You are on page 1of 6

PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 5

TEMA : KHIDMAT MASYARAKAT


TAJUK PROJEK : GOTONG-ROYONG
PERDANA DALAM KELAS
TARIKH PELAKSANAAN PROJEK : 13/1/2018
TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK : 7.30---12.30

NAMA : NOOR FATIHA BINTI MOHD SUHAINI


NAMA GURU : PUAN NORMA BINTI AWANG
PROJEK KHIDMAT
MASYARAKAT

TAJUK PROJEK : GOTONG-ROYONG


PERDANA DALAM KELAS

PENAUNG : ENCIK MOHAMMAD ABDUL AZIZ BIN


MOHD SALLEH

PENASIHAT : PUAN NORMA BINTI AWANG


PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT MATA PELAJARAN SIVIK
DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 5

TAJUK PROJEK

GOTONG-ROYONG PERDANA DALAM KELAS

MATLAMAT PROJEK

 Memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai


amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan
keceriaan sekolah.
 Murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang
menyeronokkan dan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat
dan bermotivasi.
 Meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka
melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah.
 Memberi peluang kepada ibu bapa untuk menyediakan suasana yang
selesa , ceria , bersih dan harmoni.

Objektif
 Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkatkan mutu pendidikan.
 Menjadikan iklim sekolah yang ceria , tenang dan selesa
penting untuk mencapai visi dan misi sekolah.
 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai
institusi yang bersih, ceria dan selamat.
 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan
yang maksimum.
 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan
ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta
menghargai kemudahan yang disediakan.
 Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam
merealisasikan kebersanan aktiviti.
PELAKSANAAN PROJEK
PERANCANGA
N
Perancangan untuk mengadakan gotong-royong perdana ini telah dibuat pada
13 Januari 2018. Guru-guru, pihak PIBG dan kakitangan sekolah telah bersetuju
untuk mengadakan gotong-royong perdana. Gotong-royong perdana
dibahagikan kepada bilik darjah, bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah. Di
dalam bilik darjah ditetapkan 6 enam orang murid sahaja.
7:30 a.m : Berkumpul di Dewan Dato Sri Najib untuk taklimat.
7:50 a.m : Murid-murid diarahkan beratur mengikut Persatuan untuk
kehadiran dan buku PAJSK.
8:00 a.m : Murid-murid diarahkan beratur mengikut kelab sukan dan
permainan untuk kehadiran dan buku PAJSK.
8:10 a.m : Murid-murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk
mengemas bilik darjah, bilik-bilik khas atau persekitaran sekolah.
8:15 a.m : Mengambil keperluan untuk menghias kelas pada guru kelas
masing-masing.
8:30 a.m : Memasang langsir , menyapu sampah , lap tingkap , dan memasang
lapik meja.
10:00 a.m :Memasang atau menghias papan kenyataan di belakang dengan
hasil kerja murid dan nota untuk setiap mata pelajaran setiap subjek.
10:45 a.m : Rehat
11.10 a.m : Menghias kelas dengan meletakkan tarikh lahir setiap murid
didalam kelas, membuat objektif, parking lot dan sebagainya.
12.30 p.m : Pulang

REFLEKSI
Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila semua
ahli di dalam kelas dapat menjalan tugas dan peranan masing-masing dengan
baik. Berikut ialah rumusan daripada refleksi yang dikemukakan oleh saya :
1. Saya mengetahui produser mengadakan dan mengendalikan mesyuarat.
2. Saya berpeluang untuk mengemukakan pendapat atau cadangan
tentang sesuatu perkara.
3. Saya berpeluang untuk menjalankan peranan yang telah
dipertanggungjawabkan.
4. Saya dapat berkerjasama antara satu sama lain untuk mengendalikan
projek.
5. Saya mengetahui tentang kebaikan menjalankan gotong-royong
perdana.
6. Saya mengetahui tentang kepentingan kebersihan, keceriaan,
keselamatan untuk pembelajaran di sekolah.

Selain itu , saya juga dapat mengenal pasti masalah ketika menjayakan projek
ini :
1. Dari segi kewangan , peruntukkan yang terhad juga akan mempengaruhi
aktiviti yang hendak dijalankan.
2. Kurang kelengkapan seperti double side tape dan pembalut buku jernih
untuk menampal lapik meja.
3. Kain papan kenyataan tidak dapat dibawa ke sekolah sebab tidak kering
kerana basuh didobi.
4. Nota-nota setiap subjek matapelajaran masih tidak lengkap untuk
ditampal.
5. Jadual bertugas, carta organisasi masih tidak dibuat.
6. Corak lapik meja tidak serasi satu kelas kerana kekurangan corak yang
sama semasa membeli.
Walau bagaimanapun, projek ini berjaya juga dilaksanakan kerana semua
masalah yang dihadapi telah dapat diatasi. Projek ini berjaya kerana dapat
mencapai objektif yang ditetapkan. Kejayaan projek ini merupakan hasil
kerjasama dan semangat murid-murid,guru-guru, pihak PIBG dan kakitangan
sekolah.Saya juga bersyukur kerana projek ini dapat dilaksanakan dalam
tempohPenghargaan
masa yang ditetapkan.
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pengetua
En. Mohammad Abdul Aziz Bin Mohd Salleh yang telah menetapkan tarikh
untuk membuat gotong-royong perdana untuk kelas yang ceria dan pelbagai
pihak dan ahli-ahli yang berada di dalam kelas. Saya amat berterima kasih
kepada guru kelas iaitu En. Ahmad Haniff Bin Zubiar atas kerjasama beliau
membantu kami melengkapkan apa yang tidak lengkap dan guru guru lain yang
terlibat memberikan khidmat bakti, pandangan dan nasihat. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan pihak PIBG memberikan sokongan
sama ada dari segi kewangan , bahan-bahan, dan sokongan moral.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada rakan rakan sekelas yang
terlibat secara langsung atau tidak langusung.

Laporan disediakan oleh,

………………………………….
(Noor Fatiha Binti Mohd Suhaini)

You might also like