Nota Kuliah 23 Februari 2022

You might also like

You are on page 1of 2

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫اللهم صل على سيدنا محمد‬

23 FEBRUARI 2022
EDUP3063

TOPIK 1
((2.3 Keobjektifan))

 Pandai dapat skor A.


 Isi kandungan soalan sama.
 Keobjektifan ialah pemeriksa dapat memberi markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama.
 Keobjektifan tinggi ialah pemeriksa lain dapat memberi markah yang sama kepada skrip jawapan
yang sama.
 Keobjektif paling tinggi seperti aneka soalan pilihan di mana permakahan tidak dipengaruhi
pendapat, kemahiran, emosi atau pertimbangan subjektif pemeriksa.
 Keobjektifan agak rendah kerana skor diberikan berbeza dari pemeriksa dengan pemeriksa lain
walaupun mereka diberikan kerta jawapan yang sama.
 Lepas marking ialah moderasi pemarkahan, sebelum marking adanya penyelarasan peperiksaan.

((2.4 Kemudahtadbiran))

 Dari awal penyediaan soalan sehingga pemarkahan.


 Merangkumi penyediaan bilik pep, edaran kertas soalan, ada taklimat dll. Dengan kata yang lebih
mudah semua proses di bilik atau dewan peperiksaan.

((2.5 Kemudahtaksiran))

 Keputusan ujian dikumpul dan ditaksir untuk memberi gambaran yang jelas pencapaian pelajar,
kekuatan dan kelemahan, pencapaian objektif P&P, strategi dan bahan bbm yang digunakan dan
aras kesukaran ujian.
 Maksud lain ialah markah diperoleh ditukar kepada statistik seperti min, sisihan piawai, skor
piawaian dan peratus.
 Pentaksiran maklumat baik diperoleh daripada maklumat hasil ujian baik. Ini bermakna tiada isu.

PENTAKSIRAN FORMATIF

 Menilai keberkesanan P&P bagi guru dan pelajar bagi sesuatu tajuk diajar.
 Berlaku selepas mengajar unit kecil pembelajaran dan berfokus pada penguasaan murid dalam
sesuatu tajuk.
 Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan yang tidak
ditentukan gred.
 Boleh juga kuiz, soalan lisan dan pemerhatian.
 Soalan lisan ada 3 jenis iaitu guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫اللهم صل على سيدنا محمد‬
 Kesannya, dapat mengurangkan ketegangan kerana tidak membandingkan pencapaian pelajar.
 Maklumat yang diperoleh membantu guru, pelajar dan ibu bapa.

PENTAKSIRAN SUMATIF

 Dilakukan selepas akhir pengajaran.


 Menilai pencapaian akhir pelajar.
 Menentukan pencapaian dengan memberikan gred.
 Pelaksanaan ialah pilih isi kandungan iaitu DSKP, bina soalan, kumpul soalan sistematik dan uji atau
bank soalan, menyediakan skema pemarkahan.

UJIAN RUJUKAN NORMA

 Lebih kurang macam sumatif.


 Membanding pencapaian murid.
 Soalan aras sederhana 50% dan aras rendah serta tinggi peratusan lebih rendah dari sederhana.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA

 Kesukaran soalan hampir sama.


 Tiada bandingan antara murid.

UJIAN OBJEKTIF

 Jangan terlalu banyak membina soalan berbentuk negatif seperti … manakah yang bukan? Jika mahu
letakkan hanya 1 sahaja soalan berbentuk negatif yang dibenarkan.

UJIAN SUBJEKTIF

 Item jawapan terbuka


 Mempamerkan kedalaman pengetahuan yang murid miliki.
 Maka, sesuai untuk ukur tahap kognitif tinggi seperti menganalisis, sisntesis, pertimbangan.
 Pemikiran kritis ialah cari banyak maklumat dan cari isu yang sesuai dan pemikiran kritikal ialah
dapat membuat kesimpulan tersendiri. Dengan kata lain, membuat rasional.
 Isi, sokong dengan sumber kemudian baru buat rumusan kecil. Dan buat rumusan besar. Contoh
ayat rasional ialah oleh hal yang demikian, berdasarkan (isi).

You might also like