You are on page 1of 4

Pendidikan dan Pencapaian

Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad mula mendapat


pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah Melayu di
Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak membaca, menulis
jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam darjah tiga.
Ayahnya menghantarkannya ke sebuah sekolah
berdekatan di Linggi tahun 1909 kerana mahukannya
belajar bahasa Arab dan fekah sehingga mahir sebagai
seorang ulama, namun Zainal berubah minat sendiri.Beliau
menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul
Seremban dan merupakan orang Melayu pertama
menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus
peperiksaan pada 1915.
Nilai Bermoral
Memberi gaji kepada anak-anak Melayu yang tiada
pekerjaan supaya dapat mengikuti latihan kemahiran
sambil bekerja dalam pelbagai lapangan pertukangan
dan perniagaan daripada orang Cina.

Mendirikan sekolah pertukangan bagi anak-anak


Melayu.

Mengadakan biasiswa bagi pelajaran tinggi;


menerbitkan buku-buku cara baru dalam bahasa
Melayu.

Menubuhkan sekolah khas seperti


Mohammadan.College di India.
Kata-kata tokoh yang saya suka
“Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya
mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan
orang atau apa yang biasa dibuat orang.

"Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek


moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada
ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal
sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan
akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu
pengetahuan yang sah betulnya."
Pendeta Za’ba

Biodata
Nama penuh : Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad
Kelahiran : 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempol,
Negeri Sembilan,Malaysia.
Meniggal : 23 Oktober 1973 (umur 78) Kuala Lumpur,
dunia Malaysia.
Organisasi : Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Gerakan : Gerakan Akademik Malaya
politik

You might also like