You are on page 1of 16

Prinsip Perakaunan

Senarai kandungan
Tingkatan 4
Bab 1: Pengenalan kepada Perakaunan
Bab 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
Bab 3: Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
Bab 4: Buku Catatan Pertama
Bab 5: Lejar
Bab 6: Imbangan Duga
Bab 7: Penyata Kewangan Milikan Tunggal tanpa Pelarasan
Bab 8: Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
Bab 9: Pembetulan Kesilapan

Tingkatan 5
Bab 1: Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan
Bab 2: Rekod Tak Lengkap
Bab 3: Perakaunan untuk Kawalan Dalaman
Bab 4: Perakaunan untuk Perkongsian
Bab 5: Perakaunan untuk Syarikat Berhad Menurut Syer
Bab 6: Perakaunan untuk Kelab dan Persatuan
Bab 7: Perakaunan Kos

Analisis SPM Prinsip Perakaunan

Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3


40 Markah 100 Markah 100 Markah
20% 60% 20%
75 min 150 min N/A
40 Soalan Objektif Bahagian A - Jawab Semua. - 60 Markah Projek Perakaunan
Jawab Semua. Bahagian B - Jawab 2 Soalan. - 40 Markah

Langkah Pertama Skor dalam SPM:


Mengetahui sasaran markah yang anda ingin mencapai

Gred Markah Sasaran Markah Kertas 1-3


A+ 90-100 K1- 36/40, K2- 90/100, K3- 18/20
A 80-89 K1- 36/40, K2- 77/100, K3- 16/20
A- 70-79 K1- 34/40, K2- 62/100, K3- 16/20
B+ 65-69 K1- 32/40, K2- 55/100, K3- 16/20
B 60-64 -
C+ 55-59 -
C 50-54 -
D 45-49 -

1
Bab 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Merekod Simpan Kira


Membuat Rumusan
Perakaunan Membuat Analisis
Membuat Tafsiran
Merancang

Perakaunan Pengauditan Percukaian


Kewangan Megesahkan Mengguna laporan
Menyediakan Laporan kewangan yang telah
Laporan Kewangan adalah diaudit untuk membuat
Kewangan. sahih dan tepat. taksiran cukai.

Profesional: Seseorang yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan kepakaran khusus dalam bidang tertentu.
Contoh profesion perakaunan
- Akauntan - Penasihat kewangan
- Pengurus kewangan - Penasihat percukaian
- Juruaudit - Ketua pengawai kewangan

Ciri-ciri Akauntan sebagai pemimpin


1. Integriti : Jujur (Honest)
2. Kredibiliti : Keupayaan untuk menimbulkan kepercayaan (Trustworthy)
3. Akauntabiliti : Bertanggungjawab (Responsible)

Etika Profesion Perakaunan


1. S- Sifat Profesional : Mematuhi peraturan
2. I- Integriti : Jujur
3. K- Kompetensi : Mahir dalam subjek
4. O- Objektiviti : Adil dan tidak berat sebelah
5. K- Kerahsiaan : Tidak mendedahkan kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran

Badan Kawal Selia (Regulatory Body)


MIA- Institut Akauntan Malaysia (tubuh pada 1960)
1. Menentukan kelayakan seseorang diterima sebagai ahli.
2. Memberi latihan dan pendidikan berkaitan dengan profesion perakaunan.
3. Menentukan peraturan yang perlu dipathui oleh semua akauntan di Malaysia.
4. Mengawal pelaksanaan tugas perakaunan.

Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body)


MASB- Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (tubuh pada 1997)
1. Mengeluarkan piawaian perakaunan.
2. Menyemak dan memperbaiki piawaian perakaunan sedia ada.
3. Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam.
4. Menentukan skop dan aplikasi piawaian perakaunan.

Badan Profesional Perakaunan (Professional Accounting Body)


1. MICPA- Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
2. CIMA- Chartered Institute of Management Accountants
3. ACCA- Association of Chartered Certified Accountants

Sejarah Perakaunan
Babylonia 3500SM Rekod ditemui - tanah liat.
Mesir 400SM Rekod ditemui - papyus (kertas) dan calamus (pen).
Itali Abad ke-14 Luca Pacioli (Bapa Perakaunan)- sistem catatan bergu

2
Abad ke-18 Sistem lebih sistematik diperkanalkan semasa Revolusi Peindustrian
Abad ke-20 (IASC)Jawatan Kuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa ditubuhkan pada 1973.

Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan kepada Entiti Perniagaan


1. Memudahkan perancangan perniagaan.
2. Mengumpul dan menyimpan maklumat perniagaan.
3. Memastikan kawalan atas keselamatan maklumat perniagaan.
4. Membuat keputusan berdasarkan butiran yang dijanakan daripada sistem.
5. Memahami keseluruhan sistem bagi tujuan pengauditan.

Fungsi Penyata Kewangan:


1. Memberi maklumat sesebuah perniagaan dengan cara berstruktur bagi sesuatu tempoh.
2. Penilaian prestasi perniagaan dapat dibuat dengan tepat.
3. Memberi pandangan keseluruhan kewangan jangka pendek dan panjang.

Ciri Kualitatif Asas:


1. Kerelevanan (Relevance) : Dapat membantu pengguna menilai prestasi perniagaan dan membuat keputusan.
2. Perwakilan benar (Reliable) : Benar, bebas daripada kesilapan material, tanpa berat sebelah dan tiada unsur yang
mengelirukan. Sales RM10,000 – invoice RM1,000 x10

Ciri Kualitatif Tertingkat:


1. Kebolehbandingan (Comparable) : Boleh dibandingkan dengan syarikat lain.
2. Kebolehfahaman (Understandable) : Mudah difahami oleh pengguna.
3. Kebolehsahan (Verifiable) : Boleh dipercayai untuk membuat keputusan.
4. Pemasaan (Timely) : Sampaikan kepada pengguna tepat pada masa membuat keputusan.

Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan


1. Pemilik perniagaan 3. Pihak luar: Akauntan dilantik oleh peniaga
2. Pekerja
Pengguna Penyata Kewangan
Pengguna Dalaman Pengguna Luaran
1. Pemilik perniagaan 1. Pihak Bank
- Menilai prestasi pernagaan - Menilai kemampuan perniagaan membayar hutang
2. Pihak pengurusan 2. Pembekal
- Membuat perancangan perniagaan - Menilai kemampuan perniagaan membayar hutang
3. Pekerja 3. Pemegang saham
- Mengetahui kestabilan perniagaan - Menilai prestasi pernagaan
4. Agensi Kerajaan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) - menentu cukai
Andaian Perakaunan (Assumption 假设)
1. T- Tempoh Perakaunan:
Aktiviti perniagaan akan dibahagikan kepada tempoh perakaunan tertentu supaya prestasi dan kedudukan kewangan
dapat dinilaikan.
Contoh : Lim Sdn Bhd menyediakan penyata kewangan pada 31 Disember setiap tahun.

2. E- Entiti Perniagaan:
Perniagaan dan pemilik adalah dua entity yang berasingan. Hanya urus niaga perniagaan sahaja direkodkan.
Contoh : Pemilik mengambil inventori untuk kegunaan sendiri, hendaklah direkodkan sebagai ambilan.

3. W- Wang sebagai ukuran:


Urus niaga direkodkan dengan ukuran wang sebagai asas supaya perbandingan urus niaga dapat dinilaikan.
Contoh : Pau Sdn Bhd merekodkan jualan pau pada harga RM200 dalam buku tunai.
3
4. U- Usaha berterusan:
Pernigaan mempunyai hayat berterusan dan akan terus beroperasi.
Contoh : Best Sdn Bhd menilai harga kenderaan pada harga yang dibeli dan bukan harga yang boleh dilupuskan.

Prinsip Perakaunan (Principle 原则)


1. P- Pengiktirafan hasil dan belanja:
Belanja perniagaan yang telah berlaku mesti diambil kira walaupun ia masih belum dibayar; hasil perniagaan yang
direkodkan adalah hasil yang diperoleh dalam tempoh perakaunan dan bukan hanya berdasarkan tunai yang diterima.
Contoh: Ace Sdn Bhd mencatatkan belian secara kredit dalam buku perniagaan walaupun belum membuat bayaran.

2. K- Ketekalan:
Pengguna kaedah perakaunan mesti sama pada setiap tempoh perakaunan.
Contoh: Encik Kim seorang pemilik kedai alat tulis menggunakan kaedah garis lurus dalam susut nilai perabot
sepanjang tempoh penggunaan perabot tersebut.

3. P- Prinsip Kos:
Aset direkodkan dalam kos sebenar (harga belian), bukan nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan yang
dijangkakan.
Contoh: Kiki Sdn Bhd masih merekodkan rak pameran yang dibeli pada tahun 2015 pada kos belian, iaitu RM5000
dalam penyata kewangan bagi tahun 2019. Nilai pasaran tersebut pada tahun 2019 adalah RM2400.

Batasan Perakaunan
Kos manfaat:
Perbelanjaan yang terlibat dalam penjanaan hasil haruslah tidak melebihi hasil supaya untung dapat dinikmati.

Contoh: Lim Kereta Sdn Bhd menjual bateri kepada pelanggan pada harga RM250. Lim Kereta membeli bateri
daripada Pembekal A pada harga RM100 berbandingkan Pembekal B RM150 kerana dapat menikmati keuntungan
yang lebih tinggi.

Entiti Perniagaan

Ciri Milikan tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi


Bilangan Pemilik 1 2-20 Sdn Bhd: 2-50 50-∞
Awam Bhd: 2-∞
Keuntungan Pemilik Berdasarkan syarat Dalam dividen Dalam dividen
dalam perjanjian
Liabiliti Tidak terhad Tidak terhad Terhad Terhad
Sumber Modal Pemilik Semua pekongsi Pemegang saham Anggota koperasi
Pengurusan Pemilik Pekongsi aktif Lembaga Pengarah Anggota Lembaga
koperasi
Akta penubuhan Akta Pendaftaran Akta Perkongsian Akta Syarikat 2016 Akta Koperasi 1993
Perniagaan 1956 1961
Hayat Perniagaan Tidak berterusan Tidak berterusan Berterusan Berterusan
Cukai Pendapatan Perseorangan Perseorangan Syarikat Koperasi
Contoh Perniagaan Perniagaan berkedai, Klinik kedoktoran, Institusi kewangan, Koperasi sekolah,
bergerai. pergigian, firma kilang elektronik, university, koperasi
perakaunan syarikat pembinaan pengguna

Liabiliti terhad : Hanya tanggung kerugian perniagaan berdasarkan modal yang disumbangkan.
Liabiliti tidak terhad : Pemilik menanggung semua hutang perniagaan, asset peribadi akan terlibat dalam
penyelesaian hutang sekiranya perniagaan tidak mampu menjelaskan semua hutang.

4
Bab 3 Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
1. Dokumen perniagaan ialah bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku.
2. Ia perlu disimpan secara sistematik dan merupakan sebagai sumber rujukan dalam penyediaan
Penyata Kewangan perniagaan. Ia digunakan bagi mentaksir cukai pendapatan peniaga.

Dokumen Sumber -> Maklumatnya perlu dicatatkan dalam buku perakaunan.


Bil Dokumen Situasi digunakan Rekod di
1 Bil Tunai Belian/ Jualan barang niaga secara tunai/ bank. BT
2 Resit Pembekal keluar kepada pembeli selepas pembeli menjelaskan bayaran. BT
3 Keratan Cek Bahagian cek mengandungi maklumat pembayaran disimpan oleh pembayar. BT
4 Baucar Urus niaga belanja yang tiada dokumen bersesuaian. BT
Pembayaran Dokumen dalaman, hanya ada 1 salinan, perlu ditandatangan oleh penerima.
5 Slip Daftar Sebagai bukti jualan tunai, dikeluarkan oleh mesin daftar tunai. BT
Tunai
6 Slip Bank Memasukkan tunai di tangan ke dalam bank. BT
7 Slip Pindahan Memindahkan wang ke pihak yang berada dalam negara atau luar negara. BT
Wang
8 Urus niaga Memudahkan pelanggan bank membuat urus niaga tanpa pergi ke bank. BT
atas Talian
9 Slip Transaksi Dikeluarkan oleh mesin elektronik yang berada dalam bank, sepert ATM, BT
Perbankan CDM dan lain-lain.
Elektronik
10 Makluman Bank keluar untuk memaklum peniaga bahawa akaun banknya telah BT
Debit didebitkan (berkurang).
11 Makluman Bank keluar untuk memaklum peniaga bahawa akaun banknya telah BT
Kredit dikreditkan (bertambah).
12 Memo a) Dikeluarkan oleh pemilik untuk urus niaga yang tidak mempunyai dokumen JA, BT
sokongan, seperti urus niaga ambilan, hutang lapuk, modal tambahan.
b) Hanya ada 1 salinan sahaja dan ditandatangan oleh pemilik.
13 Invois a) Belian/ Jualan barang niaga secara kredit. JA, JK
b) Tujuan: memberitahu pelanggan tentang amaun yang perlu dibayar.
c) Asal disimpan oleh pembeli, salinan disimpan oleh pembekal.
d) K.&K. di K -> Kesilapan dan ketinggalan dikecualikan. Pembekal berhak
membuat pembetulan atas invois jika ada kesilapan.
e) 'Syarat Angkutan Dibayar' bermaksud kos pengangkutan barangan akan
ditanggung oleh pembekal.
14 Nota Debit a) Belian kredit pembeli telah terkurang nilai dan perlu ditambahkan. JK
b) Sebagai invois tambahan.
c) Asal disimpan oleh pembeli, salinan disimpan oleh pembekal.
15 Nota Kredit a) Belian kredit pembeli telah terlebih nilai dan perlu dikurangkan. JK
b) Asal disimpan oleh pembeli, salinan disimpan oleh pembekal.
16 Bil Bayaran Dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan seperti Tenaga Nasional Berhad. BT
(Kadar Bayaran)
17 Folio a) Menunjukkan semua caj perkhidmatan yang dikenakan dan jumlah perlu BT
Pelanggan dibayar oleh pelanggan. Disediakan oleh sektor perkhidmatan seperti pos,
perhotelan, hospital dan firma guaman.
b) Berfungsi sebagai resit, asal disimpan pembayar, salian disimpan pembekal.

1
Dokumen Bukan Sumber -> Sebagai rujukan sahaja.
Penyata Akaun Penyata Bank
~ Dikeluarkan oleh pembekal sebagai peringatan ~ Dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemilik akaun.
kepada pembeli tentang baki hutangnya. ~ Menyenaraikan semua urus niaga yang dibuat melalui
~ Merupakan ringkasan urus niaga yang telah bank.
berlaku antara pembekal dan pembeli. ~ Peniaga boleh guna sebagai rujukan dan semakan
~ Pembeli boleh guna untuk menyemak sama ada tentang ketepatan rekod pihak bank (banding BT)
rekod pembekal betul atau tidak. ~ Jika ada perbezaan, Penyata Penyesuaian Bank
perlu disediakan (Form 5->Bab 3)

Diskaun Niaga & Diskaun Tunai


Niaga Tunai
1) Menggalakkan pembeli secara pukal (banyak). 1) Menggalakkan pembeli bayar segera.
2) Potongan harga daripada senarai harga. 2) Potongan harga daripada jumlah hutang atau harga
3) Tidak perlu dicatat dalam mana-mana buku. bersih dalam invois.
3) Kadar diskaun berdasarkan tempoh yang dinyatakan
dalam invois.
4) Semakin cepat bayar, kadar diskaun semakin tinggi.

2
Bab 4, 5, 6 Buku Catatan Pertama, Lejar, Imbangan Duga
Kitaran Perakaunan Am
Dokumen Jurnal Khas Jurnal Belian
Buku Catatan Pertama Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Penyata Kewangan Jurnal Pulangan Jualan
Buku Tunai / Buku Tunai Runcit

Akaun Untung Rugi


Lejar (Akaun)

Akaun Perdagangan Imbangan Duga

Imbangan Duga Terselaras Pelarasan

Buku Tunai -> Semua urus niaga yang melibatkan tunai/bank(cek)


Format: Buku Tunai
Tarikh Butir Folio Dis. Diberi Tunai Bank Tarikh Butir Folio Dis diterima Tunai Bank

Contoh:
Jan 1. Tunai di tangan RM1000 dan bank RM2300. 18 Bayar belanja am dengan tunai RM600.
3 Belian dengan cek RM400. 19 Mengeluarkan wang RM400 dari bank untuk
4 Jualan dengan tunai RM2000. kegunaan perniagaan.
5 Bayar gaji dengan cek RM3000. 20 Terima faedah dengan tunai RM6900.
6 Bayar upah dengan tunai RM400. 21 Bayaran kepada T. Rex RM750 dengan tunai
7 Bayar sewa dengan cek RM1300. setelah menolak diskaun sebanyak RM30.
9 Terima komisen dengan cek RM4500. 24 Terima cek RM900 daripada Godzilla untuk
12 Terima dividen dengan cek RM500. menjelaskan hutangnya sebanyak RM1000.
16 Bayar Angkutan dengan tunai RM340. 26 Memasukkan tunai RM700 ke dalam bank.

1
Jurnal Khas -> Barang Niaga secara Kredit
Jurnal Belian, Jualan, Pulangan Jualan, Pulangan Belian
Format: Jurnal Belian (Jualan/Pulangan Jualan/Pulangan Belian)
Tarikh Butir Folio No. Dokumen Jumlah
X Nama Akaun Belum Bayar/Terima Nilai bersih
X
31 Jumlah jurnal

Contoh:
Jan 2. Belian daripada Superman RM9000, No. Dokumen B001.
4 Jualan kepada Batman RM5800, No. Dokumen J001.
6 Belian daripada Ultraman RM13000, No. Dokumen B002, 10% diskaun niaga.
8 Jualan kepada Antman RM16000, No. Dokumen J002, 15% diskaun niaga.
10 Pulangan belian kepada Superman RM460, No. Dokumen PB001.
12 Pulangan jualan daripada Batman RM320, No. Dokumen PJ001.
14 Pulangan belian kepada Ultraman RM870, No. Dokumen PB002, 10% diskaun niaga.
16 Jualan kepada Ironman RM12000, No Dokumen J03, 5% diskaun niaga.
18 Pulangan jualan daripada Antman RM1300, No Dokumen PJ002, 15% diskaun niaga.

2
Jurnal Am
Format: Jurnal Am
Tarikh Butir Folio Debit Kredit

1. Catatan permulaan
2. Ambilan Aset Bukan Semasa dan barang niaga
3. Belian & Julan Aset Bukan Semasa secara kredit
4. Membawa masuk Aset Bukan Semasa sebagai Modal Tambahan
5. Catatan Penutupan

Contoh:
1. Pada 1 Mac 20X9, baki-baki aset dan liabiliti adalah berikut:
Kenderaan 28000 Pinjaman 25000
Perabot 13000 Overdraf bank 3000
Stok 2900 Akaun Belum Terima 6800
Tunai 4800 Akaun Belum Bayar 3900
2. Pada 3 Mac 20X9, Pemilik mengambil perabot bernilai RM200 untuk kegunaan sendiri.
3. Pada 5 Mac 20X9, pemilik mengambil stok bernilai RM300 untuk keluarganya.
4. Pada 7 Mac 20X9, pemilik menjual kenderaan berharga RM5000 secaara kredit kepada Ranger Sdn Bhd.
5. Pada 9 Mac 20X9, pemilik membeli perabot berharga RM2300 secara kredit daripada Mojojojo Sdn Bhd.
6. Pada 12 Mac 20X9, pemilik membawa masuk kenderaan bernilai RM21000 ke dalam perniagaan.
7. Pada 31 Mac 20X9, pemilik memindahkan baki Akaun Komisen Diterima RM2000 ke dalam Akaun
Untung Rugi.

3
Buku Tunai Runcit
Tujuan: Mengelakkan daripada banyak catatan dalam Buku Tunai.
Merekodkan belanja yang kecil dibayar dengan cek.
Sistem Panjar-> Melibatkan pembayaran balik tunai yang telah dibelanjakan pada akhir tempoh sebagai dana
tunai runcit pada tempoh hadapan.
Juruwang runcit-> Mengurus dan rekod bayaran tunai runcit.
Ketua juruwang-> Memberikan sejumlah wang kepada juruwang runcit pada awal bulan.
Format: Buku Tunai Runcit
Analisis Bayaran
Tarikh Butir Folio No.Baucar Debit Kredit Alat Tulis Pos Belanja Am Tambang Pelbagai

Contoh: Kedai Buku Spangebob mengamalkan Buku Tunai Runcit mengikut sistem panjar. Ketua juruwang
memasukkan RM300 ke pajar runcit pada awal bulan iaitu 1 Mac 20X9. Berikut adalah urus niaga penerimaan
dan penggunaan wang bagi Kedai Buku Spangebob pada bulan Mac 20X9.
Tarikh Urus Niaga RM
Mac 4 Pos laju. 34
8 Pengangkutan teksi ke SSM 44
11 Kertas warna dan gunting 9
16 Surat berdaftar 12
19 Bayaran Tol 50
22 Makanan untuk staf 23
25 Staf meminjam wang dari juruwang 120
Sediakan Buku Tunai Runcit dengan lajur Alat tulis, Belanja Am, Belanja Perjalanan, Pos dan Pelbagai.

4
Lejar (Akaun)
~Perlu menggunakan Sistem Catatan Bergu, iaitu 1 akaun debit, 1 akaun akan dikreditkan dengan amaun yang
Lejar Khas Lejar Akaun Belum Terima (Jualan) sama.
Lejar Akaun Belum Bayar (Belian)
Lejar Am Semua Akaun lain
Format:
Dt. Akaun XXX Kt.
Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

DEAD CLIC (Debit: Expenses, Asset, Drawing. Credit: Liability, Income, Capital.)
Debit: Aset, Belanja, Ambilan DABA Datuk Akan Bayar Adik
Kredit: Liabiliti, Hasil, Modal KLHM Kos Lewat Hadir Masjid

Imbangan Duga -> Senarai baki debit dan baki kredit diambil daripada lejar
Fungsi: ~ Semakan Sistem Catatan Bergu sama ada dipathui dalam rekod urus niaga.
~ Penyediaan Penyata Kewangan dipermudahkan.
~ Semakan ketepatan pengiraan dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.
~ Semakan ketepatan proses pemindahan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam Lejar.
Format: Imbangan Duga pada 31 Disember 20X9
Butiran Debit Kredit

Kekangan dalam Imbangan Duga-> Kesilapan Tidak Ketara (Rujuk Nota Bab 9)

Contoh berdasarkan urus niaga di buku tunai (muka surat 1):


Sediakan Akaun yang berkaitan dan Imbangan Duga.

5
6
Sistem Penilaian Inventori
Sistem Inventori Berkala Sistem Inventori Berterusan
~ Inventori dikira secara fizikal. ~ Gerakan inventori dicatatkan secara berterusan dalam
~ Rekod inventori tidak terperinci. lejar inventori.
~ Kad inventori disediakan. ~ Rekod inventori disimpan secara terperinci.
~ Kos inventori hanya ditentukan pada akhir ~ Rekod seperti kuantiti, kos seunit, jumlah belian senang
tempoh perakaunan. dikena pasti berdasarkan rekod sistem yang kemas kini.
~ Diamalkan oleh perniagaan berskala kecil/ ~ Biasanya digunakan oleh perniagaan pasar raya besar.
sederhana. ~ Untung/Rugi perniagaan lebih tepat.
~ Untung/Rugi peniagaan kurang tepat.
* Penilaian inventori akhir adalah berdasarkan nilai terendah antara harga kos dengan harga pasaran.

Format:
Kad Inventori: Baju (M size)

Contoh:
Berikut adalah baki inventori Kedai Mesin Ayaya pada 1 Julai 20X9:
Kad inventori: Mesin Modal M2

Kedai Mesin Ayaya menjalankan perniagaan jual beli mesin dan melibatkan dokumen-dokumen seperti berikut:

7
Harga pasaran mesin adalah berikut:
RM
M2 1,800
M3 2,000

Sediakan kad inventori dan buat


penilaian inventori akhir pada 31 Julai
20X9.

8
9
Akaun Kawalan
~ Jumlah urus niaga yang berkaitan dengan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar dalam akhir
tempoh perakaunan.
~ Jualan tunai dan belian tunai tidak rekod di sini.

~ Fungsi: 1. Membantu peniaga mengesan kesilapan apabila imbangan duga tidak seimbang.
2. Menghitungkan jumlah baki keseluruhan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar supaya dapat
memastikan semua catatan dalam Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar adalah tepat.

~ Biasanya Akaun Kawalan Belum Terima berbaki debit kerana ia adalah Akaun Aset. Ia akan berbaki kredit
sekiranya terdapat pulangan barang niaga atau diskaun diberi setelah pelanggan menjelaskan hutang.

~ Biasanya Akaun Kawalan Belum Bayar berbaki kredit kerana ia adalah Akaun Liabiliti. Ia akan berbaki debit
sekiranya terdapat pulangan barang niaga kepada pembekal atau diskaun diterima setelah hutang dijelaskan.

~ Terdapat beberapa kesilapan tidak dapat dikesan walaupun Akaun Kawalan disediakan, iaitu:
a) Ketinggalan catatan dalam akaun
b) Kesilapan berlaku apabila catatan dipindah
c) Kesilapan hitungan jumlah dalam Akaun Belum Terima & Akaun Belum Bayar

Format:
Hutang bertambah Akaun Kawalan Belum Terima Hutang berkurang
Tarikh Butir Folio Jumlah Tarikh Butir Folio Jumlah
RM RM
Baki b/b XX Baki b/b XX
Jualan JJXX XX Diskaun Diberi BTXX XX
Bank (Cek tak laku) BTXX XX Kontra BTXX XX
Diskaun Diberi dibatal JAXX XX Bank BTXX XX
Faedah JAXX XX Pulangan Jualan JPJXX XX
Baki h/b XX Hutang Lapuk JAXX XX
Baki h/b XX
XX XX
Baki b/b XX Baki b/b XX

Hutang berkurang Akaun Kawalan Belum Bayar Hutang bertambah


Tarikh Butir Folio Jumlah Tarikh Butir Folio Jumlah
RM RM
Baki b/b XX Baki b/b XX
Diskaun Diterima BTXX XX Belian JBXX XX
Kontra BTXX XX Angkutan Masuk JAXX XX
Bank BTXX XX Faedah JAXX XX
Pulangan Belian JPBXX XX Baki h/b XX
Baki h/b XX
XX XX
Baki b/b XX Baki b/b XX

* Kontra berlaku apabila pembelian dan penjualan barang niaga secara kredit dengan peniaga yang sama.

10

You might also like