You are on page 1of 5

KERTAS KERJA DAN CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KLUANG, JOHOR


PADA 12 DISEMBER 2023

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Morni Pok telah bercadang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kluang, Johor. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid. Melalui program ini juga, diharapkan
guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat
murid. Bagi tahun 2023, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih daerah Kluang, Johor
destinasi aktiviti lawatan sambil belajar murid tahun 6 dengan menaiki kereta api. Daerah
Kluang, Johor dipilih kerana memiliki banyak tarikan pelancong.

2.0 RASIONAL
Setiap murid berpeluang merasa sendiri pengalaman pembelajaran bermakna menaiki
Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTM) yang hampir dilupakan jasa dan perkhidmatannya.
Program seperti ini dapat memberi peluang kepada murid menggunakan keseluruhan deria
mereka dalam suasana yang menyeronokkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk
membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
3.2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.3 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
3.4. Memberikan peluang kepada murid-murid merasai pengalaman menaiki kenderaan
awam (KTM).

4.0 DESTINASI
Stesen kereta api Kulai, Stesen kereta api Kluang, UK Farm Resort, Kedai Bawah
Kolong, Rumah Seni Kluang, Kilang Kopi Cap Televisyen

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 12 Disember 2023


Hari : Selasa

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada murid-murid asnaf dan tahap 2.


7.0 KUTIPAN

7.1. PUNCA KEWANGAN

1.1. Kutipan Peserta (84 orang x RM80.00) = RM 6,720.00

1.3. Sumbangan PIBG = RM 700.00


1
--------------------
JUMLAH = RM 7,420.00
_____________

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

2.1. Tiket kereta api (Kulai – Kluang) pergi dan balik = RM 1,848.00
2.2. Bayaran bas lawatan di Kluang = RM 924.00
2.3. Makanan Peserta = RM 700.00
2.4. Tiket masuk = RM 3,080.00
2.5. Insurans = RM 700.00
2.6. Lain-lain = RM 168.00
-------------------
JUMLAH = RM 7,420.00
_____________

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Rohani bt Mat Kamis


(Guru Besar SK Morni Pok)
Naib Pengerusi : Pn. Hafizah bt Abdul Hamid
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Setiausaha : Pn Suriana bt Kasim
Bendahari : Pn. Rafihapezhazelna bt Rosli
AJK Pengangkutan : En Mohamad Akmal bin Mahadi
AJK Makanan dan Minuman : Pn Fatin bt Ithnin
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram
lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini
urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN
Menguruskan tempahan tiket kapal terbang dan menghubungi pihak bas,
bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan murid
semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan
11.0 TENTATIF LAWATAN
Tarikh Masa Tempat Yang Dilawati Nama dan Alamat Penuh
Tempat Bermalam

12 6.30 Pagi Bertolak dari sekolah SK Morni


Disember Pok ke Stesen kereta api Kulai.
2023
(Selasa) 7.50 Pagi Bergerak ke Kluang, Johor
menaiki kereta api

10.30 Pagi Tiba di Stesen kereta api


Kluang, Johor

11.00 Pagi Lawatan di UK Farm Resort UK Farm Agro Resort,


X6FJ+WP, Jalan Amsyar,
Pulau Kampung Batu
Jalan Kluang, 86100
Kluang, Johor.
Tel : 07-7597555

2.30 Petang Lawatan di Kedai Bawah Jalan Cempaka, Kampung


Kolong Masjid Lama, 86000
Kluang, Johor.
Tel : 017-7326454

Lawatan di Rumah Seni 8, Jalan Penghulu Kassim,


Kampung Melayu, 86000
Kluang, Johor.
011-12907790

4.30 Petang Lawatan di Kilang Kopi Cap 76, Jalan Besar, Kampung
Televisyen Yap Tau Sah, 86000
Kluang, Johor.
Tel : 011-5553 1966

8.00 Malam Ke Stesen kereta api Kluang

Dijangka tiba di Stesen kereta


9.30 Malam api Kulai

Dijangka tiba di SK Morni Pok.

12.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Morni Pok. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………
(SURIANA BINTI KASIM) (ROHANI BT MAT KAMIS)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
Sek. Keb. Morni Pok Sek. Keb. Morni Pok

You might also like