You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM (BIL 3/2020 )

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT


78100 LUBOK CHINA, MELAKA

Tarikh : 7.9.2020 / Isnin


Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Sains S.K Sg Siput
Kehadiran(Bilangan) : 12 Orang

1. En. Hazri Bin Ayob


2. En. Azwan Nizam Bin Abdul Aziz
3. En. Shahidan Bin Abu Hasan
4. En. Zolkarnain Bin Hj. Napiah
5. En. Mohd Nawawi Bin Palal
6. En. Khairul Nizam Bin Abd Samad
7. En. Mohd Ismail Bin Bujang
8. Pn. Anisfarhani Binti Mohamed Ariff
9. Pn. Badarirriah Binti Baharum
10. Pn. Yasmin Binti Ahmad Jana
11. Pn. Hazlina Binti Chek Malek
12. Pn. Zahidah Binti Karim
13. Pn. Nor Afeeqah Binti Md. Azhar

1 UCAPAN GURU BESAR


1.1 En. Hazri memberi salam dan memanjatkan kesyukuran serta berterima kasih
kepada semua guru atas kehadiran dan ketetapan masa dalam mesyuarat
Kokurikulum kali 3 pada 2020 ini.

1.2 Mesyuarat di mulakan dengan bacaan ummul kitab.

1.3 Guru Besar memaklumkan terdapat serangan monyet dan menyebabkan kertas tisu
di bahagian singki berhadapan pejabat bersepah. Guru besar mengingatkan agar
orang yang pertama sampai di sekolah agar mengambil gambar dan membuat
laporan.

1.4 Guru besar membacakan Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan
Aktiviti Kokurikulum.
1.5 Guru besar mengingatkan kepada guru pendidikan jasmani agar pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran tidak dimulakan lagi pada minggu ini tetapi dimulakan
dengan penerangan S.O.P dan taklimat kepada murid dan juga lawatan tempat.
Guru besar juga mengingatkan agar jadual dan peraturan penggunaan bilik sukan
dan padang diedarkan kepada murid.

2 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE 2/2020

Dicadang untuk disahkan oleh En. Nawawi Bin Palal


Disokong oleh Pn. Badarirrian Bt. Baharum.

PERKARA BERBANGKIT:

2.1 Ejaan pada perkataan ‘pinggat, iaitu ‘pingat’

3 PERKARA DIBINCANGKAN

3.1. Garis panduan dan tarikh pelaksanaan semula aktiviti Kokurikulum

3.1.1 En. Zolkornain selaku GPK Kokurikulum menyatakan beliau telah berhubung
dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan mendapat maklumat bahawa pihak
sekolah boleh menjalankan aktiviti Kokurikulum tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan
iaitu 12 kali perjumpaan setahun.

3.1.2 Encik Zolkornain mencadangka agar masa dan waktu untuk aktiviti kokurikulum
dilaksanakan pada hari Selasa dan Rabu di mana murid tiada sekolah agama pada
waktu petang. Masa yang dicadangkan ialah pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.

3.1.3 Encik Zolkornain membuka cadangan kepada guru-guru untuk masa dan waktu
pelaksanaan aktiviti Kokurikulum. Cadangan yang diterima ialah Selasa dan Rabu
selepas waktu sekolah iaitu pada pukul 1.05 petang hingga 2.05 petang.

3.1.4 Encik Zolkornain menyatakan tarikh pelaksanaan semula aktiviti kokurikulum di


tangguhkan dahulu dan melihat kepatuhan murid garis panduan semasa Pendidikan
Jasmani.

3.1.5 Guru besar mengingatkan kepada guru penolong kanan kokurikulum agar
menyusun semula tarikh aktiviti kokurikulum berdasarkan takwim.

3.1.6 Encik Zolkornain mencadangkan tarikh sukan tahunan ialah pada 11/11/2020 iaitu
pada hari Rabu iaitu secara dalaman sahaja.

3.1.7 Guru besar mencadang agar sukan diadakan secara liga atau minggu sukan.
4. HAL-HAL LAIN

4.1 Encik Khairul Nizam meminta pandangan guru besar penggunaan telefon pintar
untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 menjalani Ujian Kompentensi Literasi pada minggu
hadapan.

4.2 Guru besar meminta murid mengisi borang penggunaan telefon pintar terlebih
dahulu.

PENUTUP

Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana kesudian semua guru menghadiri
mesyuarat ini sehingga ke akhirnya. Beliau seterusnya berharap semoga apa yang telah
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama yang jitu daripada
semua pihak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh,

KHAIRUL NIZAM BIN ABD SAMAD


Setiausaha Sukan SKSS
2020

You might also like