You are on page 1of 5

You are here: 

Home / Analisis Teknikal / Tips Fibonacci: DiNapoli Levels – Siri 2

Tips Fibonacci: DiNapoli Levels – Siri


2
September 9, 2017 by diari saham 12 Comments

Sharing is caring!

 3


Post sebelum ini boleh rujuk Tips Fibonacci: DiNapoli Levels – Siri 1.

Tujuan saya menulis tentang Fibonacci DiNapoli Levels ialah akibat kekecewaan saya dalam
mengenalpasti support dan resistance melalui pelbagai kaedah yang saya rasakan agar sukar,
terlalu subjektif dan sentiasa pecah.

Jika pembaca perasan, pernahkah kita membeli sesuatu saham dekat dengan support, sebaik
sahaja beli harga terus jatuh dan jatuh. Bahkan memecahkan support yang kita lukis. Setelah
rasa putus asa, kita pun cut loss, mungkin 3-5% harga bawah support, setelah cut loss, bila
dilihat balik, harga tiba-tiba naik mencanak. Ia sangat-sangat mengecewakan. Rupa-rupanya
setelah diperhatikan, support terbaru dibuat dibawah support asal berdasarkan kiraan
fibonacci. Akan tetapi timbul pula isu pada diri saya iaitu, level fibonacci manakah paling
SIGNIFIKAN? Adakah 0.236 / 0.382 / 0.500… dan seterusnya. Setelah saya membaca buku
DiNapoli, beliau hanya fokus pada 2 level retracement sahaja.

Apakah Konsep DiNapoli Levels? 

Konsep utama DiNapoli ialah menggabungkan Lagging Indicator dengan Leading Indicator.
Beliau menggabungkan konsep Trend Following (ikut trend sampai patah) dan entry setepat
mungkin (meramalkan turning point dengan tepat) dan take profit secepat mungkin dengan
risk reward ratio yang bagus.

Lagging indicator ialah segala jenis indicator yang berasal dari unsur-unsur moving average.
Contoh indicator ialah simple moving average, exponential moving average, ichimoku kinko
hyo, macd, GMMA.

Manakalah Leading indicator yang diakui oleh DiNapoli ialah fibonacci DiNapoli Levels.
Menurut beliau, ramai rugi dalam trading kerana mengikut level-level fibonacci yang tidak
signifikan. Bagi beliau hanya 2 level sahaja yang signifikan dalam fibonacci retracement
(untuk penentuan support) dan 3 level signifikan dalam fibonacci extension(untuk penentuan
TP). Beliau mendakwa level-level tersebut adalah berdasarkan kajian beliau beberapa belas
tahun. Beliau juga mengatakan jika menguasai teknik beliau, tidak perlu pening kepala
belajar Elliott Wave dan juga Harmonic Pattern.

Apakah setup trading beliau? 

Setup trading beliau ialah:

1. Displaced Moving Average:


o 3 DMA displaced kehadapan 3 (3×3)
o 7 DMA displaced kehadapan 5 (7×5)
o 25 DMA displaced kehadapan 5 (25×5)
2. MACD 8,17,9
3. Slow Stochastic 8,3,3
4. Detrended Price Oscillator (indicator ini saya tidak berjaya cari dalam trading platform /
bursa station)

Setelah saya perhatikan dan membuat sedikit kajian, sebenarnya indicator yang digunakan
diatas bertujuan untuk:

1. Mengetahui trend samaada uptrend / downtrend melalui DMA & MACD


2. Mengetahui puncak-puncak untuk menarik fibonacci retracement melalui petunjuk stochastic
crossover

Akan tetapi, saya juga gabungkan dengan ichimoku untuk mengetahui trend lebih jelas.
Tetapi saya mengekalkan slow stochastic (8,3,3) untuk memudahkan saya menarik fibonacci
retracement setelah crossover berlaku.

Fibonacci: Dinapoli Levels

Terdapat 2 jenis SAHAJA fibonacci tools yang digunakan oleh DiNapoli

1. Fibonacci Retracement: Untuk mengetahui support ketika harga uptrend.


o Apabila harga membuat kenaikan uptrend, ia akan menaik secara zig zag. Ia juga akan
membentuk support dan resistance. Setelah diteliti, support-support yang dibentuk adalah
lebih kurang sama dengan pivot level, kaedah S&R tradisi, kijun-sen ichimoku.
o Terdapat 2 sahaja level yang significant iaitu 0.382 dan 0.618.
o Untuk tarik fibo, boleh guna puncak-puncak terendah ke puncak tertinggi. Jika sebarang
pertindihan 0.382 & 0.618 ia dikira confluence dan berpotensi membentuk support yang lebih
kukuh sukar ditembusi.
2. Fibonacci Projection: Untuk mengetahui Target Profit
o Setelah entry dibuat, maka tidak perlu susah payah mencari puncak-puncak tertinggi sebelum
ini.
o Hanya perlu tarik fibonacci projection sahaja.
o Terdapat 3 level signifikan iaitu 0.618, 1.00 & 1.618. Ia juga boleh dianggap sebagai resistant
level.
o Ambil profit pada 1.00 level, kerana di situ harga biasanya boleh sampai dan ramai clear
position kat situ. Tetapi ada juga kes perlu TP di 0.618 jika terdapat resistant yang jelas dan
signifikan berdasarkan kaedah tradisional.
3. Untuk mengetahui perubahan trend, perhatikan pattern double bottom / double top
4. Fibonacci level pada timeframe lebih tinggi adalah kukuh support / resistant.

Contoh kaunter uptrend berdasarkan pemilihan dari top active

Kaunter Hiaptek

Carta mingguan Hiaptek, cuba lukis S&R ikut kaedah tradisional, jenuh kan? Mujur ada
fibonacci.
Peringatan! Analisa peribadi saya, bukan buy call tapi sebagai pembelajaran. Kena rujuk
sifu lain untuk pengesahan juga. Saya ni newbies ajo. 

Berdasarkan kefahaman saya mengikut setup DiNapoli Level. Kaunter Hiaptek telah berada
dalam fasa uptrend. Tetapi sepanjang kenaikan ia membuat beberapa retracement. Jika
diperhatikan fibonacci retracement yang dilukis, apabila ia menyentuh fibo 2 level. Pada fasa
pertama kenaikan, harga telah menjadi uptrend apabila telah melepasi garisan hijau 25DMA.
Anda juga boleh mengambil 3DMA sebagai aras penentu trend, tetapi hendaklah diselarikan
dengan MACD melintasi zero line (uptrend). Menurut diNapoli, pembelian hendaklah pada
retracement, bukan pada breakout. Untuk menarik fibonacci retracement, tunggu SlowSo
crossover kebawah garisan 75, maka puncak telah terhasil (swing high). Maka tariklah
fibonacci retracement dari swing low  ke swing high pada harga 0.179 sen sehingga 0.360.
Jika diperhatikan fasa 1, apabila harga menyentuh garisan fibo 0.382, ia tembus kemudian
merangkak naik semula. Stoplos boleh diletakkan bawah 0.618 iaitu sebanyak 15% (jika
mahu kurang, letaklah antara 0.382 & 0.618). Biasalah, kalau trade guna chart weekly,
konfirm la stop loss besar. Setelah entry dibuat, samaada tunggu slowso crossover, atau lihat
candle action atau pakai tadah buta ajo kat level 0.382 dan tunggu harga bergerak ke atas.
Kalau ikut teknik DiNapoli, beliau cadangkan tadah buta ajo kat level 0.382 atau 0.618.

Untuk mengetahui projection TP, tarik fibo projection 3 titik, dari puncak terendah 0.179 ke
0.360 (HH) dan ke 0.270 (HL). Maka 3 levels terhasil iaitu 0.380, 0.448 dan 0.558. Jika
diperhatikan, apabila harga bergerak 0.380 ia terus patah balik dan membentuk new Higher
High (HH). Itu bermakna kat situ ramai duk TP. Apa boleh buat, patutnya kita nak tunggu kat
level fibo 1.00 = 0.448.

Kemudian harga patah balik membentuk Higher Low (HL) pada harga 0.293. Kat situ boleh
tarik balik fibo retracement, entry, pastu tarik fibo projection. Lihat stochastik sebagai
panduan untuk penentuan HH, HL. Perhatikan MACD agar tidak cross below zero line (dead
cross, kalau terjadi maunya kena lari tak cukup tanah).

Begitulah teknik trend following + entry setepat mungkin & TP setepat mungkin. RRR
sangat bagus.

Langkah-langkah di atas boleh diulangi sehingga trend patah. Terdapat major double top.
Ada candle hijau panjang dengan ultra volume panjang. Dan fibo projection tu dah sentuh
161.8% ke. Tu dikira dah nak habis trend. Saya rasa kalau kita berjaya entry fasa 2 dan 3 pun
kenyang tak habis makan. Kalau trend patah sekalipun, ada cara sebenarnya nak tahu sampai
mana ia melingkup. Dan tidak hairan mungkin cycle uptrend seterusnya akan datang kembali.
Cuma sementara tu, boleh lupakan dulu kaunter ni, bedal kaunter lain pulak.

Saya letih nak letak banyak contoh disini, kerana sehari dua ini agak tidak sihat. Harap
contoh di atas jelas untuk pembaca.

Boleh juga nak guna timeframe daily, 4hour, 30-minit. Tetapi akan terdapat banyak fibo-fibo
point kena tarik. Kalau fulltime trader duk ngadap PC 24 jam ok la. Saya bagi contoh senang
nak faham, selebihnya pembaca boleh cuba kat timeframe dan gabungkan dengan setup
kegemaran masing-masing. Pastikan setup tu boleh kenalpasti trend, turning point (HH, HL)
dan tambahkan fibo DiNapoli Levels. Stochastik paramaters tu semua saya ikut DiNapoli,
dan ianya lebih leading berbanding setup default.

Kesimpulannya: 

 Teknik DiNapoli bukanlah suatu teknik yang baru secara total. Ia cuma pelengkap setup kita
agar entry dan exit menjadi lebih baik.
 Teknik trend following sebenarnya bagus, tetapi jika kita tidak mengetahui hala tuju dan
target secara tepat, hati pasti menjadi gusar setiap kali pullback / retracement berlaku.
Kadang-kala retracement berlaku terlalu deep sehingga floating profit kita menjadi floating
loss, andaikata kita tahu bahawa kita perlu mengambil profit pada projection 1.00 dan tunggu
retracement berlaku, maka hati lebih tenang.
 Ia adalah salah satu teknik “buy low sell high”. Mungkin sesetengah orang mengatakan
teknik ni agak karut, saya rasa ia tidak mustahil, kerana saya pernah melihat geng-geng
harmonic trader, mereka trade fcpo berjaya tangkap hujung-hujung ekor pada turning point
yang sangat tepat.
 Gabungan trend following (lagging indicator) dan Leading indicator DiNapoli levels adalah
suatu idea dan setup yang terbaik pernah saya baca sebelum ini. Jika ada yang lebih baik,
saya akan kongsikan semula di blog ini.
 Perbezaan ketara jika entry menggunakan indicator ialah, teknik tadahan buta fibonacci
DiNapoli level adalah paling leading, paling tepat kerana ia menadah buy pada potential
turning point. Jika kita menggunakan crossover moving average akan terlambatlah entry
sebanyak 4 candle, jika guna MACD risiko false crossover dan divergence dan lagging 3
candle, jika guna stochastic, delay 2 candle, jika guna candlestick pattern lagging 1-2-3
candle (bergantung pada jenis pattern terbentuk), jika guna teknik S&R tradisional, biasanya
susah nak lukis dan terdapat false break support kerana support fibo biasanya kat bawah sikit.
Kalau guna Parabolic SAR, pun terdapat delay 1-2 candle. Jadi kalau tak mahu terlambat, dan
mahukan RRR yang bagus, maka gunakanlah teknik tadahan pada DiNapoli Levels.
 Syarat utama nak yakin dan mahir ialah kena tahu struktur trend HH dan HL. Barulah tarik
fibo itu menjadi lebih tepat dengan bantuan indicator slowstoc di atas.

Setakat itulah siri DiNapoli Fibonacci saya ingin kongsikan. Ia bukan bermakna saya sudah
pandai, saya sebenarnya baru tahu, dan baru belajar gunakannya. Bila saya baca dan faham
sesuatu ilmu, saya terus tulis kat sini, agar tak lupa. Harap pembaca boleh ambil manfaat dari
post ini.

Sekian terima kasih.

You might also like