You are on page 1of 2

Karangan

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memperkukuh perpaduan kaum. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka karangan
Tema : Perpaduan kaum
Tugasan : Usaha-usaha Memperkukuh

Pendahuluan
 Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
 Hidup masyarakatnya bagai aur dengan tebing
 Perpaduan kaum di Malaysia yang terjalin kukuh harus menjadi kebanggaan
 Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi huru-hara dan tidak stabil
 Siapakah yang harus menjayakan hasrat murni ini?
 Langkah proaktif harus diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan semangat perpaduan

Isi-isi Penting

I : Aktiviti gotong-royong
M: masyarakat tiada masa untuk terlibat dengan aktiviti ini
Ba : bekerja sama membersihkan taman-taman perumahan – aktiviti dijalankan perlu melibatkan pelbagai
kaum yang tinggal di taman
K : dapat mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan interaksi – kualiti hidup masyarakat dapat
ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih – bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran
sama-sama
U : mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
P : Aktiviti gotong royong dapat memupuk semangat muhibbah dan kemesraan antara kaum

I : Amalan kunjung-mengunjung
M: Hubungan antara kaum harus dieratkan – meraikan sambutan hari perayaan secara bersama
Ba : Amalan rumah terbuka ketika hari-hari perayaan dijalankan – kaum cina mengunjungi rumah kaum
Melayu pada Hari Raya Aidilfitri
K : Akan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya sesuatu kaum – mewujudkan masyarakat yang
saling menghormati dan saling memaafkan – masyarakat dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni
U : dapat mengamalkan sikap buang yang keruh ambil yang jernih
P : sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan kaum.

I : Anak-anak ke sekolah kebangsaan


M: Anak-anak mendapat kenalan daripada pelbagai kaum dari awal – bergaul dan berkomunikasi dalam satu
bahasa akan mempercepat usaha meningkatkan perpaduan
Ba : Ibu bapa harus mempunyai semangat jati diri yang tinggi terhadap negara – mempunyai rasa bangga
untuk menghantar anak ke sekolah kebangsaan
K : pergaulan mesra dan semangat bersatu padu dapat dijalinkan – dapat hidup di bawah satu bumbung
dengan kaum yang berbeza – murid-murid dapat dilatih untuk menghormati keputusan dan idea orang lain.
U : melentur buluh biarlah daripada rebungnya
P : sikap patriotisme dan cinta akan negara perlu ada dalam diri ibu bapa
Penutup

P : Semua pihak harus mengembleng tenaga dan berkerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di
Malaysia – mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara

C : Amalkan sikap seperti peribahasa ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni – harus mengisi
kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum

H : Kemerdekaan harus dikekalkan supaya keamanan dan perpaduan ini tetap berterusan sehingga generasi
akan datang

You might also like