You are on page 1of 2

Refleksi

(a) Masalah Dan Cadangan Penyelesaian

Terdapat beberapa masalah yang timbul semasa menjalankan projek khidmat masyarakat ini.
Namun, semua masalah tersebut telah berjaya diatasi dan diselesaikan secara berhikmah atas
berkat kesabaran setiap mahasiswa. Antara masalah yang dihadapi adalah:

Masalah Cadangan Penyelesaian


 Kesuntukkan masa dalam mencari dana  Memperbanyakkan surat sumbangan
untuk melaksanakan program. untuk diberi kepada lebih ramai para
dermawan.
 Surat kelulusan program lewat  Surat kelulusan program perlu
dikeluarkan. dikeluarkan lebih awal lagi sebaik
sahaja menerima surat permohonan
daripada mahasiswa.

 Kurangnya komunikasi dan respon yang  Surat perlu disusun dan disemak agar
lambat. tiada sebarang kesilapan yang berlaku.

Masalah Cadangan Penyelesaian


 Kutipan dana untuk menjalankan  Merancang kutipan dana program
program lambat dilaksanakan. sekurang-kurangnya dalam tempoh dua
bulan sebelum program dijalankan.

 Surat pengesahan projek lambat  Surat pengesahan perlu dikeluarkan awal


dikeluarkan dan kebanyakkan pihak sebelum program dijalankan.
yang ingin memberi dana memerlukan
kelulusan dua bulan sebelum program
dijalankan.
 Banner tidak mempunyai logo universiti  Logo universiti perlu diletakkan agar
kerana banner telah dicetak terlebih dapat membuktikan program tersebut di
dahulu. bawah kelolaan mahasiswa.
 Terdapat lebihan makanan ketika majlis  Kuantiti makanan perlu disediakan
berbuka puasa bersama-sama anak yatim dengan betul dan bersesuaian dengan
dan asnaf. bilangan peserta.
(b) Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Program Semanis Senyuman Selembar Kasih ini telah berjaya
dilaksanakan dan diharapkan akan dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada masa
yang akan datang. Saya sangat berpuas hati kerana telah berjaya melaksanakan program
dengan baik di samping telah menepati ketetapan masa program selama 12 jam dalam tempoh
sehari. Saya masih berjaya menyelesaikan program ini walaupun menghadapi pelbagai
rintangan, cabaran dan masalah yang timbul. Secara tidak langsung, semasa saya menjalankan
program ini, terdapat banyak penerapan nilai-nilai murni yang dapat saya amalkan. Semangat
kerja secara berkumpulan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh merupakan nilai yang saya
pegang sejak awal lagi sehingga program ini selesai. Kejayaan program ini merupakan hasil
usaha dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Saya mencadangkan supaya program
yang mampu memupuk nilai kasih sayang terhadap sesama manusia tanpa mengira latar
belakang sesebuah keluarga tersebut diteruskan terutamanya oleh golongan-golongan belia dan
mahasiswa pada masa yang akan datang. Semua pihak perlu mempunyai sifat
bertanggungjawab dalam membantu segala keperluan termasuk sumbangan tenaga, masa dan
dana untuk menjayakan sesuatu program. Program ini meninggalkan kesan yang mendalam
dan memberikan pengalaman yang berharga kepada diri saya. Sebagai manusia biasa, segala
kelebihan dan kekurangan boleh dinilai bersama. Tambahan pula saya bertugas sebagai
seorang guru, saya beranggapan bahawa program seumpama ini dapat menyuntik semangat
saya untuk terus berbakti kepada masyarakat sekeliling tanpa wujudnya perasaan pilih kasih.
Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan komuniti dan khidmat masyarakat sangat relevan
dengan jiwa seorang pendidik. Semoga pengalaman tersebut menjadikan diri saya lebih
proaktif dan beriltizam tinggi untuk terus berbakti kepada anak bangsa.

You might also like