You are on page 1of 2

Analisis data uji lari

PURATA SKALA PENGUKURAN ITEM


6

4
Purata skala pengukuran item

0
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5

Seramai lima orang responden telah dipilih untuk menjalankan uji lari dan menjawab
instrumen uji lari yang telah disediakan. Responden dipilih secara rawak dan terdiri daripada
guru pelatih IPGK Perempuan Melayu. Terdapat tiga item yang disoal selidik iaitu objektif,
teknikal dan antara muka dan kreativiti.

Merujuk rajah 1 purata terendah data bagi item objektif ialah 1.8 ini bermakna inovasi
digital yang dina belum mampu mencapai objektif inovasi yang ditetapkan. Hal ini demikian
kerana inovasi yang dihasilkan kurang memberi fokus kepada objektif kajian iaitu untuk
membantu murid mengenali warna bunga raya. Hal ini demikian kerana terdapat responden
yang memberikan skala 3 iaitu memuaskan dan terdapat maklum balas daripada soalan
terbuka yang mencadangkan penambahbaikkan inovasi digital iaitu memberi fokus kepada
obektif penghasilan inovasi digital terutama bagi membantu murid mengenal warna bunga
raya dan meningkatkan koordinasi tangan murid. Hal ini demikian kerana kurangnya aktiviti
berpusatkan murid bagi meningkatkan koordinasi tangan murid.
Seterusnya bagi item teknikal menunjukkan inovasi digital yang dihasilkan
mempunyai elemen teknikal yang berfungsi dengan baik dari segi audio, elemen multimedia
yang menarik dan relevan, capaian (hyperlink) yang berfungsi, butang navigasi yang
berfungsi dan elemen audio dan video yang berfungsi. Hal ini demikian kerana purata skala
bagi item teknikal mencapai purata tertinggi iaitu sebanyak 5.8 berbanding dengan item
yang lain. Malah merujuk purata skala bagi item teknikal yang terendah ialah 5.2. Hal ini
menunjukkan jurang perbezaan yang sedikit. Jurang perbezaan yang sedikit menunjukkan
inovasi digital yang dihasilkan mempunyai teknikal yang baik. Setiap responden memberi
skala setuju dan sangat setuju sahaja bagi setiap soalan di dalam item teknikal. Ianya
menunjukkan responden berpuas hati dengan produk yang dihasilkan. Hal ini demikian
kerana saya menggunakan animasi yang dapat menarik perhatian pengguna dan audio
yang bersesuaian dengan tahap murid iaitu menggunakan suara yang mempunyai pitch
yang rendah bagi memastikan murid seronok untuk menggunakannya.

Selain daripada itu, Bagi item antara muka dan kreativiti menunjukkan catatan kedua
tertinggi antara ketiga-tiga item. Merujuk rajah tersebut menunjukkan purata yang terendah
ialah 5. Hal ini demikian kerana kebanyakkan responden memberi skala ukuran pada tahap
setuju. Hal ini menunjukkan saya perlu menghasilkan produk yang lebih menarik minat
murid untuk menggunakannya. Hal ini demikian kerana kurangnya penggunaan animasi
seperti kartun atau latar belakang yang berunsurkan animasi. Selain daripda itu,
persembahan kandungan yang kurang menarik iaitu hanya memaparkan dengan
menggunakan video yang tidak hanya mempunyai suara dan gambar. Suara bagi video
tersebut juga kurang jelas. Oleh itu, untuk penambahbaikkan saya perlu menghasilkan
paparan kandungan yang lebih menarik dan mempunyai animasi untuk menarik minat murid
untuk belajar.

You might also like