You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

JALAN PJU 1A / 40 (70), LEMBAH SUBANG, PETALING JAYA,


47301 SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03 – 78398395 KOD SEKOLAH : BBA 8276
E- MAIL : BBA8276@moe.gov.my

MINIT MESYUARAT
DIALOG PRESTASI 1 2021

Tarikh : 27 Mei 2021

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Medium atas talian – Google Meet

Kehadiran :

1. Pn. Shamsinar Hayati bt. Mohd Shith (Pengerusi)


2. En. Mohd Rosdi Bin Husin
3. Pn. Janet Suganthamalar
4. En. Mohd Bazli b. Mat Salleh
5. Pn. Zainab bt Yaacob
6. En. Abdul Karim b. Daud
7. Pn. Azean bt. Hashim
8. Pn. Hairumuna bt. Jelani
9. Pn. Fairuzah bt. M. Nashihin
10. Pn. Nurul Ofizar bt. Othman
11. Cik Siti Syazwani bt. Che Rose
12. Pn. Suriati bt. Ali
13. En. Ahmed Shahrul Anwar Bin Md. Amin
14. Pn. Nik Azizah bt Zamakhshari
15. Pn. Seah Lee Tin
16. Cik Intan Shuhana bt Othmawi
17. Pn. Fatin Maziyah bt. Othman
18. Pn. Siti Norhafizah binti Mohd Nor
19. Pn. Samundeeswari A/P Periasamy
20. Pn. Raisa bt Raus
21. Cik Gayathiry A/P Raman
22. Pn Nurulaini Syazwana bt Mat Jamaludin
23. Pn Wan Idawati bt Wan Omar
24. En. Sivasanthiran A/L Kaniapan
25. En Izaqq Ixqlas b.Noor Affandy
26. En. Mohd Masran Abdul Majid
27. Pn. Nurkhadijah bt Muhammad
28. Pn Najlaa bt Nasir
29. En. Muhammad Izzuddin bin Azamudin
30. Pn Rosnah bt Muhamad
31. Cik Clare A/P Noortyhisamy

1
32. En. Mukhtarudin bin Ab.Rahim
33. En. Mohd. Hakimi b. Mohd Alim @ Ab Halim
34. Pn. Haslina bt. Ahamad
35. Pn. Dalila Hanim bt Che Rais
36. Pn. Hasnah bt Mat Nor
37. En. Freddy Gondu
38. Cik Atiqah bt Hamdan
39. Cik Intan Najihah bt Zamani
40. En. Muhammad Amzar Zamir bin Abu Bakar
41. En. Mohamad Afiq Ikhwan bin Abdullah
42. Pn. Noor Ilyana bt Ali
43. Cik Noor Hidayah bt Abdul Hadi
44. Pn. Salwani ‘Atiqullah
45. Cik Wan Ainee bt Wan Johari
46. En. Muhamad Afizi bin Azmi
47. Cik Noor Aina bt Ahmad Nazri
48. Pn. Nur Qashilla bt Mohd Parman
49. Pn. Sharifah Shatrah bt Razali
50. Pn. Siti Syazwani bt Md Shakri
51. Cik Shaamala A/P Nadarajah
52. Pn. Noorul Hidayah bt Sahariman
53. En. Amir Zikri Bin Aminuddin
54. En. Muhammad Hannan Bin Abdul Hamid
55. Pn. Nurul Hayatie bt Ab Aziz
56. Pn. Nurul Jalilah bt Anuar
57. Pn Nur Adilah Izzati bt Mohammad Shari
58. Pn. Nur Balqis bt Mohd Saad
59. Pn. Mazlina bt Salleh
60. En. Ahmad Akmal b. Nik Khuzaimah
61. Cik Farah Syafinaz bt. Naziruddin
62. Cik Aina Fadhlin Syahmina bt Abas
63. Cik Nur Fatihah bt Che Ali
64. Cik Nurakmal Najihah bt Mohamad Shukri

Tidak Hadir
1. Wan Ahmad Rithauddin b. Wan Hassan

Urus Setia Mesyuarat :


1. Pn. Noor Ilyana bt. Ali Setiausaha Mesyuarat Guru
2. Pn. Siti Syazwani bt. Md Shakri Naib Setiausaha Mesyuarat Guru

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua guru
kerana dapat meluangkan masa untuk mengikuti Dialog Prestasi 1 SKLS
2021
1.2 Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru bahawa Dialog Prestasi ini
adalah berfokus untuk mendengar perbentangan KEPEL daripada barisan
SLT, ML dan guru-guru.

Tindakan: Makluman

2
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

- tiada –

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

- tiada –

4.0 DIALOG PRESTASI 2021

4.1 Guru Besar memaklumkan kepada guru-guru apakah yang dimaksudkan


dengan kajian tindakan dan tatacara untuk menjalankan kajian tindakan.

4.1.1 Guru Besar telah menunjukkan contoh kajian tindakan yang telah
beliau laksanakan.
4.1.2 Guru Besar telah menunjukkan cara-cara untuk menulis KEPEL
berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh sekolah
amanah.
4.1.3 Guru Besar memaklumkan kepada guru-guru supaya semua guru
memilih isu berdasarkan fokus kajian.
4.1.4 Semua guru perlu menulis objektif kajian berdasarkan apa objektif
yang ingin dicapai dalam kajian tersebut.
4.1.5 Guru Besar memaklumkan bahawa pada hari ini (27 Mei 2021), akan
ada lima (5) orang guru yang terpilih akan membentangkan kajian
mereka. Tiga (3) orang dari kalangan ML dan dua (2) dari guru biasa.
4.1.6 Guru Besar memberitahu guru-guru bahawa apabila telah dibuat
kajian, guru-guru perlu membuat graf pencapaian murid-murid dan
kajian guru-guru perlu mempunyai sumber rujukan.
4.1.7 Guru Besar memaklumkan bahawa sepatutnya Dialog Prestasi ini
telah dimulakan sejak bulan Januari 2021 tetapi ditangguhkan
kerana COVID-19 dan terpaksa dilakukan secara atas talian.
4.1.8 Guru Besar memaklumkan bahawa kajian tindakan adalah salah
satu elemen penting dalam pendidikan.
4.1.9 Guru Besar memaklumkan pada hari ini (27 Mei 2021), Puan Suriati,
Encik Izaqq, Puan Rosnah, Cik Shamaala dan Puan Qashilla akan
melakukan pembentangan kajian mereka.

Tindakan: Makluman

4.2 Guru Besar memaklumkan pembentangan kajian daripada guru-guru SKLS


adalah selama 5 hingga 10 minit dan mempersilakan guru-guru yang terlibat.

4.2.1 Pembentangan kajian tindakan oleh Puan Rosnah binti Mohamad.


4.2.1.1 Puan Rosnah memaklumkan bahawa kajian beliau belum
dilaksanakan sepenuhnya lagi dan hanya akan
membentangkan perancangan kajian pada hari ini.
4.2.1.2 Kelas target: 4 UTM
4.2.1.3 Isu kajian: Murid kelas 4 UTM masih tidak dapat membaca
dan menulis jawi dengan betul menyebabkan mereka tidak
dapat memahami maklumat di dalam buku teks
4.2.1.4 Target/Objektif: Murid 4 UTM dapat membaca dan menulis
dua (2) suku kata terbuka jawi dengan betul.

3
4.2.1.5 Terdapat empat (4) peringkat pelaksanaan kajian iaitu fasa
1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4.
4.2.1.5.1 Fasa pertama: Murid dapat mengenali huruf jawi
tunggal. Latihan akan bermula pada bulan Jun.
4.2.1.5.2 Fasa kedua: Murid dapat menyebut suku kata jawi
dengan betul. Latihan akan diberikan pada bulan Julai
dan bergantung kepada keadaan murid.
4.2.1.5.3 Fasa ketiga: Murid dapat membaca dua suka kata jawi
terbuka dengan betul.
4.2.1.5.4 Fasa keempat: Murid dapat menulis dua suku kata jawi
dengan betul. Puan Rosnah menyatakan bahawa beliau
akan lebih memfokuskan kepada sebutan terlebih
dahulu kerana menulis dapat diselang selikan dalam
latihan nanti.

4.2.1.6 Puan Rosnah memaklumkan bahawa kajian beliau akan bermula


pada bulan Jun.
4.2.1.7 Puan Rosnah bercadang untuk memulakan dengan fasa ujian 1
dan 2 pada bulan Jun nanti dengan memberikan modul kepada
murid. Beliau akan memberikan modul kepada semua murid (35
orang murid) kelas 4 UTM.
4.2.1.8 Beliau bercadang untuk melaksanakan kajian pada setiap waktu
kelas beliau dan mensasarkan untuk melaksanakan ujian bagi
mengetahui pendapaian murid pada setiap bulan.
4.2.1.9 Beliau merancang untuk selesai menulis rumusan atau pelaporan
pada bulan Oktober 2021.
4.2.1.10 Guru Besar mencadangkan Puan Rosnah untuk menyediakan
pelan A dan pelan B dalam pelaksanaan kajian tindakan beliau
memandangkan berkemungkinan PdPR akan diteruskan.

Tindakan: Makluman

4.2.2 Pembentangan kajian tindakan oleh Puan Suriati binti Ali.


4.2.2.1 Tajuk kajian: Meningkatkan Kosa Kata Bahasa Arab Murid 6
UTM.
4.2.2.2 Kajian ini ingin dijalankan ke atas murid 6 UTM untuk membantu
murid kelas tersebut memperoleh markah yang lebih tinggi dalam
Bahasa Arab serta menarik minat mereka untuk mempelajari
Bahasa Arab.
4.2.2.3 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah murid
lambat menguasai pembelajran di dalam kelas, murid merasakan
Bahasa Arab asalah susah untuk dipelajari dan difahami serta
murid tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Arab.
4.2.2.4 Objektif umum adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa
Arab dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian, ringkas
dan menarik serta dapat menarik minat murid untuk belajar.
Objektif khusus pula adalah untuk mengenalpasti tahap
penguasaan Bahasa Arab, murid dapat memahami dengan
mudah, murid minat untuk belajar bahasa Arab serta
mempelbagaikan kaedah pembelajaran guru dan murid.
4.2.2.4 Fokus kajian adalah untuk meningkatkan minat murid untuk
mempelajari Bahasa Arab dan menambahkan kefahaman
penguasaan Bahasa Arab.

4
4.2.2.5 Tinjauan masalah untuk kajian ini adalah diambil daripada
semakan buku tulis murid dan juga pemerhatian sepanjang
tempoh PdPc
4.2.2.6 Pelaksanaan tindakan bagi kajian ini adalah menggunakan
kaedah didik hibur pergerakan dan nyanyian dan permainan
bahasa.
4.2.2.7 Pengumpulan data, beliau akan menggunakan markah PBD pada
tahun 2020 dan oleh kerana masih belum pasti bila pembelajaran
secara bersemuka akan diadakan, beliau juga akan
menggunakan Google Form sebagai platform untuk menjalankan
ujian penilaian.
4.2.2.8 Beliau memaklumkan bahawa kajian tindakan beliau akan
diteruskan dari semasa ke semasa dan akan cuba diadaptasikan
dengan keadaan pembelajaran secara PdPR.

Tindakan: Makluman

4.2.3 Pembentangan kajian tindakan oleh Encik Izaqq Ixqlas bin Noor Affandy.
4.2.3.1 Tajuk kajian: Using Word Map to Enhance Year 3 Pupils’
Vocabulary Learning
4.2.3.2 Kajian ini dilaksanakan kerana murid tahun 3 masih tidak dapat
membina ayat dengan baik kerana mereka tidak memahami
makna perkataan.
4.2.3.3 Kajian ini akan dijalankan ke atas murid tahun 3 UUM dan murid-
murid dipilih berdasarkan kepada markah PBD tahun 2020.
4.2.3.4 Beliau akan menggunakan model Kemmis and McTaggart’s
Model yang terdiri daripada pelan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Beliau akan mengulangi kitaran sekiranya kajian didapati
terdapat apa-apa kesilapan.

4.2.3.4.1 Pada fasa pelan, beliau akan menjalankan pra ujian


untuk mengenalpasti pengetahuan kosa kata bahasa
Inggeris murid.
4.2.3.4.2 Pada fasa tindakan, beliau akan mulakan intervensi
beliau menggunakan ‘word map’ untuk mengajarkan
kosa kata baharu.
4.2.3.4.3 Pada fasa pemerhatian, beliau akan menilai
keberkesanan intervensi beliau dengan memeriksa
hasil kerja murid dan menggunakan kaedah soal
selidik.
4.2.3.4.4 Pada fasa refleksi, beliau akan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan intervensi beliau serta
mengambil cadangan dan penambahbaikan bagi
meningkatkan lagi keberkesanan intervensi.

4.2.3.5 Kajian beliau akan dijalankan semasa kemahiran menulis dan


akan bermula pada bulan Jun menggunakan topik 5: ‘My New
House’. Beliau hanya akan memperkenalkan kosa kata yang
terdapat dalam topik itu sahaja.
4.2.3.6 Cara pengumpulan data adalah dengan menggunakan pra ujian
dan ujian selepas. Ujian yang dijalankan akan menggunakan
Bloom Taxonomy.

Tindakan: Makluman

5
4.2.4 Pembentangan kajian tindakan oleh Cik Shaamala A/P Nadarajah.
4.2.4.1 Tajuk kajian: Penggunaan Teknik Peta Buih untuk Membina Ayat
4.2.4.2 Sasaran kajian adalah untuk murid 2 UTM.
4.2.4.3 Pernyataan masalah: murid tidak mahir membina ayat. Mereka
dapat membina ayat secara lisan tetapi tidak dalam tulisan.
4.2.4.4 Pra ujian yang diberikan adalah murid perlu membuat ayat
berdasarkan gambar dan kata kerja yang diberikan. Seterusnya
murid akan dibekalkan dengan bahan intervensi sebelum
diteruskan dengan ujian pasca.
4.2.4.5 Pra ujian dan intervensi sempat dijalankan sebelum PKP
dilaksanakan namun ujian pasca tidak berjaya dijalankan kerana
PKP. Ujian pasca dirancang untuk dijalankan apabila sekolah
dibuka atau jika PKP masih diteruskan, beliau akan menggunakan
Google Form atau ujian secara atas talian.
4.2.4.6 Guru Besar berharap selepas ujian pasca nanti Cik Shamaala
dapat hadirkan data yang lengkap untuk kajian beliau.

Tindakan: Makluman

4.2.5 Pembentangan kajian tindakan oleh Pn. Nur Qashilla binti Mohd Parman.
4.2.5.1 Tajuk kajian: Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mengenal
Huruf Vokal oleh Murid Pemulihan 3 UTM Menggunakan Kaedah
Sentuhan Vokal.
4.2.5.2 Objektif Kajian: Murid dapat mengenal dengan mengecam dan
menyebut huruf vokal melalui deria kinetik mereka dan murid
dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata
dan tangan mereka.
4.2.5.3 Sasaran kajian diambil daripada data ujian diagnostik
menggunakan soalan LINUS saringan satu. Melalui saringan
tersebut, beliau telah memilih empat (4) orang murid 3 UTM
sebagai peserta kajian.
4.2.5.4 Intervensi beliau akan menggunakan kad sensori huruf vokal
berbentuk flash card yang mempunyai bentuk 3D yang murid
boleh sentuh dan rasa huruf-huruf vokal tersebut.
4.2.5.5 Beliau memaklumkan bahawa ujian pasca tidak sempat dijalakan
bersama murid-murid dan akan diteruskan apabila sekolah dibuka
semula.

Tindakan: Makluman

4.2.6 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau akan memaklumkan nama-nama


guru yang akan membentangkan kajian mereka pada Dialog Prestasi fasa 2
yang akan datang dan berharap guru-guru ini membentangkan pelaksanaan
kajian tindakan mereka dan bukan lagi perancangan kajian tindakan.

4.2.6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Dialog Prestasi fasa 2 akan


dilaksanakan sekitar bulan Jun 2021 dan meminta guru-guru yang
disenaraikan untuk bersedia dengan kajian tindakan mereka.
Guru-guru tersebut adalah Puan Haslina, Cik Intan Najihah, Puan
Seah, Encik Ahmad Akmal dan Puan Wan Idawati.
4.2.6.2 Puan Rosnah bertanya tentang adakah guru baharu yang
berkhidmat pada tahun pertama berkhdimat perlu melaksanakan
kajian tindakan. Guru Besar memaklumkan bahawa semua guru
akan terlibat dengan kajian tindakan mengikut sekolah semasa.

6
Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa jumlah guru-guru yang mengisi pelaporan
PdPR semakin berkurang dan berharap guru-guru dapat membuat pelaporan
selepas setiap kali berakhir kelas.
Tindakan: Semua Guru

5.2 PK1 memaklumkan bahawa pelaporan dan PdPR perlu dilaksanakan oleh
setiap guru.

5.2.1 Guru-guru perlu mengambil gambar PdPR yang dijalankan


sebagai eviden untuk mid-year dan end-year review. Ini akan
dijadikan sebagai bukti PdP guru dan juga sekolah.

Tindakan: Semua Guru

5.3 PK1 berharap guru-guru yang akan membentangkan tindakan kajian pada
masa akan datang dapat membuat persediaan awal dan lebih berfokus.

Tindakan: Makluman

5.4 PK HEM mengingatkan guru kelas untuk mengemaskini kehadiran murid


dalam APDM.

Tindakan: Guru Kelas

6.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.34 petang..

Urus Setia
Jawatankuasa Mesyuarat Guru

Tarikh : 6 Jun 2021

Disemak oleh:

.........................................................................
(SHAMSINAR HAYATI BINTI MOHD SHITH )
Guru Besar
SK Lembah Subang

You might also like