You are on page 1of 4

BINAAN PLOT NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 

Pengenalan
Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya,
Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima
manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah
ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah
memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu
ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya
menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting
tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling
akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan
Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu
Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri
Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah.
Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan
budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama
semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah
dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga
mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di
kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim,
Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan
sastera dan budaya yang digerak aktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat
perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama
kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di
kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong
kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya
itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada
Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam.
Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang
ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam
sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling
untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia,
manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di
Kuala Terengganu.
Perumitan
Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan
ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun
demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana.
Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya,
Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu
Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya
untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas
berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan
hasratnya itu kepada uminya.

Puncak atau klimaks


Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai
menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke
kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya.
Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal
dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut
Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia
ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan
merestukan pemergian Haiqal. Walid akan menampung perbelanjaan
Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian
Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama.
Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal
dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal
mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula
selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis
persembahan tarian zapin telah diadakan. Haiqal juga terlibat dalam
latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal
telah memaklumkan kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada
hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa
kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim
mengemukakan cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim.
Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang
Berhormat, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal
mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya,
walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan
persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung
Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli
keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.
BINAAN PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA

1. Permulaan
Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri
mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal
pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala
Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di
kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri
symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini
yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.

2. Perkembangan
Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan
ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis
hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya
iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab,
Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara.
Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu
penyelidik bernama Medina.

3. Konflik
Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia
hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat
melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab,
apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan
sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram,
Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan
tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks
Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat
Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah
kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha.
Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta
dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya.
Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara.
Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam
terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl
( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di
bilik Dr Maxi ketika ini.

5. Peleraian
Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat
terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan
menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia
pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl
disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan
abunya ditabur di Selat Melaka.

You might also like