You are on page 1of 3

Ia merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem

mesra alam untuk memelihara alam sekitar dan alam semula


menggunakan sumber tenaga boleh baharu supaya kesan negatif daripada
aktiviti manusia dapat dikurangkan.

Empat tonggak kelestarian Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan


(DTHK) dari aspek tenaga, ekonomi, sosial dan alam sekitar ialah

1. Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari


ketidakbergantungan tenaga dengan :-

a). menjimatkan tenaga dengan menggunakan peralatan elektrik atau


sistem yang mempunyai label cekap tenaga.

Simbol Cekap Tenaga


b). menjimatkan sumber asli bumi dengan mengamalkan konsep 5R dan
menggunakan sumber tenaga alternatif iaitu sumber tenaga boleh baharu
seperti sumber tenaga solar , tenaga air, tenaga angin dan tenaga terma.

2. Meningkatkan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.


3. Meningkatkan kualiti hidup : -dengan meningkatkan tahap
kesihatan dan kehidupan manusia

4. Memulihara dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam


sekitar dengan:-

a). mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau pada tahap paling
rendah atau sifar.

b). mengurangkan penurunan kualiti persekitaran yang disebabkan oleh


pencemaran.

4.2 Sektor dalam Teknologi Hijau

1. Tenaga – : guna tenaga boleh baharu dan peralatan cekap tenaga seperti
lampu LED.

Lampu LED
i). Mengurangkan pembuangan sisa seperti sampah dan air sisa seperti sisa
manusia dan bahan kimia dengan sistematik menggunakan teknologi
terkini dalam pelupusan sampah dan pengurusan loji domestik di kawasan
perumahan dan kilang – kilang.

2. Pengurusan sisa dan air sisa :-

ii). dengan mengadakan tempat pelupusan sampah yang sesuai dan


mencukupi. Mengadakan sistem perparitan yang sistematik di taman
perumahan atau di bandar – bandar oleh majlis perbandaran untuk
mengelakkan banjir kilat.

3. Pertanian dan perhutanan :- menggunakan baja kompos dan air


hujan untuk menyiram tumbuhan dan mengawal aktiviti pembalakan dan
pembukaan hutan untuk pertanian secara haram.
4. Pengangkutan :- menggunakan pengangkutan hijau iaitu
pengangkutan yang menggunakan kuasa solar dan kuasa elektrik

5. Perindustrian dan pembuatan :-

i) . TMK Hijau mengurangkan penggunaan bahan berbahaya,


menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan
peralatan.

ii). Menggunakan konsep 5R iaitu kitar semula bahan terpakai seperti


kertas, plastik dan tin aluminium.

Surat khabar lama


6. Bangunan :- guna bahan binaan hijau untuk mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau

7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Mengadakan tempat pelupusan e-waste untuk bahan elektronik seperti


telefon bimbit lama.

You might also like