You are on page 1of 4

CABARAN DAKWAH PARA ULAMAK

1. IMAM SYAFI'IE
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan
hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah
masyarakat.

2. IMAM HANAFI
Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum racun oleh
pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-
dasar pemerintah.

3. IMAM MALIKI
Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh
pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah.

4. IMAM HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir
terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan
kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul
daripada ulama.

5. SUFYAN AT TSAURI
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana
berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu
hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.
6. SAID BIN JUBAIR
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa
memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot
untuk menjatuhkan pemerintah.

7. ABU YAZID AL-BUSTAMI


Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat
kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum
pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

8. ABUL HUSIN AN-NURI


Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir
dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang
membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

9. IMAM NAWAWI
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah
kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat.
Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

ANTARA CIRI-CIRI PENDAKWAH TERBAIK


1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah
senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.

2. Lisanun Na'imah (Tutur bahasa yang indah)


Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami
dan tidak membuat orang tersinggung.

3. Qolbur Rahmah (Hati yang menyenangkan)


Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya
memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat,
kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.

4. Shodrul Muftihah (lapang Dada)


Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif
menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil
keputusan.

5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)


Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia
akan peka untuk membantu.

Semoga kita senantiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus
soleh dan alim ulama..
Jadikanlah .........
Yang indah itu budi
Yang lembut itu hati
Yang tipis itu benci
Yang tebal itu iman
Yang tajam itu akal
Yang baik itu sifat
Yang manis itu senyuman
Yang rapat itu persaudaraan

* Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang


Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping
Orang-Orang Yang Kita Sayang .

You might also like