You are on page 1of 9

SGDP5053 STATISTICS IN EDUCATION

MELAPORKAN PENGUJIAN HIPOTESIS

1. Hipotesis 1:

H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan guru mengikut jantina.

HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan guru mengikut jantina.

Hipotesis H01 diuji dengan menggunakan ujian-t sampel bebas. Ujian-t sampel bebas
digunakan kerana terdapat dua min dalam pemboleh ubah bebas yang menggunakan
data jenis nominal dan satu min dalam pemboleh ubah bersandar yang menggunakan
data interval.

Jadual 1.1 dan 1.2 adalah keputusan ujian-t sampel bebas kepuasan kerja guru
mengikut jantina.

Jadual 1.1

Statistik Kumpulan

Jantina N Min Sisihan Piawai Ralat Min

Lelaki 21 4.16 .52 .11

Perempuan 29 4.29 .61 .11

Jadual 1.2 (CONTOH JADUAL YG KELUAR EXAM !!!!)

Keputusan Ujian-t Kepuasan Kerja Mengikut Jantina

Ujian Levene Ujian-t Keyakinan 95%

F Sig. t df Sig. Beza Ralat Beza Bawah Atas


Min Min

1
.765 .386 -.781 48 .438 -.1286 .1647 .4597 .2025

Berdasarkan Jadual 1.2, ujian Levene adalah tidak signifikan (p = .386). Keputusan
ini menunjukkan varians antara guru lelaki dengan guru perempuan dalam kepuasan
kerja sebagai guru adalah tiada perbezaan, yang boleh ditafsirkan bahawa varians
kedua-dua kumpulan ini adalah sama. Statistik ujian-t sampel bebas ialah t(48) =
-.781, p = .438. Nilai p = .438 adalah lebih besar daripada .05. Statistik ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja antara guru
lelaki (M = 4.16, s.p. = .52) dengan guru perempuan (M = 4.29, s.p. = .61), di mana
perbezaan min kedua-dua kumpulan ini hanya -.1286. Oleh itu hipotesis nol gagal
ditolak kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja antara
guru lelaki dengan guru perempuan.

2. Hipotesis 2:

H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian sebelum dengan
ujian selepas rawatan.

HA2: Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian sebelum dengan ujian
selepas rawatan.

H02 diuji dengan ujian-t sampel berpasangan kerana responden yang sama mengambil
ujian sebelum dan selepas rawatan. Kedua-dua data ini adalah data ratio.

Jadual 2.1

Statistik Sampel Berpasangan

Std. Error
Min N Std. Deviation Mean
Pasanga Markah Sebelum 18.4000 20 3.15228 .70487
n1 Markah Selepas 20.4500 20 4.05845 .90750

2
Jadual 2.2
Ujian-t Sampel Berpasangan

Perbezaan Pasangan
Ralat Sela Keyakinan 95%
Piawai Perbezaan Sig.
Min s.p. Min Bawah Atas t df (2-huj)
Psg 1 Markah Sebelum
-2.05000 2.83725 .63443 -3.37787 -.72213 -3.231 19 .004
Markah Selepas

Jadual 2.2 menunjukkan keputusan ujian-t berpasangan dengan nilai t(19) = -3.231, p
= .004. Nilai p = .004 adalah lebih kecil daripada nilai p = .05. Ini menunjukkan
terdapat perbezaan min skor antara sebelum dengan selepas rawatan. Dengan ini H 02
adalah ditolak. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa rawatan yang diberikan dalam
eksperimen ini adalah berkesan, di mana perbezaan min skor antara sebelum dan
selepas rawatan adalah -2.05.

3. Hipotesis 3:

H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan guru mengikut pengalaman
mengajar guru.

HA3: Terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan guru mengikut pengalaman


mengajar guru.

Hipotesis H03 diuji dengan menggunakan ANOVA satu hala. ANOVA satu hala
digunakan kerana terdapat lebih daripada dua min dalam pemboleh ubah bebas yang
menggunakan data ordinal dan satu min dalam pemboleh ubah bersandar yang
menggunakan data interval.

3
Jadual 3.1 adalah keputusan ANOVA satu hala kepuasan kerja mengikut pengalaman
mengajar.
Jadual 3.1

Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Bagi Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan
Pengalaman Mengajar

Jumlah df Min2 F p
Kuasa
Dua
Antara kumpulan 32.68 5 6.54 34.01 .001
Dalam kumpulan 21.33 111 .19
Jumlah 54.01 116

Jadual 3.2

Jadual Min Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengalaman mengajar N Min s.p.


1 hingga 5 tahun 16 2.66 0.54
6 hingga 10 tahun 12 3.45 0.46
11 hingga 15 tahun 24 3.69 0.35
16 hingga 20 tahun 33 3.99 0.44
21 hingga 25 tahun 24 4.19 0.45
26 tahun dan lebih 8 4.63 0.36
JUMLAH 117 3.78 0.68

Jadual 3.3

Analisis Post-Hoc Min Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengalaman Pengalaman Mengajar Perbezaan Min p


mengajar
1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun .78* .001
11 hingga 15 tahun -1.03* .001
16 hingga 20 tahun -1.33* .001
21 hingga 25 tahun -1.53* .001
26 tahun dan lebih -1.96* .001

Berdasarkan 3.1 di atas statistik ujian ANOVA satu hala ialah F(5, 111) = 34.01, p
= .001. Nilai p = .001 adalah lebih kecil daripada nilai signifikan yang ditetapkan
iaitu .05. Statistik ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kepuasan kerja guru berdasarkan pengalaman mengajar, di mana min yang paling
tinggi adalah daripada kumpulan berpengalaman mengajar antara 26 tahun tahun lebih

4
iaitu 4.32, manakala min yang paling rendah ialah kumpulan berpengalaman 5 tahun
dan kurang iaitu 2.38. Apabila dibuat ujian Tukey, Jadual 3.3 menunjukkan kepuasan
kerja bagi kumpulan berpengalaman mengajar antara 1 hingga 5 tahun adalah berbeza
secara signifikan pada paras .001 dengan semua kumpulan umur yang lain. Oleh itu
H03 ditolak.

4. Hipotesis 4 dan 5:

Untuk mentafsir tahap sama ada kuat atau lemah sesuatu darjah korelasi, pengkelasan
dalam Jadual 4.1 berikut digunakan.

Jadual 4.1
Nilai Korelasi dan Tafsirannya

Nilai Korelasi Tafsiran Korelasi

0 Tiada korelasi

.01 – .20 Hubungan yang lemah dan boleh


diabaikan

.21 – .40 Hubungan yang kecil, tetapi pasti

.41 – .70 Hubungan yang sederhana

.71 – .90 Hubungan yang kuat/tinggi

.91 – 1.00 Hubungan yang sangat kuat

Sumber: Hair et al. (2007). Research methods for business. West Sussex, England:
John Wiley & Sons Ltd.

4.1 Hipotesis 4:

H04: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik
pengetua dengan tahap kepuasan guru.

HA4: Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik


pengetua dengan tahap kepuasan guru.

5
H04 diuji dengan pekali korelasi Pearson. Korelasi Pearson digunakan kerana kedua-
dua data pemboleh ubah bebas iaitu gaya kepimpinan demokratik pengetua dan
pemboleh ubah bersandar iaitu kepuasan kerja guru adalah terdiri daripada data
interval dan diambil daripada responden yang sama. Jadual 4.3 di bawah
menunjukkan keputusan korelasi Pearson.

Jadual 4.2

Statistik deskriptif Kepimpinan Demokratik, Kepimpinan Autokratik dan Kepuasan


Kerja Guru

Min Std. Deviation N


Kepimpinan Demokratik 3.9850 .70129 150
Kepimpinan Autokratik 3.3182 .61131 150
Kepuasan Kerja 4.2333 .56857 150

Jadual 4.3
Koefficien Korelasi Antara Kepimpinan Demokratik dan Autokratik Dengan
Kepuasan Kerja Guru

Kepuasan kerja
Kepimpinan Demokratik Pearson Correlation .165*
Sig. (2-tailed) .044
N 150
Kepimpinan Autokratik Pearson Correlation -.210**
Sig. (2-tailed) .010
N 150
* Signifikan pada paras .05
** Signifikan pada paras .01

Berdasarkan Jadual 4.3, didapati gaya kepimpinan demokratik berkorelasi dengan


kepuasan kerja guru sebanyak r(148) = .165, p = .044. Nilai p = .044 adalah lebih
kecil daripada paras signifikan yang ditetapkan iaitu .05. Dengan itu hipotesis nol
ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik
dengan kepuasan kerja guru.

6
4.2 Hipotesis 5:

H05: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan autokratik
pengetua dengan tahap kepuasan guru.

HA5: Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan autokratik pengetua
dengan tahap kepuasan guru.

H05 diuji dengan pekali korelasi Pearson. Berdasarkan Jadual 4.3 di atas, kajian ini
mendapati gaya kepimpinan autokratik pengetua berkorelasi dengan kepuasan kerja
sebanyak r(148) = -.210, p = .01. Nilai p = .01 adalah lebih kecil daripada nilai p yang
ditetapkan iaitu .05. Dengan itu hipotesis nol ditolak kerana terdapat hubungan yang
signifikan antara gaya kepimpinan autokratik dengan kepuasan kerja. Namun begitu
hubungannya adalah hubungan negatif atau hubungan songsang.

5. Hipotesis 6:

H06: Kepimpinan demokratik dan kepimpinan autokratik pengetua bukan peramal


yang signifikan kepada kepuasan kerja guru.

HA6: Kepimpinan demokratik dan kepimpinan autokratik pengetua adalah peramal


yang signifikan kepada kepuasan kerja guru.

H06 diuji dengan menggunakan regresi stepwise. Jadual 6.1, 6.2 dan 6.3 adalah
keputusan ujian regresi stepwise demokratik dan autokratik bukan peramal yang
signifikan kepada kepuasan kerja guru.

7
Jadual 6.1
Keputusan Ujian Regresi Stepwise Kepimpinan Demokratik dan Autokratik Bukan
Peramal Yang Signifikan Kepada Kepuasan Kerja Guru.

R2 Statistik Perubahan
Mode diselaraska Ralat Perubaha Perubaha
l R R 2
n Piawai n R2 nF df1 df2 Sig. F
1 .210a .044 .038 .55773 .044 6.843 1 148 .010
a. Peramal: (Konstan), Kepimpinan Autokratik
b. Pemboleh Ubah Bebas: Kepuasan Kerja

Jadual 6.2
ANOVA

Jumlah Kuasa
Model Dua df Min2 F Sig.
1 Regresi 2.129 1 2.129 6.843 .010b
Residual 46.038 148 .311
Jumlah 48.167 149
a. Pemboleh Ubah Bersandar: Kepuasan Kerja Guru
b. Peramal: (Constant), Kepimpinan Autokratik

Jadual 6.3

Koeffisien Regresi

Koefisien Tidak Koefisien


Piawai Piawai
Ralat
Model B Piawai Beta (β) t Sig.
1 (Konstan) 4.882 .252 19.361 .000
Kepimpinan
-.196 .075 -.210 -2.616 .010
Autokratik
a. Pemboleh Ubah Bersandar: Kepuasan Kerja

Berdasarkan Jadual 6.1, 6.2 dan 6.3, ujian regresi stepwise menunjukkan kepimpinan
autokratik merupakan peramal yang signifikan kepada kepuasan kerja furu dengan

8
nilai R= -.210, t = -2.616, p = .01. Selain itu kepimpinan autokratik juga menerangkan
kebolehuhan varians kepuasan kerja dengan nilai R2 = .044, F(1, 148) = 6.843, dan
signifikan pada paras p = .010. Nilai R = -.210 menunjukkan kepimpinan autokratik
mempunyai hubungan yang negatif dengan kepuasan kerja guru, iaitu semakin tinggi
kepimpinan autokratik, semakin rendah kepuasan kerja guru. Nilai R2 = .044
menjelaskan bahawa kepimpinan autokratik menyumbang sebanyak 4.4% kepada
kebolehubahan varians kepuasan kerja guru. Dengan itu H05 ditolak. Berdasarkan
statistik ini, persamaan regresi yang dapat dirumuskan ialah:
KK = 4.88(Kons) - .196(KA)

You might also like