You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


TUGASAN KERJA KURSUS 1/2/3/4/5/6
(INDIVIDU / KUMPULAN)
SEMESTER: 1 TAHUN: 2020

AMBILAN:JUN 2020

KOD KURSUS GSB 1012


KURSUS KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Nama Pelajar DANUSHA A/P E MOORTHY

Angka Giliran 2020172310095

No Kad 020520011212
Pengenalan
Kumpulan/Unit J1.15

Nama Pensyarah EN. SHAHARIMAN AHMAD

Tarikh Hantar 08.10.2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 8.10.2020

Markah:
Pada zaman media sosial ini, masyarakat Malaysia semakin jarang bersemuka satu sama
lain. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia kurang berilmu tentang penjagaan air muka.
Definisi air muka ialah rupa muka, wajah dan paras seseorang. Penyataan ‘Air muka
seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah laku’ menjelaskan bahawa kita haruslah
menjaga air muka kita supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Hal ini juga dapat
menjaga maruah diri kita sendiri. Selain itu, kita juga boleh menghubungkan air muka
dengan kesantunan non-verbal. Kesantunan non-verbal ialah komunikasi bahasa tanpa
kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan. Bahasa
tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan
seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional
seseorang, seperti perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Melalui
ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita.
Air muka juga melambangkan budaya dan adab sesuatu kaum dan juga melambangkan
adab budi bahasa seseorang manusia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik.
Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Kaum yang
berbeza ini mempunyai budaya dan adat resam tersendiri. Air muka memainkan peranan
yang sangat penting dalam setiap kaum. Contohnya, masyarakat Melayu membiasakan diri
mereka menunduk apabila melintasi orang tua. Tindakan ini menunjukkan kehormatan yang
harus disampaikan kepada orang lebih tua daripada kita. Selain itu, masyarakat Melayu juga
sangat mementingkan air muka dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu selalu bersalam dengan satu sama lain dengan penuh senyuman. Hal
ini akan mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa sebarang keraguan.
Masyarakat Melayu juga dididik untuk megelakkan diri daripada perkara negatif sejak kecil.
Hal ini kerana perkara negatif boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya.

Sementara itu, contoh yang kedua ialah kakitangan yang bekerja di hospital terutamanya,
doktor. Doktor haruslah menjaga air mukanya terhadap pesakitnya. Hal ini dapat
menyejukkan hati pesakit tersebut. Doktor perlu melayan seorang pesakit dengan penuh
mesra dan senyuman. Hal ini akan melegakan kerisauan mereka tentang penyakitnya.
Doktor juga harus membantu pesakit untuk mengurangkan tekanan supaya pesakit dapat
pulih dengan cepat. Sebagai jururawat pula, mereka perlu memberi sokongan emosi kepada
pesakit dengan mesra. Jururawat juga perlu mendengar masalah pesakit untuk
mengurangkan tekanan mereka. Pada waktu yang sama, kakitangan hospital juga perlu
memberi senyuman atau salam kepada pesakit pada waktu setiap pagi. Hal ini akan
membuktikan bahawa kakitangan hospital mempunyai air muka yang positif.
Di samping itu, terdapat juga air muka yang negatif. Ekspresi muka dapat menjadi sumber
informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti perasaan takut,
marah, jijik, muak dan sedih. Contohnya, generasi muda masa kini tidak menghormati ibu
bapa dan sentiasa menunjukkan air muka masam apabila mereka menasihati anak-
anaknya. Hal ini akan menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Generasi muda ini lebih
meluangkan masa dalam media sosial berbanding dengan ahli keluarganya. Kehormatan
dalam generasi muda ini semakin luntur. Generasi muda ini tidak suka dinasihati oleh orang
lain walaupun ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka menunjukkan air muka masam kepada ibu
bapanya. Kita haruslah menghormati ibu bapa dan tidak sesekali menyinggung perasaan
mereka. Kita juga mestilah menjaga air muka terhadap ibu bapa. Sehubungan dengan itu,
semua ahli keluarga haruslah berganding bahu dan sentiasa berpegang tangan dalam
melahirkan imej keluarga yang baik di mata masyarakat. Amalan berbudi bahasa adalah
pengukur kepada kekuatan sesebuah institusi keluarga.

Selain daripada ini, kita juga haruslah menjaga air muka dengan pelayan restoran.
Generasi muda ini menganggap pelayan restoran sebagai orang rendah. Oleh sebab itu,
masyarakat Malaysia menunjukkan air muka masam terhadap pelayan restoran. Pelayan
restoran juga memainkan peranan penting dalam situasi ini.Walaupun mereka sudah biasa
dan bosan dengan melayan pelanggan, namun air muka mereka sentiasa positif dan penuh
mesra. Hal ini akan menyejukkan hati pelanggan juga. Kesannya, ramai pembeli akan
menuju restoran tersebut atas layanan yang diberikan oleh pelayan tersebut. Air muka
negatif akan menimbulkan pelbagai konflik dalam keharmonian negara kita. Oleh itu, kita
haruslah menjauhkan diri daripada air muka negatif untuk menjamin keharmonian dan
keamanan menyeluruh kita. Air muka negatif seperti marah, takut, jijik, masam, muak dan
sedih akan menimbulkan situasi yang tidak selesa dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kesimpulanya, personaliti setiap individu adalah unik. Apa yang penting adalah untuk
menerima keadaan diri secara realistik serta merancang perubahan dalam kehidupan
dengan bijak. Tidak rugi sekiranya seseorang yang sensitif berusaha untuk melakukan
sedikit perubahan demi kebaikan diri sendiri dan juga orang sekeliling yang berinteraksi
dengan mereka. Namun apa yang penting adalah sikap saling menghormati perbezaan yang
ada pada setiap individu serta bertolak ansur agar keharmonian dalam perhubungan dapat
dikekalkan. Selain itu, kita haruslah menjaga air muka antara satu sama lain. Melalui
pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak
maksud yang tersurat dan tersirat. Di samping itu, kerajaan juga perlu menyemaikan
semangat “budi bahasa budaya kita” melalui media massa. Kita bukan sahaja perlu
menyebarkan slogan “budi bahasa budaya kita” tetapi juga perlu mempratikkannya dalam
kehidupan seharian kita. Kerajaan boleh menyiarkan kepentingan dan cara kesantunan
berbahasa di media massa seperti televisyen, radio dan papan tanda. Lain daripada itu, cara
yang lain untuk meningkatkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia
ialah melalui pendidikan. Di sekolah, terdapat mata pelajaran Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik yang merupakan mata pelajaran dapat memupuk kesantunan berbahasa
dan seterusnya mewujudkan perpaduan. Bagi Pendidikan Moral, terdapat sukatan di mana
setiap pelajar dikehendaki untuk menghafal definisi bagi setiap nilai murni dan secara tidak
langsung, ini dapat meningkatkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat.
Terutamanya, air muka memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
seharian. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menjaga air muka antara satu sama lain
untuk megelakkan perselisihan faham. Kata – kata yang lembut dan beradab dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras. Orang yang berbudi bahasa amat dihormati
dalam masyarakat. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun,
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata – kata mulia,
dengan kata lain, setiap gerak laku, tatahidup, pemikiran, tutur kata dan perasaan baik
terhadap orang lain. Pengamalan budaya berbudi bahasa antara sesama manusia amat
penting agar ketamadunan yang sebenarnya tercapai.

1000 patah pekataan


Rujukan

Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar, 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://www.academia.edu/41226088/
Strategi_Rujukan_dan_Kesantunan_Dalam_Forum_Wacana_Sinar_Harian

You might also like