You are on page 1of 2

PERANTI INPUT

Peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk
memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.

Semua peranti input mengekod (encode) maklumat kepada data supaya boleh


diproses oleh sistem komputer digital.

Antara contoh peranti input ialah :                                                                 

 papan kekunci
 tetikus
 mikrofon
 pengimbas
 kamera digital
 kayu ria
 pengimbas kod bar
 pembaca kad pintar

Tanpa peranti Input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen sahaja
iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna
berinteraksi dengannya.
Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama,
pemprosesan serta hasil yang dikenali sebagai output.
Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video.

Papan Kekunci (KeyBoard)

Merupakan peranti yang digunakan untukmemasukkan data dan arahan. Terdapat


berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), “rasa/sentuhan” dan bilangan
kekunci.

Pada kebiasaanya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan


ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik
ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.
Mesin Pengimbas

Peranti ini menukarkan imej teks, lukisan , gambar dan yang serupa dengannya
pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke
komputer.
Imej yang telah diproses boleh dipapaprkan di skrin, di simpan di peranti storan dan
dihantar kepada komputer lain.

You might also like