You are on page 1of 3

KESAN MEROKOK

Kesihatan

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di
sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-
paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang
perjalanan di ruang di dalam tubuh badan.

Selain itu, ia dapat mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan


gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut..
Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan
mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.

Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan
mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila
bersukan. Nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya
menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan
penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok
yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara.

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat
merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Ibu mengandung juga akan
mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan
bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

Alam sekitar

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan


persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya
mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut
merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan
pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar
seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan
nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam
denggi. Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan
datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem
pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga
menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka
yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang
masih berbara di merata-rata tempat. Kebakaran juga menyebabkan peningkatan
kandungan karbon dioksida dan karbon monoksida meningkat dan penghuni Bumi
akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas dan menaikkan suhu bumi
sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

Sosial

Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat


dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah.
Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan
perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti terjebak dengan dadah
dan melepak. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat.
Golongan remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti.
Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin
tahu dan ingin mencuba yang tinggi. Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan
menggalakkan anak-anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak-anak merasakan
merokok itu tidak akan mengakibatkan apa-apa keburukan. Dan selalunya ibu bapa
merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab
mencorakkan anak-anak.

Ekonomi

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang


sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu
satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu
dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki
taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain-lain lagi. Seorang
sarjana Barat, C. Everentt Koop membuat kajian bahawa golongan perokok
kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak
merokok. Hal menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menanggung risiko kekurangan
tenaga kerja dalam pelbagai sektor. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu
hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan
akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan
mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi
negara.

You might also like