You are on page 1of 14

LAPORAN TEMU BUAL

Pada 5 Mac 2020, saya telah menjalankan satu temu bual bersama seorang
guru di Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 iaitu Cik Nurhidah Binti Sedon.
Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia dan telah berkhidmat selama 7
tahun di sekolah tersebut. Tujuan saya menjalankan temu bual tersebut
adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan profesion keguruan.
Perkara tersebut bertepatan dengan tugasan EDUP 3083 yang mana
mengkehendaki saya menjalankan temu bual guru di sekolah saya menjalani
internship. Antara soalan yang telah saya ajukan adalah berkaitan dengan
peranan guru sebagai pendidik yang profesional, isu dan cabaran yang
dihadapi guru serta peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional
dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, antara peranan guru


sebagai pendidik yang profesional adalah merancang aktivti pengajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah
mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Ini adalah kerana guru
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mencorakkan stail pengajaran
yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai
secara optimum (Abdullah Sani, Abdul Rashid, Abdul Ghani, 2007). Selain
itu, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah,
menentukan corak penyusunan kerusi-meja dan peralatan untuk
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Bukan sekadar itu sahaja,
guru berperanan menjaga keselamatan dan kebajikan murid-murid. Ini
membantu murid merasakan diri mereka sebahagian daripada sekolah.
Kerja-kerja pengkeranian seperti menaip kertas soalan, merekod markah
penilaian, mengisi keputusan setiap ujian dalam buku rekod kemajuan atau
secara atas talian juga merupakan peranan guru yang harus dilaksanakan
sebagai pendidik profesional. Jelaslah di sini bahawa tanggungjawab guru
pada masa kini bukanlah sekadar penyampai pengajaran malah lebih
daripada itu.

1
Seterusnya, sewaktu temu bual juga telah dibincangkan tentang isu-
isu yang dihadapi oleh guru pada masa kini. Antara isu yang telah
dibincangkan bersama responden adalah isu kurangnya murid menghormati
guru-guru mereka dan isu disiplin murid yang kian merosot. Di dalam
sekolah dan setiap bilik darjah, masalah dan isu disiplin memang berlaku,
tidak kira apa jenis kepimpinan guru atau apa jenis disiplin yang wujud (Mok
Soon Sang, 2012). Hal ini kerana murid-murid terdiri daripada berbagai-
bagai jenis latar belakang, sahsiah dan sosioemosi yang berbeza-beza. Bagi
isu pelajar kurang menghormati guru boleh dilihat dalam akhbar Berita
Malaysia bertarikh 11 Januari 2020 telah berlaku satu kes di mana pelajar
menumbuk gurunya kerana ditegur menunggang motor tanpa lesen. Adab
terhadap guru telah diabaikan dan pelajar pada zaman ini lebih cenderung
untuk mengekspresikan emosi melalui tindakan mereka. Isu disiplin murid
yang kian kecundang juga sering diperkatakan. Peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah tidak dapat diterima dengan mudah oleh
sebahagian murid dan murid ini dikenali sebagai murid yang bermasalah
disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru bergaduh dan
sebagainya wujud dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah campur tangan secara
berlebihan daripada pihak ibu bapa sehingga menganggu tugas dan bidang
kuasa pihak sekolah dalam mendidik murid-murid. Ibu bapa pada zaman
sekarang lebih berpihak kepada anak-anaknya dan guru-guru sering
dipersalahkan jika mereka mendenda serta merotan murid-muridnya. Ada
kalanya mereka menyerang sekolah walaupun hakikatnya anak mereka
yang melakukan masalah disiplin tersebut. Kekurangan kasih sayang
daripada ibu bapa turut menyumbang kepada kemerosotan disiplin (Sandy
Lo, 2016). Sesetengah ibu bapa sangat mementingkan kerjaya mereka
sehingga tidak sempat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
Mereka kurang cakna tentang perasaan anak-anak yang memerlukan
perhatian daripada mereka. Jadi, anak-anak yang berasa sunyi akan
mencari perhatian dan keseronokan dengan melakukan perbuatan yang
melanggar peraturan sekolah lalu mengakibatkan masalah disiplin berlaku.

2
Sesi temu bual bersama responden menuntut kepada peranan guru
sebagai seorang pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa berfikiran
positif dalam menghadapi liku-liku profesion yang telah dipilih. Menurut
Ezzati (2017), pemikiran positif bermatlamat untuk melihat kebaikan,
kegunaan, peluang dan faedah pada sesuatu situasi tertentu. Seterusnya,
berdasarkan model akibat logikal Dreikurs dalam buku Pengurusan Disiplin
dan Bilik Darjah (2016), guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah
tingkah laku. Berkenaan isu ponteng sekolah misalnya, secara logiknya
murid tersebut tidak akan ponteng sekolah jika tiada sesuatu sebab yang
mendorongnya melakukan hal tersebut. Kolaborasi antara pihak guru dan
ibu bapa diperlukan untuk melengkapkan segala kekurangan dan menyelidiki
latar belakang mereka untuk mengelakkan gejala ini berlaku. Terdapat murid
yang melakukan salah laku kerana kurang perhatian daripada ibu bapa
sedangkan menurut hierarki Maslow dalam buku Murid dan Pembelajaran,
kasih sayang antara keperluan yang perlu dipenuhi. Jadi, tindakan terbaik
yang boleh dilakukan oleh guru adalah mendekati anak murid yang
memerlukan belaian kasih sayang (Wong Kiat Wah..et al). Kewujudan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh dijadikan satu wadah
pendekatan untuk membina hubungan dengan ibu bapa.

Natijah yang saya peroleh daripada temu bual ini adalah profesion
keguruan ini adalah satu kerjaya yang mulia. Guru memainkan peranan yang
penting sebagai pendidik profesional dalam menangani isu dan cabaran
dunia pendidikan serta perlu bijak dalam memimpin dan menguruskan bilik
darjah. Untuk itu, kita perlu menyiapkan diri dengan ketahanan emosi dan
minda yang kreatif demi mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan
insan yang seimbang.

3
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. Adbul Rashid Mohamed. Abdul Ghani Abdullah.


(2007). Guru Sebagai Pemimpin. PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.

Angelina Sinyang. (2020, January 11). Gara-Gara Ditegur, Pelajar Tingkatan


3 Tergamak Hempas Guru Ke Lantai. Retrieved Mac 4, from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gara-gara-ditegur-pelajar-
tingkatan-3-tergamak-hempas-guru-ke-lantai-227777

James Ang Jit Eng. (2016). Pengurusan Disiplin Murid. Edisi Kedua. PTS
Profesional Publications Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2012). Psikologi Pendidikan. Subang Jaya : Kumpulan


Budiman

Nur Ezzati Muhammad Arif. (2017). Gaya Pemikiran. Universiti Sains


Malaysia. Retrieved Mac 3, from
https://www.academia.edu/19930097/gaya_pemikiran

Sandy Lo. 2016. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion
dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Retrieved from Mac 4,
https://www.academia.edu/6380185/Cabaran-
cabaran_yang_dihadapi_oleh_guru_dalam_profesion_dan_langkah-
langkah_untuk_mengatasinya

Wong Kiat Wah., et al. (2019). Kemahiran Belajar. Oxford Fajar.

4
SET SOALAN TEMU BUAL

1. ‘Guru adalah seorang pemimpin’. Adakah anda bersetuju dengan


pernyataan tersebut? Kongsikan pendapat anda.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Pada pendapat anda, apakah peranan guru sebagai seorang pendidik


profesional?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

3. Mengapakah profesion keguruan dikatakan suatu profesion yang mencabar?


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

4. Pada pendapat anda, apakah isu yang terpalit dan memberi kesan kepada
anda sepanjang menjadi seorang guru?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

5
5. Apakah masalah dan cabaran yang anda hadapi berdasarkan isu yang anda
nyatakan?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

6. Berdasarkan masalah dan cabaran tersebut, bagaimanakah anda


menangani masalah dan cabaran tersebut daripada menjadi beban kepada
diri anda?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

6
TRANSKRIP TEMU BUAL

Assalamualaikum dan selamat pagi, cikgu. Saya Azyyati,


Guru merupakan guru pelatih daripada IPG Kampus Tun Hussein
Pelatih Onn. Saya hendak menemu ramah cikgu untuk
mendapatkan beberapa maklumat. Boleh cikgu?

Waalaikumsalam. Eh boleh je. Inshallah mana yang boleh


Cikgu Ida
saya bantu, saya akan bantu.

Guru Okay baiklah, cikgu. Untuk soalan yang pertama, apakah


Pelatih maksud ‘guru’ pada pandangan cikgu?

Okay, guru ni adalah orang yang bertanggungjawab


terhadap murid-murid lah, kena beri bimbingan dan bantuan
untuk murid-murid, menjalankan tugas untuk kembangkan
Cikgu Ida lagi potensi mereka dari setiap aspek, membentuk akhlak
anak-anak ni dengan nilai-nilai murni dan sebenarnya besar
lagi tanggungjawab guru yang bukan hanya di sekolah
malah luar sekolah juga.

Berdasarkan apa yang cikgu nyatakan sebentar tadi,


nampaknya kerjaya guru boleh dikatakan suatu profesion
Guru yang penting juga lah dalam pembangunan sesebuah
Pelatih negara kan, cikgu? Jadi, kenapa kerjaya guru boleh
dianggap suatu profesion yang sama macam doktor,
engineer dan lain-lain ye?

Sebabnya jadi cikgu ni bukannya untuk kepentingan diri

7
sendiri je, kita ada juga tanggungjawab untuk masyarakat
dan juga negara. Lepas tu guru juga kena ada keupayaan
intelek yang tinggi sebenarnya sebab kita nak sampaikan
ilmu dengan berkesan. Baru lah masyarakat tidak
memandang rendah dekat kerjaya guru ni. Okay seterusnya
Cikgu Ida kita juga ada dapat latihan-latihan khusus yang tujuannya
supaya kita mahir dan faham terhadap tanggungjawab yang
nak dipikul waktu kerja nanti.

Guru Adakah kod etika perguruan juga menyebabkan guru


Pelatih mampu menjadi sebuah profesion?

Ya, sebab etika perguruan adalah satu garis panduan yang


menjadi dasar yang perlu dipatuhi oleh semua guru. Siapa
Cikgu Ida
yang langgar, dia akan dikenakan tindakan tatatertib dan
hukuman yang sewajarnya lah.

Cikgu, saya ada terbaca satu pernyataan lah di mana ia


Guru
menyebut ‘guru adalah seorang pemimpin’. Apa pendapat
Pelatih
cikgu tentang penyataan tu?

Cikgu Ida
Baiklah, secara amnya kalau sebut ‘kepimpinan’ ni, kita nak
mempengaruhi orang lain untuk menggalakkan diorang ni
bekerja ke arah mencapai satu matlamat yang sama. Kalau
macam cikgu kan, cikgu kena sentiasa meningkatkan
kebolehannya dalam satu-satu bidang yang
dipertanggungjawabkan tu. Baru lah keperibadian yang ada
pada cikgu tu dapat melahirkan rasa hormat dari orang
ramai dan guru juga berkebolehan untuk wujudkan
kepercayaan dan amanah.

8
Guru Macam mana pula nak aplikasikan ‘guru adalah seorang
Pelatih pemimpin’ sewaktu di dalam kelas ye cikgu?

Okay, kalau dalam kelas, kepemimpinan seorang guru tu


kita boleh tengok pada tanggungjawab cikgu tu nak
sediakan suasana kelas yang kondusif untuk pdpc, bagi
murid sentiasa semangat nak belajar dan tidak stress,
sentiasa terapkan kerjasama dalam kalangan murid-murid
Cikgu Ida dan juga cikgu boleh guna pujian untuk bimbing murid ke
arah positif. Contoh lain pula kita boleh tengok dari aspek
kawalan kelas. Kelas tengah bising ni, tapi bila cikgu angkat
je tangan, budak-budak akan senyap dan fokus balik dekat
pengajaran cikgu. Tu pun salah satu contoh kepemimpinan
guru dalam kelas.

Guru Nama lain bagi guru adalah pendidik, kan cikgu? Jadi,
Pelatih apakah peranan guru ni sebagai pendidik professional?

Cikgu Ida
Peranan paling utama semua guru adalah tak lain tak
bukan, merancang aktiviti pdpc berdasarkan sukatan
pelajaran dan melaksanakannya dalam kelas mengikut
strategi yang bersesuaian. Cikgu ni macam agen penggerak
suatu pembelajaran tu dengan cara bimbing murid-murid
belajar secara individu atau pun berkumpulan. Guru juga lah
yang perlu mengurus bilik darjah macam tentukan
kedudukan kerusi dan meja dalam kelas, urus rutin harian
kelas dan banyak lagi. Kerja-kerja pengkeranian macam
buat kertas soalan, rekod markah ujian, buat surat untuk
ibubapa pun cikgu yang akan buat.

9
Wah besar betul peranan guru ni ye. Tapi waktu saya
Guru
sekolah dulu, cikgu selalu cakap yang mereka merupakan
Pelatih
ibubapa kalau kat sekolah. Kenapa ye cikgu?

Ohhh sebab cikgu-cikgu ni lah yang kena pastikan


keselamatan dan kebajikan murid-murid. Lagi-lagi untuk
Cikgu Ida murid-murid yang baru masuk tu kan, supaya mereka dapat
menyesuaikan diri dengan sekolah dan rasakan diri
sebahagian daripada sekolah.

Baiklah cikgu, soalan yang seterusnya adalah, adakah


Guru
profesion keguruan ni adalah suatu profesion yang
Pelatih
mencabar? Dan kenapa?

Ya, sangat mencabar. Jadi guru ni bukannya mudah ye.


Stigma masyarakat kita hari ni, mereka menyangkakan
profesion guru bukanlah suatu pekerjaan yang profesional
sebab kerjaya guru ni tidak se‘gah’ pegawai eksekutif,
akauntan, doktor dan sebaris dengannya. Mereka rasa
macam ‘alah semua orang boleh jadi cikgu’, ‘jadi cikgu ni
Cikgu Ida senang je, ajar-ajar, tengah hari boleh balik’ walhal tak
semudah itu. Jika difikirkan semula, adakah mereka nak
anak-anak mereka di sekolah ni diajar oleh guru yang tak
berkemahiran? Guru yang tak bertauliah? Tentunya tak nak
sama sekali. Taraf profesionalisme ni perlu ditingkatkan
supaya martabat guru disanjung tinggi, ada nilai dan
berkualiti.

Guru

10
Sepanjang tempoh 7 tahun menjadi guru kan cikgu, apa isu
yang terpalit pada profesion ni dan beri kesan yang
Pelatih
mendalam pada diri cikgu?

Kalau nak bincang tentang isu guru memang tak


berkesudahan lah. Hari-hari kita akan dengar berita kat tv,
baca dekat surat khabar, ada sahaja isu berbangkit terkait
profesion guru. Contohnya, paling terbaru, isu guru yang
dipaksa merangkak keliling kelas atas sebab denda murid
yang tak siap kerja sekolah, kes di Sarawak di mana pelajar
Cikgu Ida tumbuk dan hempas guru ke lantai. Sebabnya, cikgu
berkenaan tegur bawa motor ke sekolah tapi takde lesen. Itu
belum masuk isu pelajar bunuh cikgu dan sebagainya.
Budak-budak sekarang ni makin hilang hormat dengan
cikgu-cikgu diorang. Disebabkan hilang rasa hormat lah,
masalah disiplin diorang makin lama, makin teruk dan
merosot.

Betul tu cikgu. Kalau waktu dulu-dulu, kita punya lah takut


dengan cikgu tu sampai satu tahap dengar bunyi tapak
Guru kasut je dah bertempiaran lari balik dalam kelas dan lepas
Pelatih tu duduk diam-diam je. Tak berani lah nak melawan cikgu tu.
Jadi cikgu, apakah cabaran yang cikgu kena hadap pula
untuk isu-isu disiplin murid-murid ni?

Cikgu Ida Okay, untuk cabaran, kita tak boleh dah nak rotan terus
kalau seseorang murid tu buat salah. Walaupun tujuannya
untuk mengajar budak tu. Sebab ibu bapa zaman sekarang
ni, nampak anak ada tanda merah-merah sikit, mereka terus
serang sekolah tanpa usul periksa dulu, walhal si anak yang
bersalah. Mereka terlalu manjakan anak sampai macam tu

11
sekali. Ada juga budak-budak yang buat masalah ni
sebenarnya nak kan perhatian dari cikgu-cikgu sebenarnya.
Sebab, parents terlalu sibuk dengan kerja sampai tak
sempat nak luangkan masa sama-sama, curahkan kasih
sayang dekat anak-anak. Anak-anak ni kalau cukup kasih
sayang dekat rumah, dia datang sekolah nak belajar je.
Kalau tak cukup kasih sayang kat rumah, tu yang cari
perhatian kat sekolah dengan buat macam-macam masalah
disiplin dan sangat menjadi cabaran buat cikgu-cikgu
semua. Tapi sebenarnya semuanya berbalik kepada kenapa
anak-anak tu dihantar ke sekolah. Tujuannya apa? Dah
tentu untuk mendidik, kalau buat salah ditegur dengan cara
apa sekali pun. Jadi guru ni memang cabaran yang
ditempuh takkan berkesudahan sebab kita ni nak membina
manusia. Memanusiakan manusia. Pelanggan kita adalah
orang, bukan mesin atau barang. Jadi nak hadap banyak
karenah dan ragam tu memang kena banyak-banyak
bersabar lah.

Soalan terakhir ye, cikgu. Apakah peranan guru sebagai


Guru pendidik yang professional dalam aspek pdp. Maksudnya
Pelatih apa yang cikgu buat dalam menangani cabaran-cabaran
tersebut.

Cikgu Ida
Okay, ni adalah bahagian yang paling penting. Pertama
sekali cikgu kena sentiasa berfikiran positif dan
menganggap ini adalah liku-liku kerjaya sebagai seorang
guru. Mana ada kerjaya yang tiada cabaran, kan? Lepas tu,
kita kena kenal pasti punca berlakunya masalah tu kerana
pokok takkan bergoyang kalau tiada angin, kan? Motif
masalah ni berlaku mungkin sebab nak dapatkan perhatian,
balas dendam, nak cabar kuasa guru ke dan banyak lagi

12
lah. Seterusnya, cikgu perlu membina hubungan dengan ibu
bapa murid tu sendiri supaya kita mampu selidik latar
belakang murid-murid tersebut. Jika sebenarnya murid
tersebut nak kepada perhatian, kita sebagai guru dekati lah
mereka dan tunjukkan keprihatinan kita kepada mereka.
Jangan terus menghukum mereka tanpa mendengar
sebarang penjelasan atau tahu cerita di sebalik sikap
mereka yang bermasalah tu.

Alhamdulillah banyak maklumat yang saya dapat daripada


cikgu hari ni. Memandangkan saya guru pelatih, saya dah
Guru
kena mempersiapkan diri saya nak hadapi realiti kat luar
Pelatih
nanti. Terima kasih yang tak terhingga atas perkongsian
cikgu bersama saya hari ni ye.

Cikgu Ida Ya, sama-sama.

13
Sesi temu bual bersama Cik Nurhidah

14

You might also like