You are on page 1of 5

DUA6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

PENULISAN ESEI : KEJIRANAN


TAJUK :CABARAN MEMBENTUK HUBUNGAN KEJIRANAN MELALUI
MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

NAMA NO.PENDAFTARAN
MOHD SAIFUL BIN SAFARI 20DKM18F2035
NAMA PENSYARAH KURSUS PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI
AWG MOHAMMAT
PROGRAM DKM 5A
SESI SESI DISEMBER 2020
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di
hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di
sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa”Jiran sepakat membawa berkat”.Jadi, kita perlulah
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan
sesuatu perkara. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita merupakan
salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik,
warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan
satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya
dan sejarah yang tersendiri di Malaysia

Dalam hal ini, terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh kita dalam
membentuk sebuah kejiranan yang baik melalui masyarakat yang berbilang kaum di
malaysia. Antaranya ialah, cabaran dari aspek politik dimana politik yang berbaur
perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan merapuhkan semangat
kejiranan jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua
pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan,
dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan
usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi politik bagi mendapatkan hak yang
sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini. Sekali pandang ianya merupakan
suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang
dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.
Seterusnya ialah, cabaran dari segi sosial golongan muda dimana sistem
pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan
yang kurang baik. Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan
tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua
jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling
membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau
kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat
membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh

Selain itu, cabaran seterusnya ialah dari segi teknologi dimana juga merupakan
cabaran dalam membentuk kejiranan. Penyalahgunaan media sosial telah mula
menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta Facebook
menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu
sensitif. Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu
banyak isu bersifat sensitif di samping menaburkan fitnah serta berita palsu
menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa
kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa
sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana
pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal
komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan
dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Ianya bakal
menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat khususnya
semangat kejiranan yang dipupuk setelah sekian lama.
Selain itu, cabaran yang paling ketara sekali ialah, mentaliti sesebuah masyarakat
itu sendiri. Sejarah hubungan kaum di Malaysia telah membuktikan wujudnya
masalah antara kaum. Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum
di Malaysia ini ialah rintangan mentaliti. Rintangan ini lebih bersifat psikologi, iaitu
perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan persepsi dan tingkah laku yang
mempunyai hubung kait dengan jiwa dan minda. Dalam konteks kejiranan di
Malaysia, persepsi satu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain
boleh menjejaskan hubungan dan perpaduan antara kaum. semangat kejiranan juga
penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecahbelah, negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain.
Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem
sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat
bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan
penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Sebagai kesimpulan, semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting


untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan membentuk perpaduan kaum.
Walau apa-apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk meminta
bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan
dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Usaha memupuk semangat
kejiranan bukan terletak pada bahu ibu bapa semata-mata malah semua pihak
termasuk badan kerajaan dan bukan kerajaan, masyarakat dan media massa serta
media elektronik. Oleh itu, semua pihak mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni
dan sejahtera. Selain itu, masyarakat haruslah berganding bahu, bak kata pepatah,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan kehidupan berjiran
sebahagian daripada amalan dan budaya masyarakat di Malaysia.

You might also like