You are on page 1of 167

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

Jalan Maktab, Durian Daun,

75400 Melaka

PROSIDING
SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN PISMP
SEJARAH
AMBILAN JUN 2016

Diselenggarakan dan diterbitkan

Jabatan Sains Sosial

Institut Pendidikan Guru

Kampus Perempuan Melayu

Melaka

2020

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2015

Institut Pendidikan Guru , Kampus Perempuan Melayu.

Melaka.
ISBN 978-967-16076-4-0

1. Educational – Research – Malaysia I Malaysia IPPM

© 2020. Hak cipta Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PROSIDING PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (Jilid 1) ini dikelolakan dan diterbitkan oleh Jabatan Sains
Sosial (JSS) IPGK Perempuan Melayu, Melaka. Penerbitan buku ini bertujuan menyebarkan hasil-hasil
dapatan kajian dan penyelidikan para pensyarah yang terlibat dengan isu-isu pendidikan semasa.
Semua penulisan yang terdapat dalam wacana ini ialah hasil penyelidikan penulis-penulis sendiri dan
tidak semestinya menggambarkan pandangan IPGK Perempuan Melayu, Melaka.

Buku ini diterbitkan berkala. Sidang pengarang mengalu-alukan para penyelidik untuk menyumbangkan
hasil-hasil kajian dalam terbitan yang akan datang. Sumbangan tersebut hendaklah dihantar kepada
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru, Kampus
Perempuan Melayu, Melaka.
TAJUK

Seminar Penyelidikan dalam Pendidikan PISMP Sejarah Ambilan Jun 2015, IPG Kampus
Perempuan Melayu, Melaka – 2020

TEMA

“Penyelidikan Sejarah Membentuk Kemenjadian Murid”

MATLAMAT

Melahirkan guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan,
daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

OBJEKTIF

1. Berkongsi dapatan dan maklumat hasil daripada kajian yang dijalankan.


2. Melahirkan guru pelatih yang sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam
PdPc melalui kajian yang dijalankan.
3. Meningkatkan mutu dan pengetahuan guru pelatih mengenai penyelidikan dalam
pendidikan.
4. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai penyelidikan tindakan.
JAWATANKUASA PENERBITAN PROSIDING PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

2020

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Dr. Farida Binti Yaakob


( Pengarah IPGK PM)
Penasihat : Dr. Norshidah binti Abu Husin
(Timbalan Pengarah IPGK PM)

Pengerusi : Pn. Shakimah Binti Che’ Hasbullah


(Ketua Jabatan Sains Sosial)

Penyelaras/Ketua Editor : Dr. Samni Bin Suraji

JAWATANKUASA PELAJAR

Pengerusi : Nur Alya Syamilah bt Zahari

Editor Bahasa Nur Syakirah binti Abd. Samad


Siti Nur Husna binti Mohd Ezani
Nur Dayana binti Mohd Zubir
Aimi Nadia binti Adnan

Panel Pengumpul : Wan Noratikah binti Wan Hassan


Farah Liyana binti Mohd Fadhil

Panel Penyusun : Nur Fahimah binti Patlillah


Nur Izzati binti Mohd Sabarudin
Norzaleha binti Mohd Rudi

Panel Pencetak : Siti Noorliyana binti Kamaruddin


Nur Asyikeen binti Ishak

Sidang Redaksi : Aida Najwa binti Abd.Rahman


Saqifah binti Abd.Razak
Nur Hanani binti Nordin
KANDUNGAN

PROSIDING PENYELIDIKAN ILMIAH PISMP SEJARAH 2020

1. Satu Tinjauan Tahap Penerapan Elemen 1


Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik Guru Pelatih Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah
Aida Najwa binti Abd.Rahman

2. Meningkatkan Kemahiran Mengingat Secara Kronologi 12


Melalui Peta Alir Bergambar Dalam Kalangan Murid
Tahun Lima
Nur Dayana binti Mohd Zubir

3. Meningkatkan Kemahiran Interpretasi Murid 23


Melalui Kit Kembara
Nur Izzati binti Mohd Sabarudin

4. Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 37


(Tmk) Dalam Kalangan Murid Semasa Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah.
Wan Noratikah binti Wan Hassan

5. Meningkatkan Penglibatan Murid Terhadap 44


Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Pemudahcaraan
Dalam Mata Pelajaran Sejarah Melalui Teknik Lakonan
Saqifah binti Abdul Razak

6. Penggunaan Naskhah Melayu Terhadap Pemahaman 57


Murid Dalam Isi Kandungan Mata Pelajaran Sejarah
Tahun Empat
Nur Fahimah binti Patlillah

7. Hubungan Antara Kawalan Bilik Darjah Berkesan Dengan 63


Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah
Siti Nur Husna binti Mohd Ezani

8. Meningkatkan Tahap Inkuiri Murid Melalui Teknik Didik 72


Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
Nur Hanani binti Nordin
9. Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Pelatih 82
Sejarah Dalam Amalan Pentaksiran Di Bilik Darjah
Nur Syakirah binti Abd.Samad

10. Penggunaan Laman Web Wix.Com Untuk Meningkatkan 92


Kefahaman Standard Pembelajaran Dalam Kalangan
Murid Tahun 4
Siti Noorliyana binti kamaruddin

11. Tahap Pengetahuan Dan Penerapan Kemahiran 100


Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Guru Bukan
Opsyen
Nur Alya Syamilah binti Zahari

12. Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPM Terhadap 108


Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya
Norzaleha binti Mohd Rudi

13. Aplikasi Kemahiran 6C Dalam Pengajaran Dan 116


Pembelajaran mata Pelajaran Sejarah Oleh Guru
Pelatih
Farah Liyana binti Mohd Fadhil

14. Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPM Terhadap 124


Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya
Nur Asyikeen binti Ishak

15. Aplikasi Bidang Membentuk Dan Membuat BInaan 149


Dalam Meningkatkan Minat Murid Terhadap Topik Jata
Negara
Aimi Nadia binti Adnan
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,
Pembentangan Penyelidikan dalam Pendidikan PISMP Sejarah Ambilan Jun 2015 telah
berjaya dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah, kepada jawatankuasa
pembentangan dalam kalangan guru pelatih dan seluruh warga IPG Kampus Perempuan
Melayu, Melaka atas komitmen padu bagi menjayakan pembentangan ini.

Prosiding penulisan Ilmiah ini menghimpunkan pelbagai dapatan kajian dari pelbagai aspek
merupakan medium terbaik untuk tujuan perkongsian dan percambahan idea yang berkaitan
pendekatan, kaedah dan teknik berkesan untuk dijadikan rujukan. Pendekatan yang kreatif
dan inovatif hasil pencetusan idea dalam kalangan guru pelatih adalah simbol kepada
kejayaan masa depan yang akan dicorakkan oleh mereka dalam bidang pendidikan. Hal ini
selaras dengan pengisian pedagogi alaf ke-21 yang menjurus kepada pencapaian matlamat
utama pendidikan Negara dan berfokus kepada impak yang besar di dalam bilik darjah
selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.

Saya berharap semoga usaha murni dalam menjalankan penyelidikan, menjana kreativiti
dalam inovasi dan usaha menerbitkan penerbitan ini akan dijadikan budaya dalam profesion
keguruan. Ilmu bukan untuk disimpan, tetapi sebaliknya dikongsi bagi tujuan kecemerlangan
pendidikan negara. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat menjayakan
pembentangan ini sama ada sebagai pembentang atau ahli jawatankuasa. Sumbangan dan
usaha murni untuk menjayakan pembentangan dan penerbitan prosiding penulisan ilmiah ini
amat dihargai dan mudah-mudahan diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

DR. FARIDAH BINTI YAAKOB

Pengarah,

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.


KATA ALU-ALUAN

KETUA JABATAN
JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana berkat rahmat-Nya, kita dapat mengadakan Pembentangan
Penyelidikan Pendidikan peringkat Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka pada tahun 2019. Penganjuran pembentangan pada kali ini
sememangnya selari dan bertepatan dengan hala tuju perancangan strategik dan Peta
Strategik IPG yang antara lain memfokuskan kepada kecemerlangan pendidikan dalam
kalangan siswa guru IPG. Sememangnya, inilah platform terbaik yang harus diambil peluang
oleh siswa guru dalam usaha menterjemahkan hala tuju gagasan baharu IPG agar mereka
dapat memenuhi ciri-ciri bakal guru yang sentiasa berusaha untuk menyemai minat dalam
penulisan berbentuk ilmiah.

Selain itu, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan
membudayakan penyelidikan sebagai satu usaha ke arah perkongsian ilmu dalam pelbagai
bidang dan kepakaran warga kampus terutamanya bakal guru. Hasil penyelidikan diusahakan
untuk diterbitkan dalam prosiding sebagai dokumentasi ilmu yang sangat tinggi nilainya
kepada para pelajar, guru-guru dan penyelidik yang berkaitan dengan bidang Pendidikan
Sejarah.

Akhir kata, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan
tertinggi IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka kerana memberikan laluan kepada
penerbitan Prosiding Penulisan Ilmiah Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus Perempuan
Melayu, Melaka. Semoga usaha murni ini menjadi pencetus semangat kepada warga IPG
Kampus Perempuan Melayu, Melaka untuk bergerak lebih proaktif bagi menerbitkan bahan-
bahan penulisan ilmiah selaras dengan usaha untuk memartabatkan pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

PUAN SHAKIMAH BINTI CHE’ HASBULLAH

Ketua Jabatan,

Jabatan Sains Sosial,

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.


KATA ALU-ALUAN
PENYELARAS/ KETUA EDITOR
PROSIDING PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP 2019 (PPPP2019)
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Jawatankuasa Penerbitan PPPP2019 atas komitmen yang ditunjukkan
sepanjang saya mengelolakan usaha menerbitkan prosiding ini.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua insan yang terlibat secara
langsung mahupun di sebalik tabir dalam menjayakan Pembentangan Penyelidikan dalam
Pendidikan bagi Jabatan Sains Sosial. Pembentangan tersebut terdiri daripada siswi guru
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2015 yang dikehendaki membuat penyelidikan tentang
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sejarah.

Penyelidikan Pendidikan adalah platform kepada siswi guru dalam menyahut seruan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bagi menaik taraf mutu pendidikan
seiring dengan arus globalisasi. Dalam masa yang sama, saya berpendapat PPPP2019
merupakan suatu usaha murni dalam membantu siswi pendidik untuk mencari sumber yang
tepat dalam menambah ilmu dan secara tidak langsung dapat menyemai budaya menyelidik
dalam diri mereka.

Pengalaman siswi guru PISMP Sejarah Ambilan Jun 2015 yang terlibat dalam menjayakan
Pembentangan Penyelidikan dan PPPP2019 dapat memberikan pendedahan yang berkesan
dalam merasai pengalaman menjayakan kajian. Pengalaman berharga tersebut
sememangnya diperlukan dalam sistem pendidikan yang memerlukan rakyat berfikir secara
kreatif, kritis dan inovatif.

Akhir kata, saya berharap PPPP2019 ini dapat mendorong siswi guru supaya sentiasa peka
dengan perubahan dan melakukan anjakan paradigma dalam dunia pendidik agar menjadi
modal insan produktif dan berkualiti.

Sekian, terima kasih.

DR. SAMNI BIN SURAJI

Penyelaras/Ketua Editor/Tenaga Pengajar

Jawatankuasa Penerbitan Prosiding Penyelidikan Pendidikan PISMP

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.


SATU TINJAUAN TAHAP PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI
SIVIK GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA
PELAJARAN SEJARAH

Aida Najwa binti Abd Rahman


Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Perempuan Melayu
aidanajwaabdrahman@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
(EKNS) guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan
tinjauan awal, terdapat pemasalahan dalam penerapan EKNS dalam kalangan guru pelatih yang
sedang menjalani praktikum. Isu utama kajian ini adalah berkaitan dengan tahap penerapan EKNS
guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Seramai 30 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) di
Zon Selatan sahaja yang terlibat sebagai responden kajian. Semuanya terdiri daripada guru pelatih
opsyen sejarah semester 8 dari IPGK Perempuan Melayu dan IPGK Raja Melewar. Data dikumpul
dengan menggunakan instrumen iaitu borang soal selidik sebagai dapatan utama manakala data
sokongan diambil daripada kaedah temu bual. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Windows (SPSS) versi 23 untuk menganalisis data kajian dan penghuraian berdasarkan
kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan
analisis Cronbach Alpha berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.852. Hasil analisis
kajian mendapati tahap penerapan EKNS guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah min tahap PM adalah berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini menunjukkan
bahawa kedua-dua faktor luaran dan dalaman sememangnya mempengaruhi tahap penerapan EKNS
guru pelatih.

Kata Kunci : penerapan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik, guru pelatih

1
Abstract

This research is aimed to identify the implementation of citizenship element and civic values (EKNS)
among trainee teachers during teaching and learning session in history subject. Based on preliminary
findings, there was a problem in the implementation of EKNS among trainee teachers who are
currently undergoing a practicum. The main issues of this study are related to the extent to which
EKNS is implemented by trainee teachers in teaching and learning History subject and the factors that
influenced them. A total of 30 trainee teachers from Institute of Teacher Education Campus (IPGK) in
the South Zone were involved as respondents of the survey. Those respondents consist of Semester
8 trainee teachers who are from History option in IPGK Perempuan Melayu and IPGK Raja Melewar.
The data were collected using instruments where questionnaire form was used as the main findings
while the supporting data was obtained from the interview method. This study used software of
Statistical Package for the Social Windows (SPSS) version 23 to analyze research data and
description based on frequency, percentage and mean. The pilot study carried out showed an overall
construct based on Cronbach Alpha 0.852 which stood as a high reliability point. Results of the
research analysis indicated that the level of EKNS implementation among trainee teachers in teaching
and learning History subject is at a high level. This study showed that both external and internal
factors influenced the level of implementation of EKNS among trainee teachers.

Key words : Implementation, citizenship element and civic values, trainee teachers

2
PENGENALAN

Sejarah perkembangan pendidikan menunjukkan negara kita telah melihat bahawa elemen
kewarganegaraan merupakan salah satu unsur yang tidak boleh diketepikan dalam sistem
pendidikan. Hal ini menyebabkan elemen kewarganegaraan telah mengalami reformasinya
sendiri dalam sejarah pendidikan negara. Ini dapat dilihat melalui usaha kerajaan untuk
menerapkan unsur kewarganegaraan ke dalam pelbagai mata pelajaran untuk dilaksanakan
di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, sesuai dengan matlamat utama
pendidikan Sejarah, elemen kewarganegaraan telah menjadi salah satu aspek utama yang
ditekankan dalam pembinaan kurikulum mata pelajaran tersebut.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mencakupi ilmu
pengetahuan (kandungan), asas kemahiran pemikiran sejarah (kemahiran), penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). Ini membuktikan bahawa elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik (EKNS) merupakan salah satu tunjang yang harus diberi
perhatian di dalam organisasi kurikulum bagi mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah
rendah. Menurut Sitti Hasnah, Mohd Maizan & Abdul Razak (2016), amalan
kewarganegaraan meliputi kemahiran dan sikap pelajar terhadap kewarganegaraan. Oleh
itu, EKNS sangat ditekankan selaras dengan objektif mata pelajaran Sejarah itu sendiri iaitu
untuk menanam sikap patriotisme yang tinggi dalam diri murid sejak peringkat rendah lagi.

PERNYATAAN MASALAH

Guru pelatih sering menghadapi masalah dalam menerapkan elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik dalam PdP mata pelajaran sejarah. Hal ini dapat dikesan apabila terdapat masalah
dalam refleksi guru pelatih berkenaan penerapan EKNS terutamanya dari aspek afektif
murid. Kajian perlu dilaksanakan supaya penerapan elemen kewarganegaraan dapat
dijalankan dengan lebih berkesan di dalam PdP Sejarah.
Selain itu, guru pelatih kurang kesedaran untuk menekankan EKNS di dalam PdP
secara berterusan. Rizal (2002) dalam Chua Kheong Hoe (2007) menyatakan kekaburan
dalam nilai kewarganegaraan oleh guru-guru menyebabkan penerapan nilai-nilai
kewarganegaraan kepada pelajar dilakukan secara sambil lalu tanpa penekanan yang
mendalam pada aspek-aspek tertentu. Hal ini menyebabkan kegagalan kepada guru pelatih
untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan memandangkan elemen
kewarganegaraan merupakan salah satu standard pembelajaran yang harus dilaksanakan di
dalam setiap PdP. Berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih, guru pelatih lebih
cenderung untuk menekankan penyampaian kandungan sehingga mengabaikan penerapan
EKNS sedangkan penerapan ini sepatutnya dijalankan sepanjang masa.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

a. Mengenal pasti tahap penerapan elemen kewarganegaraan oleh guru


pelatih dalam PdP mata pelajaran sejarah.

b. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerapan elemen


kewarganegaraan guru pelatih.

Persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah:

3
c. Apakah tahap penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik oleh guru
pelatih dalam PdP mata pelajaran Sejarah?

d. Apakah faktor yang akan mempengaruhi tahap penerapan elemen


kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kalangan guru pelatih?

4.0 METODOLOGI

4.1 Pensampelan kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru pelatih pengkhususan Sejarah semester
lapan dari IPGK di Zon Selatan. Pengkaji mengambil 30 orang responden yang terdiri dari
IPGK Perempuan Melayu dan IPGK Raja Melewar. Di dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan persampelan yang tidak rawak dan bertujuan bagi instrumen soal selidik.
Menurut Chua Yan Piaw (2011) persampelan tidak rawak adalah satu pemilihan terhadap
satu populasi yang telah di kenal pasti untuk diuji berdasarkan kepada kriteria yang telah
ditetapkan.

4.2 Instrumen kajian

Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik bagi memperoleh data
kuantitatif. Dalam kajian ini, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
tahap penerapan EKNS guru pelatih melalui penguasaan Dimensi Kewarganegaraan dalam
mata pelajaran Sejarah dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan EKNS guru
pelatih. Borang ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A tentang demografi
responden, Bahagian B tentang tahap penerapan EKNS guru pelatih melalui penguasaan
Dimensi Kewarganegaraan dalam mata pelajaran Sejarah manakala Bahagian C pula
faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penerapan EKNS guru pelatih dalam PdP mata
pelajaran Sejarah
Bentuk skala pengukuran yang digunakan adalah skala Likert yang mengandungi 5 skala.
Menurut Chua (2006), skala Likert banyak digunakan dalam penyelidikan sains sosial dan
pendidikan kerana kelebihannya yang mudah diurus dan dipakai, itemnya mudah dijawab
oleh responden dan data yang dipungut melalui skala Likert lebih tinggi kepercayaan
berbanding dengan skala-skala lain seperti Thurstone dan Guttman. Setiap item dijawab
dengan menandakan satu daripada 5 skala. Dapatan data juga disokong dan diperolehi daripada
kaedah temu bual berstruktur. Data yang diperoleh dari temu bual ini penting untuk digunakan
semasa pengkaji melakukan ‘cross check’ atau semakan semula. Setiap responden diberikan soalan
yang sama dan responden yang dipilih hanyalah daripada guru pelatih opsyen Sejarah di IPG Kampus
Perempuan Melayu sahaja.

4.3 Analisis data

Data ini diteliti dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Data tersebut dianalisis dalam bentuk deskriptif untuk
melihat bilangan, kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Statistik deskriptif seperti
frekuensi, peratusan dan skor min digunakan untuk menganalisis data yang berkaitan
dengan maklumat responden, tahap penerapan EKNS guru pelatih melalui penguasaan
Dimensi Kewarganegaraan dalam mata pelajaran Sejarah dan faktor-faktor yang
mempengaruhi penerapan EKNS guru pelatih dalam PdP mata pelajaran Sejarah. Bagi data
sokongan, data diambil dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual.
Penganalisisan data temu bual dibuat oleh pengkaji dengan kaedah pengekodan. Data akan
dipecahkan dan diklasifikasikan mengikut kategori atau tema tertentu.

4
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian 1 : Tahap penerapan EKNS guru pelatih melalui penguasaan Dimensi


Kewarganegaraan dalam mata pelajaran sejarah

Jadual 1 Taburan Penguasaan Dimensi Perkongsian Sejarah

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya dapat menerapkan rasa bangga 50.0 50.0 4.50 Tinggi
melalui pengajaran sejarah asal usul (15) (15)
negara dalam PdP

Saya dapat menjelaskan iktibar 40.0 60.0 4.60 Tinggi


daripada kesan penjajahan kuasa luar (12) (18)
ke atas negara semasa PdP

Saya mampu menerapkan 6.7 66.7 26.7 4.20 Tinggi


penghayatan ke atas peristiwa (2) (20) (8)
kemerdekaan negara semasa PdP

Jadual 2 Taburan Penguasaan Dimensi Perasaan Kekitaan

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya mampu menerapkan perasaan 3.3 80.0 16.7 4.13 Tinggi
bangga dengan hari kemerdekaan di (1) (24) (5)
dalam PdP

Saya memartabatkan Bahasa Melayu 30.0 70.0 4.70 Tinggi


sebagai bahasa kebangsaan semasa (9) (21)
pengajaran

5
Jadual 3 Taburan Penguasaan Dimensi Kesetiaan

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya mampu memupuk unsur 66.7 33.3 4.33 Tinggi
kepercayaan kepada Tuhan semasa (20) (10)
PdP

Saya mampu memupuk taat setia 63.3 36.7 4.37 Tinggi


kepada negara melalui ketaatan (19) (11)
kepada raja dan pemimpin dalam
PdP.

Saya sentiasa menerapkan sikap 6.7 33.3 60.0 4.53 Tinggi


patuh kepada undang-undang dan (2) (10) (18)
peraturan negara semasa PdP.

Jadual 4 Taburan Penguasaan Dimensi Tanggungjawab Warganegara

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya sentiasa mempertahankan 23.3 76.7 4.77 Tinggi
identiti negara sepanjang (7) (23)
pelaksanaan PdP.

Saya dapat terapkan sikap 10.0 63.3 26.7 4.17 Tinggi


mempertahankan warisan negara (3) (19) (8)
dalam PdP

Saya dapat menerapkan sikap 23.3 76.7 4.77 Tinggi


penerimaan perbezaan kaum, (7) (23)
budaya dan agama

Jadual 5 Taburan Penguasaan Dimensi Keterikatan Emosi Kepada Negara

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya boleh membuat perkaitan 3.3 13.3 83.3 4.80 Tinggi
keharmonian di negara kita menerusi (1) (4) (25)
kepelbagaian kaum dalam PdP

Saya mampu menerapkan rasa syukur 3.3 33.3 63.3 4.57 Tinggi
dengan kemajuan ekonomi negara (1) (10) (19)
dalam PdP

Saya mampu menerapkan perasaan 3.3 3.3 40.0 53.3 4.43 Tinggi
bangga dengan pencapaian negara (1) (1) (12) (16)
dalam PdP

6
Bahagian 2 : Faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan EKNS guru pelatih dalam
PdP mata pelajaran Sejarah

Jadual 6 Taburan Kurikulum IPGM

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Kursus Pendidikan Sejarah yang 3.3 3.3 53.3 40.0 4.30 Tinggi
ditawarkan di IPGK bersesuaian untuk (1) (1) (16) (12)
memberi pendedahan EKNS kepada
saya

Kursus Perancangan Pengajaran dan 3.3 46.7 50.0 4.47 Tinggi


Pembelajaran (PRKA 3012) membantu (1) (14) (15)
saya dalam kemahiran penerapan
EKNS untuk ke fasa praktikum

Jadual 7 Taburan Peranan Guru Pembimbing

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Guru pembimbing membantu saya 16.7 33.3 50.0 4.33 Tinggi
menerapkan EKNS dalam PdP (5) (10) (15)

Guru pembimbing memberikan 3.3 43.3 53.3 4.50 Tinggi


kerjasama yang baik semasa (1) (13) (16)
praktikum

Jadual 8 Taburan Tahap Pengetahuan Kandungan

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya menguasai keseluruhan isi 3.3 56.7 40.0 4.37 Tinggi
kandungan mata pelajaran Sejarah (1) (17) (12)
yang perlu diajar kepada murid

Pengetahuan isi kandungan saya 6.7 10.0 6.7 43.3 33.3 3.87 Tinggi
berfokus kepada kandungan buku teks (2) (3) (2) (13) (10)

Saya boleh mengaitkan pengetahuan 50.0 50.0 4.50 Tinggi


kandungan dengan dimensi (15) (15)
kewarganegaraan yang sesuai

Penguasaan isi kandungan sangat 3.3 43.3 53.3 4.50 Tinggi


membantu penerapan EKNS di dalam (1) (13) (16)
PdP Sejarah

7
Jadual 9 Taburan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya memahami dasar pelaksanaan 63.3 36.7 4.37 Tinggi
KPS dengan sangat jelas (19) (11)

Saya menguasai semua asas KPS 3.3 13.3 53.3 30.0 4.10 Tinggi
yang terkandung di dalam DSKP (1) (4) (16) (9)

Pelaksanaan KPS seiring dengan 6.7 53.3 40.0 4.33 Tinggi


penerapan EKNS di dalam PdP (2) (16) (12)

Jadual 10 Taburan Kaedah Pedagogi

ITEM SKALA PERATUS(%)


STS TS TP S SS
MIN TAHAP
Saya mengetahui cara untuk 3.3 50.0 46.7 4.43 Tinggi
menyampaikan elemen (1) (15) (14)
kewarganegaraan mengikut
keperluan murid

Saya mahir menggunakan 3.3 60.0 36.7 4.33 Tinggi


teknik penyoalan semasa (1) (18) (11)
penerapan nilai EKNS di dalam
PdP

Saya menggunakan strategi 3.3 56.7 40.0 4.37 Tinggi


pembelajaran berpusatkan (1) (17) (12)
murid dalam penerapan EKNS

Buku teks merupakan sumber 20.0 6.7 40.0 33.3 3.87 Tinggi
pengajaran yang digunakan (6) (2) (12) (10)
semasa penerapan EKNS

Saya menggunakan kaedah 63.3 36.7 4.37 Tinggi


pembelajaran kontekstual untuk (19) (11)
memudahkan penerapan EKNS

Pentaksiran di akhir 53.3 46.7 4.47 Tinggi


pembelajaran penting bagi (16) (14)
melihat tahap EKNS yang
berjaya diterapkan kepada
murid

Saya sentiasa menghadapi 13.3 43.3 43.3 4.17 Tinggi


cabaran ketika menerapkan (4) (13) (13)
EKNS semasa PdP

8
Jadual 11 Analisis Temu Bual

Peserta Kajian Adakah anda mengamalkan penerapan EKNS di Kod Tema


dalam setiap PdP secara berterusan atau
berkala ?
Responden Ya, saya akan memperuntukkan masa lima minit Ya
1 dalam setiap PdP untuk menyentuh EKNS.
Responden Ya, kerana saya sememangnya akan
2 mengkhususkan lima minit terakhir di dalam PdP Ya
untuk penerapan EKNS.
Responden Saya mengamalkan EKNS kerana berpandukan
3 standard pembelajaran yang telah ditetapkan Mengamalkan EKNS
dalam DSKP.
Responden Saya mengamalkan penerapan EKNS dalam
4 setiap PdPmengikut ketetapan DSKP.
Mengamalkan EKNS
Responden Saya menjalankan EKNS secara berkala kerana
5 kekangan masa yang hanya memperuntukkan 30
minit sahaja.
Menjalankan EKNS

PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian daripada analisis soal selidik dan temu bual didapati bahawa tahap
penerapan EKNS guru pelatih dalam PdP mata pelajaran Sejarah berada pada tahap yang
tinggi merujuk kepada keseluruhan skor min bagi penguasaan Dimensi Kewarganegaraan
guru pelatih iaitu 4.17 sehingga 4.80. Hal ini membuktikan bahawa guru pelatih mampu
menerapkan EKNS menerusi pengaplikasian yang berteraskan Dimensi Kewarganegaraan
di dalam PdP. Antara elemen yang digunakan oleh pengkaji termasuklah dimensi
perkongsian sejarah, perasaan kekitaan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan
keterikatan emosi kepada negara. Secara tidak langsung, kajian ini telah menekankan
penerapan EKNS yang berteraskan kepada Dimensi Kewarganegaraan di dalam setiap
pelaksanaan PdP. Elemen kemahiran dilaksanakan mengikut asas KPS serta penerapan
nilai melalui elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang menggunakan dimensi
kewarganegaraan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).
Dapatan kajian juga menunjukkan faktor yang mempengaruhi tahap penerapan
EKNS guru pelatih dalam PdP mata pelajaran Sejarah. Melalui hasil analisis yang
dijalankan, pengkaji mendapati kedua-dua faktor dalaman dan luaran sememangnya
mendorong kepada tahap penerapan EKNS yang tinggi. Faktor luaran terbahagi kepada dua
aspek iaitu kurikulum sejarah yang ditawarkan oleh IPGM dan peranan guru pembimbing.
Nilai min bagi kurikulum sejarah IPGM berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.30 sehingga
4.47. Peranan guru pembimbing juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.33
sehingga 4.50.
Seterusnya, faktor dalaman pula terbahagi kepada tiga aspek iaitu pengetahuan
kandungan, asas KPS dan kaedah pedagogi. Aspek pengetahuan kandungan berada pada
tahap yang tinggi dengan skor min 3.87 sehingga 4.50. Bagi aspek asas KPS yang dimiliki
oleh guru pelatih pula menunjukkan nilai min 4.10 sehingga 4.37 iaitu pada tahap yang
tinggi. Nilai min bagi kaedah pedagogi pula berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min
3.87 sehingga 4.47. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, faktor yang paling dominan
adalah aspek pengetahuan kandungan memandangkan terdapat 2 item yang mempunyai
nilai min yang tertinggi iaitu 4.50. Dapatan temu bual pula menyokong kepada hasil tahap
9
penerapan EKNS guru pelatih yang tinggi. 80 peratus dari responden yang ditemubual
menerapkan EKNS di dalam setiap PdP secara berterusan manakala hanya 20 peratus
yang menerapkan EKNS secara berkala di dalam PdP. Respon murid yang dicatat menerusi
transkripsi temu bual ini juga telah menunjukkan tahap keberkesanan penerapan EKNS guru
pelatih adalah tinggi. Hal ini dapat dibuktikan melalui 80 peratus murid responden dapat
memberi respon yang positif sepanjang pelaksanaan EKNS di dalam kelas.

6.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, Kajian ini telah memberi satu persepsi positif terutamanya kepada guru-
guru pelatih sejarah IPGKPM dari segi pengamalan mereka terhadap tahap penerapan
EKNS oleh guru pelatih dalam PdP mata pelajaran Sejarah. Mereka dapat menilai sejauh
mana tahap penerapan EKNS melalui penguasaan Dimensi Kewarganegaraan yang perlu
dimiliki sebagai bakal guru. Bahkan, guru pelatih juga boleh mengenal pasti faktor-faktor
yang mampu mempengaruhi tahap penerapan EKNS guru pelatih seperti pengetahuan
kandungan, asas KPS dan kaedah pedagogi yang digunakan.

Implikasi daripada kajian ini terbahagai kepada dua iaitu terhadap guru pelatih, IPGM
dan guru pembimbing. Kajian ini membantu guru pelatih untuk mengenal pasti aspek
Dimensi Kewarganegaraan yang masih belum dikuasai sepenuhnya berdasarkan analisis
yang telah dibuat oleh pengkaji. Secara tidak langsung, ini dapat membantu guru pelatih
untuk lebih mendalami EKNS melalui pendekatan Dimensi Kewarganegaraan. Pihak IPG
juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada guru pelatih pengkhususan Sejarah
dalam meningkatkan kemahiran penerapan EKNS dalam PdP. IPG juga akan
menggalakkan pensyarah untuk mengadakan kursus atau bengkel yang menekankan aspek
penerapan EKNS supaya guru pelatih memperoleh pendedahan yang lebih menyeluruh dan
mendalam. Guru pembimbing pula dapat mengenal pasti aspek yang perlu ditekankan
kepada guru pelatih melalui kajian ini.

Beberapa cadangan dikemukakan kepada pengkaji akan datang, agar kajian yang
berkaitan dengan strategi pengajaran dalam kalangan guru pelatih sejarah akan dapat
menghasilkan natijah yang terbaik. Cadangan-cadangan tersebut ialah memilih bilangan
responden yang lebih besar dan meluaskan lagi skop kajian. Pengkaji seterusnya boleh
menjalankan kajian ini kepada responden yang lebih pelbagai. Seterusnya pengkaji juga
boleh menggunakan instrumen yang pelbagai seperti kaedah pemerhatian dan mengaplikasikan
kaedah triangulasi bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian.

10
7.0 RUJUKAN

Chua Kheong Hoe. (2007). Pembangunan Patriotisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua: Perbandingan Empat Jenis Sekolah. Tesis
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UTM.
Chua Yan Piaw (2011). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan
(2nded.). Mc Graw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam: McGraw Hill Education.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran
Sejarah: Sekolah Rendah Sekolah Menengah. Putrajaya: Jemaah Nazir.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Dokumen Standard Sekolah Rendah
Sejarah tahun4, 5 dan 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Sitti Hasnah Bandu, Dr. Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad. (2016).Penerapan
Kompetensi Kewarganegaraan dalam Kalangan Pelajar Pelbagai Etnik Peringkat Sekolah
Menengah di Malaysia. Kertas kerja yang dibentang di Prosiding Persidangan
Pemantapan Citra Kenegaraan 4 (Cosna 4), 13-15 Mac 2016.

11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT SECARA KRONOLOGI MELALUI PETA
ALIR BERGAMBAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Nur Dayana bt Mohd Zubir


Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Perempuan Melayu
daiyannur@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan peta alir
bergambar dalam meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi dalam
kalangan murid Tahun Lima. Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada empat orang murid iaitu
dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan daripada sebuah sekolah di daerah Melaka
Tengah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui kaedah
pemerhatian, ujian pra dan pos dan temu bual. Triangulasi kaedah digunakan dalam pengumpulan
data kajian ini bagi menyemak dan memperoleh hasil dapatan kajian yang lebih dipercayai dan
meyakinkan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa keempat-empat peserta kajian mencapai
peningkatan yang positif dalam aspek mengingat peristiwa sejarah secara kronologi dan pencapaian
selepas peta alir bergambar digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata
pelajaran Sejarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta alir bergambar berkesan
dalam meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi dalam kalangan murid.

Kata Kunci: peta alir bergambar, meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa secara
kronologi, mata pelajaran Sejarah.

ABSTRACT

This action research was conducted to identify the effectiveness of visual flow maps in improving the
skills of remembering chronological events among Year Five students. The research participants
consisted of four students, two boys and two girls from a school in Melaka Tengah. The data
collection method used in this research was by observation, pre and post test and interview.
Triangulation methods are used in collecting the data of this research to review and obtain more
reliable and concise research findings. The results of the data analysis showed that all four research
participants achieved a positive improvement in terms of remembering chronological events and their
achievements after the pictorial flow map was used in the Teaching and Learning sessions for the
History subject. The findings showed that the use of pictorial flow maps is effective in improving the
memory of chronological events among students.
Keywords: pictorial flow maps, improve skills in remembering chronological events, History
subjects.

12
1.0 PENGENALAN

Matlamat kurikulum mata pelajaran Sejarah adalah untuk membolehkan murid memahami
tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan
negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di
Malaysia (DSKP Sejarah Tahun 5). Namun, matlamat ini sukar dicapai kerana masih ramai
murid tidak menguasai peristiwa-peristiwa Sejarah secara kronologi. Apabila murid tidak
mengingat peristiwa sejarah secara kronologi, mereka tidak dapat memahami seterusnya
tidak dapat membuat perkaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Kegagalan
membuat perkaitan ini menyebabkan murid tidak dapat memahami keadaan masyarakat
dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Bagi mengatasi masalah ini, guru
mata pelajaran Sejarah perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk mengajar topik
yang melibatkan peristiwa sejarah secara kronologi.

Selain itu, salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah memahami dan
mengingat sesuatu peristiwa sejarah secara kronologi. Perkara ini disokong oleh John Child
dalam (Helena Anak Jihes, 2018) yang menyatakan “Historians need to understand
chronology as a first step so they can work out why things happened’. Dalam KSSR,
kemahiran memahami dan membuat kronologi merupakan salah satu elemen yang terdapat
dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Dalam konteks ini, kajian ini akan menyarankan
penggunaan peta pemikiran i-Think iaitu peta alir sebagai intervensi untuk mengingat
peristiwa sejarah secara kronologi.
Peta pemikiran i-Think merupakan alat berfikir yang dibangunkan dengan tujuan
untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif. Terdapat lapan bentuk peta
pemikiran yang dicadangkan iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Alir,
Peta Dakap, Peta Pelbagai Alir, Peta Pokok dan Peta Titi. Setiap peta pemikiran mempunyai
proses pemikiran tersendiri dan ia boleh disesuaikan penggunaannya mengikut tajuk. Peta
pemikiran i-Think ini boleh digunakan untuk diolah dan dikembangkan isi utamanya dan
menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya. Isi utama boleh di kembangkan sehingga
menjadi nota atau ranting pecahan kecil agar menjadi lebih mudah untuk difahami dan
diingati Berdasarkan lapan bentuk peta pemikiran tersebut, peta alir merupakan peta
pemikiran yang paling sesuai digunakan untuk memudahkan murid mengingat peristiwa
sejarah secara kronologi.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan peta alir bergambar dalam meningkatkan
kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi dalam kalangan murid Tahun Lima
melalui sesi PdP bagi mata pelajaran Sejarah. Peta alir merupakan salah satu daripada
lapan peta pemikiran. Berdasarkan kajian literatur yang dilakukan berdasarkan kajian oleh
(Noor Hidayu Mohd Rahim, 2016), beliau mendapati bahawa peta alir sebagai intervensi
berjaya membantu semua peserta kajiannya memahami dan menyelesaikan masalah dan
dapat membantu menjana pemikiran kreatif, di samping menggalakkan pembelajaran yang
bermakna. Dalam konteks kajian ini, penggunaan peta alir bergambar diharapkan dapat
membantu murid untuk mengingat peristiwa sejarah secara kronologi di samping lebih
memahami dan dapat mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian
dengan lebih bermakna.

13
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta alir
bergambar dalam meningkatkan kemahiran mengingat secara kronologi kepada murid tahun
lima.

Objektif Khusus
Objektif khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta alir bergambar dalam meningkatkan
kemahiran mengingat peristiwa secara kronologi kepada murid tahun lima.
ii. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mengingat peristiwa sejarah secara
kronologi menggunakan peta alir bergambar?
Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan, kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan
kajian yang berikut:
i. Adakah penggunaan peta alir bergambar berkesan dalam meningkatkan kemahiran
mengingat peristiwa sejarah secara kronologi kepada murid tahun lima?
ii. Bagaimanakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan tahap pencapaian murid
dalam mengingat peristiwa sejarah secara kronologi.

4.0 METODOLOGI
4.1 Peserta Kajian

Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang
berumur 11 tahun. Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan pengumpulan data awal
iaitu pemerhatian pengkaji, analisis dokumen dan tembual pengkaji bersama guru mata
pelajaran Sejarah dan peserta kajian. Maklumat diri peserta kajian dikemukakan dalam
Jadual 1.
PERKARA PK A PK B PK C PK D
Jantina Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan
Bangsa Melayu Melayu Melayu Melayu
Agama Islam Islam Islam Islam
Jawatan di Murid biasa Murid biasa Penolong Ketua Murid biasa
sekolah Kelas
Bilangan adik 4 orang 3 orang 5 orang 3 orang
beradik
Anak keberapa 2 2 4 1
Pekerjaan Jurutera Buruh binaan Bekerja sendiri Pegawai Pejabat
bapa PETRONAS Pos
Pekerjaan ibu Berniaga Surirumah Pegawai Tadbir Surirumah
Mata pelajaran Bahasa Bahasa Malaysia Sains dan Bahasa Bahasa Arab
kegemaran Malaysia Inggeris
Kebolehan Boleh Boleh Boleh Boleh
membaca
Ciri Unik Banyak Banyak bercakap Pasif dan suka Pasif dan mudah
bercakap dan dan kurang buat kerja sendiri hilang tumpuan
suka memberi perhatian
mengganggu
rakan

4.2 Tindakan

14
Pelaksanaan kajian tindakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan amalan
pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid (Abdul Rahman, 2011).. Sehubungan
itu, pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992) sebagai panduan bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Menurut Lewin
(1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps).
Model ini terdiri daripada satu kitaran. Dalam satu kitaran kajian, terdapat empat langkah
iaitu mengenal pasti masalah, merancang, melaksanakan tindakan dan langkah terakhir
adalah membuat refleksi. Proses ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika
masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, kitaran
tersebut akan diteruskan. Rajah 2 menunjukkan adaptasi daripada Model Kajian Tindakan
Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
E
R
a
g
n
(M
mT
A
U
IB
rk
s
b
eS
K
L
F
p .G
)tild1
jP
H
u
h
2
C
c
N
3
D

Rajah 2. Adaptasi daripada Model Kajian Tindakan


Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992

4.3 Kaedah Kajian

Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan dalam kajian ini iaitu kaedah
pemerhatian, ujian pra dan pos dan temu bual. Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini
merupakan sebahagian daripada triangulasi kaedah dalam mengumpul data bagi
menyemak dan memperoleh hasil dapatan yang lebih meyakinkan. Menurut (Suseela
Malakolunthu, 2001), penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian
daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan
meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji. Selaras dengan itu, pengkaji telah
menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data bagi membolehkan pengkaji menyemak
kredibiliti data yang diperoleh dalam menyokong dapatan kajian. Triangulasi kaedah
pengumpulan data bagi penyelidikan kajian tindakan ini ditunjukkan dalam rajah 3.

P
lh
T
e
u
m
a
btirU
njd
s
o

15
Rajah 3. Triangulasi Kaedah

4.4 Analisis Data

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian secara berstruktur terhadap peserta kajian. Data-
data yang telah diperolehi daripada pemerhatian telah dicatat dan dikumpul. Hal ini demikian
kerana, melalui data pemerhatian ini pengkaji akan melihat tingkah laku peserta kajian
sebelum tindakan penggunaan peta alir bergambar dan selepas intervensi dijalankan.
Jadual 2 menujukkan analisis bagi setiap item dalam borang senarai semak pemerhatian.

SEBELUM INTERVENSI
Item Skor
PK A PK B PK C PK D
1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3
Menyatakan fakta Sejarah dengan betul. / / / /
Menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah / / / /
dengan tepat
Meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan / / / /

SELEPAS INTERVENSI
Item Skor
PK A PK B PK C PK D
1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3
Menyatakan fakta Sejarah dengan betul. / / / /
Menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah / / / /
dengan tepat
Meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan / / / /
Jadual 2. Keputusan pemerhatian bagi setiap item

Seterusnya, analisis keputusan ujian semua peserta kajian menunjukkan terdapat


peningkatan yang ketara dalam ujian pos berbanding ujian pra. PK A mendapat gred A
dengan markah sebanyak 90% dan menunjukkan markah peningkatan sebanyak 50%. PK B
juga menunjukkan peningkatan dalam ujian pos dengan mendapat markah sebanyak 70%
berbanding ujianpra iaitu 30% sahaja. PK C pula berjaya menjawab kesemua soalan
dengan betul dan mendapat markah 100%. Akhir sekali, PK D mendapat gred A dengan
markah 40% dengan peningkatan sebanyak 80%.
Peserta Keputusan Ujian Pra Keputusan Ujian Pos Peningkatan Markah
Kajian (PK) (%) (%) (%)
PK A 40 90 50
PK B 30 70 40
PK C 50 100 50
PK D 40 80 40
Jadual 3. Perbezaan Keputusan Peserta Kajian Dalam Ujian Pra dan Pos
Selain itu, transkripsi temu bual yang telah dianalisis juga menunjukkan maklum
balas yang positif dalam kalangan peserta kajian terhadap keberkesanan tindakan
penggunaan peta alir bergambar dalam meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa
secara kronologi.
“ ...bila belajar guna peta alir rasa senang lagi nak ingat. Sebelum ni susah sikit sebab ayat
dalam buku teks tu panjang” (PK A)

16
“...masa belajar tanpa peta alir saya rasa bosan dan tak menarik sangat sebab belajar pakai
buku teks je. Bila guna peta alir tu saya suka sebab lagi best dan senang nak ingat. Lain
dengan ayat dalam buku teks” (PK B)
“...dalam peta alir ada gambar yang buat saya lagi senang ingat. Lepastu ayat dalam peta
alir tu ada warna dan ayat-ayat tu pendek je jadi saya senang nak ingat” (PK C)
“...best sebab ada gambar, lepastu ada ayat yang pendek dan ada warna kat ayat tu” (PK D)

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian telah menunjukkan keberkesanan penggunaan peta alir bergambar dalam
meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa secara kronologi kepada peserta kajian.
Secara khususnya bahagian ini akan mengupas dengan lebih terperinci tentang dapatan
kajian yang telah dijalankan bagi mencapai persoalan kajian iaitu:
5.1 Adakah penggunaan peta alir bergambar berkesan dalam meningkatkan
kemahiran mengingat peristiwa secara kronologi kepada murid Tahun Lima?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, bukti kukuh yang menunjukkan bahawa objektif kajian
tercapai ialah melalui keputusan ketiga-tiga sumber data iaitu analisis data dari ujian pra dan
pasca, pemerhatian dan temu bual bersama peserta kajian. Sehubungan dengan itu,
berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji, terdapat perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat dalam kalangan peserta kajian sebelum dan selepas
tindakan peta alir bergambar diberikan. Sebelum penggunaan peta alir bergambar, peserta
kajian didapati melakukan beberapa tingkah laku yang kurang memuaskan seperti tidak
dapat menyatakan fakta Sejarah dengan betul, tidak dapat menceritakan semula kronologi
peristiwa Sejarah dengan tepat, kerap meminta bantuan dari rakan untuk menjawab soalan
serta kurang memberi tumpuan semasa PdP dijalankan. Namun, setelah menggunakan peta
alir bergambar, peserta kajian sudah dapat menyatakan fakta sejarah dengan betul apabila
disoal oleh pengkaji. Mereka juga dapat menceritakan semula peristiwa sejarah dengan
tepat serta soalan dapat dijawab tanpa meminta bantuan dari rakan dan guru.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama peserta kajian, pengkaji mendapati
bahawa maklum balas yang diterima oleh semua peserta kajian berkaitan penggunaan peta
alir dalam meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi ini adalah
positif. Kesemua peserta kajian menyatakan perbandingan berkaitan kaedah pengajaran
oleh pengkaji menjalankan PdP sebelum dan selepas penggunaan intervensi
mempengaruhi kemahiran mengingat mereka. Sebelum penggunaan intervensi, pengkaji
menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar yang utama dalam PdP. Menurut
peserta kajian, ayat yang terdapat di dalam buku teks agak panjang menyebabkan mereka
sukar untuk mengingat dan memahami isi pelajaran. Namun, setelah intervensi dijalankan,
peserta kajian menyatakan mereka lebih teruja untuk mengikuti sesi PdP dan melibatkan diri
secara aktif di dalam bilik darjah. Melalui temu bual bersama peserta kajian, keempat-empat
peserta kajian menyatakan penggunaan peta alir bergambar dapat membantu mereka untuk
mengingat peristiwa sejarah secara kronologi dengan lebih berkesan. Peserta kajian tertarik
dengan elemen-elemen yang terdapat dalam peta alir bergambar tersebut seperti adanya
gambar, pernyataan yang pendek dan teks yang berwarna-warni. Peserta kajian juga
menyatakan bahawa selepas penggunaan peta alir bergambar dalam PdP, mereka dapat
menceritakan semula peristiwa sejarah secara kronologi dengan susunan yang betul.
Maklum balas yang diterima ini membuktikan bahawa penggunaan peta alir bergambar
berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi.
Berdasarkan data daripada ujian pra dan pos pula, semua peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan markah setelah penggunaan peta alir bergambar dalam PdP.
Dalam ujian pra, peserta kajian A dan D telah mendapat peratus markah sebanyak 40% dan
peserta kajian B mendapat markah sebanyak 30%. Peratus markah yang diperoleh oleh
ketiga-tiga peserta kajian ini dikategorikan sebagai gred pencapaian yang lemah. Manakala,
17
peserta kajian C mendapat markah sebanyak 50% dalam ujian pra. Walaupun peserta
kajian C mendapat markah yang lebih tinggi berbanding peserta kajian lain, namun gred
pencapaian masih di peringkat sederhana iaitu berada pada gred C.
Selepas penggunaan peta alir bergambar, markah ujian pos bagi peserta kajian A
telah meningkat kepada 90% yang bermaksud peningkatan markah adalah sebanyak 50%.
Analisis daripada ujian pos menunjukkan peserta kajian A dapat menjawab 9 soalan dengan
betul dengan satu soalan sahaja yang salah. Peserta kajian B pula telah mendapat markah
sebanyak 70% dalam ujian pos di mana peningkatan markah adalah sebanyak 40%.
Analisis ujian pos menunjukkan peserta kajian B dapat menjawab 7 soalan dengan betul
berbanding 3 soalan sahaja sewaktu ujian pra.
Markah ujian pos bagi peserta kajian C pula telah meningkat kepada 100% yang
bermaksud peningkatan markah adalah sebanyak 50%. Analisis daripada ujian pos
menunjukkan peserta kajian C dapat menjawab kesemua soalan daripada bahagian A dan
bahagian B. Hal ini menunjukkan perubahan pencapaian peserta kajian C di mana sewaktu
ujian pra, peserta kajian C dapat menjawab 5 sahaja soalan dengan betul Peserta kajian D
pula telah mendapat peratus markah sebanyak 80% berbanding markah dalam ujian pra
iaitu sebanyak 40% sahaja. Hal ini bermaksud peningkatan markah adalah sebanyak 40%.
Analisis ujian pos menunjukkan peserta kajian C dapat menjawab 8 soalan dengan betul
berbanding semasa ujian pra iaitu sebanyak 4 soalan sahaja.
5.2 Bagaimanakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan tahap pencapaian murid
dalam mengingat peristiwa sejarah secara kronologi?
Perubahan kketara dapat dilihat terhadap tingkah laku peserta kajian. Menerusi
pemerhatian secara berterusan oleh pengkaji, semua peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan terhadap kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi sekaligus
meningkatkan tahap pencapaian peserta kajian. Hal ini dapat dibuktikan dengan kekerapan
peserta kajian dalam menyatakan fakta sejarah dengan boleh, kebolehan menceritakan
semula peristiwa sejarah secara kronologi denga tepat dan juga meminta bantuan rakan
semasa menjawab soalan.
Berdasarkan kekerapan menyatakan fakta sejarah dengan betul, peserta kajian A, C
dan D telah menunjukkan peningkatan daripada skala kadang-kadang kepada skala selalu
dalam menyatakan fakta Sejarah dengan betul semasa sesi soal jawab di dalam kelas.
Manakala, peserta kajian B juga menunjukkan peningkatan daripada tidak pernah dapat
menyatakan fakta Sejarah dengan betul kepada skala kadang-kadang. Hal ini membuktikan
bahawa semua peserta kajian telah dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam
mengingat peristiwa sejarah secara kronologi.
Selain itu, berdasarkan item menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah secara
kronologi dengan tepat pula, sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian A dan B berada
di skala tidak pernah dapat menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah dengan tepat
apabila disoal oleh pengkaji. Manakala, peserta kajian C dan D pula menunjukkan skala
kadang-kadang boleh menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah dengan tepat
Namun, selepas intervensi dijalankan, pengkaji mendapati terdapat perubahan dan
peningkatan yang positif dalam kalangan peserta kajian. Peserta kajian C dan D
menunjukkan skala yang kerap dalam menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah
dengan tepat malah masa yang diambil untuk menjawab juga sudah berkurang. Peserta
kajian A dan B pula turut menunjukkan peningkatan daripada skala tidak pernah dapat
menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah dengan tepat, kepada skala kadang-
kadang dapat menceritakan semula kronologi peristiwa sejarah dengan tepat.
Seterusnya, berdasarkan item meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan pula,
peserta kajian A dan B menunjukkan peningkatan daripada skala kerap meminta bantuan
rakan untuk menjawab soalan kepada skala kadang-kadang. Peserta kajian C pula
menunjukkan skala tidak pernah meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan semasa

18
sesi PdP. Hal ini berkait rapat dengan sikap peserta kajian C yang agak pasif dan suka
membuat kerja sendiri. Peserta kajian D juga menunjukkan peningkatan daripada kadang-
kadang meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan kepada tidak pernah dan boleh
menjawab sendiri sahaja. Hal ini membuktikan tahap pencapaian peserta kajian dalam
mengingat peristiwa sejarah secara kronologi telah meningkat dengan penggunaan peta alir
bergambar dalam PdP.

5.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Tuntasnya, rumusan yang dapat disimpulkan dalam kajian ini ialah penggunaan peta alir
bergambar dalam PdP sejarah dapat membantu meningkatkan kemahiran mengingat
peristiwa secara kronologi dalam kalangan murid. Buktinya, semua peserta kajian yang
dipilih telah menunjukkan perubahan positif apabila mereka dapat menceritakan semula
kronologi peristiwa sejarah dengan tepat apabila diminta oleh pengkaji. Selain itu, semua
peserta kajian menunjukkan peningkatan markah dalam ujian setelah pengaplikasian peta
alir bergambar dalam PdP sejarah. Ini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat berkesan
dan objektif pengkaji juga tercapai.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan


datang ialah memberi peluang kepada murid-murid untuk menyediakan dan membuat
sendiri peta alir bergambar. Sekiranya murid sendiri yang membuat peta alir bergambar,
mereka akan lebih memahami dan mengingati fakta dan peristiwa sejarah mengikut topik
yang dipelajari. Hal ini demikian kerana, mereka sendiri yang akan memilih fakta-fakta dan
meringkaskan ayat yang sesuai untuk dimasukkan dalam peta alir tersebut. Apabila
membuat peta alir sendiri, murid-murid juga berpeluang untuk menghias peta alir bergambar
mengikut kreativiti dan minat mereka.
Cadangan penambahbaikan yang seterusnya adalah pengkaji boleh
mengintegrasikan peta alir bergambar melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Melalui pengintegrasian ini, murid-murid dapat mengakses dan
membaca nota daripada peta alir secara atas talian sahaja. Murid juga berpeluang untuk
membina dan mengedit sendiri peta alir bergambar mereka melalui komputer sahaja. Hal ini
secara tidak langsung dapat memudahkan guru dan murid untuk membina dan mengakses
peta alir bergambar. Tambahan lagi, dengan pengintegrasian peta alir bergambar dengan
TMK, pembelajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan sekaligus dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Cadangan bagi kajian lanjutan pula ialah tempoh masa pelaksanaan kajian tindakan
boleh dipanjangkan bagi memastikan data yang diperoleh lebih tinggi kesahannya. Hal ini
kerana, peruntukan masa yang lama untuk menjalankan rawatan menggunakan intervensi
akan memberi kesan peningkatan yang semakin tinggi dalam peserta kajian. Selain itu,
pengkaji juga mencadangkan agar kajian ini dijalankan ke atas skala bilangan peserta kajian
yang lebih ramai dan di sekolah yang berbeza bagi meningkatkan lagi kesahan dan
kebolehpercayaan dapatan kajian yang diperoleh. Pengkaji juga boleh mempelbagaikan
kaedah untuk mengumpul dan menganalisis data bagi memudahkan pengkaji meneliti hasil
dapatan kajian yang diperoleh melalui instrumen-instrumen yang dihasilkan dengan
kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan jitu.
Aspek penambahbaikan dan kajian susulan perlu sentiasa dilakukan dari semasa ke
semasa agar profesionalisme perguruan dalam aspek pedagogi pengajaran dapat ditambah
baik dan dipertingkatkan. Hal ini supaya, dapat melahirkan warganegara yang mempunyai
identiti kebangsaan serta membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial
dan integrasi nasional pada masa akan datang. Pengkaji juga berpandangan bahawa
pelbagai reka bentuk kajian berkaitan peta alir bergambar dalam meningkatkan kemahiran
mengingat peristiwa sejarah boleh dijalankan bagi mengisi kelompongan kajian berkaitan

19
dengan aspek ini supaya boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada para pengkaji yang
lain. Justeru, penambahbaikan boleh dilakukan dalam kajian akan datang atau kajian
lanjutan dengan melakukan penambahbaikan dalam pelbagai aspek.

6.0 RUJUKAN

Abdul Rahman. (2011). Guru Sebagai Penyelidik. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn
Bhd.
Afifah Syathirah. (2012). Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar BPSP, UPM.
Researcgate.net, 3-5.
Akhiar & Shamsina. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Andik Raden. (2009). Meningkatkan Kemahiran Berfikir dalam Kalangan Murid Bagi Mata
Pelajaran Kajian Tempatan Melalui Penggunaan Peta Pemikiran i-Think. 5.
Anuar Ahmad, & Muhammad Faiz bin Tamdjis. (2017). Penggunaan Peta Minda I-Think dan
Hubungannya Terhadap Pencapaian dan Minat dalam Pendidikan Sejarah.
International Conference on Global Education, 2786-2787.

20
Azieyana Aziz , & Christina Andi. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif
untuk Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia 43(1)(2018): 1-9, 2-3.
Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Percetakan Seasons
Sdn Bhd.
Chow Fook Meng, & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan Konsep Dan Amalan Dalam
Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Malaysia: McGraw-Hill Sdn.
Bhd.
Faizah Abd Majid. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-Guru di
Malaysia: Cabaran dan Strategi. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
2016, 2-4.
Haslina Binti Mohd Ismail. (2012). Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pembelajaran
Mata Pelajaran Sejarah. 36-38.
Helena Anak Jihes. (2018). Meningkatkan Kemahiran Menjelaskan Kronologi dalam Tajuk
Perjuangan Kemerdekaan 1957 bagi Murid Tahun Lima Menggunakan Tangga
Kemerdekaan. Jurnal Pendidikan Sains Sosial Jilid 1, 4-6.
Ismail Bin Said , & Rosadah Binti Nik Ali. . (2013). Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah.
Perlis: MSR Grafik.
Ismail Bin Said, & Mohamad Munir Bin Ismail. (2010). Pentaksiran dalam Pembelajaran
Sejarah. Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Sejarah Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pembelajaran Abad ke-21. Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Selangor:
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Linawati@Lina Adiman, & Sharifah Nor Puteh. (2017). Pelaksanaan Peta Pemiiran i-Think
dalam Kalangan Guru. 3-5.
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon, & Suhaili Abd Rasap. (2018). Aplikasi Peta
Pemikiran I-Think dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Online Journal for TVET Practitioners, 3-4.
Nurhafizah binti Zaidi, Roslinda binti Rosli, & Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor. (2017).
Aplikasi Peta Pemikiran I-Think Dalam Proses PengajaranDan Pembelajaran
Matematik. 5-6.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan - Teori dan Amalan. Selangor:
Reka Cetak Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons.
Rosnah Bt Yunus. (2016). Keberkesanan Kad Imbasan Bergambar Dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaca Suku Kata JAWI Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Parit Jawa, Muar, Johor. 24.
Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Kamal Din@Nasirudin , & Rekkemen Kusut.
(2014). Tahap Pelaksanaan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran
dan Pembelajaran dalam Latihan Mengajar Mengikut Persepsi Guru-Guru Pelatih.
Jurnal Pendidikan 1(2), 1-10.
Shamsina Shamsuddin. (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala
Lumpur: Freemind Horizonz Sdn. Bhd.
Suseela Malakolunthu. (2001). Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif: Satu Imbasan
Dalam Marohaini Yusoff, Penyelidikan Kualitatif. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pendidikan. Journal IPA Bil.23, 2014, 3-5.
Wahidah Abu Bakar. (2011). Keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran
21
berasaskan masalah. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

22
MENINGKATKAN KEMAHIRAN INTERPRETASI MURID
MELALUI KIT KEMBARA
Oleh
NUR IZZATI BINTI MOHD SABARUDIN
PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2016
izzatisabarudin97@gmail.com

ABSTRAK
Fokus utama kajian tindakan ini adalah berkaitan penghasilan Kit Kembara sebagai salah
satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah bagi menerapkan elemen kemahiran
pemikiran sejarah (KPS) khususnya kemahiran interpretasi. Objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran interpretasi murid dalam tajuk Pengembaraan Parameswara melalui Kit
Kembara. Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 di salah
sebuah sekolah rendah di Melaka. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Kaedah
pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis telah digunakan untuk mengumpul data. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa penghasilan Kit Kembara yang mempunyai ciri-ciri pembelajaran
konstruktivisme dan merentasi kecerdasan pelbagai membantu dalam meningkatkan kemahiran
interpretasi murid. Dalam pada itu, pengaplikasian multimedia seperti Flip Html5 dan StoryJumper
adalah sebagai cadangan penambahbaikan kepada kajian ini. Bahawasanya, amalan profesionalisme
guru juga dapat ditingkatkan melalui proses kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji.
Kata kunci: kemahiran pemikiran sejarah, kemahiran interpretasi, kit kembara

ABSTRACT

The main focus of this action study is on the production of the Kit Kembara as one of the
teaching and learning (PdP) methods of History to incorporate elements of historical thinking skills
(KPS), especially interpretation skills. The objective of this study is to enhance the students'
interpretation skills in the title of Pengembaraan Parameswara through the Kit Kembara. The target
group for this study was four Year 4 students at one of the primary schools in Malacca. This study
uses action research design. Observation methods, interviews and written tests were used to collect
data. The findings of the study show that the production of a Kit Kembara with learning and
constructivism learning traits contributes to improving students' interpretation skills. In addition, the
application of multimedia such as Flip Html5 and StoryJumper is a welcome addition to this study. On
the other hand, the practice of teacher professionalism can also be enhanced through the process of
action research conducted by the researcher.
Keywords: historical thinking skills, interpretation skills, kit kembara

23
PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah seharusnya bermakna bagi
meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis murid dengan menerapkan Kemahiran
Pemikiran Sejarah (KPS) dalam proses PdP Sejarah. Pembelajaran merupakan satu proses
yang bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud pembelajaran bermakna ialah
“learning by doing” yang dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman
tentang sesuatu permasalahan (John Dewey, 1996). Hal Ini bertepatan dengan konsep KPS
yang sememangnya mengutamakan kemahiran berfikir untuk meneroka, membuat inferens,
interpretasi, dan sebagainya.
Bickford II & Bickford (2015) turut mengatakan bahawa mata pelajaran sejarah
perlulah berlandaskan kemahiran pemikiran sejarah iaitu situasi yang membolehkan murid
dapat berfikir secara kritis, mampu membuat perkaitan antara satu peristiwa dengan satu
peristiwa yang lain, membuat interpretasi, mencari bukti, membuat pertimbangan dan
ramalan serta imaginasi yang meletakkan murid pada kedudukan sebagai seorang ahli
sejarah. Hal ini bertepatan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) yang telah
memberi penekanan terhadap beberapa KPS seperti kemahiran memahami kronologi,
meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Siti
Hawa Abdullah (2007) pula mendefinisikan KPS kepada proses berfikir secara analitis, kritis
dan kreatif bertujuan memahami peristiwa yang berlaku pada masa lalu untuk dihubungkan
dengan masa kini dan sebagai persediaan untuk masa akan datang.
Setelah meneliti tajuk-tajuk dan refleksi PdP yang lepas, pengkaji membuat
keputusan untuk menjadikan murid tahun 4 sebagai peserta kajian. Keputusan pengkaji ini
berdasarkan pendapat pengkaji bahawa tajuk-tajuk bagi subjek Sejarah tahun 4 lebih
menekankan kepada kebolehan KPS supaya murid lebih berfikir secara kritis dan analitikal
terhadap sumber dan peristiwa sejarah.
Justeru, pengkaji telah memilih murid tahun 4 sebagai peserta kajian. Kelas tersebut
mengandungi murid seramai 36 orang dan merupakan kelas yang pertama. Pengkaji telah
memilih tajuk Pengembaraan Parameswara yang terdapat dalam buku teks Sejarah tahun 4
sebagai tajuk kajian tindakan. Berikut mrupakan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang merangkumi kajian pengkaji:

Jadual 1.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kurikulum Sejarah Tahun 4
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
5.2 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka 5.2.1 Menyatakan latar pengasas
Kesultanan Melayu Melaka

5.2.2 Menerangkan rentetan peristiwa


perjalanan pengasas Kesultanan Melayu
Melaka

Namun begitu, pengkaji memperoleh idea untuk menilai tahap kemahiran interpretasi
murid apabila pengkaji seringkali merumuskan pembelajaran dengan sesi soal jawab.
Soalan yang pengkaji utarakan kepada murid-murid ialah soalan pemikiran aras tinggi
mengikut Taksanomi Bloom iaitu aras analisis dan penilaian. Sebagai contohnya soalan
seperti ‘Wajarkah tindakan Parameswara membunuh Temagi’, ‘Berikan pendapat anda jika
Parameswara tidak diserang oleh serangan biawak semasa di Muar’, ‘Jelaskan tindakan
Parameswara melarikan diri dari satu tempat ke tempat yang lain’ dan sebagainya.
Berdasarkan soalan-soalan tersebut, pengkaji memperoleh jawapan yang pelbagai daripada
murid-murid. Terdapat juga murid yang memberi jawapan lain daripada kebanyakan
24
rakannya bagi soalan ketiga seperti ‘kerana Parameswara ingin mendirikan kerajaan dan
ingin menjadi raja’. Murid-murid lain biasanya akan memberikan jawapan seperti
‘Parameswara ingin melarikan diri, takut diserang oleh Siam, menyelamatkan diri dan
mengelak daripada dibunuh. Berdasarkan jawapan-jawapan tersebut, pengkaji dapat
merumuskan bahawa murid-murid ini mempunyai kemahiran berfikir bagi membuat sesuatu
ulasan terhadap sesuatu peristiwa sejarah namun perlu dibimbing bagi mencapai tahap
yang lebih tinggi.
Rentetan daripada itu, pengkaji mencari inisiatif untuk menggunakan Kit Kembara
bagi membantu murid-murid meningkatkan kemahiran interpretasi mereka dalam tajuk
Pengembaraan Parameswara. Tambahan, menjadi tanggungjawab kepada pengkaji untuk
merancang PdP serta menggunakan inisiatif yang sesuai bagi menerapkan KPS kepada
murid-murid.

FOKUS KAJIAN
Bahagian ini merupakan pelaksanaan penyelidikan yang dijalankan ke atas peserta kajian
untuk meningkatkan kemahiran interpretasi murid dalam tajuk Pengembaraan Parameswara
melalui penghasilan Kit Kembara. Pusat Perkembangan Kurikulum (2015) dalam kurikulum
sejarah menyatakan kemahiran membuat interpretasi membolehkan murid untuk
membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan berdasarkan
bukti sejarah dengan membuat perbezaan tafsiran dan perspektif yang wujud. Hal ini
untuk melatih murid mengaplikasikan KBAT dalam PdP sejarah. Tambahan, M. Kaviza
(2019) dalam kajiannya menyatakan murid-murid perlu diajar memahami ciri-ciri sejarah
supaya mereka dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dengan lebih kritis dan analitis.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran
interpretsi murid dalam tajuk Pengembaraan Parameswara. Oleh itu, antara objektif khusus
yang ditetapkan adalah seperti berikut:
I. Meningkatkan kemahiran interpretasi murid dalam tajuk Pengembaraan
Parameswara melalui Kit Kembara.
II. Mengenal pasti keberkesanan penghasilan Kit Kembara dalam meningkatkan
kemahiran interpretasi murid terhadap tajuk Pengembaraan Parameswara.
Di samping itu sebagai panduan dalam memenuhi objektif di atas, soalan kajian yang
perlu dijawab adalah seperti yang berikut:
I. Adakah penghasilan Kit Kembara dapat meningkatkan kemahiran interpretasi murid
dalam tajuk Pengembaraan Parameswara?
II. Bgaimanakah penghasilan Kit Kembara meningkatkan kemahiran interpretasi murid
dalam tajuk Pengembaraan Parameswara?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian ini telah dipilih dalam kalangan murid tahun 4 di sebuah sekolah di dalam
Melaka. Jumlah murid dalam kelas tersebut ialah seramai 35 orang dan empat daripada
mereka telah dipilih sebagai peserta kajian. Peserta kajian ini telah dipilih berdasarkan
pemerhatian pengkaji dan analisis dokumen berdasarkan markah ujian pertengahan tahun
Sejarah.
Rasional keempat-empat murid ini dipilih sebagai peserta kajian oleh pengkaji adalah
berdasarkan pengumpulan data awal melalui analisis soalan ujian pertengahan tahun
mereka dan pemerhatian pengkaji sepanjang proses PdP. Pengkaji tidak menafikan bahawa
peserta kajian ini boleh dikategorikan sebagai murid cemerlang. Berdasarkan hierarki
25
Taksonomi Bloom, peserta kajian menguasai aras pemikiran pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi. Namun, pemikiran aras analisis peserta kajian perlu diberi pengukuhan. Peserta
kajian mempunyai kesukaran apabila berdepan dengan soalan yang memerlukan analisis
mental seperti soalan bandingkan, bezakan, buktikan, beri sebab dan tafsirkan. Perkara ini
jelas apabila peserta kajian kurang mahir dalam mengemukakan perkaitan sebab dan akibat
serta ulasan dan tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah. Oleh sebab itu, pengkaji telah
memilih keempat-empat murid ini sebagai peserta kajian bagi membantu meningkatkan
kemahiran interpretasi mereka di samping menilai keberkesanan intervensi pengkaji dalam
kajian ini.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan model kajian tindakan yang
diperkenalkan oleh Kemmis dan McTaggert 1988.
Jadual 2.
Perincian pelaksanaan kajian tindakan
Langkah Perancangan Catatan

1 Pelaksanaan PdP bagi tajuk  Pdp menggunakan bahan


Pengembaraan maujud seperti peta dan video
Parameswara dan ujian animasi.
sebelum  Pengkaji menjalankan
pemerhatian berdasarkan
senarai semak sebelum dan
selepas intervensi dijalankan.
 Pengkaji turut mentadbir ujian
sebelum kepada peserta
kajian.
2 Pelaksanaan PdP bagi  Pengkaji merangka
menghasilkan Kit Kembara kandungan Kit Kembara
kepada peserta kajian sebagai
bimbingan.
 Penghasilan Kit Kembara oleh
peserta kajian.
 Peserta kajian menjalankan
ujian formatif setelah
menghasilkan Kit Kembara.

3 Pembentangan dan dapatan  Peserta kajian diminta untuk


maklumat melalui Kit membentangkan hasil kajian
Kembara mereka dan menceritakan
serta menghuraikan fakta
mengikut pemahaman masing-
masing.
 Pengkaji mengaplikasikan
teknik penyoalan bagi
merangsang peserta kajian
dalam membuat interpretasi
peristiwa sejarah.
 Pengkaji menjalankan
pemerhatian selepas bagi
menilai keberkesanan
26
intervensi tersebut kepada
peserta kajian dalam
meningkatkan kemahiran
interpretasi.

4 Pelaksanaan ujian selepas  Ujian selepas dilaksanakan


untuk menilai keberkesanan
penghasilan Kit Kembara bagi
meningkatkan kemahiran
interpretasi murid dalam tajuk
Pengembaraan Parameswara.

Rajah
1.
Hasil
dan

dapatan maklumat Kit Kembara peserta kajian


Kaedah Mengumpul Data
Menurut Creswell (2005) triangulasi ialah satu proses untuk mendapat data daripada
pelbagai kaedah dan individu. Triangulasi dapat memperkayakan kesahan dalaman dapatan
kajian (Meriam, 1998). Oleh itu, pengkaji perlu memilih kaedah pengumpulan data yang
bersesuaian supaya proses pengumpulan data dapat dijalankan dengan tepat dan
mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.
Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data bagi kajian ini iaitu
pemerhatian, temu bual dan ujian. Penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan
sebahagian daripada proses triangulasi kaedah pengumpulan data bagi membantu
memperoleh dapatan kajian yang meyakinkan.

Jadual 3.
Cara pengumpulan dan menyemak data
Bil Objektif Instrumen Analisis

27
1 Meningkatkan kemahiran Pemerhatian telah dilakukan
interpretasi murid dalam tajuk Pemerhatian sebelum, semasa dan
Pengembaraan Parameswara selepas intervensi.
melalui Kit Kembara.

2 Meningkatkan kemahiran Melalui hasil ujian sebelum


interpretasi murid dalam tajuk dan selepas agar pengkaji
Pengembaraan Parameswara akan dapat melihat tahap
melalui Kit Kembara. kemahiran interpretasi
Ujian peserta kajian dan juga
Mengenal pasti keberkesanan kemajuan yang telah dicapai
penghasilan Kit Kembara oleh mereka.
dalam meningkatkan
kemahiran interpretasi murid
terhadap tajuk Pengembaraan
Parameswara.

3 Mengenal pasti keberkesanan Temu bual bersama peserta


penghasilan Kit Kembara kajian bagi mendapatkan
dalam meningkatkan Temu bual maklum balas keberkesanan
kemahiran interpretasi murid penghasilan Kit Kembara
terhadap tajuk Pengembaraan dalam membantu peserta
Parameswara. kajian meningkatkan
kemahiran interpretasi.

DAPATAN KAJIAN

28
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran interpretasi murid
dalam tajuk Pengembaraan Parameswara melalui Kit Kembara. Secara khususnya,
bahagian dapatan kajian ini akan menjawab dua persoalan kajian iaitu:
Soalan kajian 1: Adakah penghasilan Kit Kembara dapat meningkatkan kemahiran
interpretasi murid dalam tajuk Pengembaraan Parameswara?
Bagi menjawab persoalan di atas, pengkaji telah mengumpulkan maklumat dengan
menggunakan dua instrumen iaitu ujian sebelum dan selepas serta pemerhatian
menggunakan senarai semak.

KEPUTUSAN UJIAN SEBELUM DAN SELEPAS PESERTA


KAJIAN
100
90
80
PERATUS MARKAH (%)

70
60
50
40
30
20
10
0
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4

UJIAN SEBELUM UJIAN SELEPAS

Rajah 2. Perbandingan ujian sebelum dan selepas peserta kajian 1, 2, 3 dan 4


Berdasarkan peningkatan markah ujian tersebut, peserta kajian berjaya
mengaplikasikan kemahiran berfikir mereka dalam menjelaskan sebab dan akibat bagi
sesuatu peristiwa. Sebagai contohnya ialah mengemukakan sebab kepada tindakan
Parameswara yang sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat. Bahkan, peserta kajian
juga turut memahami konsep tempat yang strategik untuk menubuhkan sesuatu kerajaan.
Contohnya ialah peristiwa yang berlaku semasa Parameswara berada di Muar memberi
kesan kepada pentadbiran kerajaan yang akan dibangunkan oleh Parameswara.
Berdasarkan jawapan daripada peserta kajian seperti “penduduk akan menjadi risau apabila
hendak mencari makanan”, “tidak akan maju”, “sukar untuk meminta bantuan negeri lain”
dan “tidak dapat membina kerajaan seperti Melaka menunjukkan tafsiran masing-masing
yang dapat mengaitkan sebab dan akibat kepada sesuatu peristiwa.

29
Rajah 3. Analisis item
pemerhatian peserta kajian 1, 2, 3
dan 4
Interpretasi skala pemerhatian
mempunyai tiga iaitu skala 1 merupakan
sangat tepat, skala 2 merupakan kurang
tepat dan skala tiga merupakan tidak tepat.
Elemen interpretasi peserta kajian jelas
ditonjolkan apabila mereka dapat
mengaitkan sebab dan akibat sesuatu
tindakan Parameswara. Selain
itu, ulasan dan tafsiran terhadap
sesuatu peristiwa sejarah yang
dikemukakan oleh peserta kajian juga
menonjolkan kemahiran interpretasi mereka. Sebagai contohnya ialah peristiwa
Parameswara membunuh Temagi di Temasik adalah kerana matlamat Parameswara yang
ingin menjadi seorang raja. Kedudukan Temasik yang strategik menyebabkan Parameswara
ingin menguasai tempat tersebut lalu berlakunya pembunuhan. Namun perkara ini tidak
berakhir apabila Parameswara dan pengikutnya diserang oleh Siam atas tindakan
pembunuhan tersebut. Dalam hal ini, peserta kajian dapat mengemukakan tafsiran dengan
menyatakan bahawa pembunuhan yang dilakukan oleh Parameswara adalah kerana
matlamatnya yang ingin menguasai Temasik dan bukannya sekadar menimbulkan
kemarahan.
Dalam kajian ini, pengkaji turut menyedari bahawa peserta kajian perlu memahirkan
diri dalam kemahiran memahami kronologi dan meneroka bukti terlebih dahulu sebelum
menguasai kemahiran interpretasi. Oleh hal yang demikian, peningkatan yang ditunjukkan
oleh keempat-empat peserta kajian dalam setiap item membuktikan peserta kajian telah
meningkatkan kemahiran interpretasi masing-masing melalui penghasilan Kit Kembara.
Proses penghasilan Kit Kembara tersebut secara tidak langsung merangkumi proses
mencari dan menyusun maklumat. Secara tidak langsung berlakunya proses penerokaan
bukti serta memahami kronologi melalui proses tersebut. Manakala kemahiran interpretasi
pula merupakan ulasan dan tafsiran peserta kajian itu sendiri terhadap sebab dan akibat
pengembaraan Parameswara. Oleh itu, jelaslah bahawa peningkatan positif yang
ditunjukkan oleh keempat-empat peserta kajian membuktikan bahawa penghasilan Kit

30
Kembara membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran interpretasi dalam tajuk
Pengembaraan Parameswara.
Soalan Kajian 2: Bagaimanakah penghasilan Kit Kembara meningkatkan kemahiran
interpretasi murid dalam tajuk Pengembaraan Parameswara?
Persoalan kajian ini dijawab dengan pengumpulan data yang menggunakan kaedah temu
bual.
Jadual 4.
Transkrip temu bual bersama-sama peserta kajian
TEMA PROTOKOL TEMU BUAL KODING (UNTUK ANALISIS
DATA)

Kemahiran 1. Huraikan perjalanan “di Palembang diserang oleh


meneroka Parameswara dari Majapahit’
bukti dan Palembang sehingga “di Temasik membunuh
memahami ke Sungai Bertam. Temagi”
Kronologi “pergi ke Muar sekejap sebab
terdapat biawak”
“serangan biawak di Muar tidak
sesuai untuk dibuat kerajaan”
“Sening ujong ke Sungai
Bertam”

Kemahiran 2. Berikan sebab “Parameswara ingin menjadi


interpretasi Parameswara ingin raja”
menubuhkan “Parameswara ingin membuat
kerajannya sendiri. kerajaan sendiri”

Persepsi 3. Bagaimanakah “banyak fakta Parameswara”


terhadap penghasilan Kit “buat sendiri lebih faham”
intervensi Kembara membantu “maklumat cari sendiri”
kamu memahami topik
ini?

Berdasarkan hasil temu bual daripada keempat-empat peserta kajian, pengkaji


merumuskan bahawa proses pencarian maklumat oleh peserta kajian merupakan faktor
utama dalam membantu mereka menguasai kemahiran interpretasi. Respon peserta kajian
seperti “kita buat sendiri”, “banyak info lain”, “buat sendiri lebih faham” dan “lebih ingat”
menunjukkan peserta kajian secara tidak langsung melalui proses pembelajaran
konstrutivisme.
Menurut Zainal Abidin & Afrinaleni (2010), pendekatan konstruktivisme merupakan
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
murid. Bahkan, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh murid itu sendiri dan tidak
diterima secara pasif daripada persekitarannya. Hal ini bermakna pembelajaran merupakan
hasil daripada usaha murid dan bukan dipindahkan daripada guru kepada murid semata-
mata. Dalam masa yang sama, pembelajaran konstruktivisme tidak lagi berpegang kepada
konsep PdP berpusatkan guru sebaliknya murid akan berusaha dengan sendiri
menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk menyusun maklumat dalam
minda mereka secara analitikal.

31
Selain itu, penghasilan Kit Kembara memberi impak yang positif dalam kemahiran
interpretasi kerana dapat mengatasi kecerdasan pelbagai murid. Kit Kembara merangkumi
teks, visual, dan pelaksanaannya memerlukan penerangan daripada peserta kajian atau
guru yang merentas kecerdasan pelbagai. Menurut Poon (2007), teori Kecerdasan Pelbagai
yang telah diasaskan oleh Howard Gardner (1983) ialah manusia mempunyai sekurang-
kurangnya lapan kecerdasan pelbagai iaitu merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan,
bakat atau kemahiran yang wujud secara semula jadi. Peringkat-peringkat kecerdasan yang
dikenal pasti ialah visual-linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik,
interpersonal, intapersonal dan naturalis.
Oleh itu, jelas bahawa penghasilan Kit Kembara membantu dalam meningkatkan
kemahiran interpretasi peserta kajian dalam tajuk Pengembaraan Parameswara. Hal ini
demikian kerana, penghasilan Kit Kembara melibatkan literasi maklumat, kecerdasan
pelbagai dan pembelajaran konstruktivisme. Murid akan menggunakan kemahiran berfikir
untuk mencari maklumat, menyusun maklumat serta mentafsir maklumat bagi menghasilkan
Kit Kembara yang lengkap berdasrkan panduan daripada guru.

REFLEKSI
Terdapat beberapa kekuatan melalui penghasilan Kit Kembara yang diaplikasikan dalam
PdP bagi mencapai objektif kajian. Antaranya ialah proses penghasilan Kit Kembara
menekankan konsep pembelajaran konstruktivisme yang mendorong murid mengaplikasikan
KBAT seperti kemahiran menaakul. Tambahan, Bakri dan Firdaus (2013) menyatakan
bahawa KBAT tidak semata-mata menghafal fakta sahaja, malahan mengukur keupayaan
berfikir secara kritis, analisa dan menilai. Pembinaan pengetahuan atau konsep mengikut
konteks yang membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian secara aktif berdasarkan
pengetahuan sejarah dan pengalaman sedia ada oleh murid membantu mereka menguasai
kemahiran interpretasi. Dengan kata lain, murid berupaya membuat pertimbangan dan
penilaian secara logik dan rasional berdasarkan maklumat yang diperoleh semasa proses
penghasilan Kit Kembara. Penglibatan proses penaakulan oleh murid bagi mengemukakan
hujah, ulasan dan tafsiran peristiwa sejarah secara tidak langsung merupakan pengukuhan
serta latihan untuk meningkatkan kemahiran interpretasi mereka.
Buktinya adalah berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan oleh
kesemua peserta kajian melalui ujian sebelum dan selepas dan juga dapatan daripada
pemerhatian. Selepas intervensi dijalankan, peserta kajian dapat mengemukakan ulasan
dan tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah. Selain itu, peserta kajian juga dapat
mengenal pasti sebab dan akibat kepada peristiwa sejarah. Sebagai contohnya ialah
peserta kajian dapat membuat perkaitan dengan sifat Parameswara yang berpandangan
jauh dan berwawasan ingin menubuhkan kerajaannya sendiri mendorong baginda
mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Melalui dapatan kajian juga, keempat-empat
peserta kajian telah mencapai objektif iaitu menguasai kemahiran interpretasi dalam tajuk
Pengembaraan Parameswara mengikut tahap keupayaan kognitif dan kefahaman masing-
masing.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan pendapat Mai & Tse (2009) menyatakan
bahawa pembelajaran yang berasaskan teori konstruktivisme merupakan satu pembelajaran
yang berfokus tentang PdP berpusatkan murid, aktif dan dinamik. Murid akan berinteraksi
secara langsung dengan isu semasa dan memperoleh pengalaman serta berpeluang
memberikan pandangan mereka. Secara keseluruhannya, murid-murid diberikan ruang dan
peluang untuk memahami suatu perkara secara mendalam semasa proses PdP dijalankan.
Hal ini demikian kerana teori konstruktivisme menekankan kepada penerokaan
pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi dan membuat sintesis
maklumat (Noor Haniza & Effandi, 2017). Oleh itu, jelaslah bahawa penghasilan Kit
Kembara ini mempunyai ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme yang membantu dalam
melatih murid menguasai kemahiran interpretasi.
32
Dalam pada itu, sepanjang menjalankan kajian ini juga pengkaji telah menyedari
kepentingan guru untuk membuat penambahbaikan terhadap amalan pengajaran dari
semasa ke semasa terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini demikian kerana,
pengajaran guru Sejarah mempunyai peranan penting dalam membentuk patriotisme dalam
diri murid serta menerapkan empati kepada murid berkaitan penghayatan sejarah negara.
Penghafalan fakta sejarah semata-mata tanpa menerapkan elemen kewarganegaraan dan
dimensi kewarganegaran akan mewujudkan kegagalan matlamat kurikulum standard
sekolah rendah (KSSR) Sejarah iaitu bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran
sejarah serta meningkatkan semangat cinta akan negara (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018).

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Menerusi kajian yang dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan
batasan yang perlu diperbaiki. Rentetan daripada kelemahan yang telah dikenal pasti,
pengkaji mencadangkan beberapa cadangan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan yang
akan dijalankan pada masa akan datang.
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mencadangkan agar penghasilan Kit Kembara
dihasilkan melalui alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda dan enam Thinking Hats.
Site Hadijah (2017) dalam kajiannya menyatakan bahawa kaedah pengajaran menggunakan
alat berfikir, iaitu peta pemikiran secara tidak langsung membantu murid mengubah
tumpuan pengajaran guru daripada kemahiran penyelesaian masalah teknikal kepada
kemahiran berfikir. Tambahan, menurut BPK (2012) dengan menggunakan alat berfikir
seperti peta pemikiran, peta minda dan enam Thinking Hats dalam PdP dapat
menggalakkan murid untuk berfikir dan membuat penaakulan. Dalam hal ini, murid tidak
hanya mengumpulkan pengetahuan dan menghafal fakta sejarah semata-mata sebaliknya
mereka meneliti, menganalisis dan menilai sebab dan akibat sesuatu peristiwa sejarah yang
membentuk kehidupan akan datang. Oleh hal yang demikian, penggunaan alat berfikir
adalah bersesuaian bagi menerapkan kemahiran interpretasi kepada murid-murid kerana
KPS ini melibatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan penaakulan.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar penghasilan Kit Kembara dihasilkan
dalam bentuk digital dengan menggunakan aplikasi Flip HTML5 dan StoryJumper. Kedua-
dua aplikasi ini memuatkan pelbagai bentuk grafik, animasi, audio bahkan boleh
merakamkan suara bagi membentuk satu penceritaan seperti komik. Namun, kedua-dua
aplikasi ini perlu dibangunkan oleh pengkaji sebelum digunakan sebagai salah satu bahan
PdP. Tambahan, aplikasi ini mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam PdP. Hal ini bertepatan dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam memperkasakan TMK dalam PdP yang menunjukkan bahawa TMK merupakan suatu
alternatif yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran walaupun tidak dinafikan
cabaran setiap perlaksanaan suatu teknologi. Menurut Siti Aminah & Fazlinda (2018) dalam
kajiannya menyatakan penggunaan media pengajaran berasaskan multimedia bukan sahaja
akan menjadikan PdP lebih menarik dan berkesan, malahan sesi pengajaran juga akan
menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Bahkan, penggunaan multimedia memudahkan
penerapan kemahiran interpretasi seperti membuat analisis terhadap video dan gambar.
Justeru penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia merupakan suatu
pendekatan yang lebih moden dalam meningkatkan kualiti dalam PdP.
Dalam pada itu, pengkaji juga mencadangkan agar tempoh pelaksanaan kajian
tindakan dipanjangkan bagi meastikan data yang diperoleh lebih tinggi kesahannya. Hal ini
disokong oleh Ahmad Fahmi (2011) dengan menyatakan bahawa peruntukan masa yang
lama untuk menjalankan rawatan menggunakan intervensi akan memberi kesan
peningkatan yang semakin tinggi dalam kalangan peserta kajian. Peruntukan masa yang
lebih panjang membolehkan pengkaji melihat perubahan peserta kajian dengan lebih jelas.
33
Sebagai contohnya ialah pengkaji mengambil tempoh masa selama enam bulan bagi
mendapatkan data yang lebih jelas, tepat dan meyakinkan.
Kesimpulannya, seorang guru haruslah merancang tindakan yang bersesuaian untuk
mengatasi masalah dalam kalangan murid yang telah dikenalpastinya. Setiap perancangan
haruslah dibuat dengan teliti agar mendapatkan hasil yang memuaskan dan mencapai
objektif serta memberi impak yang positif kepada setiap murid, sekolah dan amalan
pedagogi guru itu sendiri.

RUJUKAN
Ahmad Fahmi. (2011). Kajian tindakan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

34
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Membudayakan kemahiran berfikir.Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bakri, Md Nor Bakar, & Firdaus. (2013). Kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan guru
matematik sekolah menengah pertama di Kota Makassar. International Seminar on
Quality and Affordable Education.
Bickford II, J.H., & Bickford, M.S. (2015). Historical thinking, reading and writing about
world’s newest nation, south sudan. Social Studies Research andPractice, 10(2), 111- 123.
Creswell, J. W. (2005). Educational research: planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, N.J: Merrill.John Dewey.
(1996). Democracy and education: an introduction to the philosophy of education.
United States: Free Press.

Kaviza, M. (2019). Hubungan penerapan elemen kemahiran pemikiran sejarah dalam


proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian mata pelajaran
sejarah dalam kalangan murid. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 7(1), 30. Diakses daripada https://juku.um.edu.my/article/view/17859
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran sejarah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mai Neo & Tse-Kian Neo. (2009). Engaging students in multimedia-mediated
constructivist learningstudents' perceptions. Educational Technology & Society,
12(2), 254-266.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Jossey-Bass.

Noor Haniza Abdul Halim & Effandi Zakaria. (2017). Penerapan kemahiran berfikir aras
tinggi melalui pembelajaran berasaskan projek pengajaran sains sekolah rendah,
Prosiding Seminar on TransdisiplinEducation (STEd2017), Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.Diakses daripada https://sted18.wordpress.com/prosiding-
sted-2017/proceeding/
Poon, Chong Khim. (2007). Pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar
cerdas (Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Johor). Diakses daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/6455/
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2015). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
mata pelajaran sejarah tingkatan satu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. (2018) (1). Penggunaan alat bahan
bantumengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah menengah zon benut. Online Journal for TVET Practioners. Diakses
daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814
Site Hadijah Harun. (2017). Keberkesanan peta pemikiran untuk meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam subjek sains (PhD thesis), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Siti Hawa Abdullah. (2007). Empati sejarah di kalangan murid tingkatan 2.


(TesisPh.D),Universiti Malaya (Tidak diterbitkan).

35
Zainal Abidin Zainuddin & Afrinaleni Suardi. (2010). Keberkesanan kaedah
konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (Master thesis,
Universiti Teknologi Malaysia, Johor). Diakses daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/10448/

36
Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan
Murid Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah.
Wan Noratikah Binti Wan Hassan
Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Perempuan Melayu
atikahhassan918@gmail.com

Abstrak

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah adalah antara teknologi
pendidikan yang kerap digunakan oleh guru. Banyak pandangan dan kajian yang menjelaskan
tentang kepentingan TMK untuk guru dan murid ketika proses PdP dijalankan. Murid-murid juga
seharusnya menguasai dan menggunakan TMK secara menyeluruh di dalam bilik darjah. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan TMK murid serta tahap penggunaan
TMK dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran
Sejarah. Kajian ini melibatkan 60 orang murid tahun lima di sebuah sekolah Melaka Tengah dengan
menggunakan instrumen borang soal selidik. Data prima yang dikumpul dengan menggunakan
instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian “Statistical Package of
the Sosial Sciences” (SPSS). Analisis dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk min,
kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi dalam penggunaan TMK dalam PdP. Namun tahap penggunaan TMK dalam PdP semasa
mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah masih kurang memuaskan. Dapatan ini penting kepada
pihak pentadbiran sekolah, Guru, murid dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri dalam
membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek
pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan komputer serta membuat perancangan rapi
bagi melibatkan murid dalam PdP yang berteraskan TMK.

Kata Kunci: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), tahap pengetahuan, tahap
penggunaan.

Abstract

The use of Information and Communication Technology (ICT) in school is one of the most common
educational technologies used by teachers. There are many views and studies that explain the
importance of ICT during the teaching and learning process for teachers and students. Students
should also master in the use of ICT and implement it in the classroom as a whole. The purpose of
this study is to identify the extents to which students' knowledge of ICT and the usage level of ICT
among students during the teaching and learning process of History classroom. This study involved
60 Year 5 students at a Malacca Tengah school by using questionnaire form instruments. Primary
data were collected using a questionnaire and analyzed by computer using the Statistical Package of
the Social Sciences (SPSS) software. The analysis was done by means of descriptive statistics in the
form of mean, frequency and percentage. The findings showed that students have a high level of
knowledge in the use of ICT. However, the usage level of ICT in learning process during History
classroom in primary school is still not in satisfactory state. This finding is important to the school
administrations, teachers, pupils and Ministry of Education Malaysia (MOE) in planning strategic
aspects of human resource development especially training and development aspects of school
infrastructure including computer facilities as well as careful planning to engage students in ICT based
learning.

Keywords: Information and Communication Technology (ICT), knowledge level, usage level

37
Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah
memberikan pendedahan kepada murid-murid untuk menganalisis dan menilai fakta sejarah
secara kritis dan kreatif. Oleh itu, Bagi menjayakan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah, kita
dapat lihat terdapat banyak pendekatan yang menarik dapat diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam kalangan murid bagi membantu murid berfikir dengan kreatif dan
kritis.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and


Technology (ICT) merupakan salah satu daripada enam elemen penting yang telah menjadi
teras kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebelum ini bagi
melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Antara
pelaksanaan KPM adalah literasi ICT untuk semua murid memperoleh kemahiran
menggunakan ICT, mengutamakan peranan dan fungsi sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran, dan menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan (KPM 2013).

Oleh itu, pendidikan pada abad ke-21 perlu mengambil kira teknologi terkini yang
boleh diaplikasikan secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid
pada hari ini dilahirkan dengan pelbagai jenis gadget dan aplikasi yang memberi banyak
maklumat dan pengetahuan kepada mereka. Maka KPM telah mengambil inisiatif dalam
menyediakan kemudahan TMK untuk semua peringkat sesuai dengan kesedaran
kepentingan kegunaan TMK pada masa ini (Baharom, 2011). Kebanyakan sekolah di
Malaysia telah dilengkapi dengan peralatan komputer dan internet yang membolehkan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat dilakukan. Penggunaan TMK di
sekolah adalah antara teknologi pendidikan yang kerap digunakan oleh guru.

Banyak pandangan dan kajian yang menjelaskan tentang kepentingan TMK untuk
guru dan murid ketika proses PdP dijalankan antaranya Ismail (2002), yang mengakui
bahawa penggunaan TMK membantu golongan guru mengajar dan murid belajar. Menurut
Liew 2007 ; Sharifah Nor (2011), adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru untuk
membimbing generasi muda kini ke arah penguasaan medium TMK yang betul dan
seterusnya golongan guru dapat mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang sedia ada
untuk meningkatkan motivasi dan minat murid dalam proses pembelajaran di sekolah.
Masalah yang berlaku ialah, murid-murid tidak diberikan pendedahan untuk menggunakan
TMK dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian saya secara umum, hanya guru sahaja
yang menggunakan TMK bagi membantu proses PdP mereka. Murid-murid seharusnya
menguasai dan menggunakan TMK secara menyeluruh di dalam bilik darjah. Penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu mereka dalam
memahami isi pelajaran dengan lebih mudah. Oleh itu, kajian ini di lakukan bagi meninjau
tahap pengetahuan dan penggunaan TMK dalam kalangan murid semasa PdP Sejarah.
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan yang melibatkan murid-murid tahun
lima di sebuah sekolah Melaka Tengah sebagai sampel kajian.

Penyataan Masalah

Kebanyakan guru Sejarah masih menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Ini diperkukuhkan lagi melalui kajian Subadrah Nair,
(2005) bahawa kaedah paling popular dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru
Sejarah ialah kaedah berkhutbah atau kaedah kuliah manakala bentuk penyampaian pula
masih berpusatkan guru. Kaedah berpusatkan guru ini menjadikan murid tidak berminat
untuk mempelajari Sejarah malah tidak berlaku komunikasi dua hala semasa proses PdP
berlangsung.

38
Menurut Samni (2003) guru sejarah sering berdepan dengan cabaran untuk
memberikan penerangan yang melibatkan pemikiran yang tinggi dan juga kritis dalam mata
pelajaran Sejarah. Jadi, penggunaan TMK sebenarnya dapat membantu guru menangani
cabaran tersebut. Namun, kemahiran TMK yang kurang dalam kalangan murid menjadi
kekangan kepada guru untuk mengendalikan PdP yang berteraskan TMK sedangkan
penggunaan TMK ini sangat membantu guru untuk memberi penerangan yang berkesan.
Maka kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan penggunaan TMK
dalam kalangan murid Tahun 5 semasa mata pelajaran Sejarah.

Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian adalah seperti yang berikut:


1. Mengenal pasti tahap pengetahuan murid dalam menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK).
2. Meninjau tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
kalangan murid sekolah rendah semasa PdP mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan objektif kajian, kajian ini akan menjawab soalan berikut:


1. Apakah tahap pengetahuan murid dalam menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK)?
2. Apakah tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
kalangan murid sekolah rendah semasa PdP mata pelajaran Sejarah?

Metodologi

Kajian ini dilakukan secara diskriptif di mana data-data secara statistikal dikumpulkan dan
terjemahkan ke dalam bentuk yang difahami. Kajian dijalankan di sebuah sekolah rendah
yang terletak di Daerah Melaka Tengah. Responden kajian adalah terdiri daripada 60 orang
murid Tahun 5. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A, latar belakang responden dan bahagian
B adalah tahap pengetahuan TMK dalam kalangan murid serta tahap penggunaan TMK
dalam kalangan murid semasa PdP Sejarah..Sebanyak 8 item soalan disediakan untuk
setiap bahagian. Item soalan diadaptasi daripada kajian (Kumaran, 2017) mengenai
hubungan sikap afektif, kognitif dan tingkah laku terhadap penguasaan dan penggunaan
TMK dalam kalangan murid orang asli dan telah disesuaikan dengan tahap pengetahuan
dan penggunaan TMK dalam kalangan murid. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisis
untuk mendapatkan min, peratus dan kekerapan jawapan. Data ini akan dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0.

Dapatan dan Perbincangan

Jumlah responden kajian ini adalah seramai 60 orang dengan majoritinya berbangsa Melayu
(95%) manakala responden yang lain adalah terdiri daripada bangsa India (5%). Kajian ini
juga mengambil kira aspek jantina iaitu lelaki (43.3%) dan perempuan (56.7%).
1. Tahap Pengetahuan Murid Dalam Menggunakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(TMK) dilihat pada jadual 1.
Bi Pernyataan Min
l
1 Saya tahu operasi asas komputer seperti fungsi tetikus, shut 4.62
down, keyboard dan pad sesentuh (mouse). Tinggi
2 Saya tahu mengendalikan peralatan projektor LCD 2.90
Sederhana
3 Saya tahu menggunakan aplikasi video. 4.12
Tinggi

39
4 Saya tahu untuk menaip dan menjawab soalan menggunakan 4.27
komputer bagi menjawab lembaran kerja Sejarah. Tinggi
5 Saya tahu menghasilkan persembahan nota dan grafik 2.78
berkaitan Sejarah. Sederhana

6 Saya tahu cara mencetak bahan dari internet dalam pdp 3.08
sejarah. Sederhana

7 Saya tahu cara mendapatkan bahan pembelajaran sejarah 4.40


seperti video, animasi dan grafik dalam internet. Sederhana

8 Saya tahu kegunaan KAHOOT dan QUIZZIZ 4.02


Tinggi
Min purata 3.77
Tinggi
Jadual 1: Tahap Pengetahuan Murid Dalam Menggunakan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK)
Berdasarkan jadual 1, dapatan yang diperoleh berdasarkan lapan item yang
ditadbirkan telah menunjukkan empat item berada pada tahap yang tinggi dan empat item
berada pada tahap sederhana. Pada item petama, seramai 42 orang murid menyatakan
”sangat setuju” bahawa mereka berpengetahuan terhadap operasi asas komputer seperti
fungsi tetikus, shut down, keyboard dan pad sesentuh (mouse). Selain itu, bagi item murid
tahu kegunaan KAHOOT dan QUIZZIZ juga berada pada tahap yang tinggi (min=4.02).
Analisis data menunjukkan 41.7% daripada jumlah responden mempunyai pengetahuan
tentang kegunaan aplikasi permainan web ini. Pengetahuan murid dalam kegunaan aplikasi
permainan web dapat membantu murid meningkatkan minat terhadap mata pelajaran
Sejarah. Seperti dapatan kajian Abdullah, Muhammad Alif Redzuan and Hussin, Sanimah,
(2019) menunjukkan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantuan mengajar dalam
kalangan sampel kajian memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Jepun.
Analisis dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan murid mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi dalam penggunaan TMK dalam PdP. Ini jelas terbukti dengan hasil
dapatan yang menunjukkan skor purata min secara keseluruhan item pengetahuan adalah
tinggi dengan skor purata min 3.77. Tahap pengetahuan yang tinggi membantu minat murid
untuk menggunakan TMK sesuai dengan Model Penerimaan Teknolgi (TAM) seperti yang
dijelaskan dalam bab dua.
2. Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Murid
Sekolah Rendah Semasa Pdp Mata Pelajaran Sejarah dilihat pada jadual 2.
Bil Pernyataan Min

1 Saya selalu pergi ke makmal komputer semasa mata 3.02


pelajaran Sejarah. Sederhana
2 Saya selalu belajar Sejarah menggunakan komputer di 2.07
sekolah. Rendah
3 Saya selalu melibatkan diri dalam pembelajaran Sejarah 3.90
yang menggunakan TMK. Tinggi
4 Saya sering membantu kawan atau guru untuk 3.30
mengendalikan peralatan TMK. Sederhana
5 Saya selalu menggunakan slaid persembahan ketika 2.02
membuat aktiviti pembentangan di dalam kelas Sejarah. Rendah
6 Saya selalu menaip menggunakan komputer untuk 3.70
menjawab lembaran kerja atau latihan yang diberikan Tinggi
oleh guru.
7 Saya selalu membuat grafik dan poster menggunakan 2.38
40
komputer bagi mata pelajaran Sejarah. Sederhana
8 Saya menggunakan video animasi yang dimuat turun 3.15
dari internet bagi membantu memahami tajuk-tajuk Sederhana
Sejarah.

Min purata 2.94


Sederhana
Jadual 2: Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan
Murid Sekolah Rendah Semasa Pdp Mata Pelajaran Sejarah.
Berdasarkan Jadual 2, analisis dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan murid
mempunyai tahap penggunaan yang sederhana dalam penggunaan TMK dalam PdP
Sejarah. Hal ini jelas terbukti dengan hasil dapatan yang menunjukkan skor purata min
secara keseluruhan item pengetahuan adalah sederhana dengan skor purata min 2.94.
Dapatan item dua telah menunjukkan min yang rendah iaitu 2.07. Murid kurang bersetuju
dengan kenyataan “saya selalu belajar Sejarah menggunakan komputer di sekolah.” Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penggunaan TMK dalam kalangan murid kurang memuaskan.
Dapatan ini mempunyai persamaan dengan kajian KhairulHasni Abdul Kadir (2013) bahawa
tahap penggunaan internet dan komputer adalah sederhana dalam kalangan murid sekolah
menengah. Secara keseluruhan, dapatan analisis jelas menunjukkan tahap pengetahuan
murid dalam TMK adalah tinggi manakala tahap penggunaan TMK dalam PdP Sejarah
masih kurang memuaskan.

Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi

Secara kesimpulannya, penggunaan TMK dalam kalangan murid semasa PdP Sejarah
masih lagi ditahap sederhana walaupun tahap pengetahuan TMK dalam kalangan murid
pada tahap yang tinggi. Walaupun murid berpendapat bahawa pengetahuan penggunaan
TMK bagi mata pelajaran Sejarah ini dapat membantu melicinkan lagi proses pembelajaran
mereka namun mereka tidak mendapat peluang untuk menggunakan TMK secara optimum
di dalam kelas. Oleh itu, murid sekolah rendah seharusnya diberi peluang dan ruang untuk
menggunakan perisian TMK ini secara optimum.

Apabila murid semakin bersikap positif terhadap penggunaan komputer, murid akan
menjadi semakin tidak takut menggunakan komputer walaupun penggunaannya semakin
kompleks. Semakin tinggi penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan
komputer maka semakin berkesan murid menggunakannya untuk belajar. Hal ini disokong
oleh kajian Andrade et. al (2008) yang menyatakan bahawa penggunaan multimedia dapat
membantu pelajar dalam memahami sesuatu topik dan memberikan kesan yang sangat
positif ke atas pencapaian pelajar.
Memandangkan kajian ini mempunyai beberapa batasan, maka beberapa kajian
lanjutan yang dicadangkan kepada pengkaji untuk membuat penambahbaikkan.
Dicadangkan kajian lanjutan yang dilakukan pada masa hadapan adalah lebih bersifat
komprehensif iaitu pengkaji dapat menjalankan temu bual murid-murid mengenai
penglibatan terhadap TMK semasa PdP Sejarah. Selain itu, skop dan batasan kajian boleh
diperluaskan lagi dengan menambah bilangan sampel dan kawasan persampelan yang lebih
besar. Malah, pengkaji seterusnya boleh melaksanakan kajian lanjutan mengenai faktor
kurangnya penglibatan murid bagi penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Aspek yang dikaji adalah seperti sikap murid
terhadap penggunaan TMK dalam mata pelajaran Sejarah, cabaran guru melaksanakan
TMK di dalam bilik darjah atau kesan penggunaan TMK kepada pembelajaran murid dalam
mata pelajaran Sejarah dan lain-lain.

41
Secara keseluruhan, kajian ini dijalankan untuk memberi satu perspektif baru ke atas
beberapa pihak yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, guru, murid dan
pihak pentadbir. Kesemua pihak terbabit perlulah berganding bahu untuk menjayakan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah supaya selaras dengan kemajuan
teknologi dan inovasi terkini bagi melahirkan generasi yang terbaik dan berjati diri tinggi. Hal
ini kerana untuk memartabatkan ilmu Sejarah, aspek pengajaran dan pembelajaran perlu
diperkasakan. Penggunaan sumber digital sejarah dapat meningkatkan keupayaan murid
untuk menghayati ilmu sejarah dengan lebih baik kerana kewibawaannya mendekatkan
murid kepada masa lampau dan menzahirkan imaginasi murid yang abstrak melalui
pemaparan imej digitalnya. Perkembangan teknologi yang semakin berkembang maju di
bilik darjah hanya akan menjadi bermakna jika guru berupaya membawa perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

42
RUJUKAN
Abdullah,Muhammad Alif Redzuan and Hussin, Sanimah (2019). Sikap Dan Persepsi
Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Jepun Di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Linguistik, 23 (1).
pp. 51-57. ISSN 1823-9242
Andrade, E. L. M, Mercado. C. A. A & Reynoso. J. M. G. (2008). Learning Data Structures
Using Multimedia-Interactive Systems. Communications of the IIMA. 8(3), 25-32
Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Utusan Publicatian & Distributors
Sdn. Bhd.
Kumaran A/L Sekar. (2017). Hubungan Sikap Afektif, Sikap Kognitif dan Sikap Tingkah Laku
Terhadap Penguasaan dan Penggunaan TMK dalam Kalangan Murid Orang Asli.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013): Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
KhairulHasni Abdul Kadir. (2013). Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah (Satu Tinjauan Awal). Technology, Education, and Science International
Conference (TESIS). Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Baharom. (2011). Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Subadrah Nair. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa NEEDHAM dalam
Pembelajaran Sejarah. In Jurnal Pendidik dan Pendidikan (pp. Jil 20 hlm 21-41).
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Samni Suraji. (2003). Keberkesanan Pemikiran Sebab-Musabab Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 4. UKM: Bangi.

43
MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
MELALUI PENGGUNAAN TEKNIK LAKONAN

Saqifah binti Abdul Razak


PISMP Sejarah Jun 2016
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Perempuan Melayu
saqifahrazak97@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan teknik lakonan untuk meningkatkan penglibatan
murid Tahun 4 di dalam bilik darjah semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah melalui penggunaan teknik lakonan. Peserta kajian
dalam kajian ini terdiri daripada enam orang murid berusia 10 tahun yang mempunyai masalah murid pasif dan
tidak melibatkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual semasa mengumpul data-data kajian. Hasil analisis data membuktikan kesemua
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan skor walaupun terdapat perbezaan nilai melalui setiap instrumen
kajian yang telah ditadbir. Interpretasi data menunjukkan bahawa penggunaan teknik lakonan berkesan dalam
meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah. Penggunaan teknik lakonan ini juga membantu
meningkatkan kefahaman murid dalam isi pelajaran dengan lebih baik. Selain itu, kajian ini telah membuktikan
penggunaan teknik lakonan dapat menimbulkan keseronokan kepada murid untuk mempelajari mata pelajaran
Sejarah. Namun, kajian ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan selepas melakukan penambahbaikan
menggunakan props dan skrip lakonan. Walaubagaimanapun, kajian ini akan menjadi lebih baik dan berkesan
apabila digabungjalinkan bersama kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Kata Kunci: teknik lakonan, meningkatkan penglibatan murid, murid Tahun 4
.

ABSTRACT

The purpose of the research is to evaluate the effectiveness of acting techniques to enhance the
engagement of year 4 students in the classroom during the process of learning History subjects. The
objective of the research is to enhance the engagement of the students towards teaching and learning
processes as well as their understanding using the acting technique. There are six respondents from
students of the age of 10 years old that have been categorized as a passive student and does not
take part during the teaching and learning process. The method that have used for data collection in
this research are observation, document analysis and interview. The analysis of data shows that all
six students achieve better score even they had some different of every research instrument used.
Interpretation of data shown that acting technique in the classroom is effective to increase the
engagement of the students towards the teaching and learning process of History subject. Besides,
the technique also helps the students to increase their understanding of the subject. It also proves
that the student is enjoying the learning process. This research has been done more effectively after
using the props and acting script as tools. However, this research also can be more fun and effective
with the use of Information and Communication Technology (ICT)
Keywords: acting technique, enhance the engagement of student, year 4 student

44
1.0 PENGENALAN

Abad ke-21 merupakan tempoh dalam milenium kedua yang bermula dari 1 Januari 2000
hingga 31 Disember 2099. Oleh itu, pada tahun 2013 pendidikan abad ke-21 menjadi
dominan apabila ditekankan dalam pengisian transformasi pendidikan Negara melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM tersebut menyatakan
bahawa perubahan dalam sistem pendidikan untuk melonjakkan pencapaian murid
memerlukan pendekatan baharu bagi menyediakan setiap warga Malaysia dengan
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21; dan membangunkan kemahiran abad ke-21
iaitu berfikiran kritis, kreatif dan menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik
untuk menghadapi cabaran ekonomi abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Salah satu ciri pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) ialah pembelajaran yang aktif dalam
kalangan murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Penglibatan murid dalam proses pembelajaran
penting bagi membantu kemenjadian murid dan penampilan diri yang mantap di dalam bilik
darjah. Penglibatan murid juga merupakan faktor utama murid menumpukan perhatian
semasa guru menjalankan PdPc. Sekaligus pembelajaran aktif dapat diterapkan yakni
dalam menggalakkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih
lama dan berasa seronok di dalam bilik darjah. Maka keterlibatan murid juga secara tidak
langsung akan menunjukkan minat murid dan perasaan suka mereka dalam pembelajaran
Sejarah. Penglibatan murid juga merangkumi aspek pertuturan, reaksi dan expresi murid
serta kerjasama antara pasukan. Aspek pertuturan dapat dilihat melalui kemahiran
komunikasi dan interaksi murid dan guru serta murid bersama murid.
Selain itu, kebolehgunaan rawatan ini dapat dilihat melalui kesesuaiannya kepada
peserta kajian. Lakonan menggunakan props menjadi langkah untuk mengatasi masalah
dan punca peserta kajian pasif dalam PdPc. Menurut Ula, (2013) dalam Arylien Ludji Bire,
(2014), menyatakan bahawa gaya pembelajaran kinestetik adalah belajar melalui aktiviti
fizikal dan penglibatan langsung, yang boleh dalam bentuk pengendalian, pergerakan,
menyentuh dan merasa atau mengalami sendiri. Melalui props yang digunakan, murid akan
dapat merasai peristiwa yang sebenarnya berlaku sekaligus dapat membantu imaginasi
mereka berbanding hanya melakukan aktiviti kognitif sahaja. Selain itu, skrip lakonan yang
dibekalkan kepada setiap murid juga mampu meningkatkan keyakinan dan mengurangkan
sifat malu dalam diri peserta kajian. Hal ini kerana, skrip ini mampu menjadi panduan
45
kepada peserta kajian untuk berdialog, membaca serta bertutur dengan intonasi dan
sebutan yang betul dan jelas. Oleh itu, perasaan dan sifat malu murid akan dapat
dikurangkan apabila mereka menjadi perhatian murid-murid yang lain.
Akhir sekali, kebolehtadbiran penggunaan teknik lakonan adalah tinggi kerana ianya
mudah untuk dikendalikan. Cara pelaksanaan rawatan ini adalah secara berkumpulan yang
terdiri daripada empat hingga enam orang murid. Pelaksanaan secara berkumpulan dipilih
kerana pengkaji lebih mudah untuk membimbing murid mengikut keperluan masing-masing.
Menurut Nor Hasliza Mohamed (2012), kaedah kumpulan membolehkan guru membimbing
murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan
mengikut keperluan masing-masing.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ditulis dan dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam
kalangan murid tahun 4 bagi tajuk Tun Perak Bendahara Terbilang.

3.1 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk:
1. Meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah melalui penggunaan
teknik lakonan.
3.2 Soalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, persoalan kajian telah dibina seperti berikut:
1. Adakah penggunaan teknik lakonan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid tahun 4?

4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian tindakan yang dijalankan melibatkan sebuah sekolah yang terletak di negeri Melaka.
Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 4 UUM iaitu seramai 32 orang murid yang terdiri
daripada 19 murid lelaki dan 13 murid perempuan. Pengkaji telah memilih enam orang murid
sebagai peserta kajian yang masing-masing mempunyai pelbagai tahap pencapaian.
Mereka terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.
Kesemua peserta kajian mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza iaitu sederhana
dan rendah.

46
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Langkah-langkah tindakan

Pada peringkat tindakan pertama, pengkaji telah mengajar kelas peserta kajian
dengan menggunakan kaedah berpusatkan guru dan murid. Pengkaji telah membuat
pemerhatian terhadap peserta kajian berdasarkan senarai semak sebelum intervensi yang
disediakan. Selesai sesi PdPc, pengkaji mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid
dan analisis dokumen lembaran kerja hanya dilaksanakan terhadap peserta kajian sahaja.
Langkah kedua yang dijalankan oleh pengkaji ialah memberikan penerangan
mengenai teknik lakonan. Pengkaji memberikan penerangan asas mengenai teknik lakonan
dan contoh-contoh mengunakan teknik lakonan kepada murid-murid. Ini merupakah langkah
bagi memberikan pendedahan awal kepada murid terhadap teknik lakonan dengan betul
supaya mereka lebih yakin untuk menonjolkan diri.
Seterusnya peringkat ketiga, pengkaji melaksanakan pengajaran menggunakan
teknik lakonan yang memberikan fokus kepada subtopik yang telah dipilih. Peserta kajian
dibekalkan dengan props dan skrip lakonan untuk membantu mereka mempersembahkan
lakonan di hadapan kelas. Oleh hal demikian, penggunaan teknik ini akan lebih memberikan
kesan terhadap peserta kajian. Tambahan lagi, pengkaji juga akan membuat rakaman
sepanjang sesi PdPc ini berlangsung bagi membuat senarai semak tingkah laku peserta
kajian. Akhir sekali selepas intervensi dijalankan, pengkaji melaksanakan refleksi bersama
murid-murid untuk membincangkan tentang kekuatan, kelemahan dan cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Setelah selesai sesi PdPc, pengkaji mengedarkan lembaran kerja kepada semua
murid dan analisis hasil lembaran kerja (analisis dokumen) hanya berfokus kepada peserta
kajian. Pencapaian peserta kajian akan dibandingkan dengan lembaran kerja sebelumnya
bagi memperlihatkan peningkatan markah. Selain itu, pengkaji juga akan melakukan senarai
semak ke atas rakaman yang telah dilakukan bagi melihat keberkesanan penglibatan murid
terhadap penggunaan teknik lakonan. Akhir sekali, sesi temu bual dijalankan bersama
semua peserta kajian untuk melihat respon murid terhadap penggunaan teknik lakonan yang
telah dijalankan.
5.2 Kaedah Mengumpul Data

Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan kaedah


triangulasi iaitu kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Triangulasi dilakukan
bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti dan kesahahihan serta kebolehpercayaan
penyelidikan. Triangulasi juga adalah menjadi satu keperluan dalam kajian ini kerana kajian

47
ini berbentuk kualitatif. Oleh hal demikian, melalui instrumen kajian yang digunakan,
pengkaji telah memperoleh dapatan yang dapat membantu menjawab persoalan kajian yang
telah dikemukakan.
Antara kaedah pengumpulan data yang diimplementasikan dalam kajian ini adalah
analisis dokumen, pemerhatian, dan temubual. Dalam konteks kajian ini, pemerhatian
dilakukan secara berstruktur. Pemerhatian secara berstruktur dipilih kerana pemerhatian
menggunakan senarai semak adalah lebih mudah untuk dilaksanakan dan dianalisis serta
memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik
lain (Rosinah, 2011). Pemerhatian melalui senarai semak ini juga adalah bagi mengenal
pasti peningkatan penglibatan murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Maka,
kaedah ini digunakan untuk menjawab soalan kajian yang telah dibina.
Seterusnya, kaedah temu bual pula digunakan untuk mendapatkan data maklum
balas peserta kajian disamping mengetahui perasaan dan persepsi mereka terhadap
intervensi yang telah dijalankan. Temu bual telah dijalankan secara berstruktur
menggunakan soalan yang telah disediakan mengikut tahap peserta kajian. Akhir sekali
adalah kaedah analisis dokumen yang digunakan untuk mengukur keberhasilan intervensi
yang dilaksanakan. Analisis dokumen ini dijalankan berdasarkan lembaran kerja yang telah
dibina. Kaedah ini juga digunakan bagi membuktikan bahawa peserta kajian tidak dapat
menjawab latihan lembaran kerja dengan jawapan yang betul sebelum intervensi dijalankan.
Namun setelah intervensi dilaksanakan, terdapat peningkatan dalam pencapaian markah.

5.3. Menganalisis Data

Menurut Othman Lebar (2011), proses menganalisis data adalah penting dalam
proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan
bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data. Melalui pemerhatian yang
dilakukan, terdapat perubahan tingkah laku yang ketara terhadap kesemua peserta kajian.
Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian secara berstruktur terhadap peserta kajian. Data-
data yang telah diperolehi daripada pemerhatian telah dicatat dan dikumpul. Melalui data
pemerhatian ini pengkaji akan melihat tingkah laku peserta kajian sebelum intervensi teknik
lakonan dan semasa intervensi dijalankan. Berikut merupakan skala yang digunakan oleh
pengkaji semasa pengumpulan data:

Jadual 1

Interpretasi Skala Pemerhatian


SKALA INTERPRETASI SKALA

48
1 Menunjukkan kekerapan yang tidak pernah
2 Menunjukkan kekerapan yang sederhana kerap
3 Menunjukkan kekerapan yang sangat kerap

Hasil Senarai Semak Tingkah Laku Murid Sebelum Intervensi


2.5
2
2 2 2 2 2
1.5
1
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
0.5
0
PK A PK B PK C PK D PK E PK F

Angkat tangan untuk menjawab soalan secara sukarela


Melaksanakan tugasan dengan pantas
Berani untuk tampil ke depan dengan yakin

Rajah 1 Graf hasil senarai semak tingkah laku murid sebelum intervensi

Hasil Senarai Semak Tingkah Laku Murid Selepas Intervensi


3.5
3
3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
2.5
2
2 2 2 2 2 2 2 2
1.5
1
0.5
0
PK A PK B PK C PK D PK E PK F

Angkat tangan untuk menjawab soalan secara sukarela


Melaksanakan tugasan dengan pantas
Berani untuk tampil ke depan dengan yakin

Rajah 2 Graf hasil senarai semak tingkah laku murid selepas intervensi

Pengkaji telah melaksanakan analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja. Analisis


tersebut menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara selepas intervensi dijalankan.
Peserta kajian A dan F telah mendapat markah penuh iaitu sebanyak 100%. Peserta kajian
A telah menunjukkan peningkatan sebanyak 22% manakala peserta kajian F telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 45%. Peserta kajian C dan D pula mendapat 78%
dengan jumlah peningkatan sebanyak 23% bagi peserta kajian C dan 45% bagi peserta
kajian D. Bagi peserta kajian B dan E pula telah mendapat skor peratusan sebanyak 55%.
Peserta kajian B telah menunjukkan jumlah peningkatan sebanyak 22%. Manakala peserta
kajian D telah menunjukkan peningkatan paling tinggi iaitu sebanyak 45%. Oleh itu, data ini

49
jelas telah menunjukkan bahawa penggunaan teknik lakonan dapat meningkatkan prestasi
murid berikutan penglibatan aktif mereka di dalam bilik darjah.

Jadual 2

Perbezaan markah peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan teknik lakonan
PESERTA SKOR PERATUSAN SKOR PERATUSAN JUMLAH
KAJIAN SEBELUM (%) SELEPAS (%) PENINGKATAN
PK A 7 78 9 100 22
PK B 3 33 5 55 22
PK C 5 55 7 78 23
PK D 3 33 7 78 45
PK E 1 11 5 55 44
PK F 5 55 9 100 45

Kaedah yang ketiga pula adalah menggunakan kaedah temu bual. Temu bual
bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada peserta kajian terhadap
keberkesanan penggunaan teknik lakonan dalam meningkatkan penglibatan murid dalam
pembelajaran Sejarah. Temu bual berstruktur telah dijalankan secara bersemuka bersama-
sama peserta kajian.

Jadual 3

Transkrip temu bual bersama peserta kajian

TEMA PROTOKOL TEMU BUAL KODING (ANALISIS DATA)

PERBANDINGAN Antara penggunaan teknik ‘’lakonan”


lakonan dan tanpa lakonan,
yang manakah pilihan kamu?

PERASAAAN Berikan sebab mengapa kamu ‘’Rasa best dan seronok’’


menyukai aktiviti tersebut? ‘’rasa lebih faham’’
‘’rasa saya berada pada zaman
dulu-dulu’’
‘’rasa best dan gembira’’
‘’senang faham apa cikgu ajar’’

PERSEPSI TERHADAP Kenapa kamu rasa seronok ‘’dapat berlakon dengan kawan-

50
INTERVENSI semasa menjalankan teknik kawan’’
lakonan? ‘’dah tak malu nak ke depan’’
‘’tidak takut lagi nak bercakap di
depan kelas’’
‘’perasaan malu itu sudah hilang’’

5.3 Cara Menyemak Data

Bil Objektif Instrumen Analisis


1. - Meningkatkan penglibatan - Pemerhatian telah dilakukan
murid dalam pembelajaran Pemerhatian dengan menggunakan
Sejarah borang senarai semak
sebelum, dan selepas
intervensi dijalankan.

2. - Meningkatkan penglibatan - Melalui hasil latihan


murid dalam pembelajaran lembaran kerja sebelum dan
Sejarah Analisis Dokumen selepas agar dapat melihat
- Mengenal pasti keberkesanan pencapaian peserta kajian
penggunaan teknik lakonan yang telah dicapai.
dalam pembelajaran Sejarah

3. - Meningkatkan penglibatan - Temu bual bersama peserta


murid dalam pembelajaran Temu Bual kajian bagi mendapatkan
Sejarah maklum balas keberkesanan
penggunaan teknik lakonan
dalam membantu
meningkatkan penglibatan
murid

6.0 DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan sebuah kajian bagi meningkatkan penglibatan peserta


kajian dalam pembelajaran Sejarah dengan menggunakan teknik lakonan. Sepanjang
menjalankan kajian tersebut, pengkaji telah menggunakan pendekatan kaedah triangulasi
iaitu kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Triangulasi dilakukan bertujuan
51
untuk meningkatkan kredibiliti dan kesahahihan serta kebolehpercayaan penyelidikan.
Triangulasi juga adalah menjadi satu keperluan dalam kajian ini kerana kajian ini berbentuk
kualitatif. Oleh hal demikian, melalui instrumen kajian yang digunakan, pengkaji telah
memperolehi dapatan yang dapat membantu menjawab persoalan kajian yang telah
dikemukan. Soalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah ‘’adakah penggunaan
teknik lakonan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah dalam
kalangan murid tahun 4’’.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa penggunaan
teknik lakonan telah membuktikan bahawa penglibatan peserta kajian telah meningkat
dalam pembelajaran Sejarah. Ini terbukti melalui analisis senarai semak sebelum dan
selepas intervensi iaitu ketiga-tiga item mempunyai peningkatan yang sangat baik. Keenam-
enam peserta kajian telah memperlihatkan peningkatan tingkah laku yang lebih positif
apabila menggunakan teknik lakonan berbanding sebelum intervensi dilakukan. Ini dapat
dilihat melalui kekerapan peserta kajian dalam mengangkat tangan untuk menjawab soalan
secara sukarela, melaksanakan tugasan dengan pantas dan boleh menampilkan diri ke
hadapan kelas dengan yakin. Kebanyakkan peserta kajian telah memperolehi skala tiga iaitu
kekerapan yang sangat kerap selepas intervensi bagi kebanyakan item yang diuji. Walau
bagaimanapun, terdapat juga segelintir peserta kajian yang tidak mencapai kekerapan yang
sangat kerap tetapi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Perkara ini telah
disokong oleh Abdul Rasid Jamian (2013), yang menyatakan bahawa sesi pembelajaran
yang menyeronokkan dengan unsur jenaka, estetik, permainan, muzik dan lakonan dapat
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru kerana berkonsepkan
santai dan berhibur. Justeru itu, lakonan yang digunakan telah menjadikan peserta kajian
lebih aktif, tidak pemalu, berkeyakinan diri dan tidak takut untuk menonjolkan diri.
Selain itu, dapatan melalui analisis dokumen juga membuktikan bahawa penggunaan
teknik lakonan mampu meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah. Hal
ini dibuktikan dengan terdapatnya peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian
terhadap lembaran kerja yang diberikan. Berdasarkan Jadual 2, markah peratusan bagi
kesemua peserta kajian meningkat semasa menjawab lembaran kerja selepas intervensi
dijalankan. Peningkatan markah peratusan ini juga menunjukkan keberkesanan penggunaan
teknik lakonan dalam pembelajaran Sejarah. Hal ini kerana penglibatan murid dalam PdPc
mempengaruhi keberkesanan penggunaan teknik lakonan yakni dapat dilihat melalui
pencapaian prestasi murid yang semakin baik. Hal ini disokong oleh Arylien Ludji Bire
(2014), bahawa gaya pembelajaran kinestetik adalah salah satu gaya pembelajaran murid
yang mempengaruhi pencapaian dan prestasi murid. Perkara ini juga disokong oleh Dale
(1969) dalam Nadarajan Thambu (2014), yang menyatakan murid yang terlibat secara
langsung dalam aktiviti lakonan akan mengingati 90% daripada isi kandungan pengajaran

52
kerana mereka melalui pengalaman langsung.Kesimpulannya, penggunaan teknik lakonan
mampu meningkatkan penglibatan peserta kajian terhadap PdPc mata pelajaran Sejarah. Ini
terbukti melalui peningkatan yang ditunjukkan oleh semua peserta kajian dalam lembaran
kerja yang diberikan.
Akhir sekali, dapatan melalui temu bual juga telah membuktikan penggunaan teknik
lakonan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah. Hal ini jelas
dilihat semasa sesi temu bual yang dilaksanakan kepada keenam-enam peserta kajian.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat menerusi tema persepsi terhadap intervensi, peserta
kajian menyatakan bahawa mereka berasa seronok menggunakan teknik lakonan kerana
telah dapat bercakap dihadapan kelas dengan yakin tanpa ada perasaan takut dan malu.
Menurut Nadarajan Thambu (2014), menyatakan bahawa pengalaman dalam lakonan akan
membangkitkan rasa berani dalam diri murid. Maka, hal ini jelas menunjukkan bahawa murid
dapat melibatkan diri dalam PdPc apabila menggunakan teknik lakonan.
Kesimpulannya, data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen
dan temu bual membuktikan bahawa peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam
melibatkan diri semasa proses pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

7.0 REFLEKSI

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa


kekuatan, kelemahan dan ancaman. Antara kekuatan yang dikenal pasti ialah pengkaji
dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah. Hal ini kerana sebelum
intervensi dijalankan, pengkaji telah menghadapi masalah murid pasif dan tidak melibatkan
diri dalam PdPc. Maka, murid-murid ini telah menjadi peserta kajian dalam kajian tindakan
pengkaji. Peserta kajian ini dilihat kurang menonjolkan diri dan tiada keyakinan diri untuk
bercakap di hadapan kelas. Mereka juga kelihatan tidak fokus sepanjang PdPc berlangsung.
Susulan itu, objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pengkaji juga telah berjaya
dicapai sepenuhnya selepas intervensi dilaksanakan. Peserta kajian juga telah menunjukkan
perubahan yang positif sekaligus membuktikan bahawa pengkaji telah berjaya
meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Sejarah. Ini juga bermakna pengkaji
telah berjaya menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan.
Seterusnya, penggunaan teknik lakonan ini juga telah membantu pengkaji
mengaplikasikan PAK-21 seiring dengan transformasi pendidikan melalui PPPM 2013-2025.
Terdapat beberapa elemen yang diterapkan dalam penggunaan teknik lakonan ini yang
bersesuaian dengan PAK-21 seperti elemen komunikasi, kolaboratif dan aplikasi nilai murni
serta etika. Maka ini dapat dilihat melalui pertuturan, gerak lakon dan elemen kerjasama
antara ahli kumpulan yang ditonjolkan semasa murid melaksanakan intervensi ini. Elemen-
53
elemen ini juga telah membantu murid melibatkan diri dalam PdPc sekaligus memahami isi
pelajaran yang mereka pelajari. Hal ini kerana teknik lakonan yang digunakan mampu
mengukuhkan kemahiran bertutur serta berinteraksi dengan baik dan berkesan kepada diri
murid. Menurut Abdul Halim Abdullah (2019), pentaksiran dalam bilik darjah di abad ke-21
perlu berubah seiring pedagogi yang dilaksanakan yakni tidak hanya berfokus pada aspek
kognitif sahaja, tetapi perlu diberi perhatian kepada aspek psikomotor dan afektif. Ini juga
selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bertujuan mewujudkan
modal insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang dapat pengkaji kenal pasti
sepanjang pelaksanaan kajian ini. Antaranya adalah dari sudut masa yang agak tehad
semasa menjalankan intervensi ini. Hal ini kerana pengkaji mendapati bahawa masa yang
diperuntukkan selama 30 minit bagi setiap waktu pengajaran membataskan pengkaji
menggunakan teknik lakonan dengan lebih berkesan. Pengkaji hanya dapat melaksanakan
maksimum tiga kumpulan sahaja yakni terdapat beberapa kumpulan lain yang tidak dapat
mempersembahkan lakonan mereka di hadapan kelas dan hanya perlu menjadi penonton.
Di samping itu, pengkaji juga mendapati bahawa terdapat kelemahan bagi aspek
ruang semasa menjalankan intervensi. Ruangan bilik darjah yang digunakan oleh pengkaji
agak terhad dan pengkaji perlu bijak dalam mengawal kelas supaya kawalan kelas lebih
terkawal. Ini kerana pengkaji telah melaksanakan intervensi di dalam bilik darjah bagi
mengatasi masalah masa yang agak terhad. Hal ini kerana apabila murid-murid bergerak ke
tempat lain, ia akan mengambil masa yang lama dan peruntukan masa selama 30 minit
tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Namun, ruangan di dalam bilik darjah telah
membataskan murid untuk bergerak dan membuat persembahan lakonan dengan lebih baik.
Penyusunan kerusi dan meja murid juga menjadikan ruang agak terhad. Oleh itu, guru perlu
bijak dalam menguruskan pembahagian ruang supaya murid berasa kondusif dan selesa
sepanjang intervensi berlangsung.
Bagi ancaman pula, pengkaji telah mengenal pasti ancaman seperti aspek
keselamatan murid. Hal ini kerana penggunaan teknik ini memerlukan pengkaji
menggunakan pelbagai props untuk mewujudkan gambaran situasi sebenar sesebuah
peristiwa itu berlaku. Maka, penggunaan props seperti batang kayu boleh memberi ancaman
kepada diri murid jika mereka tidak dikawal dengan baik. Penggunaan props tersebut juga
boleh memberikan kecederaan kepada murid. Tambahan lagi, ruangan bilik darjah yang
agak terhad juga memberikan ancaman kepada masalah ini. Oleh itu, pengkaji telah
menetapkan beberapa syarat dan peraturan kepada murid semasa melaksanakan intervensi
ini. Ini adalah bagi mengawal sebarang masalah dan kemalangan sepanjang intervensi.

54
Kesimpulannya, proses pelaksanaan kajian tindakan ini dapat membantu
menambahbaik amalan PdPc pengkaji sebagai bakal guru kelak. Pelaksanaan kajian ini
juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan pengkaji supaya dapat menjadi seorang
guru yang verstail dan up to date dengan perkembangan pendidikan semasa. Hal ini kerana
pendidikan pada kini menekankan kemenjadian murid yakni dalam melahirkan modal insan
yang seimbang dari segi semua sudut.

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, terdapat beberapa aspek yang boleh
ditambahbaik iaitu dari segi cadangan tindakan susulan dan kajian lanjutan. Pertama,
pengkaji mencadangkan kajian lanjutan mengenai penggunaan teknik lakonan di dalam bilik
darjah dalam mata pelajaran Sejarah bagi tahun 5 dan 6. Sebagai contoh penggunaan
teknik lakonan bagi tajuk Perjuangan Tokoh Tempatan iaitu tajuk tahun 5. Oleh hal
demikian, penggunaan teknik lakonan membuktikan bahawa ia sesuai digunakan untuk
semua topik pembelajaran dan tidak hanya terhad kepada tahun 4 sahaja. Penggunaan
teknik lakonan juga merupakan satu alternatif untuk menambahbaik amalan PdPc bagi
meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, guru-guru boleh
mengaplikasikan intervensi ini sebagai satu inisiatif dan amalan guru dalam semasa PdPc
berlangsung.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan supaya menggalakkan penggunaan teknik
lakonan ini dijadikan rutin pengajaran harian guru. Hal ini kerana pengkaji mendapati
bahawa masih terdapat lagi sikap pemalu pada beberapa orang peserta kajian yang
menyebabkan penglibatan mereka di dalam kelas tidak mencapai tahap yang maksimum.
Oleh itu, jika penggunaan teknik lakonan ini dijadikan sebagai rutin pengajaran, maka
masalah pemalu dalam diri beberapa orang peserta kajian akan dapat diatasi. Penglibatan
murid dalam PdPc juga akan dapat dicapai pada tahap yang lebih tinggi kerana murid sudah
menjadi satu kebiasaan untuk melibatkan diri menggunakan teknik lakonan.
Akhir sekali, pengkaji juga mencadangkan supaya penggunaan teknik lakonan ini
digabungjalinkan bersama kemudahan TMK. Susulan itu, guru dapat menarik minat dan
memberikan keseronokkan kepada murid untuk melibatkan diri dengan lebih aktif. Apabila
penggunaan teknik lakonan ini digabungjalinkan bersama latar belakang muzik dan
pancaran projector LCD, maka murid akan lebih teruja untuk melibatkan diri semasa
penggunaan teknik lakonan ini. Murid juga akan lebih merasai situasi sebenar-benarnya
sesuatu peristiwa sejarah pada zaman dahulu. Maka, penglibatan murid dapat dicapai
dengan lebih baik bagi keseluruhan murid.

55
RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah. (2019). Generasi digital perlu pedagogi abad ke-21. Retrieved from
BH Online:harian.com.my/rencana/muka10/2019/08/599377/generasi-digital-perlu-
pedagogi-abad-ke-21

Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –
JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 49-63.

Arylien Ludji Bire. (2014). Pengaruh Gaya Belajar Visual, Auditorial dan Kinestetik Terhadap
Prestasi Belajar Siswa. Jurnal Kependidikan, Vol 44 No. 2.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nadarajan Thambu. (2014). Penggunaan Teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Falkuti Pendidikan Universiti
Malaya.

Nor Hazliza Mohamed. (2012). Penglibatan pelajara dalam pembelajaran koperatif di


Sekolah Menengah Vokasional. Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Univeristi Tun Hussein Onn Malaysia.

Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan Teori dan Amalan .
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

56
PENGGUNAAN NASKHAH MELAYU TERHADAP PEMAHAMAN MURID DALAM ISI
KANDUNGAN MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN EMPAT
NUR FAHIMAH BINTI PATLILLAH
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2016
fahimfadlillah@gmail.com

Abstrak
Satu kajian eksperimental tentang penggunaan naskhah Melayu terhadap pemahaman murid
mengenai isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat. Kajian ini cuba mengenal pasti kesan
penggunaan naskhah Melayu terhadap pemahaman murid dan membandingkan tahap pemahaman
murid dalam kumpulan rawatan yang menggunakan naskhah Melayu dengan kumpulan kawalan
yang menggunakan buku teks. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen, ujian pra dan pos serta
temu bual semi-struktur. Kajian dilaksanakan terhadap 30 orang murid Tahun Empat yang mengikuti
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata pelajaran Sejarah. Keseluruhan analisis kajian
mendapati perbezaan skor min yang tinggi bagi kumpulan rawatan, menunjukkan bahawa
penggunaan naskah Melayu mempunyai kesan terhadap pemahaman murid dalam isi kandungan
mata pelajaran Sejarah Tahun Empat. Analisis perbandingan skor min antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pemahaman isi kandungan pelajaran murid yang menggunakan naskhah Melayu dengan murid yang
menggunakan buku teks. Kajian ini boleh disempurnakan melalui penambahbaikan yang dilakukan
terhadap naskhah Melayu dari segi struktur ayat dan penambahan visual.
Kata kunci: naskhah Melayu, pemahaman, isi kandungan, Sejarah Tahun Empat
Abstract
An experimental research on the use of Malay manuscripts towards the understanding of Year Four
history contents. This study intend to identifies the impact of Malay manuscripts on student’s
understandings and comparing the level of student’s comprehension between the control group, who
used text book and treatment group who used Malay manuscripts. The study was conducted on 30
pupils of year Four who follow the Primary School Standard Curriculum (KSSR). Data were collected
through document analysis, pre and post tests and semi-structured interviews. Overall analysis
showed a high min score difference for treatment groups, proving that Malay manuscripts usage have
an impact on students' understanding of Year Four History contents. A comparative analysis between
the control group and the treatment group also found no significant difference between the
understandings of students who use Malay manuscripts with the understandings of students who use
textbooks. The study can be perfected through some improvements that can be made to the Malay
manuscripts in terms of sentence structure and visual enhancement.
Keywords: Malay manuscript, understanding, contents, Year Four History

1.0

57
1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Sejarah mula diperkenalkan di sekolah rendah bertujuan menyemai


kefahaman murid terhadap ilmu sejarah sejak peringkat awal serta membolehkan murid
memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, BPK, 2014). Guru memainkan peranan yang penting dalam
memilih bahan sumber pengajaran yang bersesuaian bagi memastikan murid mampu
menguasai pengetahuan dan kemahiran sejarah.
Pelbagai bahan sumber sejarah boleh diaplikasikan supaya murid memahami isi
kandungan mata pelajaran Sejarah. Menurut Mardiana (2015), sumber sejarah ialah sesuatu
punca, dokumen atau rekod, sebuah karya yang menyediakan maklumat atau bukti
berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau hal-hal lain, keterangan bertulis atau bercetak yang
boleh dijadikan bukti, dan sesuatu yang boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran
pemikiran dan penulisan. Sumber sejarah juga termasuk naskhah Melayu seperti Sejarah
Melayu, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Hang Tuah. Menurut Ayu, Mohamed Ali & Wayu Nor
Asikin (2017), salah satu naskhah Melayu, iaitu Hikayat Hang Tuah merupakan naratif epik
keagungan orang Melayu dan antara karya Melayu klasik yang terpanjang.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Isu murid tidak dapat memahami isi kandungan mata pelajaran Sejarah bukanlah satu isu
yang asing lagi dalam bidang pendidikan Sejarah. Berdasarkan pemerhatian semasa
praktikum, pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahan bantu belajar (BBB) yang tidak
sesuai atau tidak menarik menyebabkan murid tidak dapat memahami isi kandungan mata
pelajaran Sejarah. Oleh sebab itu, guru perlu kreatif dalam mempelbagaikan bahan sumber
pengajaran mereka. Menurut Faizah (2017), proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang menggunakan BBB dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar. Sebaliknya,
bahan sumber pengajaran Sejarah yang terhad dan digunakan berulang kali pula boleh
menyebabkan murid gagal memahami dan menghayati isi pelajaran Sejarah.
Sehubungan itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan naskhah Melayu sesuai
untuk dijadikan BBB bagi meningkatkan pemahaman isi kandungan murid. Penggunaan
naskhah Melayu sebagai BBB juga dapat mencapai objektif perlaksanaan mata pelajaran
Sejarah, iaitu membolehkan murid mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah
(BPK, 2014). Hal ini disokong dengan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang
membantu murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan bukti-bukti sejarah
bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan
kreatif. Hal ini menunjukkan bahawa mata pelajaran Sejarah memerlukan pelbagai sumber
dan maklumat sebagai rujukan bagi mewujudkan PdP Sejarah yang lebih mudah difahami.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian:
i. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan naskhah Melayu terhadap pemahaman
murid dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat.
ii. Membandingkan kesan penggunaan naskhah Melayu dengan kesan penggunaan
buku teks terhadap pemahaman murid dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah
Tahun Empat.

Persoalan kajian:
i. Adakah penggunaan naskhah Melayu memberi kesan terhadap pemahaman murid
dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat?
ii. Adakah murid yang menggunakan naskhah Melayu mempunyai pemahaman yang
tinggi dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat berbanding murid
yang menggunakan buku teks?

58
4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk eksperimental. Kajian
ekperimental ialah kajian yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan sesuatu
rangsangan, rawatan atau intervensi ke atas pemboleh ubah bersandar (Rosinah, 2011).
4.2 Persampelan

Populasi kajian terdiri daripada murid Tahun 4 di Sekolah Rendah A. Daripada


populasi tersebut hanya sebuah kelas yang akan dipilih sebagai sampel menggunakan
persampelan rawak mudah. Sampel akan terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan
perempuan, iaitu 15 orang untuk kumpulan rawatan dan 15 orang untuk kumpulan kawalan.
4.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pos dan temu bual semi-struktur. Ujian
pra dan pos berupa 10 soalan objektif merangkumi SK 5.4 Hang Tuah sebagai Laksamana
Melaka. Masa menjawab ialah 30 minit. Analisis data menggunakan perbezaan peratus dan
min markah serta perbandingan skor markah murid dalam ujian pra dan pos antara kedua-
dua kumpulan rawatan dan kawalan. Temu bual pula bertujuan mengetahui pandangan
murid sama ada penggunaan naskhah Melayu sesuai dalam PdP Sejarah.

4.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji menganalisis dokumen bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian


murid secara keseluruhan dalam peperiksaan dan pencapaian mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah. Pengkaji juga menggunakan instrumen ujian pra dan pos bagi
mengenal pasti tahap pencapaian murid sebelum dan selepas rawatan dijalankan serta
mengukur tahap keberkesanan rawatan, iaitu penggunaan naskhah Melayu dalam
meningkatkan pemahaman murid terhadap isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun
Empat. Pengumpulan data melalui temu bual berdasarkan kepada soalan berkenaan
pandangan murid terhadap penggunaan naskhah Melayu dalam PdP Sejarah dan
penambahbaikan yang boleh dilakukan. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sesi
temu bual, beberapa orang murid akan dipilih secara rawak daripada kumpulan rawatan.

4.5 Prosedur Penganalisisan Data

Keputusan peperiksaan keseluruhan serta mata pelajaran Bahasa Melayu dan


Sejarah murid akan dianalisis berdasarkan gred purata mata pelajaran. Daripada analisis
berkenaan, bilangan murid akan dibahagikan mengikut gred masing-masing. Keputusan
ujian pra dan pos pula akan dianalisis menggunakan ujian-t yang menggunakan skor min
sebagai asas pengiraan. Menurut Chua (2006), ujian-t ialah ujian statistik inferensi yang
digunakan untuk membandingkan dua atau lebih daripada dua kumpulan data selang atau
nisbah. Temu bual semi-struktur pula akan dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif.
Temu bual telah dirakam dan disalin semula dalam bentuk transkrip dalam bentuk fail
Microsoft Word bagi mengenal pasti isi-isi penting dan kandungan utama temu bual.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Seramai 30 orang murid tahun 4 terlibat dalam kajian terdiri daripada 23% (7 orang)
responden lelaki dari kumpulan kawalan dan 17% (5 orang) daripada kumpulan rawatan.
Bagi responden perempuan, seramai 27% (8 orang) dari kumpulan kawalan dan 33% (10
orang) dari kumpulan rawatan.
Soalan kajian: Adakah penggunaan naskhah Melayu memberi kesan terhadap pemahaman
murid dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat?

59
HA1: Terdapat kesan penggunaan naskhah Melayu terhadap pemahaman murid dalam isi
kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat.

Ujian Pra Ujian Pos


Nilai
Beza
N Nilai t signifikan,
Sisihan Sisihan Min
Min Min p
piawai piawai

15 46.70 16.330 78.67 14.075 -32.000 -3.3548 2.048


Jadual 5.1 Ujian-t perbandingan skor min markah sebelum dan selepas penggunaan Hikayat
Hang Tuah dalam PdP Sejarah bagi kumpulan rawatan.

Jadual 5.1 menunjukkan bahawa skor min dan sisihan piawai dalam ujian pra ialah 46.70
dan 16.330 manakala skor min dan sisihan piawai dalam ujian pos ialah 78.67 dan 14.075.
Perbezaan skor min antara ujian tersebut ialah -32.000. Keputusan kajian adalah signifikan
(t= -3.3548, p< .001) Perbezaan skor ini menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid
apabila PdP dilaksanakan menggunakan Hikayat Hang Tuah. Hal ini bermakna penggunaan
naskhah Melayu memberikan kesan terhadap pemahaman murid dalam isi kandungan mata
pelajaran Sejarah Tahun Empat. Hipotesis alternatif kajian (HA1) diterima kerana
penggunaan naskhah Melayu menunjukkan kesan terhadap pemahaman murid dari segi
peningkatan pencapaian ujian pos berbanding ujian pra. Kajian Creany (1997) menyokong
sastera sejarah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk untuk menghayati peristiwa
lalu dan mempelajari tentang warisan mereka.

Selain itu, Stan (2015) melalui kajiannya menyokong bahawa penggunaan bahan
sastera dalam kalangan murid sekolah rendah mempunyai peranan penting untuk
mewujudkan ikatan emosi antara murid dengan peristiwa sejarah. Stan juga mendapati
bahawa bahan sastera mempunyai nilai positif yang mempengaruhi perkembangan murid
dan proses pembelajaran itu sendiri. Kajian Levy (dipetik dalam Shulman, 2016) pula
menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera dapat menjadikan bidang sains sosial lebih
relevan. Menurut Levy, kaedah tradisional tidak memberikan pengetahuan dan kemahiran
yang efektif untuk murid membangunkan kompetensi sivik mereka. Tambahan lagi, buku
teks sains sosial telah dikritik kerana kandungan yang membosankan dan gagal
menyampaikan makna sebenar peritstiwa sejarah.
Soalan kajian: Adakah murid yang menggunakan naskhah Melayu mempunyai pemahaman
yang lebih tinggi dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat berbanding
murid yang menggunakan buku teks?
HA2: Terdapat perbezaan yang signifikan antara pemahaman isi kandungan mata pelajaran
Sejarah murid yang menggunakan naskhah Melayu dengan murid yang menggunakan buku
teks.

Kumpulan Kumpulan
Rawatan Kawalan Nilai
Beza
N Nilai t signifikan,
Min
Sisihan Sisihan p
Min Min
piawai piawai

15 78.67 14.075 72.00 14.736 -6.667 -1.267 .216


Jadual 5.2 Ujian–t perbandingan skor min markah (ujian pos) selepas sesi PdP antara
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

60
Jadual 5.2 menunjukkan perbezaan pencapaian ujian pos antara kumpulan rawatan
dengan kumpulan kawalan. Keputusan statistik ujian-t menunjukkan perbezaan yang tidak
signifikan (t=-1.267, p > 0.05) yang menolak hipotesis kajian (HA2). Oleh itu, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara pemahaman isi kandungan mata pelajaran Sejarah murid
yang menggunakan naskhah Melayu dengan murid yang menggunakan buku teks. Murid
yang menggunakan Hikayat Hang Tuah tidak mempunyai pemahaman yang lebih tinggi
dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat berbanding murid yang
menggunakan buku teks.
Analisis temu bual yang dijalankan terhadap kumpulan rawatan mendapati bahawa
60% murid meminati mata pelajaran Sejarah kerana penceritaan peristiwa-peristiwa sejarah
terdahulu khususnya sejarah yang berkaitan Hang Tuah. Selain itu, 80% responden
menyatakan guru Sejarah menggunakan kaedah lakonan sebagai kaedah PdP Sejarah.
Kesemua responden juga berpendapat penggunaan Hikayat Hang Tuah dalam PdP Sejarah
adalah menarik kerana kandungan fakta yang lebih terperinci berbanding kandungan buku
teks. Hal ini membuktikan bahawa Hikayat Hang Tuah berpotensi untuk dijadikan salah satu
BBB yang menarik dalam PdP Sejarah. Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan
terhadap penggunaan Hikayat Hang Tuah dalam PdP Sejarah seperti ayat yang lebih
mudah difahami dan gambar atau visual seperti komik.
Kajian oleh Lee (2005) menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah dalam
pembelajaran sastera seperti kesulitan teks sastera, kekangan masa, kekurangan motivasi
dan pendedahan terhadap sastera. Oleh itu, guru perlu bijak mempelbagaikan kaedah
penggunaan naskhah Melayu supaya PdP yang interaktif antara bahan dengan murid dapat
diwujudkan. Kaviza, Fauziah dan Nurliyana (2018) mendapati bahawa kesediaan
pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap mempunyai hubungan linear positif yang amat tinggi secara signifikan terhadap
motivasi instrinsik dalam kalangan murid.
6.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan naskhah Melayu memberikan


kesan yang positif terhadap pemahaman murid dalam isi kandungan mata pelajaran Sejarah
Tahun Empat sekaligus mengatasi masalah kekurangan BBM atau mengurangkan
kebergantungan terhadap buku teks. Namun begitu, kajian juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap pemahaman murid yang menggunakan naskhah
Melayu dengan murid yang menggunakan buku teks dalam isi kandungan mata pelajaran
Sejarah Tahun Empat. Penggunaan naskhah Melayu dalam PdP Sejarah boleh dikaji lagi
supaya pendekatan yang lebih sesuai boleh diuji dalam kajian lanjutan. Implikasi kajian ini
ialah guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengadaptasikan naskhah Melayu dalam PdP
Sejarah manakala murid perlu mempunyai kesediaan untuk meneroka dan memahami
bahan sumber baharu. IPG dan BPG pula berperanan menawarkan kursus atau program
bagi mendedahkan guru dengan kemahiran penggunaan naskhah Melayu yang efektif. BPK
boleh menerbitkan teks naskhah Melayu yang sesuai untuk bacaan murid sekolah rendah.
Beberapa cadangan dikemukakan untuk menambah baik kajian, iaitu:
i. Kajian lanjutan berupa kajian tinjauan untuk mengetahui minat murid terhadap
penggunaan naskhah Melayu dalam PdP Sejarah atau kajian tindakan untuk mengkaji
kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk penggunaan naskhah Melayu dalam PdP
Sejarah.
ii. Pengubahsuaian terhadap naskhah Melayu atau diaplikasikan melalui kemudahan
teknologi atau Internet.
iii. Perluasan lingkungan tajuk Sejarah kepada tajuk-tajuk lain sama ada dalam isi
kandungan mata pelajaran Sejarah Tahun Empat, Tahun Lima atau Tahun Enam dan
melibatkan naskhah-naskhah Melayu yang lain.

61
7.0 RUJUKAN

Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa & Wayu Nor Asikin Mohamad. (2017). Hang
Tuah lambang peradaban bangsa Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah,
edisi khas (2017), 20-34.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2014). Dokumen Standard Pentaksiran dan
Kurikulum Sejarah Tahun 4, 5 & 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2 Asas Statistik
Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Creany, A. (1997). Author’s memoirs: personal history in children’s literature. Social Studies
Journal, 26(1997), 26-35.

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Tesis Sarjana.
Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.

Lee Kim Hong. (2005). Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran
Pengajian Cina KDPM. Diakses daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/leeMPRM.pdf

M. Kaviza, Fauziah Abdul Rahim & Nurliyana Bukhari. (2018). Hubungan antara kesediaan
dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik.
Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 11(2018), 52-73. Diakses daripada
http://ir.upsi.edu.my/4432/1/HUBUNGAN%20ANTARA%20KESEDIAAN%20DALAM
%20PEMBELAJARAN%20BERASASKAN%20SUMBER_SUMBER%20SEJARAH
%20DENGAN%20MOTIVASI%20INSTRINSIK.pdf

Mardiana Nordin. (2015). Penyelidikan sejarah, sumber-sumber sejarah dan bidang-bidang


dalam kajian sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kaedah dan
Penulisan Sejarah, 2015 di Universiti Malaya.

Shulman, R. D. (2015). How literature can make social studies relevant again. Diakses
daripada Education Meets Innovation: http://www.ednewsdaily.com/how-literature-
can-make-social-studies-relevant-again/

Stan, R. V. (2015). The importance of literature in primary school pupils’ development and
personal growth. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 180(2015), 454-459.

62
HUBUNGAN ANTARA KAWALAN BILIK DARJAH BERKESAN DENGAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH
Oleh
SITI NUR HUSNA BINTI MOHD EZANI
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2016
husnaezani@gmail.com

ABSTRAK
Guru pelatih tidak dapat mengawal bilik darjah secara berkesan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah berlangsung. Kemahiran yang dibekalkan secara teori sahaja
tidak membantu guru pelatih mengawal bilik darjah secara berkesan malah guru pelatih perlu
menghadapi situasi sebenar dalam erti kata lain menjalani latihan praktikum bagi membantu
meningkatkan kemahiran kawalan bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan
antara kawalan bilik darjah berkesan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
sekolah rendah dalam kalangan guru pelatih. Pengumpulan data yang dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual berstruktur melibatkan 60 orang guru pelatih bidang
pengkhususan sejarah dari beberapa kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia yang terdiri daripada
Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara. Data maklumat yang diperoleh telah diproses dan dianalisis
menggunakan Program Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20 melalui analisis
deskriptif dan analisis inferensi yang menggunakan peratusan, min dan Ujian Korelasi Pearson. Hasil
dapatan kajian menunjukkan penguasaan amalan kawalan bilik darjah berada pada tahap yang tinggi
serta terdapat hubungan yang signifikan antara kawalan bilik darjah berkesan dengan pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan nilai pekali korelasinya ialah r = 0.626. Pembinaan
peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas mengenai tingkah laku yang diharapkan
semasa di bilik darjah. Peraturan juga dianggap sebagai langkah cegahan awal terhadap tingkah laku
bermasalah murid. Guru pelatih perlu bijak memilih dan mempelbagaikan kaedah dan strategi
pengajaran dalam usaha meningkatkan pengawalan bilik darjah serta mencapai objektif
pembelajaran.
Kata kunci: kawalan bilik darjah, pengajaran dan pembelajaran, guru pelatih

ABSTRACT
The trainee teachers not able to control the classroom effectively during History subject. The skills
provided in terms of theory do not help the teachers to control the classroom effectively but the
teacher needs to face real situations in other words undergoing practical training to improve
classroom control skills. This study aimed to identify the relationship between effective classroom
control and teaching and learning of Primary school history among trainee teachers. Data collection
was conducted using structured questionnaires and interviews involving 60 history specialists from
various campuses of Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) comprising the Eastern Zone,
Southern Zone and Northern Zone. Data were processed and analyzed using the Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) Program version 20 through descriptive and inference analysis using
Percentage, Mean and Pearson Correlation Test. The data shows that mastery of classroom control is
high and there is a significant relationship between effective classroom control and teaching and
learning of History subjects with a correlation coefficient of r = 0.626. The application of rules is very
important to show the expected behavior in the classroom. The rules also considered an early
precautionary measure to avoid student with misbehaviors. Trainee teachers need to be wise in
selecting and diversifying their teaching methods and strategies to improve classroom control and to
achieve their learning objectives.
Keywords: classroom control, trainee teachers, teaching and learning

63
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat setiap sekolah dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Sebagai badan pelaksana guru bertanggungjawab
melaksanakan dasar kementerian dengan memainkan peranan menguruskan bilik darjah
dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses untuk membentuk dan
mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran, demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan (Mok, 2009). Menurut
Muhamad Suhaimi Taat (2012), antara prasyarat yang paling utama bagi menjamin satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah aspek pengurusan bilik darjah.
Kawalan bilik darjah merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam pengurusan
bilik darjah. Konsep pengurusan bilik darjah merangkumi kaedah dan strategi yang
digunakan oleh guru selaku pengurus bilik darjah untuk menangani masalah pengawasan,
kemudahan fizikal, suasana pembelajaran yang kondusif, serta pengurusan disiplin dan
tingkah laku pelajar (Solarte, 2011). Menurut Klimas dan McLaughlin (2007), sekiranya
tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh diubah atau diubahsuai. Guru yang
mempunyai kemahiran pengurusan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah mampu
mengendalikan emosi dan disiplin murid supaya dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar tanpa memberi sebarang gangguan terhadap rakan sekelas
yang lain.

PERNYATAAN MASALAH
Guru pelatih tidak dapat mengawal bilik darjah secara berkesan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah berlangsung. Tahap persediaan menjalani latihan
mengajar boleh dinilai dengan mengukur persepsi guru-guru pelatih terhadap keupayaan
mereka mengaplikasikan kemahiran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, kecekapan
pengurusan serta pengawalan bilik darjah (Khadijah, 1992). Menurut pendapat yang
disuarakan oleh guru-guru pelatih, pengurusan bilik darjah merupakan komponen yang
paling sukar untuk dikuasai walaupun banyak teori yang telah dipelajari dan banyak teknik
yang telah cuba diaplikasikan (Hasani & Johdi, 2009). Penyataan ini menjelaskan bahawa
kemahiran yang dibekalkan secara teori sahaja tidak membantu guru pelatih mengawal bilik
darjah secara berkesan malah guru pelatih perlu menghadapi situasi sebenar dalam erti
kata lain menjalani latihan praktikum bagi membantu meningkatkan kemahiran kawalan bilik
darjah.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


1. Menilai hubungan antara kawalan bilik darjah berkesan dengan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat hubungan antara kawalan bilik darjah berkesan dengan pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan antara kawalan bilik darjah
berkesan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah?

64
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian tinjauan dipilih kerana kaedah pengumpulan maklumat dan data
menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah soal selidik adalah lebih mudah diurus dan
dianalisis terutamanya apabila melibatkan saiz sampel yang besar. Pengkaji menggunakan
pensampelan kebarangkalian dalam menjalankan kaedah soal selidik. Prosedur
pensampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan kuantitatif. Prosedur ini
dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak, di mana subjek dalam sampel
tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian (Chua, 2011).
Pemilihan responden kajian bagi kaedah temu bual pula berbeza di mana pengkaji memilih
pensampelan secara kebetulan. Prosedur pensampelan secara kebetulan dipilih bertujuan
mendapatkan responden yang berada berdekatan dengan pengkaji. Menurut Ang Kean Hua
(2016), pensampelan secara kebetulan menyatakan subjek yang dipilih secara kebetulan
(atau ketersediaan) yang berada berdekatan (atau paling dekat) dengan pengkaji.
Kajian ini dilakukan untuk melihat fenomena kawalan bilik darjah dalam kalangan
guru pelatih, maka satu instrumen yang sesuai diperlukan bagi menghasilkan keputusan
yang mewakili objektif kajian. Justeru, kaedah soal selidik dipilih sebagai kaedah kajian
kerana jika dibandingkan dengan kaedah lain seperti pemerhatian, dan analisis dokumen,
kaedah soal selidik lebih mudah dikendalikan serta melibatkan saiz sampel yang besar.
Menurut Ghazali dan Sufean (2018), soal selidik ialah satu set soalan untuk mendapatkan
maklumat sesuatu penyelidikan. Fungsi soal selidik dalam sesuatu kajian adalah untuk
penganalisisan data secara statistik deskriptif dan inferensi bagi tujuan pengukuran data.
Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual untuk menyokong data-data kajian daripada
kaedah soal selidik. Kaedah temu bual merupakan sumber yang membolehkan pengkaji
mengetahui dan memahami serta mendapatkan pengesahan tentang fenomena yang dikaji
(Merriam, 2001). Oleh itu, tujuan diadakan temu bual adalah untuk mengukur
kebolehpercayaan soal selidik.
Pengumpulan data untuk kajian ini dilakukan secara berperingkat dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Item-item pada borang soal
selidik telah disemak sebelum disahkan oleh penyelia. Kemudian, kerja-kerja pengedaran
borang soal selidik telah dilakukan terhadap 60 orang responden secara atas talian
menggunakan aplikasi Google Form. Bagi kaedah temu bual, Pengkaji memilih 5 orang
responden secara bertujuan. Responden ini dipilih dalam kalangan populasi yang
berdekatan dengan pengkaji bagi memudahkan proses pentadbiran soalan temu bual.
Soalan temu bual diberikan terlebih dahulu kepada responden sebagai persediaan sebelum
sesi temu bual dilaksanakan.
Data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Dalam penyelidikan deskriptif, data dikumpul daripada seluruh populasi dan
statistik asas seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan taburan skor dilaporkan
(Chua, 2011). Menurut Cresswell dan Plano (2011), analisis deskriptif adalah analisis data
paling asas yang biasanya digunakan terhadap skala nominal seperti data demografi atau
profil responden. Data-data ini dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS (Statistic
Package for Social Science) versi 20. Dalam kajian ini, keputusan maklumat mengenai
bahagian A, iaitu latar belakang responden dijadualkan dalam bentuk frekuensi dan nilai
peratusan manakala bagi bahagian B dan C, iaitu bahagian berkaitan amalan kawalan bilik
darjah serta pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dianalisis dalam bentuk
min dan sisihan piawai.

65
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
HUBUNGAN ANTARA KAWALAN BILIK DARJAH BERKESAN DENGAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH
Jadual 1: Penguasaan Kawalan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Pelatih
Min
Aspek Item Min
Keseluruhan
Peraturan bilik darjah 4.68
Berada di tempat masing-masing 4.77
Cegahan 4.68
Aktiviti pembelajaran sesuai dengan
4.58
keadaan fizikal bilik darjah
Gerak isyarat mengangkat tangan 4.42
Sokongan Gerak isyarat senyap 4.40 4.45
Intonasi suara yang pelbagai 4.52
Konsep riplle-effect 4.08
Pemulihan Amaran kepada murid 4.58 4.46
Pujian dan ganjaran 4.73
Arahan yang jelas dan tegas 4.48
Komunikasi Galakkan murid memberi pandangan 4.47 4.42
Maklum balas secara empati 4.32
Susunan kerusi dan meja 4.60
Fizikal Pemandangan murid 4.62 4.57
Penggunaan ruang 4.48

Berdasarkan Jadual 1 di atas, data kajian menunjukkan aspek yang mempunyai min
keseluruhan tertinggi adalah aspek cegahan dengan nilai min sebanyak 4.68. Manakala
aspek yang mempunyai min keseluruhan terendah ialah pada aspek komunikasi dengan
nilai purata sebanyak 4.42. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden melaksanakan
amalan cegahan bagi mengawal bilik darjah seperti menetapkan peraturan bilik darjah bagi
perjumpaan kali pertama mereka. Malah, responden turut menitikberatkan persediaan
persekitaran pembelajaran apabila memastikan setiap murid bersedia di tempat masing-
masing sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Ini merupakan satu kaedah kawalan bilik
darjah yang dapat mewujudkan suasana yang kondusif sebelum pengajaran dimulakan.
Namun, responden dilihat masih kurang dari aspek komunikasi. Komunikasi merupakan
salah satu item utama dalam memastikan kawalan bilik darjah berkesan. Kelemahan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang akan gagal tetapi turut boleh menyebabkan murid mengalami
perasaan tidak puas hati, kecewa, tekanan psikologi, kesihatan fizikal, kesepian, hilang
perasaan kasih sayang dan sebagainya (Mohd Khairuddin et. al., 2014). Ini bermakna,
kegagalan guru-guru dalam berkomunikasi secara berkesan boleh menyebabkan keadaan
bilik darjah tidak terkawal malah tidak mampu mencapai objektif pengajaran.
Jadual 2: Min Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah
Mengikut Aspek
Min
Aspek Item Min
Keseluruhan
Strategi pembelajaran 4.80
Strategi
Kaedah pengajaran 4.68 4.70
Pengajaran
Teknik pengajaran 4.62
Pendidikan Abd Interaksi pelbagai hala 4.78 4.66
Ke-21 Melibatkan murid secara
4.70
seimbang dalam kumpulan
Aktiviti menyuarakan dan 4.50
66
meluahkan idea
Mengetahui elemen asas sejarah 4.52
Kemahiran
Mengetahui Konsep masa 4.63 4.53
Pemikiran Sejarah
Membuat perbandingan masa lalu 4.45
Mengetahui dan memahami
4.55
sejarah pembentukan negara
Elemen
Mengamalkan sikap perlakuan
Kewarganegaraan 4.53 4.57
berhemah
dan Nilai Sivik
Membentuk sikap sepunya dan
4.63
kebersamaan
Mencapai objektif pembelajaran 4.60
Menilai penglibatan murid 4.62
Pentaksiran Penilaian terhadap pemilihan 4.68
strategi dan kaedah pengajaran dan 4.48
pembelajaran

Hasil dapatan min keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah menunjukkan bahawa strategi pengajaran merupakan aspek pengajaran dan
pembelajaran yang memperoleh min keseluruhan tertinggi dengan nilai min keseluruhan
sebanyak 4.70. Malah aspek kemahiran pemikiran sejarah mencatatkan nilai min terendah
daripada keseluruhan aspek dengan nilai min sebanyak 4.53. Dapatan ini menunjukkan
responden menguasai pedagogi apabila menitikberatkan strategi pengajaran dalam
perancangan harian. Menurut Ee Ah Meng (2003), strategi kebijaksanaan pengajar memilih
suatu pendekatan dan kecekapan merancang kaedah dan teknik pembelajaran akan
memberikan impak yang lebih baik terhadap pemahaman pelajar dalam proses
pembelajaran. Ini bermakna, guru perlu bijak merancang dan mempelbagaikan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan penguasaan ilmu, amalan penghayatan
dan perlaksanaan yang boleh memberi kesan kepada pemahaman murid. Walau
bagaimanapun, aspek kemahiran pemikiran sejarah juga penting dan perlu dititikberatkan
dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, pengajaran dan pembelajaran
sejarah tidak seharusnya tertumpu kepada ledakan fakta semata-mata (M. Kaviza, 2019).
Namun begitu, mata pelajaran sejarah perlulah berlandaskan kemahiran pemikiran sejarah
iaitu situasi yang membolehkan murid dapat berfikir secara kritis, mampu membuat
perkaitan antara satu peristiwa dengan satu peristiwa yang lain, membuat interpretasi,
mencari bukti, membuat pertimbangan dan ramalan serta imaginasi yang meletakkan murid
pada kedudukan sebagai seorang ahli sejarah (Bickford II & Bickford, 2017). Ini bermakna,
guru perlu meletakkan keutamaan terhadap penguasaan kemahiran pemikiran sejarah
dalam kalangan murid supaya murid dapat merasai kenikmatan mempelajari sejarah.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah perlu menjurus
kepada pemupukan kemahiran pemikiran sejarah dalam kerana ia mampu merangsang
pemikiran dan membolehkan murid melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati.
Jadual 3 menunjukkan analisis dapatan kajian menggunakan korelasi Pearson
berkaitan hubungan antara amalan kawalan bilik darjah guru pelatih dengan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah sekolah rendah.

67
Jadual 3 Hubungan Antara Kawalan Bilik Darjah Berkesan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Guru Pelatih
Pengajaran dan
Amalan Kawalan
Pembelajaran
Bilik Darjah
Mata pelajaran
Berkesan
Sejarah
Pearson
1 .626**
Correlation
Tahap Kawalan
Bilik Darjah Sig. (2-tailed) .000

N 60 60

Pearson
.626** 1
Pengajaran dan Correlation
Pembelajaran
Mata pelajaran Sig. (2-tailed) .000
Sejarah N 60 60

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif


yang kuat dan signifikan antara pemboleh ubah kawalan bilik darjah berkesan dengan
pemboleh ubah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah dengan nilai pekali
korelasinya ialah r = .626, P = < .000. Oleh itu, pengkaji menerima hipotesis 1 bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara kawalan bilik darjah yang berkesan dengan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana terdapat hubungan
yang kukuh (r = .626) antara kedua-dua pemboleh ubah di mana penguasaan terhadap
amalan kawalan bilik darjah boleh dianggap mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah akan dapat dilaksanakan dengan lancar apabila guru pelatih mempunyai
perancangan yang rapi serta amalan kawalan bilik darjah berkesan yang sudah diterapkan
dan menjadi rutin di dalam bilik darjah. Hal ini menunjukkan aspek-aspek yang terdapat
dalam amalan kawalan bilik darjah serta pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah menjadi faktor berlakunya hubungan ini.
Selain itu, hasil temu bual ini juga mendapati responden bersetuju bahawa terdapat
halangan dan cabaran semasa melaksanakan pengajaran yang merupakan faktor
berlakunya hubungan antara kawalan bilik darjah dengan pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sejarah.
“Bilangan murid yang terlalu ramai menjadikan bilik darjah tidak kondusif dan sukar
untuk menjalankan aktiviti, terutamanya aktiviti berkumpulan.” (Responden 1)
“Penguasaan kandungan mata pelajaran Sejarah oleh guru, bilangan murid yang
ramai, cabaran dalam mencari dan mengenal pasti kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk murid, kadang-kadang masa terlebih.”
(Responden 2)
“...terdapat murid bermasalah yang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran serta faktor masa yang singkat.” (Responden 3)
“Masa yang singkat menjadi cabaran utama dalam perancangan pengajaran.”
(Responden 4)

68
“...aspek susun atur dalam bilik darjah yang menyebabkan murid kurang selesa dan
kurang fokus sepanjang pengajaran dan pembelajaran.” (Responden 5)
Hasil dapatan daripada temu bual ini menunjukkan secara umunya, responden
mengemukakan faktor yang mempengaruhi kawalan bilik darjah berkesan dengan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Bilangan murid yang ramai
ditempatkan di dalam satu bilik darjah merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan
sekolah terutamanya sekolah di bandar dan pinggir bandar. Keadaan murid yang ramai
mengakibatkan kesukaran guru untuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Malah,
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kumpulan juga sukar untuk dilaksanakan. Persekitaran
pembelajaran merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam
usaha kita untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Secara umumnya, persekitaran
pembelajaran adalah ruang yang diperuntukkan untuk pembelajaran (Che Nidzam et. al.,
2013). Ini bermakna, aspek fizikal bilik darjah mempengaruhi perancangan guru
melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah.
Selain itu, halangan yang dihadapi oleh kebanyakan responden adalah masa. Guru
pelatih dilihat kurang mahir dalam membahagikan masa dengan baik mengikut langkah-
langkah dalam perancangan rancangan pengajaran harian. Masalah pengurusan masa
dalam kalangan guru pelatih dilihat menjadi satu fenomena utama apabila menjalani latihan.
Hal ini demikian kerana guru pelatih baru ingin menyesuaikan diri terhadap suasana
pengajaran sebenar. Ini bermakna, aspek strategi pengajaran mempengaruhi kawalan bilik
darjah. Pengurusan masa yang berkesan merupakan satu faktor yang menentukan kejayaan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Husairi Jikan, 2004). Justeru, dalam
memastikan keberkesanan pengajaran, guru perlu menitikberatkan hal pengurusan masa
dalam perancangan pengajaran.
Bukan itu sahaja, responden turut mengemukakan bahawa pengetahuan kandungan
Sejarah juga merupakan faktor mempengaruhi kawalan bilik darjah dengan proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Pengetahuan isi kandungan
merupakan aspek yang penting bagi semua guru terutamanya isi pelajaran berkaitan
pengkhususan mereka. Pengetahuan kandungan mempengaruhi keyakinan seseorang guru
untuk mengawal bilik darjah. Menurut Khairunnisa dan Anuar (2016), guru perlu
menyesuaikan pengajaran mereka mengikut perkembangan semasa dan isu-isu terkini yang
relevan dengan isi kandungan Sejarah. Apabila guru berkemampuan menyampaikan dan
mengaitkan isu berkenaan, keyakinan dalam diri guru-guru mata pelajaran Sejarah
berkenaan lebih bertambah dalam menyampaikan isi kandungan. Kesannya, proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.

69
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penguasaan amalan kawalan bilik darjah
dalam kalangan guru pelatih berada pada tahap yang tinggi iaitu guru pelatih menguasai
amalan kawalan bilik darjah namun masih lagi memerlukan latihan dan bimbingan. Walau
bagaimanapun, guru pelatih bersetuju bahawa kawalan bilik darjah berkesan membantu
mereka untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna malah
mampu mengaplikasikan amalan kemahiran pemikiran sejarah terhadap murid. Berdasarkan
analisis tersebut, dapatan menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dan kukuh antara
kawalan bilik darjah berkesan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
sekali gus membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran sejarah.
Kedua-dua pemboleh ubah tersebut juga wujud akibat beberapa faktor seperti aspek
persediaan persekitaran fizikal bilik darjah, perancangan strategi pengajaran guru
pengurusan dan pengetahuan kandungan sejarah dalam kalangan guru pelatih itu sendiri.
Hal ini memperlihatkan bahawa guru pelatih perlu membuat persediaan yang rapi terhadap
amalan kawalan bilik darjah dan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah.
Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan
kajian ini dapat diteruskan dengan kajian kes ke atas faktor-faktor lain yang mempengaruhi
hubungan kawalan bilik darjah dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah dalam kalangan guru. Kajian yang lebih mendalam tentang faktor seperti faktor
minat, faktor pengetahuan kandungan, faktor bahan bantu mengajar dan sebagainya. Kajian
kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan mendalam mengenai tingkah
laku individu tertentu, keadaan sosial, atau peristiwa khusus untuk mengetahui tingkah laku
individu atau perubahan keadaan sosial berlaku (Chua, 2011). Kajian ini bukan sahaja
memfokuskan kepada permasalahan secara langsung, malahan permasalahan yang tidak
nampak melainkan melalui kajian yang mendalam. Ini bermakna, sesuatu kajian kes
kebanyakannya mengkaji tentang individu atau peristiwa-peristiwa dalam lingkungan budaya
dan persekitaran mereka (Burn, 1995). Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mencari
maklumat tentang punca sesuatu fenomena berlaku secara lebih mendalam. Selalunya
peserta kajian bagi kajian kes adalah berskala kecil apabila pengkaji perlu menganalisis
secara lebih mendalam terhadap sikap yang ditonjolkan oleh peserta kajian.
Kawalan bilik darjah berkesan dikenal pasti memberikan impak positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan hubungan kukuh dan
signifikan. Oleh yang demikian, implikasi kajian ini merupakan refleksi kepada guru pelatih
bidang pengkhususan sejarah dalam usaha meningkatkan penguasaan kawalan bilik darjah
mereka. Sebagai bakal guru mata pelajaran Sejarah, adalah menjadi tanggungjawab guru
pelatih meningkatkan lagi kemahiran dan penguasaan kawalan bilik darjah dalam
memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat dilaksanakan
dengan bermakna. Pembinaan peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas
mengenai tingkah laku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Peraturan juga dianggap
sebagai langkah cegahan awal terhadap tingkah laku bermasalah murid. Pematuhan murid
terhadap peraturan tersebut membolehkan guru baharu mengawal tingkah laku negatif
pelajar agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dalam tempoh
yang diperuntukkan (Aney & Norasmah, 2019). Selari dengan pandangan Lopes dan
Oliveira (2017), guru yang berkesan kurang mempunyai masalah disiplin kerana mereka
dapat menetapkan peraturan bilik darjah dengan baik bertujuan untuk memaksimumkan
waktu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu tegas dalam melaksanakan segala
peraturan dan rutin bilik darjah.

70
RUJUKAN
Aney Marinda Mohd Amin, & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan Bilik darjah Guru
Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal
Pendidikan Malaysia 44(1), 21-27.
Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan:
satu Kajian Komprehensif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,
Volume 1, Issue 4, 42-52.
Bickford II, J. H., & Bickford, M. S. (2017). Historical Thinking, Reading and Writing about
World’s Newest Nation, South Sudan. Social Studies Research and Practice, 111-
123.
Burn, R. B. (1995). Introduction to Research Methods. Melbourne: Longman.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd
Hairy Ibrahim. (2013). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaaan Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI , 0-0.
Chua Yan Piaw. (2011). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan: pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor:
Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.
Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan:
Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hasani, & Johdi. (2009). Pengurusan Bilik Darjah. In Noraini Idis, & Shuki Osman,
Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis (pp. 161 - 188). Kuala Lumpur:
McGraw Hill.
Husairi Jikan. (2004). Pengurusan Masa Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Teknik dan Vokasional (Elektif - Sains Pertanian) di Sekolah-Sekolah
Menengah Johor Bahru. Laporan Projek Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan, 1-9.
Khadijah Khalid. (1992). Penyeliaan latihan mengajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Suara Pendidik 15 (4), 55-61.
Khairunnisa Abd Hamid, & Anuar Ahmad. (2016). tahap pengetahuan pedagogi isi
kandungan (PPIK) bagi guru dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah.
Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan, Universiti Kebangsaan malaysia, Bangi.
Lopes, J. & Oliveira, C. (2017). Classroom discipline: Theory and practice. In J. P. Bakken,
Classrooms: Academic Content and Behavior Strategy Instruction for Students with
and without Disabilities (pp. 231-253). New York: Nova Science Publishers.
M. Kaviza. (2019). Persepsi Terhadap Amalan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam
Kalangan Murid Berpencapaian Tinggi dan Rendah. e-Jurnal Penyelidikan dan
Inovasi, 144-156.
Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San
Francisco: CA: Jossey-Bass.
Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid JOhari, Ag Yusog Ag Chuchu, & Halimah Lajil. (2014).
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 59-77.
Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Ipoh: CIPTA Printing &
Publishing (M) Sdn Bhd.
Muhamad Suhaimi Taat. (2012). Pengurusan Bilik Darjah. Sabah: Utusan Borneo.
Solarte, A.C.S. (2011). The Importance of Classroom Management for Novice Teachers. VII
En Cuentro De Instituciones Es Formadoras De Licenciados En Idiomas (p. 1).
Narino: Univerisity of Narino.
Klimas, Anna, & McLaughlin, T. F. (2007). The Effects of Token Economy System to
Improve social and academic behavior with a primary aged child with disabilities.
International Journal of Special Education 6(2), 15-23.

71
MENINGKATKAN TAHAP INKUIRI MURID MELALUI TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
NUR HANANI BINTI NORDIN
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2016
naninordin1997@gmail.com

Abstrak
Penyelidikan kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kekuatan teknik didik hibur elemen
penceritaan dalam membantu meningkatkan tahap inkuiri murid melalui penilaian terhadap minat,
pemahaman, pengetahuan, penglibatan dan soal jawab. Dalam masa yang sama, saya berpeluang
menambah baik amalan keguruan saya dalam mata pelajaran Sejarah. Penyelidikan ini dijalankan
atas empat orang peserta yang berumur 10 tahun di sebuah sekolah di Melaka. Pengumpulan data
dijalankan menggunakan kaedah soal selidik, ujian pra dan pos serta pemerhatian. Hasil analisis data
mendapati semua peserta kajian menunjukkan bahawa teknik didik hibur elemen penceritaan
berkesan dalam membantu murid meningkatkan tahap inkuiri melalui minat, pemahaman,
pengetahuan, penglibatan dan soal jawab berkaitan tajuk Peristiwa Pembukaan Melaka. Melalui
kajian ini diharapkan, manfaat dapat diberikan bukan sahaja kepada murid malah kepada guru-guru
sejarah terutamanya dalam pengajaran mereka serta kepada barisan penggubal kurikulum agar
menjadikan teknik didik hibur elemen penceritaan sebagai salah satu model kaedah pengajaran di
sekolah.
Kata Kunci: Teknik Didik Hibur Elemen Penceritaan, Ujian Pra dan Pos, Soal Selidik dan
Pemerhatian.

Abstract
The purpose of this research is to study the strengths of learning techniques of the element of
storytelling in helping to improve students' level of inquiry through assessments of interest,
understanding, knowledge, engagement and questioning. At the same time, I had the opportunity to
improve my teaching in History. The study was conducted on four 10-year-old participants at a school
in Malacca. Data collection was conducted using questionnaires, pre and post- tests and
observations. The results of the data analysis showed that all the learners' techniques of storytelling
were effective in helping students improve their level of inquiry through interest, understanding,
knowledge, engagement and questions related to the title of the Opening Event of Malacca. It is
hoped that this study will benefit not only the students but also the history teachers especially in their
teaching as well as the curricula of the curriculum to make the teaching of entertainment an element
of storytelling as one of the models of teaching methods in schools.
Keywords: Elemental Entertainment Elemental Techniques, Pre and Post Examinations,
Questionnaires and Observations.

1.0

72
1.0 PENGENALAN

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) melalui penerapan teknik didik hibur telah diperkenalkan
dengan memberi fokus kepada pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur.
Berdasarkan Standard Jemaah Nazir, kepentingan unsur amalan pembelajaran
menyeronokkan dinyatakan dalam elemen disposisi guru. Standard ini menggariskan
bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang dan merangsang pembelajaran (Nazir,
2004). Justeru, teknik didik hibur elemen penceritaan telah diaplikasikan dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui aktiviti teater bercerita sebagai medium dalam
menyampaikan maklumat. Pelaksanaan teknik didik hibur melalui teater bercerita dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur
kecindan, muzik, estetik dan bercerita. Keadaan ini dapat meransang minat murid untuk
mendalami isi pelajaran yang disampaikan secara berterusan. Selain itu, pendekatan yang
berpusatkan kepada murid ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berinteraksi di
khalayak ramai (Pustaka, 1990). Teknik ini juga, meningkatkan tahap inkuiri murid melalui
pendedahan dengan pelbagai idea dan pengetahuan secara menyeluruh serta melatih
murid untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang isi pelajaran yang disampaikan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Menurut (Jantan, Shahabudin Hashim, & Mahani Razali, 2003), kaedah penyampaian
berbentuk satu hala dan berpusatkan kepada guru menghalang murid untuk
mengembangkan prestasi pembelajaran masing-masing dengan cara, teknik serta gaya
pembelajaran mereka tersendiri. PdP yang berpusatkan guru menyebabkan murid tidak
mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan sendiri dan hal ini tidak menggalakkan
mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis (Yunos, 2015). Bertepatan dengan kenyataan
yang dikeluarkan oleh (Malaysia K. M., 1992) menyatakan bahawa antara faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh
guru dalam bilik darjah kurang berkesan. Permasalahan yang dihadapi ini, telah
mengganggu tumpuan murid semasa proses PdP dijalankan menyebabkan murid kurang
berminat untuk melibatkan diri dalam proses PdP. (Omardin, 1999) menyatakan minat yang
timbul dalam setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran. Keadaan ini akan
memberi impak negatif terhadap tahap inkuiri dan mengganggu perkembangan kreativiti
serta hasil kerja murid. Justeru, fokus kajian perlulah ditetapkan bagi membuat
penambahbaikan dalam teknik didik hibur elemen penceritaan yang dijalankan agar dapat
mencapai objektif kajian.
Melalui fokus kajian kepentingan, amalan PdP perlu ditambah baik disebabkan PdP
yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat (Iberahim, Zamri Mahamod, & Wan Muna
Ruzanna Wan Mohamad, 2017) secara tidak langsung meningkatkan pemahaman dan
tahap inkuiri murid. Penerapan PAK 21 akan dapat membantu murid dalam mengharungi
kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih berkeyakinan dalam
bidang pendidikan, malah dalam bidang kerjaya (Iberahim, Zamri Mahamod, & Wan Muna
Ruzanna Wan Mohamad, 2017). Bagi melaksanakan PAK 21, penerapan konsep
pembelajaran yang menyeronokkan melalui teknik didik hibur elemen penceritaan dirasakan
mampu memberi suasana pembelajaran yang bersifat santai dan berpusatkan kepada murid
dan mencabar tahap inkuiri murid ke arah yang lebih baik serta meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah sekolah rendah.
Berdasarkan fokus kajian kebolehtadbiran, pemilihan kaedah yang mudah diukur,
tepat dan bersesuaian memudahkan proses pengumpulan data. Pemerhatian secara
berstruktur melalui borang senarai semak berdasarkan penglibatan, pemahaman dan minat
dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Manakala, pemerhatian secara
tidak berstuktur adalah menggunakan kaedah rakaman situasi semasa bagi meningkatkan
kesahan pemerhatian. Kaedah soal selidik merupakan kaedah utama yang digunakan untuk
73
kajian ini. Hal ini kerana, menurut (Othman, 2014) soal selidik dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberikan.
Set soal selidik telah digubal berpandukan model 5e adaptasi model Biological Sciences
Curricullum Study (BSCS) merupakan model yang digunakan oleh guru dalam menjalankan
aktiviti yang melibatkan inkuiri murid bagi mendapatkan hasil data yang tepat (Malaysia K.
P., 2016). Ujian pra dan pos juga merupakan kaedah terbaik bagi mendapatkan skor
sebelum dan selepas intervensi dijalankan berkaitan topik peristiwa pembukaan Melaka
untuk mengukuhkan ketepatan data kajian.
Manakala dari aspek kebolehgunaan, teknik didik hibur elemen penceritaan ini boleh
digunapakai oleh semua guru dan tidak hanya tertumpu kepada mata pelajaran Sejarah
semata namun, boleh diaplikasikan dalam semua mata pelajaran. Melalui kolaborasi dan
kerjasama dari pelbagai pihak dalam melaksanakan kajian, membantu pengkaji mereflek diri
dan meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan proses PdP. (Dewey, 1933)
menyatakan individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam
memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup
mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa
menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Jelaslah, dengan menetapkan fokus kajian, penambahbaikan dalam teknik didik
hibur elemen penceritaan yang dijalankan dapat mencapai objektif kajian.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ditulis dan dijalankan adalah untuk mengatasi masalah tahap inkuiri murid
yanh lemah yang berlaku dalam kalangan murid tahun 4 bagi tajuk peristiwa pembukaan
Melaka. Pengkaji akan menetapkan objektif kajian melalui tindakan yang dilaksanakan. Hasil
dapatan kajian akan menentukan sama ada persoalan kajian dapat dijawab atau sebaliknya.
Hal ini akan membantu sama ada kajian yang dijalankan mencapai objektif atau sebaliknya.

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian dijalankan, pengkaji berharap peserta kajian yang terlibat dapat mencapai
mencapai objektif yang ditetapkan iaitu:
 Meningkatkan tahap inkuiri murid dalam PdP matapelajaran sejarah dengan
menggunakan teknik didik hibur elemen penceritaan.
 Menilai tahap inkuiri murid melalui keberkesanan penggunaan teknik didik hibur
elemen penceritaan semasa proses PdP Sejarah.

3.2 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, pengkaji telah merangka satu persoalan iaitu:
 Sejauhmanakah penggunaan teknik didik hibur elemen penceritaan dapat
meningkatkan tahap inkuiri murid semasa proses PdP mata pelajaran Sejarah?
 Adakah penggunaan teknik didik hibur elemen penceritaan berkesan dalam
meningkatkan tahap inkuiri murid semasa proses PdP mata pelajaran Sejarah?

74
4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah dilaksanakan ke atas empat orang murid dari tahun empat di sebuah sekolah
di Melaka. Jumlah keseluruhan murid di dalam kelas ini ialah 48 orang iaitu 21 murid lelaki
dan 27 orang murid perempuan. Pemilihan peserta kajian iaitu seramai 3 orang murid lelaki
dan 1 orang murid perempuan terdiri daripada murid yang memperoleh pencapaian mata
pelajaran Sejarah pada tahap baik, sederhana dan lemah. Peserta kajian yang dipilih
dilabelkan sebagai peserta kajian A (PKA), peserta kajian B (PKB), peserta kajian C (PKC)
dan peserta kajian D (PKD).

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tindakan 1 iaitu pengkaji menjalankan proses PdP mengikut RPH yang dirancang sebelum
intervensi bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Kaedah pengumpulan
data awal melalui pemerhatian telah dijalankan bagi menilai tingkah laku yang memaparkan
minat peserta kajian dalam proses PdP. Selain itu, penkaji menemubual guru kelas dan guru
mata pelajaran Sejarah berkaitan dengan sikap dan tingkah laku murid bagi mendapatkan
gambaran kasar terhadap peserta kajian. Dokumen berkaitan maklumat murid, buku latihan
dan kertas ujian lepas turut disemak bagi menentukan peserta kajian yang tepat.
Penglibatan guru dan pensyarah pembimbing dalam memantau perkembangan berkaitan
kelemahan dan kekuatan berkaitan PdP dapat mengkaji masalah yang berlaku dalam
kalangan murid. Tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menjalankan
pengumpulan data awal menggunakan kaedah yang bersesuaian berkaitan isu kelemahan
tahap inkuiri murid semasa proses PdP dijalankan.
Tindakan kedua, pengkaji akan menentukan peserta kajian berdasarkan hasil
dapatan yang diperoleh melalui pengumpulan data awal yang dijalankan. Pengkaji turut
membina beberapa instrumen seperti borang pemerhatian tahap inkuiri murid, borang
pemerhatian pemerhati, soalan ujian pra dan pos dan borang soal selidik bagi menilai
keberkesanan intervensi yang dijalankan. Soalan-soalan yang dibina adalah diadaptasi
daripada model pembelajaran iaitu model 5e yang digunakan untuk menjalankan aktiviti
berkaitan inkuiri murid. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) menyediakan peluang
kepada pelajar untuk menyiasat sesuatu permasalahan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti
inkuiri berasaskan penyelidikan didapati berupaya membina keupayaan kognitif dan tahap
intelektual yang lebih tinggi (Mohamed, 2013).
Tindakan ketiga ialah pengkaji telah menjalankan kaedah konvensional yang
berpusatkan kepada guru iaitu kaedah penceritaan bergambar. Berdasarkan kaedah
konvensional yang dijalankan iaitu ujian pra, pemerhatian awal dan soal selidik telah
memperoleh hasil dapatan data sebelum pelaksanaan intervensi terhadap peserta kajian.
Tindakan keempat, RPH telah dirancang mengikut hasil dapatan data yang diperoleh dan
mengambil kira kelakuan negatif yang dilakukan oleh peserta kajian bagi mengelakkan
berlaku kesalahan yang tidak diingini serta memastikan proses PdP berjalan lancar.
Pengkaji telah menjalankan aktiviti teater bercerita yang merupakan intervensi kajian bagi
meningkatkan tahap inkuiri murid melalui penghayatan watak yang dibawa oleh murid
tersebut.
Tindakan kelima, selepas menjalankan intervensi iaitu teknik didik hibur elemen
penceritaan melalui aktiviti teater bercerita, pengkaji menjalankan ujian pos terhadap
peserta kajian menggunakan soalan yang sama dengan ujian pra. Pengkaji akan membuat
perbandingan markah yang diperoleh antara ujian pra dan ujian pos untuk membandingkan
perlakuan 4 orang peserta kajian sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi berdasarkan
borang pemerhatian yang telah direkodkan bagi menentukan tahap inkuiri murid. Soal selidik
juga dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan teknik didik hibur elemen penceritaan
melalui dapatan akhir berkaitan tahap inkuiri murid. Hal ini, dapat membantu pengkaji dalam

75
membuat kesimpulan tentang keberkesanan penggunaan teknik didik hibur elemen
penceritaan melalui aktiviti teater bercerita dalam mata pelajaran Sejarah.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual 1: Interpretasi skala pemerhatian


SKALA INTERPRETASI SKALA

1 Menunjukkan murid tidak pernah

2 Menunjukkan murid kadang-kadang


3 Menunjukkan murid selalu

KEPUTUSAN PEMERHATIAN
SELEPAS PESERTA KAJIAN
3.5
3 Bertanya soalan
2.5 Menceritakan Peristiwa
Tidak menunjukkan
2 memek muka bosan
Skala

1.5
1
mimik
0.5
0
PK A PK B PK C PK D

Rajah 1: Perbandingan pemerhatian sebelum peserta kajian A, B, C dan D

KEPUTUSAN PEMERHATIAN
SEBELUM PESERTA KAJIAN
3.5
3 Bertanya soalan
2.5 Menceritakan peristiwa
Tidak menunjukkan
2 memek muka bosan
Skala

1.5
1
0.5 mimik

0
PK A PK B PK C PK D

Rajah 2: Perbandingan pemerhatian selepas peserta kajian A, B, C dan D


Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstuktur melalui borang senarai semak
terhadap peserta kajian. Data yang diperoleh akan dikumpul dan dicatatkan. Hal ini

76
demikian kerana, melalui data pemerhatian ini, pengkaji akan menilai peserta kajian dari
aspek pemahaman, penglibatan dan minat bagi mengenalpasti tahap inkuiri murid dalam
proses PdP yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi teknik didik hibur elemen
penceritaan. Analisis menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dalam keputusan
pemerhatian selepas berbanding sebelum peserta kajian. Di mana, keputusan sebelum
menunjukkan PK B dan PK C cuba untuk bertanyakan soalan, namun tidak mengangkat
tangan akibat kurang keyakinan diri sebaliknya, mereka cenderung untuk meminta bantuan
rakan lain untuk bertanyakan soalan. Kenyataan ini turut disokong dengan kajian (Saad,
2005) menyatakan murid tidak berani dan malu untuk menjawab dan ada pula yang
menyatakan mereka kurang yakin dengan jawapan yang diberikan. Namun begitu, setelah
pelaksanaan intervensi didapati semua peserta kajian mempunyai kemajuan untuk
bertanyakan soalan berkaitan tajuk peristiwa pembukaan Melaka secara tidak langsung
meningkatkan tahap inkuiri peserta kajian. Hasil dapatan data yang diperoleh menjawab
persoalan kajian iaitu sejauhmanakah penggunaan teknik didik hibur elemen penceritaan
dapat meningkatkan tahap inkuiri murid semasa proses PdP mata pelajaran Sejarah?.

Jadual 2: Analisis gred ujian


Markah Gred Pencapaian
80-100 A Cemerlang
60-79 B Baik
40-59 C Sederhana
20-39 D Lemah
0-19 E Sangat Lemah

KEPUTUSAN UJIAN SEBELUM


DAN SELEPAS PESERTA KAJIAN
120%
100% UJIAN SEBELUM
Peratus Markah

80% UJIAN SELEPAS


60%
40%
20%
0%
PK A PK B PK C PK D

Rajah 3: Perbandingan ujian sebelum dan selepas peserta kajian A, B, C dan D


Analisis menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian pra dan pos. Keempat-
empat peserta kajian memperoleh gred A dengan pencapaian cemerlang selepas intervensi.
Hal ini menunjukkan perbezaan dengan pencapaian sebelum iaitu PK A dan PK D
memperoleh pencapaian baik manakala PK B menunjukkan pencapaian sebelum pada gred
C iaitu pencapaian sederhana dan PK C mendapat peratusan markah yang terendah iaitu
30% pada gred E dengan pencapaian yang lemah. Hal ini disebabkan, guru yang
menggunakan alat bantu mengajar dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan
pelajaran boleh menarik minat murid sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam mata
pelajaran ini (Abu & Leong Kwan Eu, 2014). Jelaslah, selepas pelaksaanaan intervensi
tahap inkuiri murid dapat dipertingkat dan dapat menjawab persoalan kajian iaitu

77
sejauhmanakah penggunaan teknik didik hibur elemen penceritaan dapat meningkatkan
tahap inkuiri murid semasa proses PdP mata pelajaran Sejarah?

Jadual 3: Interpretasi skala soal selidik


SKALA INTERPRETASI SKALA
1 Menunjukkan murid tidak bersetuju
2 Menunjukkan murid tidak pasti
3 Menunjukkan murid selalu

KEPUTUSAN SOAL SELIDIK SEBELUM


PESERTA KAJIAN
Berminat
3.5 Melibatkan diri
3
Menjelaskan kronologi
2.5
2 Menjawab soalan
Skala

1.5 Mudah memahami


1
0.5
0
PK A PK B PK C PK D

Rajah 4: Perbandingan soal selidik sebelum peserta kajian A, B, C dan D

KEPUTUSAN SOAL SELIDIK SELEPAS


PESERTA KAJIAN
3.5 Berminat
3 Melibatkan diri
2.5 Menjelaskan kronologi
2 Menjawab soalan
Skala

1.5 Mudah memahami


1
0.5
0
PK A PK B PK C PK D

Rajah 5: Perbandingan soal selidik selepas peserta kajian A, B, C dan D


Soal selidik merupakan kaedah utama yang digunakan bagi mengenalpasti tahap inkuiri
murid melalui borang senarai semak. Hal ini kerana, melalui soal selidik pengkaji boleh
mendapatkan ketepatan data dan kebolehpercayaan terhadap kajian yang dijalankan.
Pengkaji akan menilai peserta kajian berdasarkan minat, penglibatan dan pemahaman bagi
mengukur tahap inkuiri peserta kajian. Data yang diperoleh menunjukkan peningkatan yang
ketara dalam keputusan soal selidik selepas intervensi dijalankan. Hal ini jelaslah
menunjukkan keberkesanan teknik didik hibur elemen penceritaan dan menjawab persoalan
kedua iaitu adakah penggunaan teknik didik hibur elemen penceritaan berkesan dalam
meningkatkan tahap inkuiri murid semasa proses PdP Sejarah?.

78
79
7.0 REFLEKSI

Berdasarkan analisis hasil dapatan, pengkaji mendapati peserta kajian dapat meningkatkan
tahap inkuiri semasa proses PdP tajuk peristiwa pembukaan Melaka setelah pelaksanaan
teknik didik hibur elemen penceritaan melalui aktiviti teater bercerita. Pendekatan didik hibur
melibatkan pengajaran yang bersifat santai dan seronok dengan menghubungjalinkan unsur
kelakar, kecindan, estetik, muzik dan lakonan agar dapat menarik minat murid untuk belajar.
Pendekatan yang menghiburkan ini dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan tekanan
murid kepada guru mereka (Seng, Azhar Md. Sabil, & Shamsudin Othman, 2018). Justeru,
selepas pelaksananaan intervensi, pengkaji mendapati semua peserta kajian menunjukkan
respon yang positif melalui peningkatan daripada ujian sebelum dan selepas, pemerhatian
dan soal selidik yang dijalankan.
PAK 21 turut menekankan pembelajaran yang berpusatkan murid melalui aktiviti
yang dijalankan. Aktiviti yang menggunakan pendekatan didik hibur menitikberatkan
penyelesaian masalah dengan penglibatan aktif semua murid di dalam bilik darjah. Selain
itu, murid bebas bersuara untuk memberikan pendapat dan bebas untuk bergerak tetapi
dalam keadaan yang terkawal berdasarkan objektif pengajaran yang hendak dicapai oleh
guru (Seng, Azhar Md. Sabil, & Shamsudin Othman, 2018). Jelaslah, teknik didik hibur
elemen penceritaan yang dijalankan berkesan dalam melahirkan murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, guru juga berperanan untuk
menjalankan penambahbaikan terhadap amalan PdP dari semasa ke semasa terutamanya
dalam mata pelajaran Sejarah bagi mengelakkan persepsi dan anggapan mata pelajaran
membosankan dalam diri murid. Hal ini kerana, guru sebagai penggerak utama bagi
memastikan kelancaran proses PdP. Guru yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi
dalam pelaksanaan pendekatan didik hibur akan dapat melaksanakan pendekatan ini
dengan sebaik mungkin untuk memberikan kesan yang positif ke atas penguasaan dan
pencapaian murid (Seng, Azhar Md. Sabil, & Shamsudin Othman, 2018).
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan dapatan kajian, antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan


ialah murid perlulah diberi peluang untuk mereka cipta skrip dan gaya watak mengikut
kreativiti dan minat masing-masing di bawah bimbingan guru berdasarkan kronologi
peristiwa yang telah diterangkan oleh guru. Hal ini kerana, mereka akan lebih memahami
peristiwa pembukaan Melaka apabila dapat menyelami perwatakan masing-masing dan
berusaha untuk membawa watak mengikut kesesuaian intonasi semasa intervensi
dijalankan menyebabkan tahap inkuiri murid meningkat dengan lebih baik. Melalui
kemahiran berfikir secara kritis, murid dapat menggunakan pelbagai teknik penciptaan idea,
membangun, melaksana dan berkomunikasi dengan idea-idea baru kepada orang lain
secara berkesan dengan aspek kemahiran pemikiran kreatif (Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty
Ab Wahid, & Rohaila Yusof, 2019).
Selain itu, bagi memberi kesan yang lebih baik terhadap intervensi yang dijalankan,
rakaman semasa slot teater bercerita peristiwa pembukaan Melaka perlulah dijalankan agar
di akhir proses PdP, guru dapat menayangkan semula teater bercerita yang dijalankan
kepada murid. Rakaman video tersebut membolehkan pengkaji melihat isi-isi tersirat pada
data-data yang dikumpul. Justeru, kekuatan dan kelemahan dapat dikesan serta
penambahbaikan dapat dilakukan terhadap intervensi teknik didik hibur elemen penceritaan
secara tidak langsung dapat membantu menambah baik amalan PdP dalam suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.
Bilangan peserta kajian perlulah ditingkatkan bagi memberi keadilan kepada semua
murid sama ada yang lemah, sederhana, baik dan cemerlang. Sesi PdP di dalam bilik darjah
seharusnya lebih bersifat interaktif atau dua hala dengan turut melibatkan murid secara aktif
agar mereka lebih mudah mengikuti dan memahami pelajaran yang disampaikan seperti
melalui aktiviti kerja berkumpulan. Guru juga perlu menambah unsur ganjaran sekiranya
murid-murid dapat menceritakan semula kronologi peristiwa pembukaan Melaka agar dapat
80
meningkatkan semangat murid dalam proses PdP. Ganjaran yang diberikan dapat
digunakan untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali Imran: 145, 148, dan
An- Nisa: 134 bermaksud dalam pendidikan Islam, pemberian ganjaran yang baik terhadap
tingkah laku baik dari anak didik merupakan sesuatu nilai yang murni (Annual & Mohd
Jasmy Abd Rahman, 2018). Justeru, pemberian ganjaran merupakan faktor yang dapat
menjadikan murid lebih bersemangat secara tidak langsung meningkatkan tahap inkuiri
murid ke arah yang lebih baik.
Penggunaan intervensi bagi tujuan kajian pada masa depan juga boleh dilaksanakan
dengan melakukan penambahbaikan bagi mengatasi masalah murid tidak berminat
terhadap mata pelajaran Sejarah. Kaedah konvensional menunjukkan interaksi yang lemah,
pembelajaran dalam mod sehala, kekurangan sumber pembelajaran dan kurang maklum
balas daripada murid lemah (Rajendran, 2010)tidak lagi sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran PAK 21. Oleh itu, menurut (Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, &
Rohaila Yusof, 2019) memperkasakan pengajaran khususnya daripada amalan pengajaran
dan pembelajaran serta pemudahcaraan guru abad 21 bagi memastikan warga pendidik
berupaya meneraju dan melaksanakan transformasi seperti yang dihasratkan merupakan
perkara utama dalam sistem pendidikan negara melalui pengaplikasian kaedah PdP yang
bermakna.

81
9.0 RUJUKAN

Abu, N. E., & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan
pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1-10.
Ahmad, N. L., Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan
amalan pengajaran dan pembelajran abad 21 terhadap pembangunan pelajar. Jurnal
pendidikan, psikologi dan kaunseling, 37-51.
Annual, N. B., & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2018). Tingkah Laku Disruptif dalam kalangan
pelajar. Jurnal Pendidikan, 1-8.
Dewey. (1933). Relationship Between Reflection Disposition Toward Teaching and Effective
Teaching. Boston: D.C. Health and Company.
Iberahim, A. R., Zamri Mahamod, & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017).
Pembelajaran abad ke 21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan
pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 77-88.
Jantan, R., Shahabudin Hashim, & Mahani Razali. (2003). Psikologi Pendidikan. Bentong:
PTS Publications and Distributors.
Jasmi, K. A., Noratikah Ibrahim, & Mohd Faeez Illias. (2012). Gaya Pengajaran Guru dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam, 212-223.
Malaysia, K. M. (1992). Laporan Keputusan Peperiksaan . Kuala Lumpur: Majlis
Peperiksaan Malaysia.
Malaysia, K. P. (2016). Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Inkuiri. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum KPM.
Mohamed, N. M. (2013). Kesan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap
pencapaian dan pengetahuan geografi, motivasi dan perlakuan inkuiri pelajar
berbeza pencapaian. Jurnal Pendidikan, 1-47.
Nazir, J. (2004). standard kualiti pendidikan malaysia sekolah. Kuala Lumpur: Jemaah Nazir.
Omardin. (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Othman, S. (2014). Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni
Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Bahasa, 2.
Pustaka, D. B. (1990). Aktiviti Bakat Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rajendran. (2010). Teachign Thinking Skills At Institutions of higher learning. Lesson
learned, 37-50.
Saad, Z. B. (2005). Program 15 minit dan pembelajaran berkumpulan ke arah meningkatkan
tahap keberanian dan keyakinan pelajar menjawab soalan sewaktu mata pelajaran
perdagangan. Jurnal Pendidikan, 167-170.
Seng, O. J., Azhar Md. Sabil, & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengatahuan dan sikap
guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran bahasa Melayu. Jurnal
latihan dan Pendidikan , 1-9.
Yunos, M. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu dengan kemahiran abad ke 21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 22-30.

82
TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU PELATIH
SEJARAH DALAM AMALAN PENTAKSIRAN DI BILIK DARJAH

NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD


PISMP Sejarah Ambilan Jun 2016
syakirahsamad124@gmail.com

Abstrak

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Selaras dengan transformasi sistem
pendidikan negara, amalan pentaksiran di bilik darjah diterjemah melalui Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi semua mata pelajaran di bawah KSSR termasuk subjek
Sejarah. Namun, pelaksanaannya telah menimbulkan pelbagai isu dalam pendidikan sejak ianya
diperkenalkan dan tidak terkecuali dalam kalangan guru pelatih. Justeru, kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih bidang pengkhususan Sejarah dalam
amalan pentaksiran di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah. Kajian ini melibatkan seramai 52
orang guru pelatih Sejarah yang dipilih secara rawak dari empat buah Institut Pendidikan Guru (IPG)
di seluruh Malaysia. Data kajian yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan
Program Statistical Packages for The Social Sciences (SPSS) versi 20 melalui analisis deskriptif dan
inferensi yang menggunakan peratusan, min dan Ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan
bahawa guru pelatih Sejarah mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
amalan pentaksiran di bilik darjah. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap pengetahuan guru pelatih terhadap amalan pentaksiran di bilik darjah dengan kemahiran
melaksanakan pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah. Implikasi kajian ini adalah sebagai panduan
untuk menambahbaik amalan pentaksiran di bilik darjah dalam kurikulum Sejarah.
Kata kunci: pengetahuan, kemahiran, guru pelatih, amalan pentaksiran di bilik
darjah, mata pelajaran Sejarah

Abstract

History is one of the core subjects in the Primary School Standard Curriculum (KSSR) which is
compulsory for students to learn starting from the 4 th year in Phase II. In line with the transformation of
the national education system, the classroom assessment implemented through Curriculum and
Assessment Standard Document (DSKP) for all subjects in KSSR including History. However,
implementation of the classroom assessment has raised many issues in education and also no
exception among trainee teachers. This study was conducted to observe the level of knowledge and
skills of trainee teachers in the classroom assessment practices especially for History subject. This
study involving 52 trainee teachers whom randomly selected among the students from Institute of
Teacher Education (IPG) in Malaysia. The data obtained was processed and analyzed using the
Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Program version 20 through descriptive and
inferential analysis which was based on percentage, mean and Pearson Correlation Test. The finding
shows that most of the trainee teachers have a high level of knowledge and skills in the classroom
assessment practices. This study also shows that there is a significant relationship between the level
of knowledge in classroom assessment practices among the trainee teachers and skills in
implementing the classroom assessment for History subject. The implication of this study is as a guide
to improve classroom assessment practices in the History curriculum.
Keywords: knowledge, skills, trainee teachers, classroom assessment practices,
History subjects

83
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah
terutamanya pembelajaran di bilik darjah. Selari dengan perubahan dalam dunia pendidikan,
dasar pendidikan negara memfokuskan beberapa pembaharuan dalam sistem pentaksiran
bagi membentuk individu murid yang berpengetahuan tinggi serta mampu bersaing secara
global. Amalan pentaksiran di bilik darjah diterjemah melalui Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang menekankan penguasaan murid berdasarkan pernyataan standard
kurikulum. Pada tahun 2014, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di peringkat
sekolah rendah yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam KSSR mulai tahun 4 di Tahap
II (KPM, 2014). Dalam konteks ini, amalan pentaksiran di bilik darjah turut dititikberatkan
dalam kurikulum Sejarah yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran sejarah
murid. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran
guru pelatih Sejarah dalam amalan pentaksiran di bilik darjah.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Pemilihan pengkaji terhadap tajuk ini adalah untuk mengupas tahap pengetahuan guru
pelatih dalam amalan pentaksiran di bilik darjah kerana pengkaji mempunyai pengalaman
dalam melaksanakan pentaksiran terhadap proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
sepanjang tempoh praktikal. Pengkaji berpendapat bahawa pentaksiran di bilik darjah gagal
dilaksanakan secara berkesan sekiranya guru sendiri kurang menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang ditekankan dalam amalan pentaksiran tersebut. Menurut Rafeah Kanji
(2014), kejayaan proses pentaksiran ini sangat bergantung kepada kefahaman dan
pengetahuan guru dalam mengaplikasikan konsep pentaksiran dalam bilik darjah. Namun,
pengkaji turut mengakui tahap pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap
menyebabkan pengkaji sukar merancang strategi mentaksir dengan baik. Justeru, pengkaji
ingin mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih dalam
amalan pentaksiran di bilik darjah khususnya dalam proses PdPc Sejarah.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
a. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih Sejarah dalam
amalan pentaksiran di bilik darjah.
b. Menilai hubungan antara tahap pengetahuan guru pelatih dalam amalan pentaksiran
di bilik darjah dengan kemahiran melaksanakan pentaksiran bagi mata pelajaran
Sejarah.
Selaras dengan objektif kajian, kajian ini menjawab persoalan-persoalan berikut:
a. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih Sejarah dalam amalan pentaksiran di bilik
darjah?
b. Apakah tahap kemahiran guru pelatih Sejarah dalam amalan pentaksiran di bilik
darjah?
c. Adakah terdapat hubungan antara tahap pengetahuan guru pelatih dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah dengan kemahiran melaksanakan pentaksiran bagi mata
pelajaran Sejarah?

84
4.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih reka bentuk kajian tinjauan kerana ciri-cirinya yang
sesuai untuk mengumpul maklumat dan data kajian. Pengkaji menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian utama bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap
pengetahuan dan kemahiran guru pelatih opsyen Sejarah dalam amalan pentaksiran di bilik
darjah bagi mata pelajaran Sejarah. Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual bagi
mendapatkan data sokongan berkaitan pengalaman responden yang terlibat dalam kajian
ini.
Persampelan kajian
Pemilihan persampelan adalah menggunakan prosedur persampelan rawak berasaskan
sesuatu kriteria. Bagi memilih responden kajian untuk soal selidik, pengkaji menggunakan
jenis persampelan rawak berkelompok iaitu setiap ahli populasi yang disenaraikan
berpeluang dipilih sebagai sampel. Persampelan kajian pula dilakukan menggunakan
prosedur persampelan rawak mudah dengan memilih empat daripada 12 buah Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang terdiri daripada guru pelatih opsyen Sejarah seramai 60 orang.
Bagi sampel kajian, pengkaji memilih secara rawak 52 orang guru pelatih daripada keempat-
empat buah IPG bagi mewakili populasi sebenar kajian. Daripada jumlah tersebut, sampel
kajian merupakan guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 yang mempunyai pengalaman
mengajar subjek Sejarah semasa menjalani fasa praktikum.
Instrumen kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Instrumen soal selidik
diubah suai daripada kajian Safarin Nordin & Hidayah Ismail (2014) yang mengkaji
kesediaan guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Borang soal
selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A tentang demografi responden,
bahagian B tentang tahap pengetahuan guru pelatih dalam amalan pentaksiran di bilik
darjah dan bahagian C tentang kemahiran guru pelatih melaksanakan pentaksiran bagi mata
pelajaran Sejarah. Pengkaji menggunakan skala Likert dalam pembinaan instrumen soal
selidik kerana mudah diurus dan digunakan untuk mendapatkan pilihan responden dan
tahap persetujuan terhadap pernyataan yang diberikan (Chua, 2011). Pengkaji turut
menggunakan kaedah temu bual bagi menyokong data kajian daripada kaedah soal selidik.
Instrumen temu bual dibina merangkumi lapan soalan berkaitan tahap pengetahuan dan
kemahiran guru pelatih dalam amalan pentaksiran di bilik darjah bagi mata pelajaran
Sejarah serta satu soalan cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan pentaksiran di
bilik darjah.
Analisis data
Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian statistik IBM SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi
20. Hasil dapatan kajian mengenai bahagian A, iaitu demografi responden dihuraikan
berdasarkan jadual dalam bentuk frekuensi dan nilai peratusan. Data bagi bahagian B dan
bahagian C yang berkaitan tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah dianalisis dalam bentuk min dan peratusan. Interpretasi data pula
dilakukan berdasarkan nilai skor min yang diperolehi sama ada rendah, sederhana atau
tinggi seperti dalam Jadual 2.0:
Jadual 2.0 Skala Skor Min dan Interpretasi

Skor Min Interpretasi


1.0 hingga 2.33 Rendah

85
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Dr. Jamil Ahmad (2002), Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru
sekolah, Satu penilaian tesis.
Data pada bahagian B dan C juga dianalisis menggunakan statistik inferensi untuk
melihat korelasi antara tahap pengetahuan guru pelatih dalam amalan pentaksiran di bilik
darjah dengan kemahiran guru pelatih dalam melaksanakan pentaksiran di bilik darjah bagi
mata pelajaran Sejarah menggunakan ujian korelasi Pearson. Bagi kaedah temu bual pula,
data dianalisis secara tematik iaitu transkripsi temu bual disusun dan dikelompokkan
berdasarkan tema dan kategori yang ditetapkan. Seterusnya, data diinterpretasi bagi
menghasilkan kesimpulan.
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan keputusan kajian bagi menjawab objektif serta persoalan-
persoalan kajian.
5.1 Persoalan 1: Apakah tahap pengetahuan guru pelatih Sejarah dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah?
Jadual 3.0 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Amalan Pentaksiran Di Bilik Darjah
Bagi Mata Pelajaran Sejarah
Pernyataan/Item Skala N Min Tahap

STS TS TP S SS

Konsep asas pentaksiran


A1. Pentaksiran di bilik 0.0 0.0 0.0 26.9 73.1 52 4.73 Tinggi
darjah dilaksanakan secara (0) (0) (0) (14) (38)
berterusan.
A2. Setiap pentaksiran perlu 0.0 0.0 0.0 19.2 80.8 52 4.81 Tinggi
merujuk DSKP Sejarah. (0) (0) (0) (10) (42)

A3. Pentaksiran perlu 0.0 0.0 3.8 28.8 67.3 52 4.62 Tinggi
diperincikan dalam RPH (0) (0) (2) (15) (35)
Sejarah.
Skor Aspek Pengetahuan
4.72 Tinggi
Konsep Asas Pentaksiran

Kaedah pentaksiran
A4. Pelbagai kaedah 0.0 0.0 0.0 23.1 76.9 52 4.77 Tinggi
pentaksiran dijalankan (0) (0) (0) (12) (40)
melalui pemerhatian, lisan
dan penulisan.
A5. Kaedah pentaksiran 0.0 0.0 0.0 40.4 59.6 52 4.60 Tinggi
ditentukan mengikut objektif (0) (0) (0) (21) (31)
pembelajaran.
A6. Kaedah pentaksiran 0.0 0.0 3.8 42.3 53.8 52 4.50 Tinggi
ditentukan mengikut (0) (0) (2) (22) (28)
kesediaan murid dari segi
kognitif, psikomotor dan
afektif.
Skor Aspek Pengetahuan
Kaedah Pentaksiran 4.62 Tinggi

86
Kriteria- Kriteria
Pentaksiran
A7. Pentaksiran dirancang 0.0 0.0 0.0 32.7 67.3 52 4.67 Tinggi
berdasarkan Standard (0) (0) (0) (17) (35)
Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard
Prestasi dalam DSKP.

A8. Prestasi murid dinilai 0.0 0.0 0.0 30.8 69.2 52 4.69 Tinggi
berdasarkan Tahap (0) (0) (0) (16) (36)
Penguasaan dalam DSKP.
A9. Tahap Penguasaan 0.0 0.0 3.8 30.8 65.4 52 4.62 Tinggi
murid ditentukan (0) (0) (2) (16) (34)
berdasarkan kognitif,
psikomotor dan afektif.
Skor Aspek Pengetahuan
4.66 Tinggi
Kriteria Pentaksiran

Instrumen pentaksiran di
bilik darjah
A10. Instrumen pentaksiran 0.0 0.0 0.0 38.5 61.5 52 4.62 Tinggi
memberi maklumat (0) (0) (0) (20) (32)
penguasaan murid dalam
PdP.
A11. Pelbagai instrumen 0.0 0.0 1.9 23.1 75.0 52 4.71 Tinggi
pentaksiran di bilik darjah (0) (0) (1) (12) (39)
boleh dijalankan.
A12. Instrumen pentaksiran 0.0 0.0 0.0 40.4 59.6 52 4.60 Tinggi
dibina berdasarkan kaedah (0) (0) (0) (21) (31)
pentaksiran dan aktiviti PdP.
Skor Aspek Pengetahuan
4.64 Tinggi
Instrumen Pentaksiran

Rekod Pentaksiran di Bilik


Darjah
A13. Hasil kerja murid atau 0.0 3.8 5.8 50.0 40.4 52 4.27 Tinggi
evidens diuruskan oleh guru. (0) (2) (3) (26) (21)

A14. Setiap pentaksiran 0.0 0.0 1.9 42.3 55.8 52 4.54 Tinggi
perlu direkod berdasarkan (0) (0) (1) (22) (29)
hasil kerja murid.
A15. Tindakan susulan perlu 0.0 0.0 1.9 44.2 53.8 52 4.52 Tinggi
dilakukan jika murid belum (0) (0) (1) (23) (28)
menguasai standard
kurikulum.
Skor Aspek Pengetahuan
4.44 Tinggi
Rekod Pentaksiran

Berdasarkan Jadual 3.0, dapat dijelaskan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih
dalam amalan pentaksiran di bilik darjah secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi.
Daripada kelima-lima aspek pengetahuan yang dikaji, tahap pengetahuan responden yang
paling tinggi mengikut purata min adalah konsep asas pentaksiran dengan jumlah (min =
4.72), kriteria pentaksiran dengan jumlah (min = 4.66), instrumen pentaksiran dengan jumlah
(min = 4.64), kaedah pentaksiran dengan jumlah (min = 4.62) dan diikuti dengan
pengetahuan berkaitan rekod pentaksiran dengan jumlah (min = 4.44).
87
Dapatan ini disokong daripada instrumen temu bual yang menunjukkan tahap
pengetahuan guru pelatih dalam amalan pentaksiran di bilik darjah berada pada tahap tinggi
walaupun terdapat aspek yang boleh ditingkatkan.
“Saya tahu melaksanakan pentaksiran tetapi saya masih kurang faham bagaimana
pentaksiran sepatutnya direkodkan…” (Responden 2)
Berdasarkan hasil dapatan kajian, guru pelatih rata-ratanya mengetahui kelima-lima
aspek pentaksiran yang perlu diimplementasikan dalam proses PdPc walaupun terdapat
sebilangan kecil yang masih tidak pasti dengan tahap pengetahuan mereka. Dapatan kajian
ini selari dengan dapatan kajian daripada Safarin Nordin & Hidayah Ismail (2014) yang
menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam aspek
pengetahuan di mana guru amat bersedia dan memahami tujuan pelaksanaan pentaksiran.
Berdasarkan kedudukan semasa guru pelatih yang telah menjalani fasa praktikum, mereka
sewajarnya telah mengetahui beberapa aspek penting dalam pelaksanaan pentaksiran. Hal
ini turut disokong oleh pendapat Rohaya Talib & Mohd Najib (2008), guru-guru haruslah
memahami matlamat dan prosedur pelaksanaan pentaksiran supaya tidak dianggap kurang
profesional sehingga mereka mengambil jalan mudah tanpa perancangan yang rapi.
5.2 Persoalan 2: Apakah tahap kemahiran guru pelatih Sejarah dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah?
Jadual 4.0 Tahap Kemahiran Guru Pelatih Dalam Amalan Pentaksiran Di Bilik Darjah
Bagi Mata Pelajaran Sejarah
Pernyataan/Item Skala
N Min Tahap
STS TS TP S SS

Konsep pentaksiran di bilik


darjah
A1. Melaksanakan 0.0 0.0 0.0 53.8 46.2 52 4.52 Tinggi
pentaksiran di bilik darjah (0) (0) (0) (28) (24)
secara berterusan.
A2. Merujuk DSKP semasa 0.0 0.0 3.8 25.0 71.2 52 4.67 Tinggi
merancang pentaksiran. (0) (0) (2) (13) (37)
A3. Memperincikan 0.0 0.0 5.8 42.3 51.9 52 4.46 Tinggi
pentaksiran dalam RPH (0) (0) (3) (22) (27)
Sejarah.

Skor Aspek Kemahiran


4.55 Tinggi
Konsep Pentaksiran

Kaedah pelaksanaan
pentaksiran di bilik darjah
A4. Mempelbagaikan kaedah 0.0 0.0 0.0 50.0 50.0 52 4.50 Tinggi
pentaksiran melalui (0) (0) (0) (26) (26)
pemerhatian, lisan dan
penulisan.
A5. Menentukan kaedah 0.0 0.0 0.0 42.3 57.7 52 4.58 Tinggi
pentaksiran mengikut objektif (0) (0) (0) (22) (30)
pembelajaran.
A6. Mengambil kira 0.0 0.0 1.9 48.1 50.0 52 4.48 Tinggi
kecerdasan pelbagai murid (0) (0) (1) (25) (26)
semasa merancang kaedah
pentaksiran.
Skor Aspek Kemahiran
4.52 Tinggi
Kaedah Pentaksiran

88
Kriteria- Kriteria
Pentaksiran di Bilik Darjah
A7. Menilai prestasi murid 0.0 0.0 1.9 55.8 42.3 52 4.40 Tinggi
berdasarkan Tahap (0) (0) (1) (29) (22)
Penguasaan.
A8. Menentukan Tahap 0.0 0.0 0.0 50.0 50.0 52 4.50 Tinggi
Penguasaan murid (0) (0) (0) (26) (26)
berdasarkan kognitif,
psikomotor dan afektif
A9. Memastikan setiap murid 0.0 0.0 3.8 44.2 51.9 52 4.48 Tinggi
mencapai Tahap (0) (0) (2) (23) (27)
Penguasaan yang
ditetapkan.
Skor Aspek Kemahiran
Kriteria Pentaksiran 4.46 Tinggi

Instrumen pentaksiran di
bilik darjah
A10. Mempelbagaikan 0.0 0.0 3.8 36.5 59.6 52 4.56 Tinggi
instrumen pentaksiran (0) (0) (2) (19) (31)
Sejarah.
A11. Berfikiran secara kreatif 0.0 0.0 3.8 46.2 50.0 52 4.46 Tinggi
dalam memilih tugasan. (0) (0) (2) (24) (26)
A12. Membuat persediaan 0.0 1.9 1.9 34.6 61.5 52 4.56 Tinggi
rapi dengan menyediakan (0) (1) (1) (18) (32)
ABM yang sesuai.
Skor Aspek Kemahiran
4.53 Tinggi
Instrumen Pentaksiran

Rekod Pentaksiran di Bilik


Darjah
A13. Merekod prestasi murid 0.0 0.0 3.8 57.7 38.5 52 4.35 Tinggi
bagi setiap topik yang (0) (0) (2) (30) (20)
dipelajari.
A14. Membuat sesi 0.0 3.8 13.5 44.2 38.5 52 4.17 Tinggi
pemulihan untuk murid yang (0) (2) (7) (23) (20)
belum mencapai standard
kurikulum.
A15. Memperbaiki 0.0 1.9 3.8 51.9 42.3 52 4.35 Tinggi
pembelajaran murid setelah (0) (1) (2) (27) (22)
melaksanakan pentaksiran.
Skor Aspek Kemahiran
Rekod Pentaksiran 4.29 Tinggi

Jadual 4.0 menunjukkan tahap kemahiran guru pelatih dalam melaksanakan pentaksiran
di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi.
Daripada kelima-lima aspek kemahiran yang dikaji, tahap penguasaan responden yang
paling tinggi mengikut purata min adalah konsep asas pentaksiran dengan jumlah (min =
4.55), diikuti dengan instrumen pentaksiran dengan jumlah (min = 4.53), kaedah pentaksiran
dengan jumlah (min = 4.52), kriteria pentaksiran dengan jumlah (min = 4.62) serta
kemahiran merekod pentaksiran dengan jumlah (min = 4.29).
Hasil dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa guru pelatih berkebolehan
dalam melaksanakan pentaksiran di bilik darjah walaupun terdapat aspek kemahiran yang
masih perlu ditingkatkan.

89
“Saya masih belum menguasai secara menyeluruh pelaksanaan pentaksiran di bilik
darjah tetapi saya mampu mengimplementasikan sebahagian daripada aspek
pentaksiran di bilik darjah.” (Responden 4)
Ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru pelatih melaksanakan pentaksiran di
bilik darjah bergantung kepada aspek pentaksiran yang dikuasai. Misalnya, purata skor min
yang tinggi dengan jumlah (min = 4.55) bagi aspek konsep asas pentaksiran
memperlihatkan guru pelatih lebih mahir dalam aspek tersebut manakala purata skor min
yang lebih rendah bagi aspek rekod pentaksiran menunjukkan rata-rata guru pelatih belum
menguasai sepenuhnya kemahiran merekod pentaksiran. Justeru, guru pelatih sewajarnya
bertindak cekap dengan meningkatkan kemahiran agar dapat melaksanakan pentaksiran
dengan berkesan. Hal ini turut disokong oleh Ravikumar (2015) yang menyatakan bahawa
guru perlu memiliki kemahiran yang tinggi, berpengetahuan dan mempunyai kebolehan
untuk meningkatkan prestasi serta pencapaian murid khususnya dalam proses PdPc.
5.3 Persoalan 3: Adakah terdapat hubungan antara tahap pengetahuan guru pelatih
dalam amalan pentaksiran di bilik darjah dan kemahiran melaksanakan pentaksiran
bagi mata pelajaran Sejarah?
Jadual 5.0 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Di Bilik Darjah dengan Kemahiran Melaksanakan Pentaksiran
bagi mata pelajaran Sejarah

Tahap Pengetahuan Kemahiran


Guru Pelatih Dalam Melaksanakan
Amalan Pentaksiran Pentaksiran Di
Di Bilik Darjah Bilik Darjah
Tahap Pengetahuan Guru Pearson Correlation 1 .622**
Pelatih Dalam Amalan Sig. (2-tailed) .000
Pentaksiran Di Bilik N
Darjah 52 52
Kemahiran Melaksanakan Pearson Correlation .622** 1
Pentaksiran Di Bilik Sig. (2-tailed) .000
Darjah N
52 52
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Keputusan analisis korelasi dalam Jadual 5.0 menunjukkan terdapat hubungan


positif yang positif dan kukuh antara tahap pengetahuan guru pelatih dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah dengan kemahiran melaksanakan pentaksiran bagi mata
pelajaran Sejarah dengan nilai pekali korelasinya iaitu r = .622, P = < .000. Justeru, pengkaji
menolak hipotesis nol bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua
pembolehubah dalam kajian. Ini bermakna pengetahuan guru pelatih dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah mempengaruhi kemahiran guru pelatih untuk melaksanakan
pentaksiran di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah.
Dapatan temu bual juga menunjukkan responden bersetuju pengetahuan dalam
amalan pentaksiran di bilik darjah membolehkan guru mengimplementasikan kemahiran
mentaksir dalam proses PdPc Sejarah dengan lebih baik.
“Pengetahuan berkaitan pentaksiran di bilik darjah dapat membantu guru pelatih
melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP secara berkesan apabila guru
menguasai aspek-aspek yang perlu ada dalam pentaksiran seperti membina
instrumen.” (Responden 1)

90
“Pengetahuan pentaksiran di bilik darjah sangat membantu dalam melaksanakannya
di bilik darjah. Sekiranya guru tidak menguasai pengetahuan, pentaksiran di bilik
darjah tidak dapat dilaksanakan mengikut kriteria yang betul dan sesuai.
(Responden 5)

Secara keseluruhannya, guru pelatih masih belum menguasai sepenuhnya


pelaksanaan pentaksiran di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah namun guru pelatih
memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti pentaksiran pada
peringkat asas. Oleh itu, guru pelatih perlu sentiasa memperluas, memperbaharui dan
mendalami pengetahuan serta kemahiran khususnya berkaitan pelaksanaan aktiviti
pentaksiran di bilik darjah agar dapat mencapai matlamat kurikulum. Hal ini bertepatan
dengan pendapat Rosli Alias (2008) yang menekankan bahawa guru harus menguasai
secara mendalam pengetahuan dalam pelajaran yang diajar untuk menjadikan proses PdPc
lebih berkesan dan berkualiti.
6.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Secara ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran
guru pelatih dalam amalan pentaksiran di bilik darjah berada pada tahap tinggi berdasarkan
aspek-aspek pentaksiran yang dikaji. Kajian ini juga mendapati pengetahuan dalam amalan
pentaksiran di bilik darjah amat berkait rapat dengan kemahiran melaksanakan pentaksiran
dalam proses PdPc berdasarkan hubungan yang signifikan dan kukuh. Justeru, kajian ini
memberikan impak yang penting terhadap beberapa pihak yang berkaitan seperti guru
Sejarah, guru pelatih dan bahagian pembangunan kurikulum dalam usaha meningkatkan
tahap pengetahuan dan kemahiran terhadap amalan pentaksiran di bilik darjah.
Kajian ini memberi implikasi penting kepada guru pelatih bidang pengkhususan
Sejarah sebagai refleksi untuk meningkatkan kompetensi diri dalam pedagogi Sejarah
khususnya berkaitan amalan pentaksiran di bilik darjah. Hal ini selari dengan kajian oleh
Fatiha Senom, Abd Razak & Shanina Sharatol (2013) yang menyatakan bahawa penerapan
sikap yang positif terhadap aspek pentaksiran sewajarnya dipupuk seawal guru mengikuti
program latihan keguruan lagi. Selain itu, kajian ini memberi manfaat kepada guru mata
pelajaran Sejarah di sekolah rendah agar sentiasa meningkatkan profesionalisme diri
melalui aspek pengetahuan dan kemahiran bagi membantu memperbaiki amalan proses
PdPc terutamanya amalan pentaksiran di bilik darjah.
Sebagai penambahbaikan, pengkaji mencadangkan kajian ini dapat diteruskan
dengan kajian ke atas tahap kompetensi guru Sejarah di sekolah rendah dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap amalan pentaksiran di bilik darjah bagi mata
pelajaran Sejarah. Hal ini kerana tinjauan terhadap guru-guru Sejarah di sekolah rendah
dapat menunjukkan keadaan atau situasi sebenar amalan pentaksiran di bilik darjah dari
sudut pandang yang berbeza. Melalui jumlah responden yang terdiri daripada guru-guru
yang lebih berpengalaman, kredibiliti generalisasi kajian akan lebih dipercayai. Justeru itu,
kesediaan guru mata pelajaran Sejarah dalam melaksanakan pentaksiran di bilik darjah
dapat dikenalpasti dengan lebih mendalam.

91
RUJUKAN
Chua, Y.P. (2011). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan (2nd ed.). Shah
Alam: McGraw-Hill Education.
Dr. Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah. Satu
penilaian tesis.
Fatiha Senom, Abd Razak, & Shanina Sharatol. (2013). Novice Teachers' Challenge and
Survival: Where do Malaysia ESL Teachers Stand? Journal of Educational Research,
119-125.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Sejarah . Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Rafeah Kanji. (2014). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah
Daerah Segamat. Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Ravikumar, K. (2015). Autonomi Guru dan Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Sekolah Kluster.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Rohaya Talib, & Mohd Najib. (2008). Pembinaan Instrumen Bagi Mengukur Tahap Literasi
Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan
Pasca Ijazah. Skudai: Pusat Latihan UTM.
Rosli Alias. (2008). Pelaksanaan pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu di
sekolah daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Skudai: Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Safarin Nordin, & Hidayah Ismail. (2014). Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
International Seminar on Technical and Vocational Education , 475-483.

92
PENGGUNAAN LAMAN WEB WIX.COM UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN
STANDARD PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

SITI NOORLIYANA BINTI KAMARUDDIN


PISMP Sejarah Ambilan Jun 2016
meyana97@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan laman web Wix.com untuk
meningkatkan kefahaman standard pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid tahun 4. Objektif
kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah dengan
menggunakan laman web Wix.com. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada lima orang
murid yang berusia 10 tahun serta mempunyai kefahaman yang rendah. Data kajian dikumpulkan
melalui kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan kaedah pengujian. Hasil analisis data
membuktikan peserta kajian faham berkaitan dengan standard pembelajaran yang difokuskan.
Interpretasi data menunjukkan bahawa penggunaan laman web Wix.com berkesan untuk
meningkatkan kefahaman standard pembelajaran Sejarah. Selain itu, kajian ini juga terbukti dapat
mengubah tingkah laku peserta kajian kerana mempunyai daya tarikan kerana mempunyai pelbagai
bahan seperti audio, video dan aktiviti interaktif. Namun, kajian ini dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan apabila mempunyai penambahbaikan seperti menggabungkan dengan kemahiran menulis,
mempelbagaikan bahan bagi setiap standard pembelajaran dan membangunkan laman web offline.

Kata Kunci : tapak web wix.com, standard pembelajaran, tingkah laku, interaktif

ABSTRACT

This action research aimed to evaluate the effectiveness of using the Wix.com website to improve the
understanding of the learning standards in History, among Year 4 students. The participants in this
study consisted of five students aged 10 years old and having low levels of understanding in the
targeted area. The research data were collected through observation method, questionnaire and test
method. The results of the data analysis proved that the respondents understood the relevant learning
standards. Interpretation of the data indicates that the use of the Wix.com website is effective in
improving the understanding of the standard in history learning. In addition, this study also proved to
be able to change the behavior of the respondents because of its attractiveness as it has various
materials such as audio, video and interactive activities. However, this study can be implemented
more effectively with improvements such as incorporating writing skills, diversifying materials for each
learning standard and developing offline websites.

Key words : wix.com website, learning standard, behaviour, interactive

93
PENGENALAN

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa
mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai 2013 (Mohd Al Qayum Azizi, 2010). Pada tahun 2014, mata pelajaran
Sejarah pula diperkenalkan kepada murid tahap dua sekolah rendah sebagai pendedahan
awal tentang kandungan mata pelajaran Sejarah sebelum melangkah ke peringkat sekolah
menengah. Ini menjadi satu tanggungjawab kepada guru Sejarah dalam memastikan murid
sekolah rendah memahami setiap standard kandungan mata pelajaran Sejarah kerana kelak
mereka turut akan menduduki peperiksaan SPM. Antara usaha guru Sejarah dalam
meningkatkan kefahaman murid dalam standard kandungan ialah dengan menggunakan
pendekatan, kaedah, teknik, bahan bantu mengajar dan penerapan Kemahiran Pemikiran
Sejarah yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Oleh itu, dalam
penyelidikan ini pengkaji memberi fokus kepada penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
dalam menyelesaikan masalah murid tentang kefahaman dalam standard pembelajaran
yang difokuskan.

FOKUS KAJIAN

Masalah kefahaman dalam standard pengajaran 4.1.1 iaitu menamakan kerajaan-kerajaan


Melayu Awal dan 4.1.2 mengenal pasti lokasi Kerajaan-kerajaan Melayu pada peta Malaysia
dengan menggunakan laman web Wix.com menjadi fokus utama yang dijadikan sebagai
pernyataan masalah kajian. Intervensi laman web Wix.com dibangunkan. Fokus ini dipilih
kerana mempunyai ciri-ciri seperti kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan,
kerelevanan dan kolaboratif.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian bagi penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam kalangan murid tahun 4 terhadap standard pengajaran mata pelajaran sejarah
dengan menggunakan laman web Wix.com.

Persoalan kajian bagi kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian berikut.
i. Adakah penggunaan laman web Wix.com dapat meningkatkan kefahaman peserta
kajian dalam mata pelajaran Sejarah?
ii. Bagaimanakah penggunaan laman web Wix.com berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah dilaksanakan ke atas lima orang murid tahun empat di salah sebuah sekolah
di Melaka. Lima orang murid dipilih sebagai peserta kajian yang terdiri daripada murid
berpencapaian rendah dalam lembaran kerja yang diberikan. Peserta kajian yang dipilih juga
mempunyai ciri-ciri unik tertentu yang sesuai untuk dijalankan intervensi. Peserta kajian
dilabelkan sebagai peserta kajian satu (PK A), peserta kajian dua (PK B), peserta kajian tiga
(PK C), peserta kajian empat (PK D) dan peserta kajian lima (PK E).

94
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kajian tindakan yang diperkenalkan oleh
Kemmis dan McTaggert 1988. Rajah 1 merupakan perincian pelaksanaan kajian tindakan

Mereflek
(Reflect)

Memerhati Merancang
(observe) Gelung 1 (plan)

Ke gelung seterusnya
Bertindak
(jika perlu) (action)

Mereflek
(Reflect)

Memerhati Merancang
(observe) Gelung 2 (plan)

Bertindak
(action)

Rajah 1 Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)

Penyelidikan ini menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)
sebagai panduan. Model tersebut mempunyai empat langkah kajian tindakan berdasarkan
gelungan iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati
(observe) seperti Rajah 1. Sekiranya penyelidikan pada gelungan pertama tidak mencapai
objektif kajian, pengkaji akan melaksanakan kajian dengan menggunakan gelungan kedua.
Model ini dipilih kerana pengkaji memulakan penyelidikan dengan membuat refleksi
terhadap PdPc yang dilaksanakan.
Merujuk Rajah 1 pengkaji memulakan penyelidikan dengan membuat refleksi ke atas
PdPc yang telah dilaksanakan. Tujuan membuat refleksi adalah untuk mengenalpasti
masalah yang berlaku semasa PdPc. Masalah yang dikenalpasti ialah kefahaman murid
yang rendah. Setelah masalah PdPc dikenalpasti pengkaji memilih beberapa peserta kajian
mengikut kriteria yang ditetapkan dengan menggunakan data awal iaitu lembaran kerja dan
borang senarai semak pemerhatian untuk melaksanakan penyelidikan ke atas mereka.
Pengumpulan data awal dapat membantu pengkaji merancang dan membangunkan
satu intervensi untuk menyelesaikan masalah yang difokuskan. Intervensi dibangunkan
mengikut masalah yang dikenalpasti, faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut
berlaku dan kajian tinjauan yang dilakukan dengan merujuk kajian lepas. Intervensi yang
dibangunkan ialah menggunakan laman web Wix.com sebagai BBM. Tambahan pula,
pengkaji juga membina instrumen bagi mengukur keberkesanan intervensi dalam
meningkatkan kefahaman.
Seterusnya, pengkaji melaksanakan intervensi pada peringkat tindakan data
dikumpul dengan menggunakan instrumen sebelum, semasa dan selepas intervensi.
Pengkaji menganalisis instrumen tersebut pada peringkat memerhati bagi mendapatkan
keputusan tentang keberkesanan intervensi yang digunakan dalam menyelesaikan masalah
yang difokuskan. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, pengkaji perlu
meneruskan kajian dengan menggunakan gelungan kedua iaitu bermula dengan membuat
refleksi intervensi dan merancang penambahbaikan intervensi.

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Kaedah triangulasi digunakan untuk menyemak dan memperoleh hasil dapatan yang
mempunyai kesahan yang lebih tinggi. Triangulasi bermaksud penggunaan pelbagai sumber
95
data, penyelidik, kaedah pemungutan data dan analisis (Bailey, 2007). Rajah 2
menunjukkan kaedah triangulasi dalam pengumpulan data bagi penyelidikan kajian tindakan
ini.

Pemerhatian

Soal
Ujian
Selidik

Rajah 2: Kaedah Triangulasi

Menurut Suseela Malakolunthu (2001), penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan


data adalah sebahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang
lebih tepat dan meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji. Selaras dengan itu,
pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data bagi membolehkan
pengkaji menyemak dengan lebih terperinci dalam menyokong hasil dapatan kajian.
Antara kaedah yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan ujian.
Pemerhatian digunakan untuk melihat faktor peningkatan kefahaman murid dalam standard
pembelajaran yang difokuskan. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan
borang senarai semak pemerhatian.
Soal selidik digunakan untuk mengenalpasti faktor keberkesanan laman web
Wix.com dan kefahaman peserta kajian terhadap standard pembelajaran yang difokuskan.
Soal selidik dapat melihat maklum balas murid berkaitan dengan keberkesanan laman web
Wix.com dalam membantu peserta kajian meningkatkan kefahaman dalam standard
pembelajaran yang difokuskan.
Ujian pra dan pasca pula digunakan untuk melihat kefahaman peserta kajian dan
juga kemajuan yang telah dicapai oleh mereka. Ujian pra digunakan sebelum intervensi dan
ujian pasca pula digunakan selepas intervensi.

DAPATAN KAJIAN

Secara khususnya, bahagian dapatan kajian ini akan menjawab dua persoalan kajian seperti
berikut:
i) Adakah penggunaan laman web Wix.com dapat meningkatkan kefahaman
peserta kajian dalam mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan data ujian dan soal selidik, pengkaji dapati penggunaan laman web
Wix.com telah berjaya membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap
standard pengajaran yang difokuskan semasa pelaksanaan intervensi. Hal ini demikian
dapat dilihat berdasarkan peningkatan ujian bagi kelima-lima peserta kajian selepas
pelaksanaan intervensi. Ujian pasca membuktikan bahawa peserta kajian mencapai
kefahaman yang lebih baik berbanding sebelum pelaksanaan iaitu memperolehi keputusan
markah antara julat baik dan cemerlang iaitu antara 57% sehingga 85%. Tambahan pula
merujuk soal selidik peserta kajian sangat bersetuju bahawa laman web Wix.com menarik,
memberi maklumat, meningkatkan tumpuannya dan menjadikannya lebih aktif. Oleh itu,
penggunaan BBM iaitu laman web Wix.com merupakan BBM yang seronok untuk digunakan
dan dapat meningkatkan tumpuan semasa PdPc. Apabila tumpuan meningkat, kefahaman
juga dapat ditingkatkan kerana murid tidak membuat kerja selain daripada memberi
tumpuan semasa PdPc berlangsung. Ini menunjukkan bahawa laman web Wix.com dapat
membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap standard pengajaran yang difokuskan
kerana laman web Wix.com dapat memuat naik pelbagai bahan bantu mengajar seperti

96
audio, video dan aktiviti interaktif. Menurut Ahmad Rahim & Sidek Said (2009), pelbagai
kaedah pengajaran perlu diperluaskan berasaskan TMK, modul-modul pengajaran kendiri,
modul interaktif dan seumpamanya perlu dibudayakan supaya PdPc menjadi lebih berkesan
dan memberi rangsangan baharu dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kesimpulannya, penggunaan laman web Wix.com dapat meningkatkan kefahaman
peserta kajian kerana terdapat peningkatan markah ujian. Malah, terdapat perbezaan data
soal selidik berkaitan dengan kefahaman dalam pembelajaran. Hasil daripada tinjauan
literatur, Ahmad Marzuki & Roslan (2010) menunjukkan penggunaan laman web dapat
meningkatkan kefahaman murid kerana merujuk soal selidik kepada beberapa pelawat
secara rawak menunjukkan responden bersetuju bahawa laman web yang dibangunkan
memberi kefahaman yang jelas tentang pengurusan jenazah (fokus pembelajaran). Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan laman web Wix.com sesuai digunakan dalam mata
pelajaran Sejarah dalam meningkatkan kefahaman peserta kajian.
ii) Bagaimanakah penggunaan laman web Wix.com berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Merujuk analisis borang senarai semak pemerhatian dan soal selidik telah
menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan terhadap kefahaman dalam
kalangan peserta kajian. Hal tersebut dapat dibuktikan melalui data daripada instrumen
pemerhatian dan borang soal selidik.
Hasil dapatan data pemerhatian sebelum intervensi menunjukkan majoriti peserta
kajian tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dengan tepat, tidak memberi tumpuan,
sering menggangu rakan, tidak menyiapkan lembaran kerja, jarang melibatkan diri semasa
aktiviti PdPc dan kurang bersemangat untuk menjawab soalan sebelum pelaksanaan
intervensi. Menurut Fredricks (2004) menyatakan tingkah laku murid mempengaruhi
kefahaman murid. Oleh itu apabila murid menunjukkan tingkah laku negatif seperti tidak
memberi tumpuan secara tidak langsung akan menyebabkan murid kurang melibatkan diri
secara aktif semasa PdPc yang menyebabkan kefahaman sukar dicapai. Tambahan pula
merujuk borang soal selidik sebelum intervensi, murid memberi skala likert yang rendah
terhadap semua item yang disoal berkaitan dengan PdPc. Walaubagaimanapun, selepas
intervensi pengkaji memperoleh data soal selidik yang menunjukkan peningkatan skala
likert daripada skala yang rendah kepada skala yang lebih tinggi. Malah tingkah laku murid
lebih baik berbanding PdPc terdahulu. Hal ini demikian kerana keberkesanan laman web
Wix.com yang digunakan. Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2001-2010),
salah satu punca masalah kefahaman adalah kerana 62% guru masih menggunakan
kaedah pengajaran tradisional seperti kaedah gabungan, kaedah pendekatan campuran dan
papan hitam dengan kapur (chalk and talk), malah guru-guru tersebut juga tidak
menggunakan TMK untuk menarik minat murid-murid terhadap PdP sesuatu mata pelajaran.
Hal ini menunjukkan pengajaran tradisional seperti yang dilaksanakan sebelum intervensi
iaitu menggunakan peta bagi menerangkan tentang standard pengajaran yang difokuskan
menjadi punca murid lemah dalam akademik dan melahirkan murid-murid yang kurang
bermotivasi terhadap pengajaran yang dikendalikan oleh guru-guru dalam bilik darjah.
Secara keseluruhan daripada hasil dapatan soal selidik dan pemerhatian bagi
menjawab persoalan bagaimanakah penggunaan laman web Wix.com dapat meningkatkan
kefahaman disokong oleh kajian Siti Aisyah et al. (2017) yang menyatakan bahawa
penggunaan laman web dalam subjek Sejarah juga dapat mewujudkan satu proses
pembelajaran berjalan secara berterusan dan kaedah tersebut membuktikan pembelajaran
dan pengajaran dapat diakses pada bila-bila masa serta lebih menarik.

97
REFLEKSI
Berdasarkan analisis hasil dapatan, pengkaji mendapati peserta kajian dapat
meningkatkan kefahaman dalam standard pembelajaran yang difokuskan setelah pengkaji
menggunakan laman web Wix.com sebagai BBM. Kefahaman meningkat kerana intervensi
ini dapat memenuhi kepelbagaian kecerdasan peserta kajian. Mengikut Teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Howard Gardner (2010), telah menghuraikan sehingga lapan kecenderungan
potensi seseorang untuk belajar. Kepelbagaian kecerdasan telah diterapkan di dalam laman
web Wix.com bagi meningkatkan kecenderungan peserta kajian untuk belajar melalui
kepelbagaian BBM seperti audio, video, animasi dan aktiviti yang interaktif.
Sebelum pelaksanaan, pengkaji menghadapi cabaran dalam membangunkan laman
web Wix.com kerana perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti dalam TMK. Mengikut kajian
Zailawati Husin & Fariza Khalid (2014), menyatakan guru yang berkhidmat di pusat bandar
tidak mahir dan jarang menggunakan komputer dan ICT semasa proses PdPc. Oleh itu,
pengkaji perlu berkolaborasi dengan rakan-rakan yang mempunyai kemahiran TMK bagi
membangukan laman web Wix.com yang dapat menyelesaikan masalah peserta kajian.
Malah, pengkaji perlu melakukan persediaan rapi dari segi capaian internet, kebolehgunaan
chromebook dan kebolehgunaan semasa intervensi. Menurut Melvina dan Jamaludin
(2010), negara yang sedang membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan dalam bidang TMK. Oleh itu, sebagai seorang guru muda perlu membuat
pembaharuan dan mengharungi segala cabaran bagi melaksanakan PdPc yang
menggunakan TMK.
Dalam sebuah sekolah pasti mempunyai murid yang hidup dalam serba kekurangan
dan tidak mempunyai kemudahan TMK di rumah. Oleh itu, melalui pembelajaran
menggunakan laman web Wix.com dapat memberi peluang kepada semua murid
melibatkan diri dalam PdPc dan memperoleh pengalaman dalam mengendalikan
chromebook tersebut. Ahmad Fauzi (2007) menyatakan melalui penggunaan ICT, jurang
pemisah antara murid bandar dan luar bandar dapat dikurangkan memandangkan semua
murid dan guru dapat akses kepada bahan pembelajaran yang sama. Hal ini demikian
kerana penambahbaikan dalam kaedah pelaksanaan PdPc iaitu kaedah pembelajaran
tradisional seperti penerangan berdasarkan bahan yang dipaparkan seperti menggunakan
peta dan buku teks kepada kaedah pembelajaran kendiri dengan menggunakan ICT.
Selain itu, sepanjang melaksanakan kajian ini pengkaji menyedari kepentingan guru
membuat penambahbaikan terhadap amalan pengajaran dari semasa ke semasa
terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini demikian kerana sebalik kandungan
mata pelajaran sejarah mempunyai pelbagai pedoman hidup dan pengajaran bagi generasi
muda hari ini. Melalui pembelajaran guru dapat mencapai matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT dalam PdPc.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan
datang ialah murid-murid diberi peluang untuk menyediakan sendiri nota sejarah dengan
menggunakan laman web Wix.com. Hal ini bagi memastikan murid mempunyai kemahiran
menulis kerana laman web Wix.com hanya memerlukan murid untuk mengklik, mendengar
maklumat dan menyatakan pendapat melalui laman web Wix.com tersebut.
Selain daripada itu, mempelbagaikan bahan yang boleh dipilih bahan bantu mengajar
oleh murid contohnya bagi mempelajari tentang nama Kerajaan Melayu Awal, murid boleh
memilih bahan seperti audio, video dan permainan. Melalui pemilihan bahan tersebut dapat
memberi peluang kepada murid untuk menentukan cara pembelajarannya. Malah dapat
menggunakan bahan ulangkaji yang berbeza.
Seterusnya, laman web Wix.com perlu fleksibel iaitu dapat digunakan secara
individu, berkumpulan dan di dalam kelas. Hal ini bagi menjadikan laman web Wix.com ini
lebih sesuai digunakan pada bila-bila masa tanpa mengira masalah atau gangguan internet.
98
CADANGAN KAJIAN

Kajian lanjutan tentang penggunaan laman web wix.com boleh dibuat bagi
meningkatkan KBAT dalam kalangan murid tahun 4 tentang penggunaan laman web
Wix.com dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan peserta
kajian. Hal ini kerana KBAT mempunyai kelebihan seperti dapat meningkatkan keupayaan
dan kebolehan sedia ada pada murid. Menurut Musliha Salma Mohd Radzi (2010),
pengajaran guru yang tidak sistematik dan tidak berkesinambungan dengan pelajaran
sebelumnya menyebabkan murid tidak mampu menggunakan KBAT seperti analisis, sintesis
dan penilaian dengan sempurna. Oleh itu, pengkaji perlu menghasilkan satu intervensi
dengan menggunakan laman web Wix.com untuk mewujudkan pembelajaran yang
sistematik dan berkesinambungan bagi menerapkan elemen KBAT semasa PdPc.
Membangunkan satu laman web secara offline dengan menggunakan perisian TMK
yang bersesuaian. Tujuannya ialah bagi membantu guru-guru yang berada di kawasan
pendalaman melaksanakan PdPc dengan menggunakan laman web yang tidak memerlukan
capaian internet. Oleh itu, pengkaji dapat mengkaji sejauh mana keberkesanan laman web
offline dalam kalangan murid-murid di kawasan pendalaman dari segi kefahaman dan
penglibatan murid semasa PdPc Sejarah.
KESIMPULAN
Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang dilaksanakan bagi menambah baik
amalan pedagogi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam mata
pelajaran Sejarah. Antara masalah yang di kenal pasti ialah kefahaman yang rendah
berkaitan dengan standard pembelajaran guru. Melalui penggunaan laman web Wix.com
sebagai BBM, pengkaji mendapati intervensi ini dapat membantu dalam meningkatkan
kefahaman murid terhadap standard pembelajaran dalam kurikulum sejarah. Hal ini
demikian kerana penggunaan BBM yang bersesuaian dengan peringkat umur murid yang
suka belajar sekiranya bahan tersebut dapat digunakan dan menarik.

99
RUJUKAN

Ahmad Rahim, & Sidek Said (2009). Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Menengah Rendah Di
Malaysia- Satu Penilaian. Dipetik daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/40.pdf
Ahmad Fauzi (2017). Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Untuk Tingkatkan Kualiti Pembelajaran
Di Malaysia. Dipetik daripada https://www.pendidik.com.my/2017/10/29/anjakan-7-
memanfaatkan-ict-untuk-tingkatkan-kualiti-pembelajaran-di-malaysia/
Ahmad Marzuki Mohamed & Roslan Tengah. (2010). Pembangunan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web: Pengurusan Jenazah. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Bailey, C.A (2007). A Guide to Qualitative Field Research (Edisi ke-2). London: Pine Forge
Press.
Fredricks, J. A., Blumenfeld, P. C., & Paris, A. H. (2004). School engagement: Potential of
the concept,
Howard Gardner, (2010). Multiple Intelligences:The theory in practice. Boston: Basic Books.
Melvina, C. H. C., & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-65.
Mohd Al Qayum Azizi (2010, Oktober 23). SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013.
Mstar dipetik daripada https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/10/23/spm-
subjek-sejarah-wajib-lulus-mulai-2013
Musliha Salma Mohd Radzi. 2010. Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Suseela Malakolunthu. (2001). Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif:Satu Imbasan
Dalam Marohaini Yusoff, Penyelidikan Kualitatif. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Siti Aishah Hassan et al. (2017) Penggunaan Laman Web Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah, E-proceeding of the global summit on education 2017.
Universiti Kebangsaan Malaysia: 2017
Zailawati Husin & Fariza Khalid. (2014), Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di
Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

100
TAHAP PENGETAHUAN DAN PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH
DALAM KALANGAN GURU BUKAN OPSYEN

Nur Alya Syamilah binti Zahari

Jabatan Sejarah IPG Kampus Perempuan Melayu

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan penerapan Kemahiran Pemikiran
Sejarah dalam kalangan guru bukan opsyen sewaktu proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
berlangsung. Penerapan KPS merupakan salah satu daripada struktur disiplin sejarah. Namun begitu,
guru bukan opsyen menghadapi masalah untuk menerapkan KPS dalam PdPc mereka. Kajian ini
merupakan kajian kes mengenai penerapan lima elemen asas KPS iaitu memahami kronologi,
meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi, membuat rasionalisasi terhadap tiga
orang guru bukan opsyen Sejarah di sebuah sekolah rendah dalam daerah Melaka Tengah. Kajian ini
menggunakan dua jenis instrumen, iaitu melalui Borang Pemerhatian Senarai Semak dan Borang
Protokol Temu Bual. Data daripada kedua-dua instrumen ini dianalisis menggunakan statistik
deskriptif, iaitu min dan kekerapan. Data daripada Borang Protokol Temu Bual pula menghasilkan
transkripsi, koding dan tema. Berdasarkan dapatan kajian yang dianalisis melalui pemerhatian,
kemahiran memahami kronologi memperoleh skor min yang tertinggi, iaitu 4.33 yang menunjukkan
tahap sangat tinggi. Analisis dapatan kajian daripada transkrip temu bual menunjukkan kemahiran
yang mudah diterapkan adalah kemahiran memahami kronologi, manakala kemahiran yang sukar
diterapkan adalah kemahiran meneroka bukti. Analisis dapatan juga menunjukkan subjek kajian
memperoleh pengetahuan mengenai KPS melalui rujukan dokumen. Faktor utama yang
mempengaruhi keberkesanan penerapan KPS dalam kalangan guru bukan opsyen juga dikenal pasti
iaitu kurangnya penganjuran kursus berkaitan mata pelajaran Sejarah kepada guru-guru Sejarah.
Penerapan kemahiran dalam PdPc adalah secara tidak langsung dengan menggunakan pelbagai
kaedah.

kata kunci: penerapan, kemahiran pemikiran sejarah, guru bukan opsyen

Abstract

The purpose of this study is to identify the level of knowledge and implementation of Historical
Thinking Skills among non-option teachers during teaching and learning sessions. Implementing
historical thinking skills is one of the disciplined structures of history. Nonetherless, non-option
teachers faced the problems in implementing historical thinking skills in their teaching and learning
sessions. This study is a case study on the implementation of five basic elements historical thinking
skills which are chronological thinking, historical research skills, historical analysis sand interpretation,
historical comprehension and historical issues-analysis and decision making among three non-option
History teachers in a primary school in the district in Melaka Tengah. This study used two types of
instruments which are the Checklist Observation Form and the Interview Protocol Form. Data from
both instruments had been analysed using descriptive statistics, the mean and the frequency. Data
from the Interview Protocol Form yields transcriptions, coding and themes. Based on the findings of
the analysed study through observation, the chronological comprehension skills obtained the highest
mean score, which is 4.33 that show the level is high. The analysis of the findings from interview
transcripts shows that easy-to-apply skills are chronological comprehension skills, while the difficult-
to-apply skills are evidence-based skills. The findings also show that the subject of the study gained
knowledge of the KPS through document reference. A major factor influencing the effectiveness of
implementing KPS among non-option teachers are the lack of organizing courses related to History
subjects to History teachers.

keywords: implementation, historical thinking skills, non-option teacher


101
1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2011 merupakan
transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan sistem
pendidikan di negara setanding piawaian global. KSSR yang diperkenalkan ini
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan
sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara
maju sebagai rujukan. Beberapa subjek telah digabungkan menjadi satu dalam KSSR
dengan pengenalan satu subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik.

Subjek baru yang diperkenalkan itu ialah subjek Sejarah. Kurikulum Sejarah mula
diperkenalkan di sekolah rendah mulai 2014 dan diwajibkan kepada semua murid Tahap II.
Matlamat kurikulum Sejarah merangkumi ilmu pengetahuan, asas kemahiran sejarah,
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang bertujuan untuk memupuk minat
murid (DSKP, 2012). Kemahiran Pemikiran Sejarah merupakan satu proses kognitif yang
memerlukan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan
guru yang membolehkan murid-murid memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala
aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ini (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2003). Terdapat lima asas Kemahiran Pemikiran Sejarah iaitu memahami kronologi,
meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi.
Kelima-lima kemahiran ini dapat dikuasai oleh murid jika dikuasai oleh guru yang
membolehkan pengajaran berlangsung secara efektif. Namun, guru-guru bukan opsyen
Sejarah yang mengajar mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah tidak dapat menerapkan
KPS dengan baik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Guru-guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah kurang memahami dan menguasai
pengetahuan dan pelaksanaan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian M. Kaviza
(2018) membuktikan guru mata pelajaran Sejarah tidak menguasai KPS sehingga
mengehadkan proses pemerolehan pengetahuan sejarah dan tidak dapat menggalakkan
penglibatan aktif dalam kalangan murid bagi membentuk suasana pembelajaran yang
dinamik dan komprehensif. Apabila guru bukan opsyen Sejarah di sekolah menengah tidak
dapat menguasai KPS sudah tentu guru bukan opsyen di sekolah rendah juga turut tidak
menguasai KPS. Andaian awal ini menjadi fokus kajian ini. Kejayaan penerapan KPS dalam
proses pengajaran dan pembelajaran hanya akan dicapai dengan kompetensi guru namun
guru bukan opsyen Sejarah merupakan antara faktor penyebab kegagalan penerapan KPS.
Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian kes dengan menilai tahap pengetahuan dan
penerapan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah oleh guru bukan opsyen.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Guru berperanan besar dalam usaha untuk menarik minat dan keseronokan pelajar agar
tinggal dalam persekitaran pembelajaran (Pella, 2015). Sehubungan dengan itu, setiap guru
perlu memiliki kelayakan akademik ikthisas dan pendidikan rasmi dalam suatu mata
pelajaran supaya mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran
tersebut dan mampu mempelbagaikan pendekatan pengajaran agar dapat menyampaikan
PdPc yang berkesan semasa di dalam kelas (Chien Lee Shing et al., 2015).

Namun, isu utama yang timbul dalam kalangan guru mata pelajaran Sejarah ialah
sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai kelayakan ikthisas untuk mengajar
mata pelajaran tersebut. Dengan kata lain, guru-guru tersebut merupakan guru bukan
pengkhususan atau guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Sejarah. Isu utama kajian ini
adalah berkaitan dengan pengetahuan dan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah oleh
guru bukan opsyen. Guru bukan opsyen Sejarah yang mengajar mata pelajaran Sejarah

102
menghadapi masalah untuk menerapkan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Penerapan KPS juga gagal disebabkan kuantiti guru bukan opsyen Sejarah yang
semakin bertambah dengan pengambilan guru baharu ataupun guru mata pelajaran lain
tanpa pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi serta KPS. Ianya bertepatan
dengan pernyataan Chong Yee Pei (2000), lambakan guru bukan opsyen Sejarah di sekolah
adalah disebabkan oleh sesetengah sekolah menggunakan khidmat guru mata pelajaran
lain atau guru baru untuk mengajar Sejarah kerana kekurangan guru opsyen atau guru yang
terlatih dengan bertujuan sekadar melengkapkan jadual waktu mengajar seseorang guru.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif yang ingin disasarkan iaitu;

a) Menilai tahap pengetahuan dan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah oleh guru
bukan opsyen Sejarah

b) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru dalam


mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan objektif kajian, pengkaji telah mengemukakan soalan kajian yang perlu dijawab
dalam kajian ini iaitu;

a) Apakah tahap pengetahuan dan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru


bukan opsyen?

b) Apakah faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru bukan opsyen Sejarah


semasa menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran?

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk ini
dipilih bertujuan untuk pengkaji memahami secara mendalam mengenai persoalan kajian
yang dikaji. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian dan
temu bual terhadap subjek kajian iaitu guru-guru bukan opsyen Sejarah. Bagi analisis data
kaedah pemerhatian, kaedah analisis deskriptif telah digunakan yang menghuraikan ciri-ciri
sesuatu pemboleh ubah menggunakan statistik asas seperti kekerapan, peratusan dan min.
Seterusnya, kaedah analisis tematik telah digunakan untuk menganalisis data temu bual.
Pengkaji melakukan pengekodan terhadap data yang diperoleh dari sesi temu bual. Setiap
ayat dalam transkripsi dibaca berulang kali bagi memahami maksud yang sebenar serta
memudahkan proses pengekodan dilakukan.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis data ialah proses menggunakan data bagi memberikan maklumat berguna untuk
cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan. Dua kaedah pengumpulan data yang
berlainan telah digunakan iaitu pemerhatian dan temu bual bagi menjawab kedua-dua
persoalan kajian yang telah digariskan. Bagi mendapatkan jawapan untuk dua persoalan

103
kajian tersebut, tiga bahagian berkenaan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dikemukakan seperti di bawah:

i. Elemen asas KPS yang diterapkan dalam proses PdPc.

ii. Pengetahuan guru bukan opsyen Sejarah berkaitan KPS dalam proses PdPc.

iii. Faktor yang mempengaruhi keberkesanan penerapan KPS.

5.1 Elemen asas KPS yang diterapkan dalam proses PdPc

Penganalisisan data bagi menjawab bahagian pertama telah dibuat berdasarkan hasil
dapatan tiga orang subjek kajian yang terdiri daripada guru-guru bukan opsyen Sejarah di
sekolah yang dikaji. Tahap penerapan KPS yang dinilai berdasarkan lima elemen asas iaitu
memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan
membuat rasionalisasi

Jadual 1.0 Skor Min Bagi Kelima-lima Elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah

Elemen Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah Skor Min Interpretasi (tahap)


a Memahami kronologi 4.34 Amat tinggi

b Meneroka bukti 2.89 Sederhana

c Membuat interpretasi 2.33 Rendah

d Membuat imaginasi 3.22 Sederhana

e Membuat rasionalisasi 2.33 Rendah

Berdasarkan Jadual 1.0, didapati penerapan kemahiran memahami kronologi


berkaitan tingkat pemahaman adalah sangat tinggi. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa bagi aspek “Melihat masa lalu, kini dan akan datang”, dua daripada tiga orang
subjek kajian, amat banyak menerapkan elemen ini, iaitu pada skala 5. Hanya seorang
sahaja subjek kajian, banyak menerapkan elemen melihat masa lalu, iaitu pada skala 4.
Manakala, bagi aspek “Memahami konsep masa”, seorang subjek kajian banyak
menerapkan elemen, iaitu pada skala 4. Dua daripada tiga subjek kajian, amat banyak
menerapkan elemen, iaitu pada skala 5. Manakala, bagi aspek “Memahami konversi masa”,
dua daripada tiga subjek kajian banyak menerapkan elemen iaitu pada skala 4 dan hanya
seorang subjek kajian yang sederhana penerapannya pada skala 3. Rumusannya, skor min
elemen asas KPS memahami kronologi adalah pada tahap tinggi, iaitu 4.34.

Manakala, penerapan kemahiran meneroka bukti dan membuat imaginasi adalah


sederhana. Bagi kemahiran meneroka bukti, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi
aspek “Mengenal pasti sumber pertama dan kedua” hanya seorang sahaja subjek kajian,
sederhana menerapkan elemen, iaitu pada skala 3. Dua daripada tiga orang subjek kajian,
sedikit menerapkan elemen, iaitu pada skala 2. Manakala, bagi aspek “Membuat
perbandingan antara sumber” dua daripada tiga subjek kajian, sedikit menerapkan elemen,
iaitu pada skala 2. Seorang subjek kajian yang lain, amat sedikit menerapkan elemen, iaitu
pada skala 1. Bagi aspek “Menentukan signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta
bagaimana peristiwa itu berlaku” menunjukkan seorang sahaja subjek kajian amat banyak
menerapkan elemen, iaitu pada skala 5. Dua orang daripada tiga subjek kajian banyak
menerapkan elemen iaitu pada skala 4. Rumusannya, skor min elemen asas meneroka bukti
adalah pada tahap sederhana, iaitu 2.89. Hasil dapatan bagi kemahiran membuat imaginasi
menunjukkan bahawa bagi aspek “Murid melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa” hanya

104
seorang sahaja subjek kajian, sederhana menerapkan elemen, iaitu pada skala 3. Dua
daripada tiga orang subjek kajian, sedikit menerapkan elemen, iaitu pada skala 2. Manakala,
bagi aspek “Murid membuat imaginasi secara visual” seorang daripada tiga subjek kajian,
amat banyak menerapkan elemen, iaitu pada skala 5. Seorang subjek kajian, banyak
menerapkan elemen, iaitu pada skala 4. Seorang lagi subjek kajian sederhana menerapkan
elemen, dengan skala 3. Akhir sekali, bagi aspek “Murid membuat imaginasi secara empati”
dua daripada tiga subjek kajian sederhana menerapkan elemen, iaitu pada skala 3. Seorang
subjek kajian banyak menerapkan elemen, iaitu pada skala 4. Rumusannya, skor min nilai
pendidikan matematik berkaitan tingkat pemahaman adalah pada tahap sederhana, iaitu
3.22.

Namun begitu, penerapan kemahiran membuat interpretasi dan membuat


rasionalisasi adalah rendah. Hasil dapatan bagi kemahiran membuat interpretasi
menunjukkan bahawa bagi aspek “Membuat tafsiran sesuatu peristiwa sejarah” hanya
seorang sahaja subjek kajian, banyak menerapkan elemen, iaitu pada skala 4. Dua daripada
tiga orang subjek kajian, sederhana menerapkan elemen, iaitu pada skala 3. Manakala, bagi
aspek “Membezakan antara tafsiran dengan perspektif” seorang subjek kajian, sedikit
menerapkan elemen, iaitu pada skala 2. Dua daripada tiga subjek kajian yang lain, amat
sedikit menerapkan elemen, iaitu pada skala 1. Seterusnya, bagi aspek “Membezakan
antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah” dua daripada tiga subjek kajian sedikit
menerapkan elemen iaitu pada skala 2 manakala seorang subjek kajian sederhana
menerapkan elemen iaitu pada skala 3. Rumusannya, skor min elemen asas berkaitan
membuat interpretasi adalah pada tahap rendah, iaitu 2.33. Manakala, bagi membuat
rasionalisasi, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi aspek “Murid mampu
membuat pertimbangan yang wajar” hanya seorang sahaja subjek kajian, sedikit
menerapkan elemen, iaitu pada skala 2. Dua daripada tiga orang subjek kajian, amat sedikit
menerapkan elemen, iaitu pada skala 1. Manakala, bagi aspek “Murid mempunyai
kemahiran mengumpul data”, dua orang subjek kajian, sederhana menerapkan elemen, iaitu
pada skala 3. Seorang daripada tiga subjek kajian yang lain, sedikit menerapkan elemen,
iaitu pada skala 2. Seterusnya, bagi aspek “Murid melakukan rasionalisasi melalui kajian
sumber” seorang subjek kajian, sederhana menerapkan elemen, iaitu pada skala 3. Seorang
subjek kajian, sedikit menerapkan elemen, iaitu pada skala 2 dan seorang lagi subjek kajian,
sangat sedikit menerapkan elemen, iaitu pada skala 1. Rumusannya, skor min nilai
pendidikan matematik berkaitan kaedah penyelesaian masalah adalah pada tahap rendah,
iaitu 2.33. Oleh yang demikian, penerapan kemahiran memahami kronologi mempunyai skor
min yang sangat tinggi berbanding empat lagi elemen kemahiran pemikiran sejarah yang
lain.

5.2 Pengetahuan Guru Bukan Opsyen Sejarah Berkaitan Kemahiran Pemikiran


Sejarah Dalam Proses PdPc

Dalam bahagian ini, terdapat tiga tema yang dapat dirungkaikan melalui transkrip analisis
Borang Protokol Temu Bual, iaitu pengetahuan, mudah dan sukar. Bagi tema pertama,
pengetahuan subjek kajian mengenai kemahiran pemikiran adalah melalui rujukan dokumen
iaitu 30.7 peratus. Contoh dokumen yang dirujuk oleh subjek kajian adalah seperti dokumen
standard kurikulum pentaksiran dan buku teks mata pelajaran Sejarah. Manakala, sebanyak
23.1 peratus subjek kajian menyatakan pengetahuan subjek kajian melalui pendedahan tak
langsung dan terap secara langsung pada kedua-duanya. Kemudian, pengetahuan subjek
kajian juga adalah melalui sangkaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu 15.4
peratus. Akhir sekali, hanya 7.7 peratus yang menyatakan subjek kajian tidak faham
mengenai kemahiran pemikiran sejarah untuk diterapkan dalam proses PdPc Sejarah.
Rumusannya, pengetahuan subjek kajian mengenai kemahiran pemikiran sejarah adalah
melalui rujukan dokumen.

Bagi tema kedua pula, sebanyak 66.7 peratus subjek kajian menyatakan bahawa
kemahiran yang mudah diterapkan adalah memahami kronologi. Sementara itu, 33.3
105
peratus subjek kajian turut menyatakan bahawa kemahiran imaginasi juga mudah
diterapkan. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan dapatan hasil temu bual yang dijalankan.
Subjek kajian mengatakan bahawa kemahiran memahami kronologi dilihat mudah
diterapkan kerana subjek kajian hanya perlu menerangkan rentetan sesuatu peristiwa dan
meminta murid meringkaskannya menggunakan peta i-Think iaitu peta alir. Selain itu, subjek
kajian juga mengatakan ianya mudah kerana sewaktu set induksi dijalankan, guru memberi
bayangan tentang standard pembelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, kemahiran
imaginasi juga dikatakan mudah diterap, apabila subjek kajian mengambil kira perbezaan
kognitif murid dengan mengaplikasikan cara pengajaran yang menarik dan mampu difahami
oleh murid. Rumusannya, subjek kajian mudah menerapkan kemahiran memahami
kronologi dalam proses PdPc Sejarah.

Akhir sekali, bagi tema ketiga, subjek kajian menyatakan bahawa kemahiran sukar
diterapkan adalah meneroka bukti, iaitu 66.7 peratus. Sementara itu, subjek kajian turut
menyatakan bahawa kemahiran interpretasi juga sukar diterapkan, iaitu 33.3 peratus. Hal ini
juga dibuktikan berdasarkan dapatan hasil temu bual yang dijalankan. Subjek kajian
mengatakan bahawa kemahiran meneroka bukti dilihat sukar diterapkan kerana nilai ini
berkait rapat dengan kemahiran murid. Sesetengah murid terutama murid yang mempunyai
tahap kognitif yang rendah mempunyai masalah untuk membaca dan memahami soalan
yang disediakan. Selain itu, kemahiran interpretasi juga dilihat sukar diterap, apabila subjek
kajian perlu sentiasa mengambil kira perbezaan kognitif murid-murid dan juga tahap kognitif
murid terutamanya murid tahun 4. Oleh itu, subjek kajian perlu kreatif dan kritis untuk
menambah baik strategi pengajaran. Rumusannya, subjek kajian sukar menerapkan
kemahiran meneroka bukti dalam proses PdPc Sejarah.

5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Penerapan Kemahiran Pemikiran


Sejarah

Berdasarkan hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual, sebanyak 44.4 peratus subjek
kajian bersetuju bahawa faktor latihan profesional guru merupakan faktor yang
mempengaruhi keberkesanan penerapan kemahiran pemikiran sejarah. Faktor pengalaman
guru dan juga pengetahuan isi kandungan juga merupakan faktor yang mempengaruhi guru
dalam menerapkan kemahiran pemikiran sejarah. Sebanyak 22.2 peratus subjek kajian
menyatakan bahawa penerapan kemahiran pemikiran sejarah dipengaruhi oleh pengalaman
guru. Manakala, sebanyak 33.3 peratus subjek kajian menyatakan faktor keberkesanan
penerapan kemahiran pemikiran sejarah bergantung kepada pengetahuan isi kandungan.
Rumusannya, faktor yang mempengaruhi keberkesanan penerapan kemahiran pemikiran
sejarah ialah latihan profesional guru.

6.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, tahap pengetahuan guru bukan opsyen mengenai KPS berada di peringkat
sederhana sahaja. Mereka memperoleh pengetahuan mengenai KPS secara tidak langsung
melalui rujukan dokumen iaitu Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) dan yang
terbaharu, dalam buku teks tahun 4. Seterusnya, hasil transkrip juga menunjukkan
penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru bukan opsyen pada tahap
yang sederhana. Kemahiran memahami kronologi dianggap mudah diterapkan, manakala
kemahiran meneroka bukti dianggap sukar diterapkan. Kemahiran memahami kronologi
diterapkan pada tahap sangat tinggi, kemahiran meneroka bukti dan imaginasi diterapkan
pada tahap sederhana dalam proses PdPc. Manakala, kemahiran interpretasi dan
kemahiran rasionalisasi diterapkan pada tahap rendah dalam proses PdPc oleh ketiga-tiga
subjek kajian. Selain itu, faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan penerapan KPS
ialah latihan profesional yang dihadiri oleh guru bukan opsyen Sejarah. Berdasarkan
transkrip temubual, pengkaji mendapati guru bukan opsyen tidak disediakan kursus-kursus
106
yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah. Pengetahuan mengenai Sejarah diperoleh
daripada sumber carian internet dan juga hasil bacaan guru. Oleh yang demikian, guru
bukan opsyen sukar untuk menerapkan KPS secara berkesan. Beberapa faktor lain juga
ada disenaraikan oleh pengkaji pada bab sebelum. Secara keseluruhannya, kajian
menunjukkan guru bukan opsyen Sejarah menghadapi masalah untuk menerapkan KPS
secara berkesan dalam proses PdPc.

Berdasarkan kepada batasan kajian, pengkaji ingin mengemukakan cadangan bagi


tujuan kajian lanjutan sebagai penambahbaikan untuk kelangsungan kajian seterusnya oleh
para pengkaji pada masa akan datang.

a) Sampel kajian ini hanya terhad kepada 3 orang guru di sebuah sekolah rendah di
negeri Melaka. Pengkaji mencadangkan subjek kajian diperluaskan dan tidak hanya
terhad kepada satu daerah sahaja. Dapatan kajian perlu memberi gambaran yang
menyeluruh bagi membolehkan pengkaji membuat generalisasi untuk satu populasi
yang besar.

b) Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes yang berbentuk kualitatif yang
hanya melibatkan subjek kajian yang sedikit dan hanya bergantung kepada kaedah
pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, cadangan
pengkaji ialah kajian berbentuk kuantitatif perlu dijalankan untuk mendapatkaan
maklumat yang lebih holistik. Kajian tinjauan boleh dilakukan pada masa akan
datang dengan memberi sasaran saiz sampel yang lebih besar dan meluas.

c) Kajian ini banyak memberi penekanan kepada pengetahuan dan penerapan


Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan guru bukan opsyen Sejarah. Bagi
memperkayakan lagi maklumat, kajian lanjutan boleh dilakukan dengan mengkaji
aspek pengetahuan serta kemahiran guru bukan opsyen yang berkaitan dengan
penerapan KPS dalam PdPc Sejarah seperti persepsi, latar belakang dan faktor
persekitaran. Kajian sebegini dapat menambah maklumat mengenai penerapan
KPS dengan lebih meluas.

Implikasi terbesar yang dapat ditemui dalam kajian ini berfokuskan kepada dua
perkara utama iaitu yang pertama, guru. Kajian ini telah menyediakan maklumat berkenaan
tahap pengetahuan dan penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru
bukan opsyen di sebuah sekolah dalam daerah Melaka Tengah. Dapatan kajian ini
membantu guru bukan opsyen Sejarah dan guru-guru Sejarah untuk menerapkan kemahiran
pemikiran sejarah dalam proses PdPc. Selain itu, dapatan kajian ini akan dapat membantu
guru dalam usaha meningkatkan potensi dan kemahiran mengajar terutama dalam
penerapan kemahiran pemikiran sejarah. Hal ini demikian guru dapat menambah
pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran sejarah dengan menggunakan peluang yang
diberikan seperti menghadiri seminar dan kursus oleh pakar-pakar. Guru juga dapat
menambah baik kualiti pengajaran dengan memperbaiki cara pengajaran terutama sewaktu
menerapkan kemahiran pemikiran sejarah.

Fokus kedua ialah guru pelatih Dapatan kajian ini dapat membantu guru pelatih
untuk mendapatkan maklumat mengenai penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam
kalangan guru bukan opsyen di sekolah tertentu. Oleh itu, guru pelatih boleh menambah
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan kajian mengenai penerapan
kemahiran pemikiran sejarah sama ada di Institut Pendidikan Guru mahupun di Institut
Pengajian Tinggi. Seterusnya, guru pelatih juga dapat mengaplikasikan penerapan
kemahiran sejarah di dalam bilik darjah sewaktu menjalani praktikum.

107
7.0 RUJUKAN

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Sejarah Tahun 5. (2012). Kementerian


Pendidikan Malaysia.

Kaviza M. (2018). Pengalaman Mengajar atau Latihan Profesional Guru dalam


Mempengaruhi Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Mata Pelajaran
Sejaran di Sekolah Menengah. EDUCATUM Journal of Social Science (EJOSS),
4(1), 40-47. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol4.1.6.2018

Lee, C. S., Rohaida Mohd Saat, & Loke, S. H. (2015). The Knowledge of Teaching-
Pedagogical Content Knowledge (PCK). The Malaysian Online Journal of
Educational Science, 3(3), 40-55.

Pella, S. (2015). Pedagogical Reasoning and Action: Affordances of Practice-Based Teacher


Professional Development. Teacher Education Quarterly, 42, 81-102.

Yee, C. P. (2000). Tugas Guru dan Suasana Pengajaran Pendidikan Moral di Sekolah
[Doctoral dissertation]. http://dspace.fsktm.um.edu.my

108
TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH IPGKPM TERHADAP PELAKSANAAN
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA

Norzaleha Bt Mohd Rudi


Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
norzaleharudi@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPM terhadap
pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya serta mengenal pasti keperluan-keperluan yang
diperlukan oleh guru pelatih IPGKPM untuk melaksanakan persekitaran pembelajaran maya. Peserta
kajian ini terdiri daripada lima orang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu di Melaka. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang menggunakan
pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan melalui soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Temu
bual dan borang soal selidik telah diedarkan kepada semua peserta kajian. Analisis dokumen
dilakukan terhadap laporan-laporan tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2013 – 2018 bagi melihat pelaksanaan
persekitaran pembelajaran maya. Hasil analisis data menunjukkan secara keseluruhannya tahap
pengetahuan guru pelatih IPGKPM terhadap pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya adalah
tinggi. Namun begitu, keperluan pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya adalah tidak
mencukupi terutamanya kemudahan infrastruktur seperti capaian internet dan makmal komputer yang
kondusif. Dengan ini diharapkan agar hasil dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada
guru pelatih, guru, pihak sekolah, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kata kunci: Pengetahuan, Keperluan, Persekitaran Pembelajaran Maya, Guru Pelatih IPGKPM

ABSTRACT

This study aimed to identify the level of knowledge of student teachers in the implementation of virtual
learning enviroment as well as requirements needed by student teachers to implement virtual learning
enviroment. Participants in this study consists of five student teachers at Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu in Melaka. The research methodology used in this research is case
study that applies qualitative method. Data were collected through questionnaires, interviews and
document analysis. Interviews and questionnaires were distributed to all participants of the study.
Document analysis were taken from annual reports of the Malaysian Education Blueprint (MEB)
issued by the Ministry of Education from 2013 – 2018 to see the implementation of virtual learning
enviroment. The findings show that level of knowledge of overall student teachers in the
implementation of virtual learning is high. However, the requirements for implementing a virtual
learning environment are inadequate especially for facilities such as internet access and conducive
computer labs. It is hoped that the findings of this study will benefit the student teachers, teachers,
schools, parents and the Ministry of Education of Malaysia.

Key words: Knowledge, Implementation, Virtual Learning Enviroment, Student Teacher of


IPGKPM

109
PENGENALAN

Surat Siaran Bilangan 1 Tahun 2015  yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bahawa penggunaan persekitaran pembelajaran
maya adalah penting bagi melaksanakan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menggariskan TMK sebagai pengupaya bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2015). Pada tahun 2015, KPM telah melancarkan Projek 1BestariNet bagi meneraju
transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi yang terbaik kepada semua sekolah
di Malaysia. Kerajaan telah menawarkan tender terbuka yang menyediakan sambungan
internet dan satu pelantar pembelajaran untuk melayani seluruh komuniti pendidikan seperti
guru, pelajar dan ibubapa. Oleh itu, sebanyak 19 syarikat telah mengemukakan tawaran
untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah Telekom
Malaysia, Celcom Axiata, Maxis, Jaring Communication dan Multimedia Synergy Corp.
syarikat Yeoh Teong Lay (YTL) Communication telah dianugerahkan tender terbuka tersebut
dengan menawarkan harga berpatutan dan penyelesaian terbaik. Antara skop kontrak
1BestariNet adalah menyediakan pelantar pembelajaran, rangkaian keselamatan dan
rangkaian internet. Pelantar pembelajaran adalah merangkumi pengajaran sedia guna,
pembelajaran setempat, semak kerja rumah secara automatik, pantau kemajuan dan
ulangkaji berasaskan Gamifikasi. Antara objektif utama 1BestariNet juga adalah untuk
menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan lagi jurang
digital antara kawasan bandar dengan luar Bandar (Frogasia, 2019). Hal ini membolehkan
murid di Malaysia bersaing secara global. Setelah 7 tahun perkhidmatan, projek 1BestariNet
telah ditamatkan pada tahun 2019 dan kerajaan mengesyorkan kepada sekolah-sekolah
untuk menggunakan aplikasi Google Classroom sebagai persekitaran pembelajaran maya.

PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji mendapati bahawa guru pelatih kurang mengaplikasikan persekitaran


pembelajaran maya dalam proses pengajaran semasa berpraktikum di sekolah. Namun
begitu, guru pelatih tidak cenderung untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari
berkemungkinan kerana beberapa faktor seperti kurang kelengkapan komputer disekolah
atau faktor masa yang terhad diperuntukkan untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Di
negara-negara seperti United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan
Singapura, penggunaan persekitaran pembelajaran maya telah menjadi suatu perkara yang
biasa dalam sistem pendidikan (Rheingold. H, 2004). Malah di Britain, Sekolah Maya telah
diberikan kepada anak-anak seawal umur enam tahun tanpa meninggalkan rumah
mereka (Lucy, 2013). Keadaan ini dilihat sangat berbeza di Malaysia, dimana murid tidak
biasa menggunakannya dalam proses pengajaran. Mereka juga kurang didedahkan dengan
persekitaran pembelajaran maya kerana guru itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah terdiri daripada berikut: 

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPM terhadap pelaksanaan


persekitaran pembelajaran maya. 
2. Mengenalpasti keperluan-keperluan yang diperlukan oleh guru pelatih
IPGKPM untuk melaksanakan persekitaran pembelajaran maya. 

Berdasarkan objektif kajian, pengkaji telah mengemukakan soalan kajian yang perlu dijawab
dalam kajian ini iaitu; 

1. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPM terhadap pelaksanaan


persekitaran pembelajaran maya? 

110
2. Apakah keperluan-keperluan yang diperlukan oleh guru pelatih IPGKPM untuk
melaksanakan persekitaran pembelajaran maya? 

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kes merupakan salah satu reka bentuk penyelidikan yang menggunakan
pendekatan kualitatif. Penyelidikan kualitatif menurut Trochim (2006) adalah sebagai reka
bentuk kajian ‘fleksi’ atau anjal kerana reka bentuk ini tidak menetapkan secara khusus apa
dan bagaimana sesuatu kajian tersebut hendak dijalankan. Reka bentuk ini juga lebih
menekankan kepada ‘verbatim’ atau perkataan berbanding pengiraan data yang dikumpul
dan dianalisis (Bryman, 2008). Peserta kajian bagi kajian ini ialah sekumpulan individu yang
terdiri daripada lima orang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu di daerah Melaka Tengah. Penyelidikan kualitatif juga amat
mementingkan lokasi kajian kerana ianya berkaitan dengan di mana letaknya peserta kajian.
Justeru, institut pendidikan tersebut dipilih sebagai lokasi kajian adalah kerana merupakan
tempat pengkaji menjalankan program latihan perguruan selama 5 tahun.

Pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi meningkatkan kesahan kajian ini. Menurut
Zelditch (1962) dalam Ghazali & Sufean (2016), temu bual adalah kaedah pengumpulan
data yang amat efisien dan melibatkan interaksi sosial bagi mendapatkan data yang
mencukupi daripada peserta kajian. Pengkaji telah menggunakan instrumen protokol
temubual berbentuk separa berstruktur di mana soalan utama yang hendak diajukan telah
digubal terlebih dahulu dan disusuli dengan soalan spontan bagi menjawab persoalan kajian
iaitu keperluan-keperluan yang diperlukan oleh guru pelatih IPGKPM bagi melaksanakan
persekitaran pembelajaran maya. Seterusnya, pengkaji telah mengggunakan kedah soal
selidik bagi melihat tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPM terhadap pelaksanaan
persekitaran pembelajaran maya. Item-item soal selidik dibina berdasarkan bentuk 5 skala
Likert yang dimulai dengan nilai rendah atau negatif pada skala 1 dan berterusan sehingga
skala 5 yang diberi nilai tinggi atau positif (Popham, 1990). Menurut Noraini Idris (2010),
pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Hal ini kerana dokumen adalah sumber yang paling
mudah untuk diperoleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Bagi
kajian ini, pengkaji telah menganalisis tujuh dokumen rasmi yang diterbitkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) dari tahun 2013 sehingga tahun terkini iaitu 2018 bagi melihat
pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya.

Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, pengkaji telah melakukan


proses triangulasi menggunakan pelbagai jenis data untuk membina rangkaian pembuktian.
Menurut Cohen et al (2007), tujuan triangulasi digunakan adalah untuk mendapatkan
pandangan yang lebih holistik berhubung sesuatu fenomena yang kompleks. Triangulasi
juga digunakan untuk mengurangkan bias sistematik dalam data (Patton, 2001). Justeru,
pengkaji telah membandingkan data yang diperoleh semasa sesi temu bual dengan soal
selidik serta analisis dokumen yang diperoleh untuk memahami dengan lebih lanjut sesuatu
tema yang dikaji bagi meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan. Pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada semua peserta kajian terlebih dahulu sebelum
kaedah temu bual dijalankan. Responden dibenarkan untuk bertanya mengenai sebarang
soalan yang mereka tidak faham. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham dan
meningkatkan kesahan data yang diperolehi. Setelah itu, pengkaji menjalankan kaedah
temu bual bersemuka secara berkala dalam tempoh 3 bulan mengikut keperluan kajian.
Soalan diberikan terlebih dahulu kepada responden agar responden mampu melakukan
persediaan untuk menjawab soalan. Soalan separa struktur juga diajukan bagi mengelakkan
keciciran data penting. Dalam masa yang sama juga pengkaji telah menganalisis dokumen
yang berkaitan bagi menjawab persoalan kajian.

Bagi analisis data kaedah soal selidik, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis
deskriptif yang menghuraikan ciri-ciri sesuatu pemboleh ubah menggunakan statistik asas
111
seperti taburan kekerapan, peratusan, min dan kerap diterangkan sebagai dapatan kajian
pada peringkat awal. Seterusnya, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis tematik
untuk menganalisis data temu bual. Pengkaji melakukan pengekodan terhadap data yang
diperoleh dari sesi temu bual. Setiap ayat dalam transkripsi dibaca berulang kali bagi
memahami maksud yang sebenar serta memudahkan proses pengekodan dilakukan.
Analisis data dokumen lebih mudah dan ringkas kerana data yang diperoleh hanya berfungsi
sebagai data sokongan untuk dibanding silangkan dengan data soal selidik dan temu bual.
Menurut Ghazali dan Sufean (2016), sekiranya data-data dokumen telah menjawab semua
persoalan kajian, maka dikira sumber dokumen tersebut telah mencukupi. Bagi tujuan
pengindeksan, pengkaji telah membahagikan data-data dokumen kepada beberapa jenis
sumber data dokumen diperoleh sama ada dokumen rasmi atau tidak rasmi. Kod-kod
diberikan berdasarkan jenis dokumen yang dikumpulkan. Tujuan indeks dilaksanakan
adalah untuk memastikan data-data dokumen yang diperoleh dapat diuruskan dengan
sistematik dan relevan dengan persoalan kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan dari kaedah soal selidik menunjukkan bahawa guru pelatih IPGKPM
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai pelaksanaan persekitaran
pembelajaran maya. Hasil dapatan dijelaskan berdasarkan jadual 1.0: Jadual Analisis
Deskriptif di bawah: 

Jadual 1.0 Jadual Analisis Deskriptif Item Kajian


    SKALA (kekerapan / %)     
BIL.  ITEM KAJIAN  STS  TS  TP  S  SS  MIN  STATUS 
  Faham istilah ‘persekitaran -  1  -  4  -  3.60  Sederhana 
1  pembelajaran maya  (20)  (80) 
  Tahu mengenai persekitaran -  -  - 5  -  4.00 Tinggi
2  pembelajaran maya  (100) 
  Tahu tujuan penggunaan -  1  -  1  3  4.20  Tinggi 
3  persekitaran pembelajaran (20)  (20)  (60) 
maya 
  Faham cara pelaksanaan -  -  2  3  -  3.60  Sederhana 
4  persekitaran pembelajaran (40)  (60) 
maya 
  Diberi kursus kemahiran -  -  - 5  -  4.00  Tinggi 
5  persekitaran pembelajaran (100) 
maya 
  Tahu cara membina pelantar 1  1  2  1  -  2.60  Rendah 
6  persekitaran pembelajaran (20)  (20)  (40)  (20) 
maya 
  Tahu menggabungkan pelbagai -  2  2  1  -  2.80  Rendah 
7  sumber dalam persekitaran (40)  (40)  (20) 
pembelajaran maya 
  Faham cara memasukkan media -  -  1  3  1  4.00  Tinggi 
8  ke dalam persekitaran (20)  (60)  (20) 
pembelajaran maya 
  Tahu cara berkomunikasi -  -  2  3  -  3.60  Sederhana 
9  dengan guru pelatih lain   (40)  (60) 
  Tahu penggunaan butang di -  -  -  5  -  4.00  Tinggi 
10  pelantar persekitaran (100) 
pembelajaran maya 

 __________________________________________________________________

112
Nota: Angka tanpa kurungan menunjukkan “kekerapan” manakala angka dalam kurungan
menunjukkan “peratusan”.

Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh, jelas menunjukkan bahawa tahap


pengetahuan guru pelatih di IPGKPM melaksanakan persekitaran pembelajaran maya
berada ditahap tinggi berdasarkan peratusan tinggi pada lima item (50%), tiga item (30%)
ditahap yang sederhana dan dua item (20%) ditahap yang rendah. Pengetahuan responden
mengenai pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya dilihat di tahap yang tinggi kerana
mengetahui tentang persekitaran pembelajaran maya, tahu tujuan penggunaan, diberi
kursus kemahiran, faham cara memasukkan media lain ke pelantar dan tahu penggunaan
butang pelantar persekitaran pembelajaran maya. Hal ini dapat dilihat pada nilai min yang
tinggi iaitu antara 4.20 hingga 4.00 pada item dua, tiga, empat, lapan dan sepuluh. Namun
di item satu, empat dan sembilan kebanyakan mereka menjawab “Setuju” dan “Tidak Pasti”
dengan catatan nilai min yang sederhana iaitu antara sebanyak 3.60. Hanya item enam dan
tujuh mencatat nilai min yang rendah iaitu antara 2.60 hingga 2.80.

Hasil dapatan dari kaedah temu bual pula menunjukkan bahawa guru pelatih
IPGKPM memerlukan kemudahan infrastruktur, keyakinan diri, keperluan masa dan
pendedahan yang berterusan dari pihak sekolah dalam melaksanakan persekitaran
pembelajaran maya. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan
penting untuk menyediakan keperluan dalam membantu guru pelatih yang bakal
ditempatkan di sekolah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
persekitaran pembelajaran maya. Bagi menjayakan pelaksanaan persekitaran
pembelajaran maya ini, guru pelatih IPGKPM perlulah memainkan peranan sepenuhnya
dengan bertindak sebagai fasilitator dan rakan pembelajaran yang sangat efektif.
Kerjasama antara guru pelatih dan pihak sekolah dalam mengendalikan persekitaran
pembelajaran maya, membantu menyediakan peralatan yang diperlukan, serta sentiasa
dapat memberikan maklumat terperinci dan ilmu berkaitan pelaksanaan persekitaran
pembelajaran maya tentunya dapat mengurangkan masalah dan banyak membantu
guru pelatih mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik apabila
ditempatkan disekolah kelak.

Seterusnya, analisis dokumen dilakukan untuk menyokong dapatan dari kaedah


temu bual yang dijalankan. Penelitian dokumen telah dilakukan berdasarkan Laporan
Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diterbitkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2013. Berikut merupakan
dokumen yang telah diteliti dan dikodkan berdasarkan Jadual 2.0 di bawah:

Jadual 2.0 Indeks Kod Bagi Dokumen Rasmi

BIL. KOD KETERANGAN KELUARAN

1 DR1 Laporan Tahunan 2018 (PPPM 2013-2025) KPM

2 DR2 Laporan Tahunan 2017 (PPPM 2013-2025) KPM

3 DR3 Laporan Tahunan 2016 (PPPM 2013-2025) KPM

4 DR4 Laporan Tahunan 2015 (PPPM 2013-2025) KPM

5 DR5 Laporan Tahunan 2014 (PPPM 2013-2025) KPM

6 DR6 Laporan Tahunan 2013 (PPPM 2013-2025) KPM

113
Berdasarkan hasil analisis daripada laporan-laporan tersebut, dapat dilihat bahawa
terdapat peningkatan bilangan sekolah yang disediakan dengan kemudahan jalur lebar 4G,
ADSL dan VSAT pada setiap tahun. Sejak tahun 2013, keperluan seperti jalur lebar dan
latihan berterusan juga disediakan untuk guru bagi membantu melaksanakan persekitaran
pembelajaran maya. Namun begitu, melihat kepada realiti pelaksanaan persekitaran
pembelajaran maya di sekolah berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh telah
menunjukkan bahawa masih kurang kemudahan yang diberikan kepada guru berkaitan
pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya. Berdasarkan statistik bilangan sekolah,
murid dan guru, yang dikeluarkan oleh KPM sehingga Januari 2019 menunjukkan terdapat
seramai 2,727,068 murid sekolah rendah dan 2,007,692 pelajar sekolah menengah
menjadikan pengguna internet adalah seramai 4,734,760 tidak termasuk bilangan guru yang
seramai 419,904 orang di seluruh Malaysia. Bilangan pengguna adalah terlalu ramai
sehingga pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya tidak berjaya dilaksanakan.
Kenyataan ini disokong dengan laporan yang dikeluarkan oleh syarikat analisis mudah alih
Opensignal yang menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai 4G dengan kadar 64.94 %
jauh lebih rendah daripada Jepun, Singapura, India dan Thailand. Kelajuan muat turun 4G di
Malaysia juga antara yang paling rendah dalam dunia iaitu dengan kelajuan 14.35 Mbps per
50 Mbps jauh lebih perlahan berbanding Singapura yang berada di tempat pertama, Taiwan
dan Brunei (Opensignal, 2017).

IMPLIKASI, CADANGAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya, tahap pengetahuan guru pelatih terhadap pelaksanaan persekitaran


pembelajaran maya berada di tahap yang tinggi secara keseluruhannya berdasarkan rajah
carta garis di bawah:

Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPM Terhadap


Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya
5
4 STS
SKALA LIKERT

3 TS
TP
2 S
1 SS

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
ITEM KAJIAN

Rajah 1.0 Carta Bar Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPM Terhadap Pelaksanaan
Persekitaran Pembelajaran Maya

Berdasarkan rajah 1.0 di atas, hasil dapatan menunjukkan bahawa tiga peserta
kajian menjawab “Sangat Setuju” dengan item tiga yang menyoal tentang pengetahuan
tujuan penggunaan, semua peserta kajian memilih jawapan “Setuju” dengan item kajian dua,
lima dan sepuluh, dua peserta kajian menjawab “Tidak Pasti” dengan item empat, enam,
tujuh dan sembilan, dua peserta kajian menjawab “Tidak Setuju” dengan item tujuh dan
seorang peserta kajian menjawab “ Sangat Tidak Setuju” bagi item enam. Keseluruhannya,
hasil dapatan ini menunjukkan tahap pengetahuan guru Sejarah terhadap pelaksanaan
persekitaran pembelajaran maya berada di tahap yang tinggi.

Dapatan kajian yang diperoleh melalui penganalisisan transkrip temu bual


menunjukkan tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPM berada di tahap yang tinggi kerana
114
guru pelatih telah mengikuti kursus pendedahan mengenai pelaksanaan persekitaran
pembelajaran maya secara khusus. Mereka juga pernah menerima latihan profesional
berkaitan persekitaran pembelajaran maya. Namun, mereka menghadapi masalah
keperluan dalam pelaksanaan seperti kemudahan infrastruktur, capaian internet, keyakinan
diri, pengurusan masa dan pendedahan yang berterusan menyebabkan hal ini menjadi
cabaran bagi guru Sejarah untuk melaksanakan dasar PPPM ini. Bagi melaksanakan PPPM
yang menekankan penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia adalah memerlukan
usaha yang berskala besar dengan menyediakan keperluan latihan dan capaian internet
yang sesuai untuk semua guru pelatih supaya semua guru pelatih dapat bersiap sedia untuk
menerima persekitaran pembelajaran maya ke dalam pengajaran tanpa ragu-ragu dan rasa
keberatan apabila ditempatkan di sekolah-sekolah.

Akhirnya, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan bagi memantapkan lagi


perjalanan kajian lanjutan di masa akan datang iaitu;

i. Kajian ini hanya melibatkan peserta kajian seramai 5 orang sahaja, dan kesemua
peserta kajian adalah terdiri daripada guru pelatih IPGKPM sahaja. Maka dengan itu
dicadangkan satu kajian yang melibatkan lebih ramai guru pelatih yang terlibat serta
guru-guru sekolah.
ii. Kajian ini hanya tertumpu di sebuah institusi pendidikan guru sahaja di daerah Melaka
Tengah. Pada masa akan datang, pengkaji melihat keperluan untuk mengadakan kajian
terhadap seluruh institusi pendidikan guru di Malaysia. Hal ini bagi memastikan
keputusan kajian yang lebih tepat dapat diperoleh.

Setelah selesai melakukan kajian ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kajian yang
dijalankan telah mencapai objektif kajian kerana kesemua persoalan kajian telah terjawab.
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan implikasinya terhadap dunia pendidikan
yang bermula daripada guru, murid, sekolah, dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Implikasi terbesar yang dapat ditemui dalam kajian ini ialah keperluan guru pelatih bagi
melaksanakan persekitaran pembelajaran maya dilihat masih kurang mencukupi
terutamanya dari segi kemudahan capaian internet. Dengan perkataan lain, pelaksanaan
persekitaran pembelajaran maya tidak akan berkesan atau mencapai matlamatnya
sekiranya masalah keperluan seperti kemudahan infrastruktur, keyakinan diri, keperluan
masa dan pendedahan yang berterusan tidak di atasi. Seterusnya, dapatan kajian ini juga
dapat memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan teknologi dalam
pembelajaran terutamanya murid dikawasan luar bandar. Hal ini dapat menjadikan
penggunaan teknologi persekitaran pembelajaran maya ini tidak dipandang sepi oleh
masyarakat pendidikan terutamanya ibu bapa. Pihak sekolah juga dapat mewujudkan
inisiatif sendiri untuk menyediakan keperluan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru
berkaitan pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya. Selain itu, kolaboratif guru-guru
juga perlu digalakkan supaya guru dapat berbincang, bekerjasama dan berkongsi buah
fikiran bagi menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi. Akhir sekali,
dapatan kajian ini juga dapat memberikan implikasi yang besar kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) supaya sentiasa peka dan cakna dengan isu dan masalah yang
dihadapi oleh para guru dalam melaksanakan dasar yang digubal. Hal ini supaya dasar yang
digubal dapat dilaksanakan dengan berkesan demi masa depan murid yang lebih terjamin
dan tidak menjadi bebanan yang menambah tugasan guru semata-mata.

115
RUJUKAN

Bryman, A. (2008). Social Research Method, 3rd Ed. Oxford University Press.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research Methods In Education (6th Ed.).
London: Routledge/ Falmer.

Frogasia. (2019). Retrieved 2020, from FrogAsia Adn Bhd:


https://frogasia.com/ms/1bestarinet-2/

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Amalan dan Analisis Kajian Edisi Kedua:
Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia


Bilangan 1 Tahun 2015. Pelaksanaan Penggunaan Pelantar Persekitaran
Pembelajaran Maya 1BestariNet KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Laporan Tahunan 2013 (PPPM 2013-


2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan 2014 (PPPM 2013-


2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Tahunan 2015 (PPPM 2013-


2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 (PPPM 2013-


2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Tahunan 2017 (PPPM 2013-


2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lucy. (2013). School Experience Report 'Learning With Technology'. Retrieved from
http://www.tutorhunt.com/resource/5594/.16

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill Education.

Opensignal. (2017). The State of LTE(June 2017). United Kingdom: Opensignal Limited.

Patton, M. Q. (2001). Qualitative Research & Evaluation Methods (3rd Ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage

Popham, J. (1990). Modern Educational Measurement: A Practitioner’s Perspective. (2nd


Ed). New Jersey: Prentice Hall.

Rheingold. H. (2004). Virtual Learning Enviroment (VLE). Retrieved from


http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

Trochim, W.M.K. (2006). The Research Methods Knowledge Base. UK: Cengage
Publishing.

116
APLIKASI KEMAHIRAN ‘6C’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA
PELAJARAN SEJARAH OLEH GURU PELATIH

Farah Liyana Binti Mohd Fadhil


PISMP Jun 2016 Sejarah
Farahliyana229@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aplikasi guru pelatih sejarah IPG Kampus Perempuan
Melayu tentang kemahiran ‘6C’ Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di Sekolah. Seramai lima orang guru pelatih unit Sejarah Ambilan Jun 2016 telah dipilih
sebagai responden. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang disokong oleh
data temu bual semi berstruktur serta borang Senarai Semak Penulisan Refleksi pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.  Responden dikehendaki memberi respon kepada 12 item melalui enam
konstruk ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 atau Kemahiran ‘6C’ Iaitu kreativiti, pemikiran kritis,
kolaborasi, komunikasi, perwatakan dan kenegaraan. Respon soal selidik kajian menggunakan skala
likert lima mata. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan dan min digunakan bagi melaporkan
dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati pemahaman dan kemahiran ‘6C’ yang
diaplikasikan oleh guru pelatih berada pada tahap sederhana. Manakala analisis berdasarkan
kemahiran ‘6C’ menunjukkan aspek kreativiti (min=3.0) dan pemikiran kritis (min=2.8) berada pada
tahap rendah.  Namun aspek kolaborasi (min=4.3) dan komunikasi (min=3.6) menunjukkan
pemahaman dan pengaplikasian pada tahap tinggi. Dapatan temu bual juga menunjukkan bahawa
guru-guru pelatih berminat untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ‘6C’ di
sekolah. Sebagai rumusan, guru pelatih perlu didedahkan dengan pelaksanaan kaedah Pembelajaran
Abad Ke-21 khususnya yang menekankan Kemahiran ‘6C’ untuk memenuhi hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Kata kunci: Pembelajaran Abad Ke-21, Kemahiran ‘6C’, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

ABSTRACT

This research aims to identify the PISMP Sejarah Pendidikan Rendah teacher trainees of IPG
Kampus Perempuan Melayu on their '6C' skills 21st Century Learning in teaching and learning of
history in school. A total of five teachers from the PISMP Sejarah June 2016 were selected as
respondents. The design of the study utilized a qualitative approach supported by survey data as well
as the Teaching and Learning Reflection Writing Review Form. Respondents were required to
respond to the 12 items through six constructs of 21st Century Learning or '6C' skills namely
creativity, critical thinking, collaboration, communication, character and citizenship. Response to the
survey using a five-point likert scale. Descriptive analysis of frequency, percentage and mean was
used to report the findings. The results of the overall study found that the '6C' understanding and skills
applied by the teacher trainees were at a moderate level. While '6C' skills based analysis shows that
creativity (min = 3.0) and critical thinking (min = 2.8) are at a low level. However, the aspects of
collaboration (min = 4.3) and communication (min = 3.6) show high levels of understanding and
application. The interview also showed that the teachers were keen to implement '6C' teaching and
learning in schools. As a summary, the teacher trainees need to be exposed to the implementation of
21st Century Learning methods in particular which emphasize '6C' skills to fulfil the objectives of the
Education Development Plan for Malaysia (PPPM).
Keywords: 21st Century Learning, ‘6C’ Skills, Education Development Plan for Malaysia (PPPM)

117
PENGENALAN

Pengkaji akan mendedahkan sejauh mana guru pelatih mengaplikasikan kemahiran ‘6C’
Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Pembelajaran Abad Ke-21 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2013 melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) merupakan satu proses pembelajaran yang
berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti
serta aplikasi nilai murni dan etika (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Menurut Nor
Azizi Ismail dan et.al, (2018), Pembelajaran Abad Ke-21 bukannya satu matlamat, tetapi
salah satu cara untuk kita mencapai apa yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera.

Guru pelatih seharusnya mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 yang meliputi


pembelajaran dan kemahiran inovasi (learning and innovation skills), kemahiran maklumat,
media dan teknologi (Information, media and technology skills), kemahiran hidup dan
kerjaya (life and career skills) yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Kemahiran-kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas melalui ciri-ciri atau kemahiran ‘4C’ iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis
(critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication) (Buletin
Anjakan Bil.4, 2015).

Namun, kemahiran ‘4C’ tersebut mengalami perubahan iaitu perwatakan (character) dan
kenegaraan (country) telah ditambah menjadi kemahiran ‘6C’. Ia merujuk kepada enam
elemen yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru pelatih melalui proses pengajaran
dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Sehubungan dengan
itu, kemahiran ‘6C’ perlu difahami dan diaplikasikan oleh guru pelatih bagi melahirkan guru
pelatih yang kompeten dan memenuhi cabaran pendidikan semasa pada masa akan datang.

PERNYATAAN MASALAH

Mata pelajaran Sejarah sering dikaitkan dengan stigma bosan dan mengantuk serta
kurang diminati murid kerana dikatakan membosankan dan padat dengan fakta-fakta (Anuar
Ahmad, Siti Haishah Abdul Rahman dan Nur Atiqah T. Abdullah, 2009). Sedangkan mata
pelajaran Sejarah dapat membantu guru-guru mencapai hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan murid-murid berfikiran kritis, kreatif dan berinovatif.
Bukan itu sahaja, murid yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan negara ini diharap
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara serta ke peringkat global selain
mengatasi cabaran pada masa akan datang. Oleh itu, penting bagi guru- guru dan guru
pelatih Sejarah mengetahui pedagogi terkini iaitu kaedah pelaksanaan pengajaran dan
118
pembelajaran di bilik darjah apabila kurikulum baharu dilaksanakan dan perubahan dasar
berlaku.

Permasalahan yang berlaku ketika menjalani latihan Praktikum, pengkaji mendapati


murid tidak berminat dengan pengajaran dan pembelajaran Sejarah apabila pengkaji
menggunakan pendekatan sehala dalam penyampaian kandungan Sejarah. Secara tidak
langsung, murid tidak memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam apatah lagi untuk
menjadi seorang yang patriotik yang mampu mempertahankan warisan bangsa dan budaya
pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, pengkaji mencuba strategi berpusatkan
murid melalui Pembelajaran Abad Ke-21 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun
2013. Walaupun pengkaji mendapati murid-murid memberi kesan yang positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran Sejarah, namun persoalannya adakah pengkaji menepati
pemahaman sebenar berkaitan dengan ciri-ciri atau kemahiran yang perlu ada apabila
melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21? Adakah pengkaji sendiri menepati pelaksanaan
kemahiran ‘6C’ dalam pengajaran dan pembelajaran?

Oleh hal itu, persoalan-persoalan tersebut menjadi tujuan dan seterusnya objektif
yang perlu dicapai dalam kajian kes ini iaitu pengkaji meneroka, membuat penemuan dan
interpretasi ke atas data yang dikumpul daripada sampel kajian iaitu guru pelatih PISMP
Sejarah Jun 2016 di IPG Kampus Perempuan Melayu sahaja. Pengkaji ingin mengenal pasti
sejauh mana pemahaman guru pelatih terhadap kemahiran ‘6C’ yang perlu diterapkan
dalam Pembelajaran Abad Ke-21 yang secara tidak langsung akan memberi kesan positif
terhadap tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah. Jika guru pelatih gagal
menerapkan kemahiran ‘6C’ kepada murid-murid, pasti akan wujud permasalahan atau
halangan yang akan mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran guru pelatih.
Hal ini disebabkan, gabungan keenam-enam kemahiran tersebut ditambah baik adalah demi
aspirasi yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
mementingkan perkembangan murid secara menyeluruh, bukan sahaja dalam prestasi
akademik malah kemenjadian murid kearah modal insan yang unggul serta dapat bersaing
di peringkat global.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:


1. Mengenal pasti pemahaman guru pelatih Sejarah tentang kemahiran ‘6C’
Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
2. Mengenal pasti aplikasi guru pelatih Sejarah tentang kemahiran ‘6C’
Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

119
Selaras dengan objektif kajian, kajian ini menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Sejauh manakah pemahaman guru pelatih Sejarah tentang aplikasi kemahiran
‘6C’ Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
2. Bagaimanakah guru pelatih Sejarah mengaplikasi kemahiran ‘6C’ Pembelajaran
Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk yang menjadi pilihan pengkaji ialah kajian kes. Kajian kes merupakan
kajian yang memerlukan pengkaji untuk meneroka, membuat penemuan dan interpretasi
dan bukannya untuk menguji hipotesis (Miles &et.al, 1994). Kajian ini dijalankan secara
kualitatif disokong dengan soal selidik dan analisis dokumen. Sampel pula dipilih dalam
populasi guru pelatih Ambilan Jun 2016 iaitu seramai lima orang guru pelatih Sejarah di IPG
Kampus Perempuan Melayu. Persampelan bertujuan menepati sampel yang telah
melaksanakan dua fasa Praktikum dan mencapai sekurang-kurangnya gred A dalam
Praktikum. Pengkaji menggunakan transkripsi temu bual, borang soal selidik dan Senarai
Semak Penulisan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran bagi mendapatkan maklumat
semasa kajian dijalankan.

Penggunaan skala likert di dalam borang soal selidik dapat meningkatkan kesahan
muka. Pengkaji menggunakan skala likert dalam bahagian B, C, D, E, F dan G. Bagi
meningkatkan kesahan kandungan pula, borang soal selidik yang dibina haruslah disemak
oleh pensyarah pembimbing dan penyelaras. Kebolehpercayaan pula memberikan jawapan
yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada sampel atau
responden yang sama.

Seterusnya dalam pengumpulan data, pengkaji menggunakan instrumen soalan


temu bual, borang soal selidik dan analisis dokumen. Pengkaji telah melalui proses
trankripsi, reduksi, koding dan tematik mengikut tujuan serta persoalan kajian. Soal selidik
pula dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS 20.0 manakala borang senarai semak
refleksi PdP dianalisis secara manual oleh pengkaji dengan merujuk buku Rancangan
Pengajaran Harian guru pelatih.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan disusun berdasarkan soalan kajian. Berikut merupakan jadual ringkasan


kerangka analisis data kajian;

120
Persoalan Kajian Sumber Data Teknik Analisis

Sejauh manakah pemahaman 1. Borang soal selidik 1. Analisis deskriptif


guru pelatih Sejarah tentang (SPSS)
2. Transkrip temu bual
aplikasi kemahiran ‘6C’
2. Pengekodan secara
Pembelajaran Abad Ke-21
tematik
dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah?

Bagaimanakah guru pelatih 1. Transkrip temu bual 1. Pengekodan secara


Sejarah mengaplikasi tematik
2. Borang senarai semak
kemahiran ‘6C’ Pembelajaran
dokumen 2. Penelitian kualitatif
Abad Ke-21 dalam pengajaran
dan pembelajaran Sejarah?

Persoalan Kajian 1: Sejauh manakah pemahaman guru pelatih Sejarah tentang


aplikasi kemahiran ‘6C’ Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah?

Pengkaji merumuskan bahawa guru pelatih mempunyai tahap pemahaman yang


sederhana dalam penggunaan kemahiran ‘6C’ dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini
dibuktikan dengan konsep asas keseluruhan pengajaran dan pembelajaran Pembelajaran
Abad Ke-21 masih kurang difahami dengan jelas oleh guru pelatih Sejarah dari sudut
perancangan dan pelaksanaannya. Respons yang diberikan semasa temu bual
menunjukkan mereka kurang didedahkan dengan aspek kreativiti dan pemikiran kritis yang
perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Analisis ini setara dengan
dapatan kajian lepas oleh Norsyaidah (2017) yang menyatakan bahawa guru-guru sekolah
rendah kurang pasti dalam mengaplikasi kaedah pembelajaran abad ke-21 yang
menunjukkan guru ini tidak mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap kemahiran
‘6C’. Tambahan pula kemahiran ‘6C’ baru dikenalkan kepada guru-guru di Malaysia. Maka,
tidak hairanlah jika guru pelatih tidak memahami dengan mendalam tentang aplikasi
kemahiran ‘6C’ dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Sungguhpun begitu,
responden yakin penyampaian mata pelajaran Sejarah menggunakan kemahiran ‘6C’ akan
lebih efektif.

Persoalan Kajian 2: Bagaimanakah guru pelatih Sejarah mengaplikasi kemahiran ‘6C’


Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

121
Semua responden bersepakat bahawa mereka pernah mengaplikasikan konsep ‘6C’
dalam bilik darjah sewaktu latihan Praktikum walaupun tidak semua dilaksanakan secara
serentak dan ia dilakukan secara spontan tanpa perancangan yang rapi. Dapatan temu bual
di atas selari dengan dapatan soal selidik di mana item bahagian D iaitu Kolaborasi dan E
iaitu Komunikasi mencapai tahap min yang tinggi iaitu 4.6.

Bagi menjawab persoalan ini juga pengkaji telah selitkan permasalahan dalam
mengaplikasikan kemahiran ‘6C’. rumusan senarai semak penulisan refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang bermasalah. Berdasarkan 14 jumlah keseluruhan kemahiran ‘6C’ yang
bermasalah tersebut, 35.7% adalah disebabkan kekangan masa. Isu berkaitan respons
murid terhadap pengajaran merekodkan jumlah peratusan sebanyak 28.6%. Masalah
berkaitan dengan suasana bilik darjah yang tidak kondusif ketika pengajaran berlangsung
pula ialah sebanyak 21.4% manakala masalah yang timbul akibat kolaboratif dengan guru-
guru sekolah meraih peratusan sebanyak 14.3%. Kesan daripada masalah-masalah
tersebut, penulisan refleksi oleh responden-responden berkenaan menunjukkan bahawa
40% menunjukkan murid-murid hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Sejumlah 60% responden mengakui bahawa isi pelajaran tidak dapat disampaikan dengan
sempurna disebabkan masalah-masalah yang dihadapi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulan daripada kajian ini, dapatan menunjukkan bahawa responden boleh


merancang pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan baik. Teknik dan aktiviti yang
dikongsi ketika sesi temu bual juga mempamerkan kebolehan responden dalam
menggabung jalin beberapa kemahiran ‘6C’ dalam satu masa (30 minit). Mereka yakin
bahawa kemahiran ‘6C’ mempunyai kebolehan untuk membantu guru-guru Sejarah dalam
menyampaikan Kemahiran Pemikiran Sejarah dengan mudah dan berkesan. Walaupun
responden memfokuskan isu permasalahan aplikasi kemahiran ‘6C’ di sekolah, namun
halangan tersebut mampu dihadapi oleh responden kerana responden menegaskan bahawa
kemahiran ‘6C’ masih boleh dilaksanakan walaupun tiada kemudahan infrastruktur yang
lengkap.

Cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik pada masa
hadapan ialah diperluaskan kepada guru pelatih Sejarah dari universiti dan guru-guru dalam
perkhidmatan di sekolah rendah. Selain itu, boleh dilaksanakan ke atas guru Sejarah yang
pakar dalam kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 supaya kajian lapangan dapat dilaksanakan
lebih mendalam terhadap ciri-ciri dan kemahiran ‘6C’. Skop kajian boleh diperluaskan
kepada faktor, keberkesanan kemahiran ‘6C’, perbezaan dan hubungan Kemahiran
Pemikiran Sejarah dengan Kemahiran ‘6C’. Seterusnya, kajian juga boleh ditukar kepada

122
reka bentuk lain seperti kajian tinjauan, tindakan, eksperimental untuk mengkaji perbezaan
dan hubungan serta etnografi.

Kajian ini juga dapat memberi implikasi kepada beberapa pihak. Antaranya ialah
guru pelatih dengan membantu untuk membuka mata melihat aplikasi kemahiran ‘6C’
secara menyeluruh di sekolah pada masa akan datang. Guru pelatih juga akan lebih yakin
dalam menerapkan kemahiran ‘6C’ dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ketika di
sekolah nanti. Begitu juga dengan guru yang dalam perkhidmatan. Kajian ini menjadi
anjakan paradigma dari aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional
kepada kaedah yang lebih berpusatkan murid. Pensyarah boleh melaksanakan beberapa
alternatif untuk meningkatkan penguasaan guru pelatih dalam kemahiran pedagogi dan
mengadakan bengkel tentang kemahiran ‘6C’ Pembelajaran Abad Ke-21. Akhir sekali, kajian
ini diharap dapat menyedarkan pihak Bahagian Pendidikan Guru dengan membina satu
modul khusus tentang cara pelaksanaan kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 dan penerapan
kemahiran ‘6C’ bagi setiap mata pelajaran di sekolah rendah.

123
RUJUKAN

Noor Azizi Ismail, Hayati Ismail & Sakinah Ahmad. (2018). Pengurusan Kurikulum Bilik
Darjah. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Buletin Anjakan. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Bil.4). Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid
di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1), 53-66.

Miles, M. B., Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: A sourcebook of new


methods, 2nd. Edition. Thousand Oaks, CA: Sage.

Norsyaidah Seliaman. (2017). Kajian kes tentang pengajaran matematik sekolah rendah
menggunakan pendekatan kontekstual. Tanjong Malim: UPSI.

124
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN SEJARAH MELALUI KOMIK DIGITAL INTERAKTIF

Oleh
Nur Asyikeen binti Ishak
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2016
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Perempuan Melayu
asyikeenishak@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekuatan komik digital interaktif dalam
membantu meningkatkan kefahaman murid dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Sejarah. Dalam masa yang sama, saya berpeluang menambah baik amalan keguruan dari
segi pengajaran saya dalam mata pelajaran Sejarah. Penyelidikan ini dijalankan atas enam
orang peserta yang berumur 10 tahun di sebuah sekolah di Melaka. Data dikumpulkan melalui
kaedah pemerhatian, analisis dokumen, temu bual serta ujian pra dan pos. Hasil analisis data
mendapati keenam-enam peserta kajian menunjukkan bahawa komik digital berkesan dalam
membantu murid lebih mudah memahami PdPc Sejarah di samping memupuk minat murid.
Melalui kajian ini diharapkan, manfaat dapat diberikan bukan sahaja kepada murid malah
kepada guru-guru Sejarah terutamanya dalam pengajaran mereka serta kepada barisan
penggubal kurikulum agar menjadikan komik digital sebagai salah satu model pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Kata kunci : komik digital interaktif, PdPc Sejarah, pemerhatian, analisis dokumen,
temu bual dan ujian pra dan pos.

ABSTRACT

This research study is aimed to study the power of interactive digital comic in helping students
in Year 4 to improve pupil’s understanding on learning history and to foster a sense of interest
in History subject. At the same time, I had the oppurtunity to improve teacher’s practice in
terms of my teaching skills in the subject of History. This research was conducted with six
participants aged 10 years old in a school located in Malacca. Data collected through methods
of pre and post examination, analysis documents, observation, interview and questionnaire.
The result through analysis data found that all six participants showed a significant
improvement. The results also showed that digital comic is effective in helping pupil’s
understanding on learning history and to foster a sense of interest in them in History subject. I
hope through creation of this study later will benefit not only students but also teachers
125
especially History teachers in teaching skills then to the line of currriculum as well as to make
it one of the model of teaching and learning in school.

Keywords : interactive digital comic, History, pre and post examination, analysis
documents, observation, interview and questionnaire.

126
1.0 PENGENALAN

1.1 KONTEKS

Pengkaji merupakan siswi guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


(PISMP) pengkhususan Sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu Melaka. Pengkaji telah melaksanakan kajian di sebuah sekolah yang terletak
di pinggir bandar Melaka. Sekolah ini menempatkan 950 orang murid dan 60 orang
guru. Secara purata, setiap kelas mempunyai jumlah murid melebihi 40 orang.
Pengkaji ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah bagi Tahun 4 UUM
dengan majoriti murid yang lemah dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Sejarah. Maka, kajian ini akan memfokuskan kepada tindakan untuk meningkatkan
kefahaman murid dalam PdPc Sejarah melalui penggunaan komik digital interaktif.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengimbas kembali pengalaman mengajar, pengkaji telah menggunakan


kaedah pemetaan i-Think iaitu peta alir untuk menerangkan kronologi peristiwa
Sejarah dengan lebih mudah. Namun begitu, masih terdapat murid yang gagal
menguasainya. Hal ini disokong dengan kajian Mahzan Razak (2014) yang
menyatakan kefahaman murid yang lemah dapat dikesan melalui respon murid yang
kurang energetik, lebih memilih untuk berdiam diri apabila diajukan soalan, tidak
mahu bekerjasama dengan rakan, enggan menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh guru malah mencetuskan tingkah laku distruptif. Oleh itu, pengkaji menganggap
pengunaan peta alir gagal meningkatkan kefahaman murid dalam PdPc Sejarah.

Renungan mendalam terhadap amalan pengajaran pengkaji mendedahkan


kelemahan PdPc Sejarah yang dijalankan menggunakan peta i-Think. Hal ini kerana
nota yang terlalu ringkas tanpa huraian sebagai sokongan fakta menyebabkan
kronologi peristiwa Sejarah tidak difahami dengan jelas. Malah, sebilangan murid
masih keliru dan kurang mahir menggunakan peta i-Think. Bertitik tolak daripada
masalah ini, pengkaji bercadang menggunakan komik digital interaktif yang
menggabungkan elemen grafik dan audio serta jalinan pengetahuan secara serentak.
Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Zaidatun Tasir (2013), yang menyatakan
bahawa penggunaan multimedia dapat merangsang penyampaian kandungan
pembelajaran dengan lebih berkesan sekiranya direka bentuk dengan tepat.

127
1.3 PENGUMPULAN DATA AWAL

Pengumpulan data awal telah dijalankan bagi mengenalpasti murid yang mempunyai
kefahaman yang lemah dalam PdPc Sejarah menggunakan kaedah seperti berikut :

1.3.1 PEMERHATIAN

Menurut Kamarul Azmi (2012) pemerhatian diertikan sebagai penilitian terhadap


tingkah laku murid dalam PdPc dengan lebih terperinci dan jelas. Setiap tingkah laku
murid sepanjang PdPc Sejarah telah direkodkan dalam borang senarai semak.
Pengkaji mendapati beberapa orang murid sering mengelak untuk diajukan soalan
malah terdapat murid yang menjawab soalan dengan suara perlahan kerana kurang
berkeyakinan disebabkan gagal menguasai topik pembelajaran. Selain itu, terdapat
beberapa orang murid yang tidak memberi perhatian terhadap PdPc Sejarah
sebaliknya mereka melakukan tingkah laku distruptif seperti menggangu rakan.

1.3.2 ANALISIS DOKUMEN

Analisis dokumen dijalankan terhadap teks atau lembaran yang disediakan


dalam unsur formal atau tidak formal (Majid Konting, 2015). Oleh itu, pengkaji telah
menyemak lembaran kerja murid berdasarkan topik pembelajaran. Pengkaji
mendapati sebilangan murid gagal melengkapkan lembaran kerja dengan
meninggalkan tempat kosong pada ruangan jawapan. Terdapat juga sebilangan
murid yang mempunyai banyak jawapan yang salah disebabkan kekeliruan dalam
menyusun peristiwa pengembaraan Parameswara secara kronologi. Meskipun murid
telah melakukan pembetulan, namun masih lagi mengulangi kesalahan pada soalan.

1.3.3 TEMU BUAL

Menurut Mok Soon Sang (2011) temu bual adalah pertemuan bersemuka yang
bagi mendapatkan respon bagi mengukuhkan data kajian. Kaedah temu bual ini telah
dilaksanakan dengan kerjasama guru mata pelajaran Sejarah Tahun 4 UUM bagi
mengenalpasti kelemahan PdPc Sejarah. Hasil daripada temu bual tersebut, pengkaji
mendapati masalah kefahaman murid yang lemah dalam PdPc Sejarah khususnya
dalam menerangkan peristiwa Sejarah secara kronologi turut berlaku semasa
pengajaran guru tersebut. Meskipun guru sudah mencuba pelbagai strategi bagi
meningkatkan kualiti PdPc Sejarah, namun masalah ini gagal diatasi secara efektif.

128
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam PdPc
Sejarah. Hal ini bagi memastikan murid mampu menganalisis kronologi peristiwa
secara kritis dan meningkatkan penghayatan murid terhadap ilmu Sejarah. Menurut
Zainab Yamin (2016) tahap kognitif murid dinilai berdasarkan Domain Kognitif
Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan analisis. Berdasarkan pengalaman pengkaji, masalah yang
dikenalpasti berpunca daripada kekeliruan yang dihadapi oleh murid dalam
menjelaskan urutan peristiwa Sejarah yang berlaku secara kronologi malah murid
juga gagal menyatakan tokoh penting yang terlibat dalam peristiwa Sejarah tersebut.

Masalah kefahaman murid yang lemah dalam PdPc Sejarah turut disebabkan
kurangnya minat murid dalam mata pelajaran Sejarah yang dianggap membosankan
dan sarat dengan peristiwa lampau yang tidak pernah dialami oleh murid. Terdapat
juga sebilangan murid yang mengganggap mata pelajaran Sejarah perlu dipelajari
sekadar untuk lulus dalam peperiksaan. Persepsi negatif ini gagal menggalakkan
motivasi dalaman murid. Hal ini disokong oleh Abdul Halim (2016) yang menyatakan
selaras dengan perkembangan teknologi, murid semestinya menginginkan kelainan
dalam meneroka ilmu melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Oleh itu,
pengkaji memilih komik digital interaktif bagi memenuhi keperluan murid yang
pelbagai untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap PdPc Sejarah.

2.2 KERELEVANAN

Oleh itu, kajian ini sangat relevan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
sekolah agar dapat mengatasi masalah kefahaman murid yang lemah dalam PdPc
Sejarah malah dapat memahami tanggungjawab sebagai warganegara yang patriotik
dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Hal ini dapat membangunkan
pembelajaran yang lebih bersepadu dan komprehensif bagi memperbaiki kualiti
amalan pengajaran guru dan juga amalan pembelajaran murid dalam PdPc Sejarah.
Secara tidak langsung, guru Sejarah yang lebih kompeten dapat dilahirkan untuk
meningkatkan martabat ilmu Sejarah ke peringkat yang lebih tinggi. Penggunaan
komik digital interaktif juga relevan bagi menggalakkan suasana bilik darjah yang
santai bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam pembelajaran.

129
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Menurut Azwani Ismail (2012) objektif kajian merupakan hasil yang disasarkan
oleh pengkaji melalui kajian tindakan yang dilaksanakan bagi menyelesaikan
masalah dalam PdPc Sejarah yang telah dikenalpasti. Tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengatasi masalah kefahaman murid Tahun 4 yang lemah dalam PdPc
Sejarah dengan memfokuskan khusus kepada Standard Pembelajaran 5.2.2
Menerangkan rentetan peristiwa perjalanan Pengasas Kesultanan Melayu. Dalam
konteks kajian ini, pengkaji telah mengutarakan objektif umum dan objektif khusus
untuk dicapai serta soalan kajian yang dibangkitkan untuk dijawab berdasarkan
kajian seperti yang berikut :

3.1 OBJEKTIF UMUM

i. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam


Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah melalui komik digital interaktif.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

i. Menilai keberkesanan komik digital interaktif dalam meningkatkan kefahaman


murid Tahun 4 dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah.

ii. Menganalisis penggunaan komik digital interaktif dalam membantu guru


meningkatkan kualiti amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah.

3.3 SOALAN KAJIAN

i. Adakah penggunaan komik digital interaktif berupaya membantu meningkatkan


kefahaman murid Tahun 4 dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah ?

ii. Sejauh manakah penggunaan komik digital interaktif dapat membantu guru
meningkatkan kualiti amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah ?

130
4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan ke atas enam orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah di
Melaka. Setelah membuat pemerhatian dan temu bual bersama guru kelas, enam
orang murid dipilih sebagai peserta kajian. Peserta kajian dilabelkan sebagai peserta
kajian satu (M01), peserta kajian dua (M02), peserta kajian tiga (M03), peserta kajian
empat (M04), peserta kajian lima (M05) dan peserta kajian enam (M06).

Jadual 1 Maklumat Diri Peserta Kajian


PESERTA M01 M02 M03 M04 M05 M06
KAJIAN
JANTINA P L P L P L
(P/L)
KELAS 4 UUM 4 UUM 4 UUM 4 UUM 4 UUM 4 UUM
UMUR 10 10 10 10 10 10
tahun tahun tahun tahun tahun tahun
BANGSA Melayu India Melayu Melayu India Melayu
AGAMA Islam Hindu Islam Islam Hindu Islam
PEKERJAAN Guru Kerani Polis Posmen Guru Pesara
BAPA
PEKERJAAN Guru Suri Peguam Suri Jururawat Suri
IBU Rumah rumah Rumah
KENDERAA Kereta Bas Kereta Bas Basikal Van
N KE
SEKOLAH
CIRI-CIRI Pasif Slow Tidur di Masalah Mudah Kerap
UNIK learner dalam membaca hilang ganggu
kelas fokus rakan
PRESTASI Sederhana Rendah Rendah Rendah Sederhana Rendah
AKADEMIK

Berdasarkan Jadual 1, bilangan peserta kajian yang ditetapkan adalah enam


orang murid sesuai dengan pemilihan reka bentuk penyelidikan bagi menumpukan
khusus kepada murid dalam skop yang kecil. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat pelaksanaan tindakan terhadap murid secara mendalam dan berfokus.
Justifikasi pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan saranan daripada guru kelas
melalui temu bual, analisis lembaran kerja serta pemerhatian bagi mengenalpasti ciri-
ciri unik murid. Peserta kajian juga memiliki kepelbagaian dari segi jantina, bangsa,
agama dan kenderaan ke sekolah serta latar belakang keluarga. Hasil temu bual
dengan guru kelas, pengkaji mendapati bahawa kelengkapan persekolahan semua
peserta kajian adalah mencukupi. Malah, peserta kajian juga tidak mempunyai
masalah keluarga yang boleh mempengaruhi prestasi akademik terutamanya murid
dalam mata pelajaran Sejarah.

131
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Pelaksanaan tindakan telah dijalankan melalui dua peringkat yang sistematik


iaitu sebelum dan selepas aplikasi komik digital interaktif dalam PdPc Sejarah :

Melakar peta i-Think


gergasi dalam kumpulan

Melengkapkan soalan Melengkapkan soalan


dalam lembaran kerja dalam lembaran kerja

Menyemak jawapan Menyemak jawapan


bersama murid bersama murid

Mengulang kembali isi Mengulang kembali isi


pembelajaran pembelajaran

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 1 Langkah-langkah Tindakan

5.2 KAEDAH MENGUMPUL DATA

Kaedah mengumpul data bagi meningkatkan kesahan kajian telah dijalankan melalui :

Temu bual berstruktur Lembaran kerja

Borang senarai semak Soalan Subjektif


UJIAN PRA
DAN PASCA

Rajah 2 Kaedah Mengumpul Data

132
5.3 KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah analisis data dijalankan dengan menneliti data yang diperoleh melalui
instrumen pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian pra serta ujian pasca.

Jadual 2 Kaedah Analisis Data


BIL. INSTRUMEN KAEDAH ANALISIS DATA
1. PEMERHATIAN  Data dianalisis dalam bentuk jumlah kekerapan dan
diterjemah dalam bentuk graf untuk melihat
perbandingan sebelum dan selepas tindakan
2. TEMUBUAL  Data dianalisis menggunakan jadual transkrip dan
kaedah pengkodan jawapan peserta kajian
3. ANALISIS  Data dianalisis dalam bentuk skor bilangan jawapan
DOKUMEN yang betul dan diterjemah dalam bentuk graf untuk
melihat perbandingan sebelum dan selepas tindakan
4. UJIAN PRA  Data dianalisis dalam bentuk skor ujian, gred dan
DAN PASCA peratusan markah serta diterjemah dalam bentuk graf
melihat perbandingan sebelum dan selepas tindakan

5.4 KAEDAH MENYEMAK DATA

Penyemakan data dilakukan menggunakan kaedah triangulasi seperti berikut :

5.4.1 TRIANGULASI KAEDAH

Menurut Nizam Abdullah (2015) triangulasi kaedah digunakan bagi menyemak


kredibiliti data menggunakan integrasi kaedah yang berbeza dengan
membandingkan sumber data yang diperoleh melalui borang senarai semak, temu
bual, analisis dokumen serta Ujian Pra dan Pasca. Hal ini bagi memastikan kejituan
data secara menyeluruh dan bersepadu malah membantu menjelaskan data
daripada perspektif yang berbeza. Secara tidak langsung, kesahan dan
kebolehpercayaan kajian dapat ditingkatkan kerana tidak bergantung kepada satu
sumber kaedah sahaja.

5.4.2 TRIANGULASI MASA

Bagi kaedah triangulasi masa, pengkaji menjadikan data yang diperoleh sebagai
alat pengumpulan data yang dilakukan dalam sesuatu tempoh (Lisah Chong, 2011).
Hal ini dilakukan dengan membuat tinjauan awal dan akhir tingkah laku peserta
kajian melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen lembaran kerja serta Ujian Pra
dan Pasca yang dilaksanakan dengan jarak masa tertentu. Secara tidak langsung,
pengkaji dapat melihat perubahan tingkah laku dan peningkatan kefahaman peserta
kajian sebelum dan selepas aplikasi komik digital dalam PdPc Sejarah.

133
6.0 DAPATAN KAJIAN

Secara khususnya, bahagian ini akan mengupas dengan lebih terperinci tentang
dapatan kajian yang telah diperoleh bagi menjawab soalan kajian.

6.1 Adakah penggunaan komik digital interaktif berupaya membantu


meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan Sejarah ?

Bagi menjawab soalan kajian, pengkaji mengemukakan data analisis dokumen


lembaran kerja serta ujian pra dan pasca sebagai bukti bahawa komik digital
interaktif mampu meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam PdPc Sejarah.

Keputusan Analisis Dokumen Lembaran Kerja Peserta Kajian

Rajah 3 Perbandingan Jawapan Betul Murid Sebelum dan Selepas Tindakan

Berdasarkan Rajah 3, bilangan jawapan betul murid dalam lembaran kerja


semakin meningkat. Peserta kajian M01 dan M05 sebelum tindakan hanya berjaya
menjawab 2 daripada 5 soalan. Namun, selepas pelaksanaan komik digital interaktif,
kedua-dua peserta berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Bagi peserta
kajian M02 dan M04 yang mempunyai masalah pembelajaran, kedua-dua peserta
kajian gagal menjawab semua soalan sebelum tindakan. Namun, selepas
pelaksanaan komik digital interaktif mereka berjaya menjawab 3 daripada 5 soalan.
Manakala, peserta kajian M03 dan M06 hanya berjaya menjawab 1 soalan sebelum
tindakan. Tetapi, selepas pelaksanaan komik digital interaktif dalam PdPc, mereka
berjaya menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul. Hal ini membuktikan komik
digital interaktif mampu meningkatkan kefahaman murid dalam PdPc Sejarah.

134
Keputusan Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 4 Perbezaan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Peserta Kajian

Rajah 4 menunjukkan perbandingan skor peserta kajian dalam Ujian Pra dan
Ujian Pasca. Berdasarkan analisis data, M01 dan M05 mendapat gred D dengan
markah sebanyak 20% sebelum tindakan dijalankan. Selepas pelaksanaan komik
digital interaktif, kedua-dua peserta kajian berjaya mendapat gred A dengan markah
100%. Peserta kajian M02, M03, M04 dan M06 pula memperoleh markah 0% dengan
gred E sebelum aplikasi komik digital interaktif. Selepas tindakan, peserta kajian M03
dan M06 memperoleh markah 80% dengan gred A manakala peserta kajian M02 dan
M04 mendapat markah sebanyak 60% dengan gred B meskipun mempunyai
masalah pembelajaran seperti slow learner dan masalah membaca.

Hal ini terbukti bahawa komik digital interaktif bukan sahaja berjaya memenuhi
keperluan pelbagai murid dalam PdPc Sejarah malah berupaya memberi peluang
kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk tidak tercicir dalam
pembelajaran. Jelaslah bahawa penggunaan komik digital interaktif berjaya
meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam PdPc Sejarah malah menjamin
prestasi murid yang memberangsangkan terutamanya bagi menguasai kronologi
peristiwa Sejarah yang sebelum ini sukar difahami oleh murid.

6.2 Sejauh manakah penggunaan komik digital interaktif dapat membantu guru
meningkatkan kualiti amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah ?

Bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji mengemukakan data pemerhatian


dan temu bual sebagai bukti bahawa komik digital interaktif berjaya membantu guru
meningkatkan kualiti amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah ?

135
Keputusan Pemerhatian Sebelum dan Selepas Tindakan

Rajah 5 Tumpuan Murid Dalam PdPc Sebelum dan Selepas Tindakan

Berdasarkan Rajah 5, tumpuan murid dalam PdP didapati meningkat. Sebelum


tindakan. peserta kajian M03 sering tidur manakala M05 pula sering mengelamun
dalam PdPc. Peserta kajian M01, M02, M04 dan M06 pula melakukan tingkah laku
distuptif sehingga menyebabkan guru perlu mengulangi arahan. Selepas
pelaksanaan komik digital interaktif, guru berjaya meningkatkan kualiti amalan
pengajaran sehinggakan murid semakin fokus di dalam kelas dan mampu
menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa ulangan arahan daripada guru.

Rajah 6 Kebergantungan Murid Terhadap Guru Sebelum dan Selepas Tindakan

Berdasarkan Rajah 6, dapat dilihat pengurangan kebergantungan kepada guru.


Sebelum tindakan, peserta kajian M02 dan M04 yang mempunyai masalah
pembelajaran selalu menunggu jawapan daripada guru. Manakala, peserta kajian
M01, M03, M05 dan M06 pula sering bertanyakan jawapan kepada guru tanpa
berusaha menyelesaikan soalan dengan kebolehan sendiri. Selepas pelaksanaan
komik digital interaktif dalam PdPc Sejarah, guru berjaya meningkatkan kualiti
amalan pengajaran dalam PdPc sehinggakan kesemua peserta kajian semakin
berkemampuan menyelesaikan tugasan sendiri tanpa mengharapkan bantuan guru.

136
Keputusan Temubual Bersama Peserta Kajian Selepas Tindakan
Jadual 3 Jawapan Soalan Temu bual Peserta Kajian Selepas Tindakan
Soalan Data Transkrip Rumusan

Pengkaji : M01 :Seronok cikgu. Lawak pulak Kod : Emosi (E)


kartun tu.
Adakah M02: Mestilah seronok cikgu. Tak Peserta kajian
penggunaan memberikan respon
bosan belajar Sejarah.
komik digital M03: Seronok. Rasa macam belajar yang sama, di mana
interaktif kesemua peserta kajian
guna buku cerita, hobi saya tapi lagi
menjadikan menyatakan bahawa
best sebab ada suara.
kamu lebih mereka berasa seronok
M04: Seronok cikgu. Tak stress
seronok dan tidak tertekan dalam
langsung belajar guna komik.
mempelajari PdPc Sejarah dengan
Sejarah ? M05: Seronok sangat. Saya rasa tak pelaksanaan komik
sabar nak belajar lagi. digital interaktif.

M06: Seronok. Tak bosan macam


tengok buku teks dgn peta alir.

Berdasarkan Jadual 3, komik digital interaktif merangsang suasana


pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menurut peserta kajian M01, grafik kartun
mempunyai unsur kecindan yang mampu menghiburkan murid. Peserta kajian M02
dan M06 pula menyatakan komik digital interaktif berjaya mengelakkan pembelajaran
yang membosankan berbanding penggunaan buku teks dan peta alir. Peserta kajian
M03 pula menyifatkan komik digital interaktif seolah-olah buku cerita yang ‘hidup’
diiringi audio naratif bersesuaian dengan hobi murid. Peserta kajian M04 dan M05
berpendapat komik digital interaktif menyediakan pembelajaran yang lebih santai.

Hal ini membuktikan bahawa guru berjaya meningkatkan kualiti amalan


pengajaran dalam PdPc Sejarah dengan menggabungkan elemen multimedia seperti
grafik kartun yang menghiburkan dan audio interaktif bagi menjalinkan pengetahuan
secara serentak untuk menjana pemikiran murid. Hal ini kerana tanggungjawab guru
sebagai ‘dispenser of knowledge’ telah berubah kepada ‘facilitatorship’ murid yang
perlu berusaha meningkatkan strategi PdPc. Pendidikan yang berkualiti dapat
dicapai apabila guru berjaya mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dinamik
bersesuaian dengan era pendidikan murid.

137
7.0 REFLEKSI

7.1 KEKUATAN

Antara kekuatan komik digital interaktif adalah bersifat praktikal dan mudah
dikendalikan. Hal ini kerana penggunaan komik digital interaktif boleh dikendalikan di
makmal komputer mahupun di dalam kelas menggunakan komputer riba, pembesar
suara dan LCD projektor. Oleh itu, guru tidak perlu lagi mengusung buku teks dan
komik bercetak yang tidak interaktif untuk menjalankan PdPc. Malah, guru juga tidak
perlu khuatir sekiranya bilangan komputer tidak mencukupi di sekolah hanya komputer
riba guru sahaja diperlukan untuk memaparkan komik digital interaktif. Pembelajaran
yang pasif dapat diubah menjadi lebih dinamik dengan rangsangan komik digital
interaktif yang melibatkan murid secara aktif di dalam pembelajaran, manakala guru
hanya perlu bertindak sebagai rakan pembelajaran murid. Kebiasaannya, cabaran
utama penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah adalah
tiada kemudahan akses kepada internet serta talian akses yang sangat perlahan
(Jamaludin Harun, 2015). Namun begitu, masalah jaringan internet juga tidak menjadi
kekangan pelaksanaan komik digital interaktif dalam PdPc Sejarah kerana lebih mesra
pengguna dan boleh diakses di mana sahaja tanpa memerlukan akses internet.

Seterusnya, penggunaan komik digital interaktif ini mampu meningkatkan


kefahaman murid dalam PdPc Sejarah melalui jalinan pengetahuan secara serentak
dengan gabungan elemen multimedia yang lebih menarik seperti grafik kartun
bergambar dan audio interaktif. Kronologi peristiwa Sejarah yang digambarkan oleh
grafik kartun yang menghiburkan dan diiringi audio interaktif memudahkan murid untuk
mentafsir maklumat dengan lebih bermakna bagi menjana pemikiran murid. Malah,
audio interaktif yang disediakan bersifat praktikal bagi membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran seperti slow learner dan masalah membaca agar
turut berpeluang mengikuti pembelajaran. Oleh itu, keperluan murid yang pelbagai
dapat dipenuhi agar keciciran murid dapat dielakkan. Melalui penggunaan komik digital
interaktif, guru dapat meningkatkan mutu amalan pengajaran dengan mempelbagaikan
strategi dan kaedah PdPc yang lebih menarik untuk mengelakkan PdPc Sejarah yang
membosankan. Selain itu, kaedah pembelajaran menggunakan komik digital interaktif
adalah lebih fleksibel dan tidak terhad kepada satu tajuk sahaja. Hal ini disokong oleh
kajian Masariah Ali (2012) yang menyatakan kandungan komik digital interaktif boleh
diubahsuai untuk disesuaikan dengan topik-topik pembelajaran yang lain bagi
menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna.

138
7.2 KELEMAHAN

Dari aspek kelemahan, komik digital interaktif tidak mempunyai bahagian yang
menempatkan soalan kuiz untuk menguji kefahaman murid setelah PdPc Sejarah
selesai dijalankan. Meskipun, guru telah menjalankan penilaian terhadap kefahaman
murid dengan menggunakan lembaran kerja dan ujian dalam bentuk cetakan namun
penyediaan soalan kuiz menggunakan TMK didapati lebih menarik. Menurut Afiq
Mansor (2014) integrasi TMK dapat menyediakan soalan kuiz yang lebih interaktif
dan canggih selain membawa kelainan terhadap kebiasaan murid yang sering diberi
lembaran kerja atau ujian secara bercetak. Penilaian secara bercetak tidak mampu
membawa pembaharuan kepada pengujian pengetahuan murid melalui alternatif lain
yang lebih mengikut trend terkini. Malah, masalah ini turut memberi kesan kepada
murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti slow learner dan masalah
membaca untuk melengkapkan lembaran kerja atau soalan ujian kerana mengambil
tempoh masa yang lama untuk memahami kehendak soalan. Tambahan pula, guru
tidak menyediakan sebarang ganjaran yang merangsang minat murid melengkapkan
lembaran kerja dalam tempoh masa yang diberikan. Sebagai contoh, ganjaran positif
seperti token atau hadiah menjadikan murid lebih bersemangat dalam pembelajaran.

Seterusnya, kelemahan yang dapat dikesan adalah unsur hiburan seperti aktiviti
nyanyian tidak diimplimentasikan dalam komik digital interaktif. Meskipun,
pembangunan komik digital interaktif dapat menyediakan suasana pembelajaran
yang lebih menyeronokkan namun pengintegrasian aktiviti nyanyian dipercayai
mampu merangsang pembelajaran yang lebih santai malah meningkatkan ingatan
murid terhadap kronologi peristiwa Sejarah. Hal ini kerana, masih terdapat segelintir
murid yang gagal melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Setelah meneliti
borang maklum balas murid, terdapat beberapa orang murid yang turut
mencadangkan supaya aktiviti nyanyian diselitkan dalam komik digital interaktif. Hal
ini disokong oleh Ridzuan Halim (2012) yang berpendapat aktiviti nyanyian yang
sudah lazim dengan kehidupan murid dapat menghapuskan teknik hafalan tradisional
yang bergantung kepada penyalinan nota yang boleh memberi tekanan kepada
murid. Secara tidak langsung, masalah ini akan membentuk persepsi negatif dalam
kalangan murid yang mengganggap mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran
yang membosankan kerana sarat dengan fakta dan peristiwa zaman lampau yang
gagal dihubungkait malah tidak dekat dengan jiwa murid yang lebih sukakan hiburan
dalam pembelajaran. Oleh itu, kelemahan ini perlu diatasi bagi menghasilkan komik
digital interaktif yang lebih fleksibel dengan minat murid.

139
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan bagi mengatasi


kelemahan komik digital interaktif adalah memuatkan soalan kuiz berpandukan KBAT
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) pada bahagian akhir komik digital interaktif sebelum
berpindah ke topik pembelajaran selanjutnya. Menurut Norhayuza Mohamad (2016)
pelaksanaan amalan KBAT merupakan pendekatan pengajaran yang menjadi
tumpuan perbahasan dalam era pendidikan abad ke-21. Malah, melalui cara ini guru
dapat menilai kefahaman dan pencapaian murid dalam topik pembelajaran
seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid. Penyoalan atau penilaian bagi setiap topik yang telah diajar
adalah sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam topik
pembelajaran, menentukan keberkesanan komik digital interaktif malah menentukan
pencapaian objektif pembelajaran yang disasarkan. Bagi mencambahkan minat dan
fokus murid, guru juga boleh menyediakan ganjaran bagi murid yang berhasil
menyelesaikan soalan kuiz atau berjaya memperoleh skor tinggi. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan motivasi dalam dan fokus murid untukmenumpukan
perhatian terhadap pembelajaran dengan bantuan rangsangan ganjaran malah
persaingan secara sihat dalam kalangan murid juga berhasil dapat diwujudkan.
.
Seterusnya, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan
memasukkan aktiviti nyanyian dalam komik digital interaktif bagi memudahkan murid
untuk mengingat kronologi peristiwa Sejarah. Meskipun, pembangunan komik digital
interaktif mampu meningkatkan kefahaman murid namun rangsangan terhadap
ingatan murid dapat dijana dengan lebih menarik sekiranya jalinan pengetahuan
dapat diintegrasikan melalui unsur nyanyian yang dimasukkan dalam komik digital
interaktif. Hal ini disokong oleh kajian Haiza Bakar (2017) yang berpendapat guru
boleh mengubah lirik lagu dengan memasukkan kronologi peristiwa Sejarah
menggunakan laras bahasa yang mudah berdasarkan lagu yang diminati oleh murid
pada zaman kini. Secara tidak langsung, pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan. Tambahan pula, guru boleh memasukkan unsur nyanyian
menggunakan perisian multimedia berkualiti tinggi seperti Micrograft Designer yang
mampu menghasilkan kesan yang lebih positif terhadap pembelajaran. Secara tidak
langsung, persepsi negatif murid yang mengganggap Sejarah sebagai mata
pelajaran yang membosankan dapat dihapuskan sekaligus mengikis teknik hafalan
tradisional yang boleh memberi tekanan kepada murid. Oleh itu, guru perlulah kreatif
melakukan cadangan penambahbaikan berdasarkan keperluan murid.

140
RUJUKAN

Abdul Halim. (2016). Pendidikan Abad 21. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Afiq Mansor. (2014). Pembangunan dan Penilaian Komik Penceritaan Digital dalam
Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
bagi Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas. Laporan Kajian
Ilmiah Ijazah Sarjana Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Azwani Ismail. (2012). Penyelidikan Tindakan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haiza Bakar. (2017). Kajian Tinjauan Pelaksanaan Unsur Didik Hibur dalam
Pembelajaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaludin Harun. (2015). Kaedah Komik dalam Pendidikan. Skudai: Universiti


Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi. (2012). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala


Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Lisah Chong. (2011). Teknik Penyemakan Data. Jurnal Penyelidikan Tindakan. hlm.
36-45. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Mahzan Razak. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran


Sejarah dalam kalangan guru sekolah rendah. Procedings of the International
Conference on Teaching in the 21st Centurty. Vol. 2, hlm. 772-784. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majid Konting. (2015). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi ke-5. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Masariah Ali. (2012). Pembelajaran Melalui Komik Sejarah. Persidangan


Pembangunan Pendidikan. Besut: Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan.

141
Mok Soon Sang. (2011). Penyelidikan dalam Pendidikan, Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Nizam Abdullah. (2015). Kaedah Triangulasi dalam Penyelidikan. Jurnal


Pendidikan. hlm. 1066-1080. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Norhayuza Mohamad. (2016). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam


Pendidikan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd.

Ridzuan Halim. (2012). Aktiviti Nyanyian dalam Pembelajaran Sejarah.


Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 9-10
September, 32-41. Pulau Pinang: Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun.

Zaidatun Tasir. (2013). Komik Digital Interaktif dalam Pendidikan. Bentong:


PTS Publications Sdn. Bhd.

Zainab Yamin. (2016). Tahap Kognitif Murid :Taksonomi Bloom. Jurnal


Pendidikan, Jil.20, hlm. 21-41. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

148
APLIKASI BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DALAM MENINGKATKAN
MINAT MURID TERHADAP TOPIK JATA NEGARA

Aimi Nadia Binti Adnan


Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Perempuan Melayu
aiminadia1996@gmail.com

Abstrak

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji potensi kaedah membentuk dan membina
yang merupakan salah satu daripada bidang-bidang utama dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual bagi meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya
dalam topik Jata Negara. Pada masa yang sama, kajian ini mampu memberi peluang untuk
menambah baik amalan pengajaran mata pelajaran tersebut. Penyelidikan tindakan ini telah
dijalankan ke atas lima orang peserta yang berumur 11 tahun di sebuah sekolah di negeri
Melaka. Data dikumpulkan melalui kaedah ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan soal
selidik. Hasil analisis data mendapati bahawa aplikasi bidang membentuk dan membuat
binaan ini mampu meningkatkan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
Sejarah khususnya topik Jata Negara. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan
sahaja kepada murid-murid dan guru-guru sejarah tetapi juga kepada kepada barisan
penggubal kurikulum agar bidang membentuk dan membina ini dapat dijadikan sebagai salah
satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selalu dipraktikkan di sekolah.

Kata Kunci: Pendidikan Seni Visual, bidang membentuk dan membina, minat, Jata
Negara.

149
Abstract

The main focus of this research was to study the potential of shaping and forming which is
among the key areas in Visual Arts Education in enhancing student interest in History
especially on Jata Negara topic. Simultaneously, this study provides an opportunity to
improve teaching practice in History. This action research was conducted on five 11-year-old
participants at one of the schools in Malacca. Data were collected through pre and post-test,
observation and questionnaire methods. The findings showed that the application of shaping
and forming elements enhanced the students' interest in teaching and learning history . This
study will benefit students, history teachers and curriculum design team as well. Hopefully, in
the long run, these key areas of Visual Art can be one of the most widely used teaching and
learning method in schools.

Keywords: Visual Art Education, shaping and forming , interest, Jata Negara

150
1.0 Pengenalan
Pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal subjek Sejarah
peringkat sekolah rendah (Abdullah Abdul Rahman, 2013). Penggubalan subjek Sejarah
tersebut merupakan usaha pihak KPM bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan warganegara yang berupaya mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara (KPM,2014). Oleh itu, penting bagi seorang guru untuk
sentiasa memantau persediaan diri dan kaedah pengajaran supaya dapat menarik minat
murid.

2.0 Fokus Kajian


Kajian ini berfokus terhadap pengaplikasian bidang membentuk dan membina iaitu
dengan pembuatan penanda buku dalam meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran Sejarah. Menurut Nunan (2009) dalam Saroja Dhanapal (2014), tahun demi
tahun, Pendidikan Seni Visual telah menunjukkan kesan yang prominen terhadap
perkembangan pendidikan kanak-kanak dan pihak-pihak berkepentingan dalam bidang
pendidikan.

3.0 Objektif Dan Soalan Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji mengutarakan dua objektif untuk dicapai seperti yang berikut:

1) Meningkatkan minat murid dalam topik Jata Negara dengan kaedah membentuk dan
membuat binaan.
2) Menilai keberkesanan kaedah bidang membentuk dan membuat binaan sebagai satu
alternatif bagi mewujudkan fokus dalam PdPc Sejarah.

Persoalan kajian ini adalah:


1) Adakah minat murid dalam topik Jata Negara dapat ditingkatkan dengan membuat
aktiviti membentuk dan membina PSV?
2) Sejauh manakah kaedah bidang membentuk dan membina PSV berkesan dalam
mewujudkan fokus murid dalam PdPc mata pelajaran Sejarah ?

4.0 Peserta Kajian


Persampelan yang dipilih melibatkan lima orang murid Tahun 5 di bahagian Melaka
Tengah yang terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kognitif rendah. Peserta
kajian yang dipilih dilabelkan sebagai peserta kajian satu (M01), peserta kajian 2 (M02),
peserta kajian tiga (M03), peserta kajian empat (M04) dan peserta kajian lima (M05).

151
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tindakan 1
Dalam peringkat ini, pengkaji telah mengajar peserta-peserta kajian mengenai topik Jata
Negara seperti biasa dengan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah
disediakan sebelum PdPc. Setelah memberi penerangan tentang maksud kepada setiap
lambang yang ada pada Jata Negara, setiap murid diberikan lembaran kerja (Ujian Pra)
yang telah disediakan oleh pengkaji. Setiap murid dikehendaki untuk menjawab latihan
yang diberikan mengenai makna-makna simbol yang terdapat pada Jata Negara.
Semasa PdPc ini berjalan, setiap tingkah laku murid diperhatikan dan dicatatkan dalam
borang senarai semak pemerhatian yang diesdiakan.

Tindakan 2
Pada fasa tindakan kedua, intervensi kajian telah difokuskan. Murid bukan sahaja
menghasilkan penanda buku semata-mata, namun mereka turut ditekankan dengan
kandungan pembelajaran iaitu makna-makna yang ditulis di bahagian belakang penanda
buku itu sendiri.

Kaedah Pengumpulan Data

MIXED METHOD

KUALITATIF KUANTITATIF
Mengkaji proses-proses Pengumpulan data ujian
semasa hasil kajian pra dan ujian pasca.
Pemerhatian
Soal Selidik

Rajah 2: Rajah Kajian Jenis Campuran Serentak Bersarang

Penglibatan kaedah kuantitatif dan kualitatif menerusi kaedah campuran serentak


bersarang dalam kajian ini membuktikan bahawa kedua kaedah tersebut memainkan peranan
yang sangat penting dalam membantu keberhasilan kajian khususnya dalam aspek

152
penganalisisan data (Creswell & Plano Clark, 2011). Selain itu, campuran kedua kaedah ini
dapat meningkatkan kebolehpercayaan kaedah triangulasi yang dijalankan sekaligus
membantu meningkatkan kebolehpercayaan seluruh kajian yang dijalankan.

Selain itu, pengumpulan data dalam kajian ini dapat dikaitkan dengan kaedah
triangulasi iaitu penggunaan kaedah pemerhatian, soal selidik dan ujian pra dan pasca.
Triangulasi dapat memperkayakan kesahan dalaman dapatan kajian (Meriam, 1998). Oleh
itu, pengkaji perlu memilih kaedah pengumpulan data yang bersesuaian supaya proses
pengumpulan data dapat dijalankan dengan tepat dan mempunyai kesahan serta
kebolehpercayaan yang tinggi.

Pemerhatian
Pemerhatian secara berstruktur dipilih kerana permerhatian menggunakan senarai
semak adalah lebih mudah untuk dilaksanakan dan dianalisis serta memberi peluang kepada
penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain (Rosinah, 2012).

Soal selidik
Peserta kajian telah menjawab soal selidik pada masa dan tempat yang sama.
Sungguhpun begitu, peserta bebas menjawab soal selidik tanpa terikat dengan sebarang
tempoh masa agar mereka dapat memberikan jawapan yang terbaik.

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian Pra dan ujian Pasca. Ujian digunakan untuk
membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program
intervensi dijalankan. Dalam konteks kajian ini, peserta diberikan ujian pra dan pasca bagi
mendapatkan skor pencapaian sebelum dan selepas intervensi di jalankan.

153
5.1 Cara Menganalisis Data

Pemerhatian

Item 1: Peserta kajian memberi fokus semasa guru


mengajar
8

5 Sebelum
Semasa
4

0
M01 M02 M03 M04 M05

Item 2: Peserta kajian bergantung pada guru untuk


mendapatkan jawapan.
6

4
Sebelum
Semasa
3

0
M01 M02 M03 M04 M05

154
Item 3: Murid mengelamun semasa PdPc dijalankan
7

4 Sebelum
Semasa
3

0
M01 M02 M03 M04 M05

Item 4: Murid menganggu rakan lain sewaktu PdPc


berlangsung
6

4
Sebelum
Semasa
3

0
M01 M02 M03 M04 M05

155
Soal Selidik

Jadual 8
Soalan yang ditanya kepada responden di dalam soal selidik pra dan soal selidik pasca.
120
80
40
0
Setuju
Tidak Setuju

Rajah 8: Kesimpulan analisis soal selidik sebelum intervensi.

120
100
80
60
40
20
0

Setuju
Tidak Setuju

Rajah 9: Kesimpulan analisis soal selidik selepas intervensi

156
Ujian Pra dan Ujian Pasca

Graf 9: Peningkatan Skor Peserta


Daripada Ujian Pra Kepada Ujian Pasca

100
90
80
70 Sebelum
60 Selepas
50
40
30
20
10
0
M01
M02
M03
M04
M05

Rajah 10: Graf peningkatan skor peserta daripada ujian pra kepada ujian pasca.

5.2 Cara Menyemak Data

5.2.1 Triangulasi Kaedah


Pengkaji menyemak kredibiliti data yang diperolehi dengan membuat perbandingan
sumber data yang telah dikaji. Kaedah ini membantu menjelaskan satu idea daripada
perspektif yang berbeza. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan kerana maklumat yang diperolehi tidak bergantung kepada satu kaedah
sahaja.

5.2.2 Triangulasi Masa


Tinjauan awal dan akhir tingkah laku peserta kajian akan dilaksanakan dengan jarak
masa tertentu antara kedua-dua tinjauan tersebut. Hal ini adalah untuk membolehkan
pengkaji melihat kesan penggunaan kaedah PdPc yang berbeza.

6.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian dapat menjawab persoalan-persoalan kajian ini seperti yang berikut:

157
6.1 Adakah minat murid terhadap PdPc Sejarah dapat ditingkatkan dengan membuat
aktiviti membentuk dan membina PSV?

Murid-murid telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang baik semasa intervensi
dijalankan. Mereka lebih fokus terhadap aktiviti membuat penanda buku. Kekerapan murid
melakukan menganggu rakan, mengelamun dan banyak lagi berkurang dengan ketara. Hal
ini kerana aktiviti membuat penanda buku tersebut memfokuskan penggunaan psikomotor
halus murid.

Pengkaji mendapati bahawa sebelum peserta kajian dibimbing dengan menggunakan


kaedah membentuk dan membina PSV, keputusan ujian pra berada pada tahap yang
sangat lemah. Namun begitu, peningkatan markah dalam ujian pasca telah menunjukkan
berlakunya peningkatan dalam minat murid-murid terhadap topik Jata Negara.

Di dalam borang soal selidik yang diberikan, murid menyatakan bahawa mereka
tidak menggemari PdPc biasa yang dijalankan. Namun, setelah intervensi dijalankan,
mereka menyatakan bahawa mereka lebih bersemangat untuk menjalani PdPc Sejarah.
Antara alasan yang diberikan adalah seperti penggunaan pelbagai warna yang menarik
dalam penghasilan penanda buku, aktiviti yang banyak menggunakan pergerakan dan
penglibatan alatan menulis dan mewarna.

6.2 Sejauh manakah bidang membentuk dan membina PSV berkesan dalam mewujudkan
fokus murid dalam PdPc mata pelajaran Sejarah ?

Berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, didapati bahawa terdapat peningkatan
markah yang ketara sekaligus membuktikan bahawa fokus murid terhadap topik Jata Negara
melalui kaedah bidang membentuk dan membina PSV adalah lebih baik berbanding
penggunaan kaedah mengajar biasa.
Seterusnya, berdasarkan analisis pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh
pengkaji, di mana sebelum intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid tidak
memberi fokus semasa guru mengajar, mengelamun, bergantung pada guru untuk
mendapatkan jawapan dan menganggu rakan-rakan lain. Walau bagaimanapun, analisis
yang telah dilaksanakan ke atas borang senarai semak semasa intervensi dijalankan
menunjukkan murid lebih fokus dalam aktiviti penanda buku yang dijalankan.

Dalam soal selidik selepas intervensi dijalankan,beberapa peserta menyatakan


bahawa mereka suka aktiviti penanda buku kerana tertarik dengan penggunaan bahan yang
berwarna-warni. Menurut mereka, aktiviti tersebut juga dapat mengelakkan rasa mengantuk.
Haron (2009) dalam Saroja Dhanopal et al (2014) menyatakan bahawa pelbagai elemen

158
dalam seni visual membantu kanak-kanak untuk meneroka, berimaginasi dan mencipta apa
yang mereka inginkan.

7.0 Refleksi
Berdasarkan pengalaman melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati
bahawa penglibatan dan pencapaian murid semasa PdPc sangat bergantung pada kaedah
PdPc yang dikendalikan oleh seseorang guru itu sendiri. Walaupun sesebuah PdPc itu hanya
berpusatkan murid dan penggunaan bahan, namun guru tetap memainkan peranan yang
besar dalam menarik dan memantau murid supaya terlibat aktif dalam sesebuah PdPc
tersebut.

Terdapat beberapa kekuatan melalui pelaksanaan PdPc dengan menggunakan


intervensi ini. Antaranya ialah kajian yang dijalankan ini berjaya membuktikan bahawa minat
murid dapat ditingkatkan dengan penggunaan kaedah membentuk dan membina ini. Dapatan
kajian tersebut bertepatan dengan pendapat Sharipah Aini dan Arbaiyah (2016) yang
menyatakan bahawa minat mempunyai pengaruh yang besar terhadap aktiviti pembelajaran.
Sesebuah pembelajaran itu akan menjadi lebih bermakna dengan menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan aktiviti (activity based learning).

Selain itu, kaedah membentuk dan membuat binaan ini dapat menarik fokus murid
dengan lebih baik. Hal ini kerana ia melibatkan penumpuan daya penglihatan, daya pemikiran
dan daya pergerakan psikomotor halus murid. Berbanding kaedah PdPc biasa, murid hanya
menggunakan daya pemikiran dan pendengaran tanpa perlu bergerak dan bertindak untuk
membuat sesuatu dalam PdPc tersebut. Kenyataan ini dapat disokong dengan pendapat
Grossman (1999) melalui Mary Tan Mui Yee (2009) yang menyatakan bahawa kurikulum
berasaskan lembaran kerja semata-mata dapat mengurangkan minat murid-murid.

Tuntasnya, kajian yang dilaksanakan ini telah berjaya. Aplikasi kaedah membentuk
dan membuat binaan dalam PdPc Sejarah mampu menarik minat murid-murid terhadap topik
Jata Negara.

8.0 Cadangan Tindakan Susulan


Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dipertimbangkan adalah memasukkan
ciri pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) iaitu dengan mewujudkan nilai kerjasama dalam
kolaborasi di antara murid-murid semasa sesi PdPc. Bagi mengaplikasikan ciri-ciri

159
pembelajaran abad ke-21, aktiviti menghasilkan penanda buku secara individu itu boleh
diubah kepada penghasilan penanda buku secara kumpulan.

Di samping itu, selain pemilihan topik Jata Negara, pengkaji dapat mengaplikasikan
kaedah membentuk dan membuat binaan ini terhadap topik-topik lain. Misalnya
menghasilkan model bunga raya dan membuat perkaitan dengan prinsip-prinsip Rukun
Negara dalam topik Bunga Kebangsaan. Selain itu, dalam topik Yang Di Pertuan Agong, alat-
alat kebesaran diraja itu dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah membentuk dan
membuat binaan.

160
9.0 Rujukan
Abdullah Abdul Rahman. (2013). Subjek Sejarah Diajar Di Sekolah Rendah. Diakses
pada 24 Februari 2019, daripada
Abdul Rahman. (2017, Julai). Ssejarah Di ajar di Sekolah Rendah. Diakses daripada
http://ww1.utusan.com.my:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131014/pe_01/Sejarah-diajar-di-
sekolah-rendah

Anuar Ahmad, Siti Aishah Abdul Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid
di Sekolah Berprestasi Rendah (The Relationship Between History Teachers’ Level of
Capability and Students’ Performance in Low Performance Schools). Jurnal
Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 53 – 66

Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, Conducting And Evaluating


Quantitative And Qualitative Research. Upper Saddle River, N.J: Merrill.

Creswell J.W & Plano Clark, V.L. (2011). Designing and Conducting Mixed Method
Researh.California: SAGE Publication dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t.). Pembelajaran Abad Ke-21. Diakses


daripada http://ipgkpm.edu.my: http://ipgkpm.edu.my/download/PAK21-KPM.pdf
Mohamad Hidayat Osman. (2012). PENGGUNAAN WARNA DAN SIMBOL (W&S)
DALAM KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWIBAGI TAHUN 3. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009, Seminar , 127-
140.

Mary Tan Mui Yee. (2012). KESAN PENGGUNAAN AKTIVITI “HANDS-ON” DALAM
PROSES PEMBELAJARAN SAINS TAHUN EMPAT. Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012, 180-194.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education.


San Francisco: Jossey-Bass.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Teori dan Amalan.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

161
Saroja Dhanapal & Jamilah Mastan. (2014). A Study To Understand The Role Of
Visual Arts In The Teaching And Learning Of Science . Asia-Pacific Forum on
Science Learning and Teaching, Volume 15, Issue 2.

Sharipah Aini Jaapar & Arbaiyah Mohd Noor. (2016). Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia, 1957 - 1989 . Sejarah, No.
25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 40-57, 40-57.

162
163

You might also like