You are on page 1of 7

________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN IKAN DALAM KOLAM


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEK. MEN. KEB. TAMAN TUANKU JAAFAR,
SG. GADUT, 71450, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAHUN 2012
________________________________________________________________________

1.0 RASIONAL
Projek ternakan ikan keli dalam kolam merupakan salah satu kesinambungan
kegiatan keusahawanan yang dilaksanakan disekolah sebagai satu proses
pembelajaran kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Para pelajar mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang penternakan yang
boleh dan mampu digilap dari peringkat awal kepada peringkat yang lebih tinggi.
Sekiranya bakat dan kebolehan ini dibiarkan begitu sahaja para pelajar tidak akan
dapat mengetahui kebolehan potensi diri mereka sendiri. Guru sewajarnya
memainkan peranan mereka untuk menjurus kearah memantap dan
mengembangkan potensi pelajar dalam menjana kecemerlangan pelajar menerusi
projek ternakan ikan keli dalam kolam.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada pelajar menambah pengetahuan dan


pengalaman

2.2 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan


kebolehan.
2.3 Melatih pelajar berdikari dan bertanggungjawab terhadap projek
yang dilaksanakan.

2.4 Memberi kemahiran kepada pelajar mengenai teknik


Penternakan ikan dalam kolam.

2.5 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang perniagaan .

3.0 MATLAMAT
3.1 Menanamkan sikap yakin kepada diri sendiri.

3.2 Mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Khas.

3.3 Memberikan kemahiran kepada pelajar supaya boleh menggunakan


kemahiran tersebut selepas tamat persekolahan.

4.0 SASARAN

4.1 Pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah


Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar
5.0 SKOP PROJEK

5.1 Kemahiran pelajar dalam proses penyediaan tempat.

5.2 Kemahiran pelajar dalam proses penjagaan ternakan hingga ianya


boleh dijual.

5.3 Kemahiran pelajar dalam proses menjual hasil ternakan.

6.0 PENYERTAAN
6.1 Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar.
6.2 Guru-guru Pendidikan Khas Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar.

7.0 BUTIRAN PROJEK


7.1 Lokasi

Di persekitaran kelas Program Pendidikan Khas Integrasi

7.2 Saiz Projek

Projek ternakan ikan ini akan menyediakan 2 buah kolam bersaiz


10 x 10 x 4 kaki. Projek ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 2
pusingan setahun.

8.0 ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN

Satu jawatankuasa projek telah dibentuk bagi tujuan pengawasan dan


penyeliaan supaya projek berjalan lancar didalam perkara penyeliaan,
pemantauan dan perjalanan projek agar jadual harian dipatuhi oleh peserta.

9.0 PELAKSANAAN PROJEK PUSINGAN 1

Bi Masa
l Aktiviti Ogos Catatan
    Mac April Jun Julai  
1 Penyediaan Kertas kerja /
Projek
2. Penyediaan tempat /

3 Pembelian benih ikan /

4 Proses permulaan ternakan /

/ / /
5 Penjagaan ternakan
6 Pemasaran /

10.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Bahan Unit Kos Seunit (RM) Jumlah (RM)


      RM SEN RM SEN

1 Kolam 2 unit 500 00 1000 00


2000
2 Benih ikan ekor 0 20 200 00

3 Makanan ikan 3 bulan 3 beg 50 00 150 00

4 Pam air 2 unit 500 00 500 00


5 Penapis air 2 unit 100 00 200 00
6 Lain-lain hal - 100 00 100 00

Jumlah Keseluruhan 2150 00

JUMLAH=RM 2150.00
(Ringgit Malaysia: Dua Ribu Satu ratus lima puluh Ringgit Sahaja)

11.0 SUMBER KEWANGAN

11.1 Sumbangan daripada PCG Pendidikan Khas

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui projek ini pelajar-pelajar Pendidikan Khas


akan memperolehi kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian. Disamping itu projek ini diharap akan dapat diperluaskan lagi
sebagai projek kerjaya pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Semoga projek ini
dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI), Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar dalam menggilap
dan memperkembangkan bakat mereka.
13.0 Permohonan dan kelulusan

Disediakan oleh : Disemak oleh :

__________________________ _______________________
En. Saiful Amri Bin Mat Yusoff En. Syahrol rizan Bin Adam
Guru Pendidikan Khas Penyelaras Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI)

Diluluskan oleh :

_______________________

(EN. OMAR BIN AHMAD)


Pengetua
SMK Taman Tuanku Jaafar
Ulasan :___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JA’AFAR


SG. GADUT, 71450, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TERNAKAN IKAN KELI DALAM KOLAM

PENGERUSI : En. Omar Bin Ahmad


Tn. Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar

NAIB PENGERUSI : En. Akashah Bin Ismail


Guru Penolong Kanan 1

PENYELARAS : En. Syahrol rizan Bin Adam


Penyelaras Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI)

PENGURUS PROJEK : En. Syahrol rizan Bin Adam

PEN. PENGURUS PROJEK : En. Saiful Amri Bin Mat Yusoff

PEMBANTU PROJEK : Puan Rohanizi Binti Mohd Arifin


BENDAHARI : Puan Noorasmah Binti Karim

PEMBANTU PENGURUSAN : Puan Marlina Dewi Binti Muhammad

AJK PELAJAR : Muhammad Arif Bin Abdullah


Mohd Fauzi Akmal Bin Mohd Yusof
Azraei Azar Bin Zaharudin
Amir Hakim Bin Mat Zaini
Muhamad Izz Bin Faisal Affendi
DISEDIAKAN OLEH :
EN. SAIFUL AMRI BIN MAT YUSOFF

You might also like