You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

MINIT CURAI

Nama Pegawai : En. Abu Shofian Bin Hussain (Pen. Pegawai PPD), Penolong Kanan

Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Guru Pemulihan Khas

Taklimat : Taklimat Kali ke 1

Yang Dihadiri : Rujuk borang kehadiran

Tarikh : 19 April 2019 (Jumaat)

Tempat : Bilik Mesyuarat Anjung Sidang, SKKS

Pengerusi : En. Shazli Bin Talib (Guru Besar)

Butiran Taklimat

Perjumpaan bersama waris murid tahun 1 yang mengikuti Program Insan Terpilih.

1.1 Taklimat bermula dengan bacaan Al-Fatihah untuk mendapat keberkatan dan melancarkan
majlis.
1.2 Ucapan Guru Besar, En. Shazli Bin Talib
1.2.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke taklimat berkaitan dengan
Program Insan Terpilih. Pihak sekolah berpendapat program seperti ini perlu
dijalankan dengan kadar segera berikutan daripada maklumbalas guru-guru bahasa
melayu tahun 1 yang menyatakan seramai 38 orang murid tidak boleh membaca
dengan baik.
1.3 Ucapan Penolong Pegawai PPD, En. Abu Sofian Bin Hussain
1.3.1 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau untuk memberi
penerangan ringkas berkaitan dengan program pemulihan khas.
1.3.2 Beliau amat berharap agar semua ibu bapa yang hadir memberikan komitmen dan
sokongan sepenuhnya dalam setiap program yang sekolah jalankan.
1.4 Taklimat Perlaksanaan Program Insan Terpilih oleh guru pemulihan khas
1.4.1 Program ini melibatkan seramai 38 orang murid dari kelas tahun 1 ibnu battuta, ibnu
khaldun dan ibnu naqib yang dipilih oleh guru mata pelajaran bahasa melayu yang
tidak dapat menguasai 3M.

________________________________________________
-Minit Curai-Taklimat 1/2019
1.4.2 Jumlah murid yang terlibat adalah seramai 38 orang. 17/38 orang murid tidak boleh
mengenal huruf manakala selebihnya boleh menguasai sehingga konstruk kv dan
kvkv sahaja.
1.4.3 Jangkamasa program ini bermula pada bulan april sehingga ogos (4 bulan).
1.4.4 Sasaran program ini adalah bagi memastikan seramai 38 orang murid dapat
membaca dan menulis sekurang-kurangnya perkataan kvk.
1.4.5 Bagaimana program ini dijalankan :
1.4.5.1 Rombakan semula jadual waktu dibuat supaya waktu bahasa melayu bagi
ketiga- tiga kelas tahun 1 dapat dijalankan serentak.
1.4.5.2 Setiap hari isnin,rabu dan khamis (6/10 waktu) seramai 17 orang murid yang
tidak boleh mengenal huruf akan berada di kelas pemulihan khas.
1.4.5.3 Bahan bantu mengajar yang akan digunakan sepanjang program ini
dijalankan :
a. Lembaran kerja yang disediakan oleh guru mengikut tahap
penguasaan murid.
b. Modul linus dan buku latihan.
c. Bahan bacaan cepat (BACE). Cara/kaedah penggunaan :
 Guru membimbing murid membaca bahan bacaan terlebih dahulu.
dan mencatatkan tarikh. Ibu bapa diminta membimbing anak
membaca dan menulis di dalam buku latihan dirumah.
 Imlak – ibu bapa menyebut perkataan dan anak menulis perkataan
tersebut. Ibu bapa akan menyemak hasil jawapan anak dan
mencatat perkembangan anak untuk dipantau oleh guru.
1.4.5.4 Peranan ibu bapa dalam menjayakan program ini :
a. Menjadi pembimbing kepada anak-anak dirumah.
b. Sentiasa memberi sokongan dalam apa jua program yang sekolah
jalankan. Kehadiran ibu bapa pada program insan terpilih ini dilihat
sebagai satu langkah awal komitmen semua ibu bapa.
c. Memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah ditahap yang baik.
d. Wujudkan kolaborasi yang baik bersama guru dengan sentiasa
memantau perkembangan prestasi anak-anak di sekolah.

Taklimat tamat pada pukul 12.00 tengahari.

________________________________________________
-Minit Curai-Taklimat 1/2019
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
………………………… …………………………….
Pn. Izyani Binti Roslan En. Shazli Bin Talib
Guru Pemulihan Khas Guru Besar
Sk Kampong Selamat Sk Kampong Selamat

________________________________________________
-Minit Curai-Taklimat 1/2019

You might also like