You are on page 1of 4

Teknik Menjawab Soalan Rumusan PT3 Format Baharu

2019
Teknik-Teknik

1. Panjang ringkasan 80 - 100.

2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah


maksud asal petikan.

3. Ambil isi daripada petikan sahaja.

4. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan.

5. Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan


jawapan lebih pendek.

6. Mesti ditulis dalam perenggan.

Markah

ISI BILANGAN ISI MARKAH


Idea utama 1 2 ( isi x 2 markah)
Idea sokongan 6 6 (6 isi x 1 markah)
Kesimpulan 1 2 (1 isi x 2 markah)

Perbezaan Antara Ringkasan dan Rumusan

Rumusan Ringkasan
Cari sendiri berdasarkan Idea Utama Terdapat dalam soalan
petikan

Diperlukan Kesimpulan Tidak diperlukan

Persamaan Antara Ringkasan dan Rumusan

1. Tidak boleh melebihi 100 patah perkataan.


2. Menggunakan ayat sendiri. Dilarang salin terus daripada petikan.
3. Ditulis dalam bentuk perenggan
4. Isi mestilah mengikut susunan.
Format

Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah ( idea sokongan


1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan
pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea
sokongan 6 ). Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).

Contoh

Latihan 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda,
wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka
pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya
ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati
terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti
sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif.
Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang
cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana
kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas
sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang
melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan
perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran
dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak
JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen
sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan
mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.
Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai
nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan
undang-undang dan denda yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah
dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan
biasa perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan
yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan
bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara
berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun
negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah
terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna
menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa”
oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

Jawapan 1

Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya. Antaranya


ialah pengeluaran lesen memandu diketatkan. Selain itu, para pemandu perlu menjalani
ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. Tambahan pula, hukuman
tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Selanjutnya, pemandu-
pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama dikenakan
hukuman tempoh percubaan. Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dikaji semula. Akhir sekali, elemen sivik dipupuk dalam
jiwa pemandu. Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya perlu
dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna.
Petikan membincangkan usaha-usaha mencegah kemalangan jalan raya. Antaranya
ialah pengeluaran lesen memandu diperketat. Selain itu, para pemandu perlu menjalani
ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. Seterusnya, hukuman yang
lebih tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada pemandu. Tambahan pula, pemandu-
pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu
dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan. Selanjutnya, sistem pembelajaran dan
pendidikan pemanduan perlu dikaji oleh pihak berkuasa secara mendalam. Akhir
sekali, elemen sivik perlu dipupuk pada jiwa seseorang pelajar. Kesimpulannya, kadar
kemalangan yang meningkat perlu dibendung agar tidak banyak nyawa manusia yang terkorban

You might also like