You are on page 1of 3

Teknik-teknik 作答技巧

1. Panjang ringkasan tidak melebihi 100.


    字数在 80-100 之间为佳
2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.  
    最好可以在不改变文章愿意的情况下使用自己的句子来诠释答案
3. Ambil isi daripada petikan sahaja. 
    所有书写内容要在文章里取得,不能自己自由发挥
4. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan. 
    不要照搬原文中的整个段落句子,可以适当修改词汇
5. Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan jawapan lebih
pendek. 
    把原文中的所有说明、举例、成语等删去,只留下重点内容,确保文章在限定字数内完

6. Biasanya jika terdapat penanda wacana seperti "Selain itu" "Tambahan pula",
maksunya isi yang dikehendak mungkin terkandung dalam ayat tersebut. 
    如果句子中出现了"Selain itu" "tambahan pula" 之类的词,那么题目要求的内容很可能
就    在这个句子中了

Format 格式
(Tajuk) ialah/ adalah ( Isi 1). Selain itu, ( Isi 2 ). Seterusnya, ( Isi 3 ). Tambahan
pula, ( Isi 4 ). Selanjutnya, ( Isi 5 ). Akhir sekali, ( Isi 6). 

*** Isi keenam ditulis sekiranya patah perkataan belum cukup. 第六个内容在字数不够时
才写

Contoh 例子
Latihan 1 练习 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group,
study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan
dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika
perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita
tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-
pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu
kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita
miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas
itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama
mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang
yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu
mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada
kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-
sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Jawapan 1 答案 1

Kebaikan belajar secara berkumpulan adalah dapat bertukar-tukar pendapat tentang


sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara
dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan
rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar
difahami dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun
mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil
daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat
meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan. 
(80 p.p )

- dipetik dari https://seronoknyabelajar.wordpress.com/laman-utama/bank-soalan/ringkasan/

Latihan 2 练习 2

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun
begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap
kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah
mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa


lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli- belah
dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional
dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu
permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain
itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.

Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara


satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu
bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga
bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara
ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.

Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan


persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan
kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya , dapat membentuk semangat
kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat
membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing.
Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat
mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal
yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.


Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua
pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan
tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih
relevan dalam zaman globalisasi ini.

Jawapan 2 答案 2
Faedah permainan tradisional kepada remaja adalah dapat mengisi masa
lapang. Selain itu, remaja tidak akan membazir masa ataupun wang dengan melepak di
pusat membeli belah. Tambahan pula, remaja juga dapat dapat mempelajari ilmu
permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran. Di samping itu,
remaja akan belajar untuk menghargai masa. Selanjutnya, permainan tradisional dapat
mengeratkan silaturahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan kawan
baru. Seterusnya, permainan tradisional boleh memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman dalam kalangan remaja. Akhir sekali, remaja dapat memelihara warisan
budaya bangsa daripada pupus.  
(87 p.p)

You might also like