You are on page 1of 1

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental.

Oleh
yang demikian,Persatuan Psikiatri Amerika (APA) menerbitkan DSM-5, Manual Diagnostik dan
Statistik Gangguan Mental, Edisi Ke-5. DSM-5 ini menyediakan sumber untuk membantu penyedia
penjagaan kesihatan mendiagnosis gangguan kesihatan mental ini.

Terdapat 3 bahagian pada DSM-5. Antaranya:

Bahagian 1: Maklumat tentang cara menggunakan manual.


Bahagian 2: Tanda dan gejala (Kriteria diagnostic)
Bahagian 3: Langkah penilaian, panudan kepada perumusan budaya dan cara alternative untuk
mengenal pasti gangguan personality untuk membantu professional kesihatan mental.

DSM-5 ini berfungsi sebagai sumber yang boleh digunakan oleh ramai pakar kesihatan untuk
membantu dalam diagnosis gangguan mental. Antara pakar kesihatan yang menggunakan manual DSM-5 ini
adalah pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal, pekerja social dan kaunselor professional berlesen dan doktor dan
jururawat yang sering berhadapan dengan pesakit yang mengalami gangguan mental.

Dengan menggunakan manual DSM-5, terdapat ratusan gangguan kesihatan mental telah dikenal pasti
dan dikelaskan di bawah 20 tajuk diagnosis gangguan mental. Gangguan kemurungan, gangguan kebimbangan,
gangguan Dissosiatif, gangguan pemakanan dan gangguan penghapusan adalah antara beberapa tajuk yang
terdapat dalam manual DSM-5

You might also like