You are on page 1of 19
KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia ‘Aras 8, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8884 6072 62604 PUTRAJAYA Faks: 03-8888 5124 MALAYSIA Laman Web: www.moe.gov.my Ruj. Kami :KPM.100-1/10/1 Jid. 8 (25) Tarikh 2 Q Jun 2017 SEPERTI EDARAN YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, PERINGATAN BERKENAAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa, semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia diingatkan supaya mematuhi_peraturan-peraturan yang telah ditetapkan berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah seperti berikut: (i) Pegawai awam dilarang daripada menerima atau memberi hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya dan/atau bentuk_amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud_hadiah_itu_diberi di bawah peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] seperti berikut: “8 (1) Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir ti atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang, atau kumpulan orang jika - (a) penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara, dengan pelaksanaan tugas awam pegawai itu; dan (b) bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.” Walau bagaimanapun, dalam keadaaan tertentu pegawai awam boleh menerima pemberian hadiah, tertakluk kelulusan Ketua Jabatan di bawah peraturan 8 (4), P.U.(A) 395/1993 seperti berikut: “8.(4) Jika — (a) _ seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau (b) hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini, maka hadiah itu boleh diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang _praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran_nilai hadiah dan dalam hal keadaan yang hadiah itu diterima.” Borang permohonan bagi mendapatkan kebenaran penerimaan hadiah di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (PP Bil. 3/1998) disertakan di Lampiran A. Borang laporan penerimaan hadiah di bawah PP Bil. 3/1998 disertakan di Lampiran B. (iii) (iv) Ketua Jabatan boleh membuat keputusan _ berkaitan penerimaan hadiah tersebut di bawah perenggan 13 PP Bil. 3/1998, seperti berikut: “13. Ketua Jabatan apabila menerima laporan mengenai penerimaan hadiah oleh _pegawai-pegawainya yang memerlukan keputusannya, boleh membuat keputusan seperti berikut: (a) _membenarkan pegawai menerima hadiah itu; (b) mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah itu kepada si pemberi; atau (c) _ hadiah itu disimpan oleh Jabatan. Syarat-syarat meluluskan penerimaan hadiah oleh Ketua Jabatan di bawah PP Bil. 3/1998 disertakan di Lampiran C. Peraturan yang sama menjelaskan di bawah perenggan 12, PP Bil. 3/1998 penerimaan hadiah itu tetap_menjadi_suatu kesalahan di bawah undang-undang jika ia diterima dalam keadaan-keadaan berikut: “(a) hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah (corruptly or with corrupt intention) bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada pegawai itu bagi melakukan atau tidak melakukan (to forebear), atau kerana telah melakukan atau telah tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal-ehwal atau _urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan kerja-kerja rasminya; (b) orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasmi pegawai itu sendiri atau dengan kerja rasmi seseorang pegawai di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta (v) (vi) penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (not good in faith) sebaliknya ia dilakukan dengan satu niat jenayah (mens rea); atau (c) hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang, yang pegawai itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh pegawai itu.” Sehubungan itu, menjadi_kewajipan pegawai awam untuk melaporkan tawaran rasuah/suapan di bawah perenggan 17, PP Bil. 3/1998 seperti berikut: “17. Pegawai awam adalah diingatkan tentang peruntukan seksyen 25, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu tanggungjawab untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau pihak Polis sekiranya mereka diberi atau dijanjikan atau ditawarkan apa- apa bentuk suapan. Adalah menjadi kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah Akta tersebut, sekiranya pegawai awam gagal mematuhi peruntukan berkenaan.” Peraturan yang sama juga menetapkan pegawai awam boleh memberi atau menerima keraian jika tidak_mempengaruhi tugas rasminya atau tidak bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 9, P.U.(A) 395/1993 seperti berikut: “9. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa Jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang jika — (a) _ keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya sebagai seorang pegawai awam bagi kepentingan orang itu; dan wii) (viii) (ix) (b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 4, P.U.(A) 395/1993.” Peraturan yang sama turut membenarkan Jabatan Kerajaan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain di bawah pindaan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008 seperti berikut: “18. Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain dan penerimaan hadiah itu mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal.” Syarat-syarat meluluskan penerimaan hadiah oleh Jabatan Kerajaan di bawah PP Bil. 3/1998 disertakan di Lampiran D. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan penerimaan hadiah dan sumbangan daripada pertubuhan, institusi, syarikat dan kerajaan negara luar di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 seperti berikut:- “2. Semua_ sekolah adalah dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Kementerian sebarang tawaran atau persetujuan berhubung dengan pemberian hadiah atau sumbangan, yang ingin disampaikan kepada sekolah oleh mana-mana_ pertubuhan, institusi, syarikat atau kerajaan negara luar.” Kementerian turut mengeluarkan panduan tajaan oleh syarikat/badan perniagaan di sekolah di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998 seperti berikut: “2.1 Setiap tajaan daripada mana-mana_syarikat/badan perniagaan yang hendak diadakan di sekolah perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu. 2.2 Tajaan yang diberikan hendaklah dengan tujuan khidmat masyarakat semata-mata supaya tidak berlakunya apa jua bentuk eksploitasi terhadap pelajar dan sekolah.” 3. Sehubungan itu, pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan diminta untuk memastikan pematuhan kepada peraturan- peraturan tersebut bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif yang boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti warga Kementerian. Sekian. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” \ — ‘0’ SRI ALIAS BIN HAJI AHMAD. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sk. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Menteri Pendidikan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Timbalan Menteri Pendidikan | Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Timbalan Menteri Pendidikan I! SENARAI EDARAN : 1. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Induk Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Ketua Akauntan Bahagian Akaun Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 11.Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia 12. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia 13.Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 14, Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia 15. Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Malaysia 16. Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 17. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia 18. Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia 19. Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia 20.Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia 21.Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia 22.Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia 23.Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia 24, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia 25.Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia 26.Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia 27.Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 28.Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 29. Ketua Nazir Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia 30. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 31.Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia 32.Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia 33.Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 34.Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 35.Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia 36.Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan ( PADU ) 37.Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 38.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku 39.Ketua Unit Unit Pengurusan Sumber Manusia 40. Ketua Unit Integriti Unit Integriti KPM 41.Ketua Unit Unit Pengurusan KPI 42. Penasihat Undang-undang Pejabat Penasihat Undang-undang JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 43. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jalan Tun Abdul Razak 01990 Kangar, Perlis 44. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kompleks Pendidikan Jalan Stadium 05604 Alor Star Kedah Darul Aman 45. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 Pulau Pinang 46.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh Perak Darul Ridzuan 47.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Jalan Jambu Bol 4/3& Seksyen 4 40604 Shah Alam Selangor Darul Ehsan 48.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Ehsan 49.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Melaka Jalan Istana 15450 Bukit Beruang Melaka Melaka 50. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Wisma Pendidikan Jalan Tun Abdul Razak 80604 Johor Baharu Johor 51.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Pahang Bandar Indera Mahkota 25604 Kuantan Pahang Darul Makmur 52.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Katil 20604 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman 53.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Kelantan Bandar Baru Tunjong 16010 Kota Bharu Kelantan 54. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jalan Punat Tanah, Likas 88450 Kota Kinabalu, Sabah 55. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petrajaya 93050 Kuching Sarawak 56.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin 50604 Kuala Lumpur 57.Pengarah Pendidkan Jabatan Pendidikan Labuan ‘Aras 10 Blok 4 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 81097 87020 Wilayah Persekutuan Labuan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Jalan P16 Presint 16 62150 W.P Putrajaya LAMPIRAN ‘A’ PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN KEBENARAN PENERIMAAN HADIAH DI BAWAH PERATURAN 8, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 DAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 1998 PERHATIAN: 1. Borang ini hendaklah di 2 Borang ini hendakiah di \dengan lengkap dalam 2 salinan. fengan ditaip atau ditulis dengan huruf cetak. BUTIR-BUTIR PERIBADI @ Nama Pegawai (i) No. Kad Pengenalan (i) Gelaran Jawatan (iv) Kumputan Perkhidmatan dan Gred/Tingkatan () Tempat Bertugas (Catitan: Lampirkan senarai tugas pegawai). KETERANGAN MENGENAI HADIAH @ denis (i) Nilai (Anggaran Nilai) Gi) Tarikh diterima, (v)_—Sipemberi dan Alamat © Hubungan/kaitan Dengan Pegawai (vi) Sebab diberi ¢ (vii) {alntain maldumat, ka ada (seperti pandangan_pegawai tentang hadia tu, sana ada pegawai berkehendakkan hadiah tersebut atau sebagainya) PERAKUAN PEGAWAI Saya vs di atas adalah benar. mengaku bahawa butir-butir yang diberi Tarik: (Tandatangan PegawalY ULASAN KETUA JABATAN/CAWANGAN/UNIT, JIKA PERLU “(Fandatangan’y E, KEPUTUSAN *KETUA JABATAN Saya selaku Ketua Jabatan, sotelah menimbangkan penerimaan hadiah di atas, ‘membuat keputusan berikut:- Membenarkan pegawai menerima hadiah tersebut. Hadiah tersebut dikembalikan kepada sipemberi melalui Ketua Jabatan. Hadiah tersebut disimpan oleh Jabatan. ((~ ) mana yang berkenaan | ‘Tarikh: Nama: Gelaran Jawatan —— * — Ketua Jabatan bermaksud Ketua Setiausaha sesuatu Kementerian atau Ketua Jabatan di peringkat ibu pejabat sepertimana diperuntukkan di bawah subperaturan 8.(6), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.(A) 395/1993. LAMPIRAN LAPORAN PENERIMAAN HADIAH DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 1998 PERHATIAN: 1. Borang ini hendakiah diisi dengan lengkap dalam satu (1) salinan sahaja. 2, Borang ini hendaklah diisi dengan ditaip atau ditulis dengan huruf cetak. 3. Borang ini hendaklah dimasukkan dalam fail peribadi pegawai atau fail yang berkaitan. A. BUTIR-BUTIR PERIBADI @ Nama Pegawai (i) No. Kad Pengenalan (ii) | Gelaran Jawatan (iv) Tempat Bertugas B, KETERANGAN MENGENA! HADIAH @ —— Jenis Hadiah (i) Sipemberi Hadiah (ii) Sebab Hadiah Diberi (iv) Tarikh Hadiah Diterima Tarikh: (andatangan Pegawai) LAMPIRAN SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH OLEH PEGAWAI AWAM Ketua Jabatan semasa menimbangkan permohonan pegawainya untuk menerima hadiah yang dibenarkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:- @ Hendaklah mempastikan hadiah yang diterima itu dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan di bawah garis panduan ini. (i) Penerimaan hadiah itu tidak menimbulkan syak pegawai telah menggunakan kedudukan awamnya atau kuasa yang ada padanya untuk memperolehi hadiah itu. (ii) Mengambitkira kekerapan pegawai tersebut menerima hadiah. (iv) Hubungan antara pegawai dengan sipemberi hadiah_tersebut, khususnya mengenai tugas-tugas dan kuasa yang ada kepada pegawai itu. (v) Kepentingan Jabatan secara keseluruhan. LAMPIRAN ‘D SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH. OLEH JABATAN-JABATAN KERAJAAN Kuasa meluluskan penerimaan hadiah oleh Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:- @ (i) Gil) (iv) Ww) wi) (wil) 2. Hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan. Penderma-penderma pula tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan. Hendaklah dipastikan barang-barang atau peralatan yang dihadiahkan adalah yang belum terpakai dan alat-alat gantinya pula mudah diperolehi. Serta memberi manfaat atau faedah kepada Jabatan atau negara amnya. Sesuatu hadiah itu diberikan oleh penderma secara sukarela dan bukan atas permintaan Jabatan Kerajaan yang berkenaan. Jabatan Kerajaan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah atau derma dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan atau orang perseorangan. Penerimaan sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pengujudan jawatan baru bagi mengendalikannya. Dalam hal ini Ketua-ketua Setiausaha dan Pegawal-pegawai Pengawal hendaklah mempastikan bahawa kakitangannya yang terlatih telah sedia ada dan mencukupi untuk mengendalikan hadiah yang diterima. Peruntukan Kementerian dan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah yang diterima. Ketua-ketua Setiausaha dan Pegawai-pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab mempastikan hadiah yang diterima digunakan mengikut apa yang dihasratkan oleh penderma. Semua hadiah yang telah diluluskan penerimaannya hendaklah dimasukkan ke dalam inventori Jabatan. Ketua-ketua Setiausaha dan Pegawai-pegawai Pengawal dikehendaki menghantar kepada Perbendaharaan satu laporan dengan salinan kepada Ketua Audit Negara apabila sesuatu hadiah telah diluluskan penerimaannya. Dalam laporan tersebut hendaklah dinyatakan butir-butir hadiah, nilainya, nama penderma dan tempat di mana hadiah diletakkan. 3. Semua hadiah yang berupa wang tunai hendaklah diambil tindakan dengan mewujudkan akaun amanah yang sesuai.

You might also like