You are on page 1of 5

1

LAWATAN KE KEJOHANAN HOKI SULTAN AZLAN SHAH IPOH 2018

1. TAJUK
1.1 Lawatan Kelab Hoki SEMETRO ke Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah 2018

2. PELAKSANAAN
2.1 10 Mac 2018 (Sabtu)

3. PENDAHULUAN

Lawatan ini adalah merupakan satu aktiviti yang dirancang untuk memberi peluang

kepada murid-murid menimba ilmu pengetahuan dan skil permainan hoki peringkat

antarabangsa. Proses mendapatkan maklumat boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa

mengira tempat. Oleh itu melalui lawatan ini murid-murid boleh mempelajari tentang

kemahiran hoki di peringkat antarabangsa dan melihat sendiri pasukan-pasukan gergasi hoki

dunia bertanding. Pengalaman dan maklumat ini diharap dapat memupuk semangat untuk

murid-murid lebih maju dalam bidang hoki untuk masa-masa akan datang.

Lawatan ini juga untuk memperkenalkan permainan baru (bowling) kepada murid-

murid SMK Trolak. Melalui mini game bowling, murid-murid akan merasai sendiri

pengalaman bermain bowling yang tidak boleh didapati/dimainkan di Felda Trolak.

4. RASIONAL

Pengalaman bukan hanya berdasarkan apa yang dirasai, ia juga boleh dialami dengan

pemerhatian dan pendengaran. Pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman yang dilalui

sendiri seperti lawatan akan mudah diingat oleh murid-murid. Oleh itu kaedah lawatan dipilih

untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan murid-murid.

1
2

5. OBJEKTIF

Adalah diharapkan selepas lawatan yang dianjurkan ini akan dapat:

5.1 Membuka minda murid-murid supaya lebih berpandangan jauh dan realistik

5.2 Menambah pengetahuan murid-murid dari segi kebolehan dan kemahiran pasukan-

pasukan hoki di peringkat kebangsaan bertanding.

5.3 Menilai kemahiran sendiri berbanding kemahiran yang dimiliki pemain-pemain

bertaraf kebangsaan.

5.4 Menambah kemahiran permainan baru(bowling) dengan betul.

5.5 Mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan pasukan hoki SEMETRO ke

pertandingan peringkat daerah dan negeri.

6. TARIKH

Lawatan ini akan diadakan pada tarikh 10 Mac 2018. Tarikh ini dipilih adalah

berdasarkan kepada takwim Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah 2018. Pada tarikh tersebut

akan diadakan perlawanan tempat ke 5/6, tempat ke-3/4 dan tempat ke-1/2.

7. DESTINASI

Lawatan ini akan diadakan di tiga lokasi iaitu Ipoh Parade Ampang Superbowl,

Masjid Negeri Ipoh dan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Tempat ini dipilih kerana pada

tarikh tersebut adalah hari terakhir Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah 2018, terdapat 3

perlawanan penting dan dijangka amat menarik dan ditunggu-tunggu oleh peminat hoki

seluruh dunia amnya dan kuhusnya peminat hoki Malaysia.

8. SASARAN

Para peserta yang akan mengikuti rombongan ini adalah terdiri daripada 40 orang

murid SMK Trolak. Manakala guru pengiring yang terlibat ialah seramai 4 orang.

2
3

9. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

9.1 Pendapatan

Kutipan yuran peserta RM20.00 X 44 orang = RM 880.00

Wang Ko-ku = RM -

JUMLAH = RM 880.00

9.2 Perbelanjaan

Sewa bas = RM 650.00

Makanan dan minuman = RM -

Penginapan = RM -

Perubatan = RM -

Lain-lain = RM 230.00

JUMLAH RM 880.00

10. JAWATANKUASA PELAKSANA

10.1 AJK INDUK

Penasihat : Tn Hj. Noor Azmi Bin Razali


Penolong Kanan SMK Trolak.

Pengerusi : Pn. Hjh. Norhayati binti Rahmat


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : En. Mohamad Asri bin Omar


Guru Penasihat Persatuan Hoki SEMETRO

Naib Setiausaha : Cik Noor Haryani Binti Mohd Suhaini


AJK Kerja

Bendahari : Cik Khairulnisa binti Yusof


AJK Kerja

10.2 AJK PELAKSANA

10.2.1 AJK Pengangkutan


i. Pn. Hamidah binti Samsuddin

3
4

10.2.2 AJK Makanan, Disiplin, dan Keselamatan.


i. Pn. Rashidah Binti Din
ii. Pn. Saidatul Azawiyah binti mohamed

10.2.3 AJK Jurugambar dan dokumentasi


i. En. Mohamad Asri bin Omar

11. JADUAL TENTATIF PROGRAM

10 Mac 2018 (Sabtu)

8.00 pagi : Berkumpul di Dataran Kejat SMK Trolak

8.30 pagi : Bacaan doa

: Bertolak ke Ipoh Parade Ampang Superbowl

11.00 pagi : Tiba di Ipoh Parade Ampang Superbowl

Mini Game : Bowling

1.30 tengah hari: : Bertolak ke Masjid Negeri – Solat Jamak Zohor dgn Asar

2.50 petang : Bertolak ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah

(Perlawanan Tempat Ke-5/6)

6.00 petang : Perlawanan Tempat Ke-3/4

8.30 petang : Perlawanan Akhir

10.00 malam : Bertolak balik ke SMK Trolak

4
5

13. JUSTIFIKASI

Memandangkan lawatan ini amat penting bagi membentuk kerjasama, jati diri dan

membina hubungan dalam kalangan murid-murid SMK Trolak wajarlah sekiranya pihak tuan

dapat memberikan sokongan, bantuan dan kerjasama.

14. PENUTUP

Harapan dan doa kami agar lawatan yang akan dijalankan ini dapat dilaksanakan

dengan sempurna serta mencapai matlamat dan objektifnya. Di samping itu adalah

diharapkan juga semua peserta akan dapat mengikuti lawatan tersebut dengan jaya dan

selamat.

Disediakan oleh,

……………………………
( MOHAMAD ASRI BIN OMAR)
Setiausaha,
Lawatan Persatuan Hoki,
SMK Trolak.

Disemak oleh,

…………………………….

Disahkan oleh,

…………………………….

You might also like