You are on page 1of 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkora Tel 09-5715700, 25604 Kuantan Faks +: 09-5734857 Pahang Darul Makmur Laman Web: jpnpahang.moe.gov.my Ruj. Kami: JPNP.SPMd.800-3/2/1 (37) Tarikh : 15 April 2022 13 Ramadhan 1442H Pengetua / Guru Besar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM OPS SEJAHTERA PAHANG DALAM MENANGANI GEJALA BULI DAN ALA SAMSENG DI SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PAHANG TAHUN 2022 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di rujuk. 2, Adalah dimaklumkan bahawa, perbuatan buli dalam kalangan murid di sekolah merupakan perbuatan yang periu ditangani dengan serius oleh pihak pengurusan sekolah. Perbuatan membuli boleh berlaku sama ada secara fizikal atau menggunakan bahasa yang boleh memberi kesan menakutkan atau menyakitkan orang yang lemah. Dalam hal ini Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan melaksanakan program Ops Sejahtera Pahang dalam menangani gejala buli dan ala samseng di semua sekolah Negeri Pahang 3. Sehubungan dengan ini, dilampirkan bersama Ikrar Anti Buli semperna Program Ops Sejahtera Pahang untuk pihak sekolah mengadakan majlis bacaan ikrar setiap bulan pada minggu pertama. Selaras dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19, semua guru dan murid hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal yang perlu dipatuhi sepanjang pelaksanaan program diadakan 4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi Encik Bahari Bin Abdul Rahman di talian 09-5715700 samb 5917 / 0199453731 Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Ruj. Kami JPNP.SPMd.800-3/2/1 (34) Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. “ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, (MOHAMMAD ROSLI BIN ABDUL RAHMAN) Pengarah Pendidikan Pahang s.k 1 Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid . Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Murid Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid . Semua Pegawai Pendidikan Daerah Fail IKRAR ANTI BULI Saya dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dari semasa ke semasa sepanjang tempoh persekolahan saya di sekolah ini. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang di kehendaki oleh Peraturan-Peraturan Sekolah bahawa saya : @ Akan sentiasa mematuhi dan tidak akan membelakangkan peraturan sekolah / asrama yang telah ditetapkan. Akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai murid dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas yang dilantik oleh pihak sekolah. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah bersubahat atau melindungi apa-apa maklumat berkaitan kesalahan salah laku disiplin dalam pengetahuan saya bagi faedah diri saya sendiri. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama sekolah. Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk melindungi perbuatan berkaitan dengan salahlaku disiplin. Tidak akan melakukan perbuatan buli di sekolah atau asrama yang boleh ditafsirkan sebagai salah laku disiplin. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar peraturan sekolah, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Sekolah.

You might also like