You are on page 1of 1

Refleksi

Saya Danusha A/P E Moorthy dari opsyen Pendidikan Jasmani, semester 1


dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Encik Ahmad Subki Bin Miskon untuk mengajar Kemahiran Belajar
GKB 1053 kepada saya. Kursus ini sangat membantu saya dalam membuat
kerja kursus. Topik - topik yang kami belajar dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang Teknologi Maklumat (ICT) dan cara menguruskan masa
dalam menyiapkan kerja dalam kehidupan kami. Kemahiran belajar ialah
kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis. Sebagai
seorang pelajar, kita haruslah menganalisis maklumat yang dikumpul.
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan
menjelaskan idea tentang maklumat yang dikumpul. Kemahiran menganalisis
secara kritis dibahagikan kepada dua iaitu menganalisis idea dan menganalisis
hujah. Menganalisis idea adalah menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan
cara mengelas, membanding dan membeza, meneliti perhubungan bahagian
keseluruhan dan membuat urutan. Menganalisis hujah adalah mengenal pasti
unsure-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang
mengkomunikasikan idea. Pelajar boleh mengklasifikasikan idea dengan
pelbagai urutan iaitu urutan abjad, urutan masa, analisis operasi, rangkaian
sebab, kitar dan pangkatan.  Sejak saya mula belajar kemahiran belajar (GKB
1053), saya dapat meningkatkan ilmu mengenai aplikasi-aplikasi yang terdapat
dalam komputer serta cara membuat nota dan menguasai kemahiran belajar
supaya dapat menyiapkan tugasan dan kerja lain dengan masa yang singkat.

213 patah perkataan

You might also like