. Sepanjang berada dalam ihram.
 .
.
.
 D.  Cara Mengamalkannya:
 .
1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama
5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah)
lalu dihembuskan ke dalam air.
2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah
disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah
ini.” Lalu ditiupkan ke dalam air.
3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat
minum. Insya’Allah mujarab.
4. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di
bahagian atas dan bawah perut.
5. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang
berlaku adalah dengan izin Allah ‫سبحانه وتع الى‬. Sekiranya Allah ‫ س بحانه وتع الى‬mengizinkan, maka
kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.
.
.
.
E.  Doa Penamat
 .
Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya
kepada kitaran haid yang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah ‫ ﷺ‬sepertimana terdapat
dalam Surah Al-Isra’ berikut:
.
.
.
Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah ‫س بحانه‬
‫وتعالى‬. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang
tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.
.
.
‫وهللا أعلم بالصواب‬
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

You might also like