You are on page 1of 3

Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak 2019.

Tarikh : 13 November 2019 (Rabu)

Masa : 7.40 pagi – 1.10 petang

Tempat : Dewan Terbuka SK LOndah

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah telah diadakan pada 13 November 2019 di SK
LOndah. Sambutan bermula jam 7.40 pagi iaitu murid berkumpul di Dewan Terbuka SK Londah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zainurul Izwan Bin Zainal dan seterusnya ucapan
perasmian oleh Guru Besar SK Londah Encik Jasmin Bin Hussain.

Selepas ucapan perasmian, murid-murid Tahun 6 membuat persembahan pembukaan iaitu


Nyanyian dan tarian Lagu ‘Baby Shark’. Seterusnya, persembahan yang kedua pula ialah nyanyian
dan lakonan lagu ‘Aci-aci Buka Pintu’. Persembahan yang dilakukan amat mencuit hati murid-murid
SK Londah kerana diselitkan unsur-unsur kecindan.

Atur cara berikutnya pula ialah Sambutan Hari Lahir Murid (Oktober hingga Disember) iaitu
dimulakan dengan upacara memotong kek dan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Lahir’. Pihak sekolah di
bawah Unit BImbingan dan Kaunseling menyediakan kek untuk murid-murid yang menyambut ulang
tahun kelahiran mereka. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menyumbangkan kek hari jadi bagi
memeriahkan majlis.

Pada jam 10.00 pagi, murid-murid diberi makan ais krim percuma dan murid-murid juga
dapat menikmati juadah jualan daripada Kelab/Permainan sekolah. Semua murid berasa sangat
gembira kerana dapat menikmati ais krim dan pelbagai jenis juadah.

Sambutan diteruskan lagi pada jam 10.40 pagi dengan pertandingan nyanyian solo.
Pertandingan ini dibahagi kepada dua kategori iaitu Penyanyi Cilik (Tahap 1) dan Suara Merdu
(Tahap 2). Bagi tahap 1, tempat pertama telah dimenangi oleh adik Nuralia Qaisara Binti Safian,
tempat kedua adik Syaidatul Hidayah Bt Abdullah dan di tempat ketiga adik Muhammad Luqman
Hakim Bin Ashadi. Manakala tahap 2 pula, tempat pertama dimenangi oleh adik Dewi Nurhashimah
Jamil Binti Abd Razzaq, tempat kedua adik Nurfarisha Afrina binti Safian dan di tempat ketiga adik
Muhammad Farish Zaquan Bin Safian.

Pertandingan nyanyian solo ini adalah gabungan program yang dirancang oleh Panitia Muzik
bagi mencungkil bakat semulajadi murid dan melahirkan murid yang berbakat dan berani
menonjolkan diri.

Kemuncak sambutan pula diadakan Pertandingan Fesyen mengikut tema ‘Super Hero’ dan
‘Disneyland’. Murid-murid memperagakan pakaian masing-masing mengikut gaya tersendiri.
Pemenang bagi pertandingan ini ialah adik Putra Iskandar Bin Azharulnizam dengan pakaian ‘Iron
Man’.

Murid-murid bersurai pada jam 1.10 petang dan sebelum semua murid pulang, murid-murid
telah diberikan cenderahati sebagai kenang-kenangan sambutan Hari Kanak-Kanak 2019 ini.

Disediakan oleh:

Ayu Liza Binti A Aziz

Penyelaras Program

Ulasan:____________________________________________________________________________

You might also like