You are on page 1of 12

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 1 ZIRKONIA & 1 NILAM


Pengenalan ringkasan
Bahagian C kertas 1(Ringkasan, Rumusan,
Ulasan)
Panjang ringkasan antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
Satu perenggan sahaja
Gunakan penanda wacana
Elakkan menggunakan contoh dan huraian
sebagai isi.
Pemarkahan
10 markah untuk isi.
1 isi = 2 markah ( 2 x 5 = 10 markah)
5 markah untuk bahasa
Jumlah keseluruhan 15 markah
Contoh soalan ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti . Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha mengekalkan
perpaduan kaum. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan .Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
Petikan

Malaysia ialah negara yang istimewa kerana rakyatnya bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana harmoni.
Kepelbagaian bangsa, agama, dan budaya rakyat Malaysia juga sesuatu yang unik. Oleh itu, keharmonian antara kaum ini perlu
dikekalkan dengan memiliki sikap tolak ansur yang tinggi. Selain itu, rakyat perlu bijak membezakan antara unsur-unsur kaum dengan
agama. Hal ini bertujuan supaya kita tidak memberikan alasan agama untuk tidak bergaul dengan kaum-kaum lain.

Kita juga harus berfikiran terbuka dan sedia menerima budaya kaum lain yang tidak bercanggah dengan ajaran agama. Sebenarnya,
jika kita bersedia menerima perbezaan kecil yang wujud dalam budaya dan nilai setiap kaum, kita boleh bergaul dengan mereka
tanpa masalah. Oleh yang demikian,kita perlu mengawal sikap supaya tidak melampaui batas atau terlalu ekstrem dengan
kepercayaan dan budaya sendiri. Kita juga perlu bersikap terbuka dalam menerima perubahan dan perbezaan. Dalam erti kata lain,
kita tidak boleh menjadikan perbezaan yang wujud sebagai penghalang untuk saling mengenali antara kaum.

Sesungguhnya, tindakan pihak universiti meletakkan mahasiswa berlainan kaum dalam sebuah bilik merupakan satu usaha yang
murni untuk mewujudkan integrasi kaum. Tindakan ini mungkin mendapat bantahan namun perbezaan nilai dan latar belakang
hendaklah diketepikan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Di samping itu, mereka juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni
masyarakat majmuk seperti menghormati dan bertolak ansur dengan orang lain serta hak-hak sendiri dan orang lain.

Oleh itu usaha memupuk perpaduan perlu dilakukan sejak awal dengan mengajar kanak-kanak menerima cara hidup orang lain yang
berbeza. Jika sikap ini tidak disemai sejak kecil, maka perpaduan kaum yang hakiki sukar dicapai .Pada waktu yang sama, kita perlu
mengutamakan semangat patriotik yang bertunjangkan perpaduan kaum.Namun, cabaran yang utama adalah pada ibu bapa itu
sendiri yang tidak menghiraukan penerapan nilai tersebut, sebaliknya menjadikan wang dan kaum sebagai pilhan utama
Penanda wacana

Seterusnya
Selanjutnya
Di samping
itu

Selain itu Akhir sekali

Penanda
Wacana
Contoh Ringkasan Lengkap
Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan di jalan
raya termasuklah(tajuk)pemandu yang memiliki rekod
bersih sahaja dibenarkan memperbaharu lesen (isi1).
Selain itu, rekod pemanduan pemegang lesen P dijadikan
ukiran dalam pengeluaran lesen kompeten (isi 2). Di
samping itu, penguatkuasaan lebih kerap di jalan-jalan
raya yang sering berlaku kemalangan (isi 3). Seterusnya,
menyaman pemandu yang memandu melebihi had laju
yang ditetapkan (isi 4). Akhir Sekali, mengadakan kempen
di media massa dan media sosial (isi 5).
(86 patah perkataan)
Contoh Ringkasan Lengkap
Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan di jalan
raya termasuklah pemandu yang memiliki rekod bersih
sahaja dibenarkan memperbaharu lesen. Selain itu, rekod
pemanduan pemegang lesen P dijadikan ukiran dalam
pengeluaran lesen kompeten. Di samping itu,
penguatkuasaan lebih kerap di jalan-jalan raya yang sering
berlaku kemalangan. Seterusnya, menyaman pemandu
yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Akhir
Sekali, mengadakan kempen di media massa dan media
sosial.
(86 patah perkataan)
Perkataan dikira sebagai satu perkataan
Nama Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
Kata Majmuk Atur cara
Kata depan “di” dan “ke” Di belakang/ ke rumah
Kata ganda Bertiga-tiga
Tarikh 18 Jun 2021
Angka yang ditulis dalam perkataan Enam ratus tujuh puluh dua
Gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong
Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
untuk melahirkan murid berdisiplin. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Murid yang mempunyai jati diri akan memberikan fokus sepenuhnya ketika di sekolah untuk memperoleh ilmu
sebanyak yang boleh. Murid yang kurang jati diri pula mudah terlibat dengan masalah seperti vandalisme dan
gangsterisme. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas
Menangani Gejala Disiplin serta membuka talian khas dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah
membuat laporan terus kepada kementerian.
Selain itu, ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid yang tidak
dapat dikendalikan oleh pihak sekolah. Menteri Pendidikan menggalakkan mereka yang mempunyaimaklumat
tentang masalah disiplin di sekolah agar membuat laporan terus kepada Menteri Pendidikan melalui khidmat
mesej pesanan ringkas Beliau berjanji akan menyiasat setiap kes dengan teliti. Menteri Pendidikan telah
mendapat sokongan daripada kabinet untuk bekerjasama dengan pihak polis bagimembanteras gejala samseng,
buli, dan keganasan di sekolah.
Begitu juga dengan masalah ponteng sekolah. Walaupun agak kontroversi, pihak polis diminta menahan
murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu mereka sepatutnya berada di sekolah Beliau
memberikan amaran bahawa pengetua yang cuba melindungi kes jenayah di sekolah akan dikenakan tindakan
tatatertib. Tindakan ini perlu kerana Kementerian Pendidikan mendapat laporan terdapat beberapa buah
sekolah berstatus elit cuba menutup kes masalah disiplin kerana tidak mahu nama baik sekolah terjejas.
Oleh itu, langkah pencegahan yang berterusan perlu diambil untuk membendung masalah disiplin murid
daripada terus menular Menteri Pendidikan juga bertekad untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah
murid yang berhenti sekolah. Beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan menjalankan kajian yang
menyeluruh berhubung dengan masalah disiplin agar masalah salah laku murid tidak timbul lagi
Rangka Ringkasan
(Tajuk)__________________________________
termasuklah________(isi 1)________________.
. Selain itu,________(isi 2)___________. Di samping itu,
________(isi 3) ______________.
_______________. Seterusnya, _____________ _________(isi
4)__ _________. Akhir sekali,
__________ _(isi 5)_____________________ .

(____patah perkataan)
Bina ringkasan yang Lengkap

You might also like