You are on page 1of 3

Teknik-Teknik 作答技巧

1. Panjang rumusan tidak melebihi 100.

    字数在 80-100 之间为佳

2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal


petikan.  

    最好可以在不改变文章愿意的情况下使用自己的句子来诠释答案

3. Ambil isi daripada petikan sahaja. 

    所有书写内容要在文章里取得,不能自己自由发挥

4. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan. 

    不要照搬原文中的整个段落句子,可以适当修改词汇

5. Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan jawapan lebih


pendek. 

    把原文中的所有说明、举例、成语等删去,只留下重点内容,确保文章在限定字数内完

6. Mesti ditulis dalam perenggan.

    一定要以段落形式书写,否则会扣分

Markah 分数
ISI BILANGAN ISI MARKAH
Idea utama 1 2 (1 isi x 2 markah)
Idea sokongan 6 6 (6 isi x 1 markah)
kesimpulan 1 2 (1 isi x 2 markah)

Perbezaan Antara Ringkasan dan Rumusan 不同点


Rumusan Ringkasan
Cari sendiri berdasarkan Idea Utama 论点 Terdapat dalam soalan
petikan 根据题目中的要求
根据文章内容自己推断
Diperlukan  Kesimpulan 结论 Tidak diperlukan
需要写 不需要写

Persamaan Antara Ringkasan dan Rumusan 共同点


1. Tidak boleh melebihi 100 patah perkataan. 书写时字数不可超过 100
2. Menggunakan ayat sendiri. Dilarang salin terus daripada petikan. 尽可能使用自己的句
子来诠释,严禁从文章中照搬句子
3. Ditulis dalam bentuk perenggan 以段落形式书写

Format 格式
Petikan membincangkan ( idea utama ).
Antaranya ialah / adalah ( idea sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ).
Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea
sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ). Kesimpulannya (Tuntasnya), 
( kesimpulan ) supaya / agar / untuk /demi ( penjelasan ).  

Soalan 103:
Petikan membincangkan banyak kepentingan tempat atau bangunan bersejarah.
Soalan 104:
Petikan membincangkan pemanasan global banyak membawa kesan negatif.

Contoh 例子
Latihan 1 练习 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu  rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta
benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat,
maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya
ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat
hati terutamanya pada musim perayaan.
                                                              
            Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang
teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang
positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap
pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan
jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar
dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu
dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh  dua
tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum
mendapat lesen sepenuhnya.

            Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem
pembelajaran dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang
dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para
pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan
tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

            Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat


menyemai nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu diketatkan
supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh
raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku
berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju.
Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan
mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang
membabitkan orang lain.

            Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat
mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua
pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut
ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah
berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.
                                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai
Nyawa” oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

Jawapan 1 答案 1

Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya. Antaranya


ialah pengeluaran lesen memandu diketatkan. Selain itu, para pemandu perlu menjalani
ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. Tambahan
pula, hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu
dikenakan. Selanjutnya, pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam
tempoh  dua tahun pertama dikenakan hukuman tempoh
percubaan. Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan perlu dikaji semula. Akhir sekali, elemen sivik dipupuk dalam jiwa
pemandu. Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya perlu
dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna.

You might also like