You are on page 1of 8

hSGDP5053 STATISTICS IN EDUCATION

MELAPORKAN DAPATAN KAJIAN

Oleh:

Dr. ISHAK SIN

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan:

4.2 Analisis Awalan

Laporkan berapa banyak soal selidik yang diedarkan kepada responden dan berapa
banyak yang berjaya dipungut kembali.

Selain itu, laporkan berapa banyak soal selidik yang disemak dan dibuang kerana data
yang tidak lengkap.

Laporkan proses ‘recode’ data jika ada.

Seterusnya laporkan pengujian linearity, dan normality data.

Jika dilakukan transformation data disebabkan data tidak normal, sila laporkan.

Laporkan proses computing data untuk mendapatkan total score dan mean score
untuk dimensi-dimensi dan keseluruhan variable berkenaan.

4.3 Profil Responden:

Laporkan setiap maklumat responden yang diberikan mengikut data dalam soal
selidik seperti jantina, kelulusan, umur, pengalaman, dan lain-lain dengan
menggunakan jadual seperti contoh di bawah dan diikuti dengan penerangan tentang
data yang dipaparkan dalam jadual berkenaan.

Jadual 4.1
Bilangan Guru Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 48 41.0
Perempuan 69 59.0
Jumlah 117 100.0

1
Berdasarkan Jadual 4.1, bilangan guru lelaki ialah ………, manakala bilangan guru
perempuan ialah …….

Jadual 4.2
Bilangan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar

Pengalaman Mengajar Bilangan Peratus


1 – 5 tahun 16 13.7
6 – 10 tahun 12 10.3
11 – 15 tahun 24 20.5
16 – 20 tahun 33 28.2
21 – 25 tahun 24 20.5
26 tahun dan lebih 8 6.8
Jumlah 117 100.0

Berdasarkan Jadual 4.2, bilangan guru yang berpengalaman antara 16 – 20 tahun


ialah……….., manakala bilangan guru yang berpengalaman antara 26 tahun ……..

4.4 Statistik Deskriptif

Bagi menghuraikan tahap pemboleh ubah sama ada tinggi atau rendah, pengkelasan
min berikut digunakan:

Jadual 4.3
Pengkelasan Min dan Tafsirannya

Jeda Min Tafsiran


1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Jadual 4.4
Min dan Sisihan Piawai Alat Ukur Gaya Kepimpinan dan Kepuasan Kerja

Pembolehubah Min Sisihan Tahap


Piawai
Gaya Kepimpinan
Pendayautamaan Struktur 3.73 .48 Tinggi

Gaya Kepimpinan
Timbang Rasa 3.99 .44 Tinggi

Kepuasan Kerja 3.78 .68 Tinggi

2
Berdasarkan Jadual 4.4 di atas, menunjukkan min gaya kepimpinan pendayautamaan
struktur pengetua ialah 3.73 dan sisihan piawai ialah .48. Data ini menunjukkan gaya
kepimpinan pendaya-utamaan struktur pengetua berada pada tahap tinggi, manakala
min gaya kepimpinan timbang rasa pengetua pula ialah 3.99 dengan sisihan piawai
ialah .44 dan berada pada tahap tinggi. Selain itu, min bagi kepuasan kerja guru pula
ialah 3.78 dengan sisihan piawai .68. Data ini menunjukkan tahap kepuasan guru
adalah berada pada tahap tinggi.

4.5 Pengujian Hipotesis

4.5.1 Pengujian Hipotesis H01:

Hipotesis H01 yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan
guru mengikut jantina diuji dengan menggunakan ujian-t sampel bebas. Ujian-t
digunakan kerana terdapat dua min dalam pemboleh ubah bebas dan satu min dalam
pemboleh ubah bersandar.

Jadual 4.5 adalah keputusan ujian-t kepuasan kerja mengikut jantina.

Jadual 4.5
Keputusan Ujian-t Kepuasan Kerja Mengikut Jantina

Jantina N Min s.p. dk t p


Lelaki 48 3.59 .65 115 .85 .41
Perempuan 69 3.34 .63

Berdasarkan Jadual 4.5, statistik ujian-t ialah t(115) = .85, p > .05. Statistik ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja antara guru lelaki (M =
3.59, s.p. = .65) dengan guru perempuan (M = 3.34, s.p. = .63). Oleh itu hipotesis nol
gagal ditolak kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja
antara guru lelaki dengan guru perempuan.

3
4.5.2 Pengujian Hipotesis H02:

Hipotesis H02 yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan
guru mengikut pengalaman mengajar diuji dengan menggunakan ANOVA satu hala.
ANOVA satu hala digunakan kerana terdapat lebih daripada dua min dalam pemboleh
ubah bebas dan satu min dalam pemboleh ubah bersandar.

Jadual 4.6 adalah keputusan ANOVA satu hala kepuasan kerja mengikut pengalaman
mengajar.

Jadual 4.6
Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Bagi Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan
Pengalaman Mengajar

JKD dk Min2 F p
Antara kumpulan 32.68 5 6.54 34.01 .0001*
Dalam kumpulan 21.33 111 .19
Jumlah 54.01 116
*p < .05

Jadual 4.7
Jadual Min Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengalaman mengajar N Min s.p.


1 hingga 5 tahun 16 2.66 0.54
6 hingga 10 tahun 12 3.45 0.46
11 hingga 15 tahun 24 3.69 0.35
16 hingga 20 tahun 33 3.99 0.44
21 hingga 25 tahun 24 4.19 0.45
26 tahun dan lebih 8 4.63 0.36
JUMLAH 117 3.78 0.68

Jadual 4.8
Analisis Post-Hoc Min Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengalaman Pengalaman Mengajar Perbezaan Min p


mengajar
1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun .78* .001
11 hingga 15 tahun -1.03* .001
16 hingga 20 tahun -1.33* .001
21 hingga 25 tahun -1.53* .001

4
26 tahun dan lebih -1.96* .001

Berdasarkan 4.6 di atas statistik ujian ANOVA satu hala ialah F(5, 111) = 34.01, p
< .05. Statistik ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan
kerja guru berdasarkan pengalaman mengajar, di mana min yang paling tinggi adalah
daripada kumpulan berpengalaman mengajar antara 26 tahun tahun lebih iaitu 4.32,
manakala min yang paling rendah ialah kumpulan berpengalaman 5 tahun dan kurang
iaitu 2.38. Apabila dibuat ujian Tukey, Jadual 4.8 menunjukkan kepuasan kerja bagi
kumpulan berpengalaman mengajar antara 1 hingga 5 tahun adalah berbeza dengan
semua kumpulan umur. Oleh itu H02 ditolak.

4.5.3 Pengujian Hipotesis H03 dan H04:

Untuk mentafsir tahap sama ada kuat atau lemah sesuatu darjah korelasi, pengkelasan
dalam Jadual 4.9 berikut digunakan.

Jadual 4.9
Nilai Korelasi dan Tafsirannya

Nilai Korelasi Tafsiran Korelasi


0 Tiada korelasi
.01 – .20 Hubungan yang lemah dan boleh
diabaikan
.21 – .40 Hubungan yang kecil, tetapi pasti
.41 – .70 Hubungan yang sederhana
.71 – .90 Hubungan yang kuat/tinggi
.91 – 1.00 Hubungan yang sangat kuat
Sumber: Hair et al. (2007). Research methods for business. West Sussex, England:
John Wiley & Sons Ltd.

4.5.3.1 Pengujian Hipotesis H03:

Hipotesis H03 yang menyatakan tidak terdapat hubungan antara gaya kepimpinan
pendayautamaan struktur pengetua dengan tahap kepuasan guru diuji dengan pekali
korelasi Pearson. Korelasi Pearson digunakan kerana kedua-dua data pemboleh ubah
bebas iaitu gaya kepimpinan pengetua dan pemboleh ubah bersandar iaitu kepuasan
kerja guru adalah terdiri daripada data interval dan diambil daripada responden yang
sama. Jadual 4.10 di bawah menunjukkan keputusan korelasi Pearson.

5
Jadual 4.10
Keputusan Korelasi Pearson Antara Gaya Kepimpinan dengan Kepuasan Kerja

Dimensi Gaya Kepimpinan Nilai r dengan Kepuasan Kerja

Pendayautamaan Struktur .146

Timbang Rasa .411**

N = 151
* Signifikan pada paras .05
** Signifikan pada paras .01

Berdasarkan Jadual 4.10, didapati gaya kepimpinan pendayautamaan struktur


berkorelasi dengan kepuasan kerja sebanyak r(149) = .15 dan tidak signifikan pada
paras .05. Dengan itu hipotesis nol gagal ditolak kerana tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara gaya kepimpinan pendayautamaan struktur dengan kepuasan kerja.

4.5.3.2 Pengujian Hipotesis H04:

Hipotesis H04 yang menyatakan tidak terdapat hubungan antara gaya kepimpinan
timbang rasa pengetua dengan tahap kepuasan guru diuji dengan pekali korelasi
Pearson.

Berdasarkan Jadual 4.10 di atas, kajian ini mendapati gaya kepimpinan timbang rasa
berkorelasi dengan kepuasan kerja sebanyak r(149) = .41 dan signifikan pada
paras .01. Dengan itu hipotesis nol ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan
antara gaya kepimpinan timbang rasa dengan kepuasan kerja. Namun begitu
hubungannya berada pada tahap sederhana.

4.5.4 Pengujian Hipotesis H05:


Hipotesis H05 yang menyatakan kepimpinan timbang rasa dan pendayautamaan
struktur pengetua bukan merupakan peramal yang signifikan kepada kepuasan kerja
guru diuji dengan menggunakan regresi stepwise. Jadual 4.11, 4.12 dan 4.13 adalah

6
keputusan ujian regresi stepwise kepimpinan timbang rasa dan pendayautamaan
struktur bukan peramal yang signifikan kepada kepuasan kerja guru.

Jadual 4.11
Keputusan Ujian Regresi Stepwise Kepimpinan Timbang Rasa dan Pendayautamaan
Struktur Bukan Peramal Yang Signifikan Kepada Kepuasan Kerja Guru.

Peramal R R2 Adj. R2 R2 Change Signifikan


Timbang .411 .169 .164 .169 .0001
Rasa
N = 151
Pemboleh Ubah Bersandar: Kepuasan Kerja

Jadual 4.12

ANOVA

Jumlah Kuasa Min Kuasa


Model Dua dk Dua F Sig.
1Regresi 5.220 1 5.220 30.373 .000b
Residual 25.610 149 .172
Jumlah 30.830 150
a. Pemboleh Ubah Bebas: Kepuasan_Kerja
b. Peramal: (Konstan), Timbang_Rasa

Jadual 4.13
Nilai Koefficien Regresi Kepimpinan Timbang Rasa
Pemboleh Beta Std. Error β t Signifikan
Ubah
Konstan 2.713 .263 10.30 .0001
Timbang .376 .068 .411 5.51 .0001
Rasa

Berdasarkan Jadual 4.11, 4.12 dan 4.13, kajian ini mendapati kepimpinan timbang
rasa pengetua adalah merupakan peramal yang signifikan kepada kepuasan kerja guru
dengan nilai R= .411, t = 5.51, p = .0001, dan R 2 = .169, F(1, 149) = 30.37 signifikan
pada paras .0001. R2 = .169 menjelaskan bahawa kepimpinan timbang rasa

7
menyumbang kepada kebolehubahan varians kepuasan kerja guru sebanyak 16.9%.
Dengan itu Hipotesis Nol H05 ditolak.

4.5 Rumusan

You might also like