You are on page 1of 3

1.

0 SISTEM KARDIOVASKULAR DAN RESPIRASI

Sistem kardiovaskular ialah satu sistem peredaran darah ke


seluruh badan . Antara komponen penting dalam sistem ini paru-paru ,
salur darah , darah , otot dan jantung yang menjadikannya berkait rapat
dengan kegiatan penukaran gas dalam proses respirasi. Respirasi pula
ialah proses mengambil oksigen dan menhembuskan karbon dioksida dari
paru-paru. Aktiviti bangkit tubi ialah latihan yang berintensiti tinggi berlaku
ulangan kontraksi otot yang menyebabkan berlakunya metabolisme
ananerobik. Anaerobik tidak melibatkan oksigen dalam penghasilan ATP
dan bahan yang dihasilkan ialah asid laktik , karbon dioksida , etanol dan
tenaga. Sistem kardiovaskular dan respirasi memainkan peranan penting
untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka
masa yang panjang semasa melakukan aktiviti.

2.0 KAWALAN SARAF

Apabila menjalankan aktiviti yang berintensiti tinggi seperti bangkit tubi


ini , sistem saraf simpatetik akan menyediakan badan untuk menghadapi
aktiviti fizikal yang berat dalam keadaan tertekan. Rangsangan akan
diterima di Preganglionic neuron dan akan ditafsir dan pada akhirnya pada
hujung saraf , neurotransmitter akan dirembeskan yang akan menentukan
effect antagonistic iaitu bagi aktiviti bangkit tubi , kadar denyutan jantung
akan dipercepatkan , kadar respirasi akan meningkat dan tekanan darah
juga akan meningkat bagi membantu pembekalan oksigen kepada otot-
otot.

1
3.0 PROSEDUR PERTUKARAN GAS DI PARU-PARU

1) Karbon dioksida yang terhasil akan meresap menerusi aveolar-kapilari


dari kapilari darah,
kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar
melalui
hidung dan mulut.

Terdapat 4 proses dalam ketika penukaran gas iaitu :


(i) Ventilasi pulmonari – menggantikan udara dalam alveoli dengan udara
tarikan nafas
(ii) Aliran darah melalui paru-paru;
(iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah
tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan
(iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar
kapilari.

Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang kembali ke paru-paru


mengandungi kepekatan karbon dioksida yang lebih tinggi berbanding
oksigen. Karbon dioksida tidak dapat dikumuhkan , maka pengecutan
dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan
dalam otak untuk mempercepatkan kadar pernafasan. Dengan ini, karbon
dioksida dapat dikumuh dan paru-paru dapat memperoleh lebih banyak
gas oksigen untuk dibekalkan oleh jantung ke seluruh bahagian badan
yang memerlukan.

2
3.0 MEKANISME PERNAFASAN
1. Apabila menarik nafas , otot diafragma akan menguncup , ruang toraks
akan menjadi luas menjadikan tekanan udara dalam paru-paru
berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk
melalui salur udara ke dalam paru-paru.

2. Semasa menghembus nafas , ruang toraks menjadi lebih kecil kerana


otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot
interkosta dalam. Kemudian , tekanan udara menjadi lebih tinggi di dalam
paru-paru dan ini menyebabkan udara keluar dari paru-paru.

RESPIRASI DALAM OTOT MANUSIA

Respirasi ini berlaku dalam otot manusia apabila melakukan aktiviti


cergas. Dimana kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung meningkat
untuk membekalkan lebih banyak oksigen . Tetapi bekalan oksigen masih
tidak mencukupi menjadikan sel otot menjalankan respirasi anaerob untuk
membebaskan tenaga untuk melakukan pengecutan otot. Ini dikatakan
hutang oksigen dimana bekalan gas oksigen tidak mampu menampung
keperluan oksigen yang diperlukan. Glukosa akan diuraikan kepada asid
laktik tanpa guna oksigen kemudian asid laktik akan menyebabkan otot
lesu dan kejang . Hutang oksigen akan digantikan selepas semua asid
laktik dioksidakan.

You might also like