You are on page 1of 3

BERIKUT adalah cadangan 10 topik Sains wajib ulang kaji analisis daripada Guru Pakar Sains

sekolah rendah, Cikgu Zazolnizam Zakaria.

Mari kita perhalusi topik-topik wajib ulang kaji ini dengan lebih lanjut.

1. Magnet
Topik ini sangat popular dan kebanyakan set soalan percubaan peringkat negeri seluruh Malaysia
mengandungi soalan daripada topik ini.

Sebagai cadangan, mungkin murid boleh memberi penekanan kepada memberi definisi bahan
magnet dan bahan bukan magnet. Melakar bentuk-bentuk magnet dan bahagian kutub magnet.
Menyatakan tindakan magnet pada objek melalui penyiasatan. Mengelas dan memberi contoh
bahan magnet dan bahan bukan magnet. Menyatakan kegunaan bahan magnet dalam kehidupan
seharian. Murid juga mesti boleh membuat kesimpulan bahawa daya tarikan magnet lebih kuat pada
bahagian kutub berbanding pada bahagian yang lain.  

2. Proses Hidup Haiwan – Organ Pernafasan Haiwan


Saya berpendapat, topik ini mewakili keseluruhan konstruk yang boleh menguji tahap penguasaan
murid secara minimum. Murid seharusnya dapat mengenal pasti organ pernafasan bagi haiwan-
haiwan yang ditunjukkan melalui rajah ataupun petikan. Memadankan contoh haiwan dengan organ
pernafasan dengan betul. Murid juga perlu menguasai kemahiran mengelas haiwan mengikut organ
pernafasan yang diberikan. Mungkin boleh juga disoal tentang kemahiran murid menaakul mengenai
haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ pernafasan serta contoh haiwan tersebut.

3. Sifat Bahan – Tahun Empat  


Topik ini memerlukan murid menguasai pengetahuan tentang sumber asas bahan ialah tumbuhan,
haiwan, batuan dan petroleum. Murid juga perlu mengelaskan objek dengan menyatakan ciri yang
digunakan dalam pengelasan tersebut berdasarkan rajah yang diberi atau penyiasatan yang
dijalankan.  

Boleh diuji kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT) murid dengan soalan merekacipta objek atau model
berdasar jenis bahan yang diberikan. Maka, lakaran murid mesti jelas seiring dengan label bahan
yang digunakan.

4. Tumbuhan Melindungi Diri


Jika soalan daripada topik ini, murid di bandar akan mempunyai sedikit kelemahan untuk mengenal
pasti jenis-jenis tumbuhan. Ciri-ciri tumbuhan melindungi diri seperti berduri (semalu dan kaktus),
mempunyai getah (nangka dan keladi), bulu halus (buluh, tebu dan lalang), beracun (cendawan dan
pong pong)  dan berbau (raflesia dan tembakau).

5. Tenaga
Menyatakan sumber tenaga seperti matahari, angin, air, ombak, makanan, bateri, biojisim, nuklear
dan bahan api fosil. Murid perlu mahir menyatakan sumber tenaga dan bentuk tenaga yang
dihasilkan. Murid sepatutnya mengetahui tentang bentuk-bentuk tenaga yang dihasilkan seperti
tenaga suria, tenaga haba, tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga kinetik, tenaga bunyi, tenaga
keupayaan, tenaga cahaya dan tenaga nuklear. Dapat menjelaskan perubahan bentuk tenaga dan
menyatakan tenaga boleh berubah bentuk daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

Adalah penting murid dapat memberikan maksud sumber tenaga boleh baharu dan sumber tenaga
tidak boleh baharu dengan tepat mengikut istilah daripada buku teks. Memberikan contoh sumber
tenaga boleh baharu dan sumber tenaga tidak boleh baharu. Menyatakan sebab mengapa manusia
perlu menggunakan sumber tenaga secara berhemah dan lestari.

6. Elektrik
Menyatakan contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik. Melakar litar elektrik lengkap
menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar penyambung dalam bentuk simbol. Membuat
kesimpulan tentang nyalaan mentol bergantung kepada jenis litar. Menaakul penggunaan  litar selari
ke arah penjimatan tenaga elektrik. Mendefinisi secara operasi tentang kecerahan mentol.

7. Mikroorganisma
Menyatakan mikroorganisma boleh dikelaskan kepada fungi, protozoa, alga, bakteria dan virus.
Memerihalkan mikroorganisma menjalankan proses hidup iaitu bergerak, bernafas dan bertumbuh.
Menyatakan maksud mikroorganisma dan menyatakan contoh-contoh  mikroorganisma mengikut
jenis. Memberi inferens faktor (air, udara, suhu yang sesuai, nutrien dan keasidan yang sesuai) yang
mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Memberi contoh kegunaan mikroorganisma dalam
pelbagai bidang dan mikroorganisma yang berbahaya. Menyatakan langkah-langkah mencegah
penyakit berjangkit.

8. Buruj
Memberikan definisi buruj. Mengenal pasti empat buruj utama dengan ciri-ciri buruj tersebut.
Melakar bentuk buruj yang mudah dilihat. Menyatakan dua kegunaan buruj iaitu menunjuk arah dan
menentukan musim menanam dan menuai.  Menyatakan buruj lain yang boleh dilihat di angkasa
selain Belantik, Biduk, Pari dan Skorpio.

9. Teknologi – Kepentingan Teknologi dalam


Kehidupan
Menyatakan manusia mempunyai had keupayaan. Menyatakan teknologi ialah alat untuk mengatasi
had keupayaan manusia. Mengetahui urutan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian,
pengangkutan, pembinaan, komunikasi dan perubatan. Menerangkan sebab kepentingan
penciptaan teknologi serta kebaikan dan keburukan teknologi.

10. Proses Hidup Tumbuhan – Proses Fotosintesis


Memberikan definisi proses fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri. 
Menyatakan keperluan  tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis iaitu karbon dioksida, air,
cahaya matahari dan klorofil manakala hasil bagi proses tersebut ialah kanji dan oksigen. Memberi
inferens tentang kepentingan fotosintesis terhadap hidupan lain.  

Topik-topik di atas adalah ramalan Cikgu Zazolnizam


berdasarkan analisis soalan-soalan lepas dengan
topik-topik yang kemungkinan boleh diuji dalam
Kertas 2.
Semoga dengan bimbingan ini dapat membantu murid membuat persediaan dan juga mengetahui
huraian topik wajib ulang kaji 2019.  

SELAMAT MAJU JAYA.

You might also like