You are on page 1of 22

EBOOK Trading Plan BREAKOUT PADU

Topik 1 : Direction ( Daily / H4 )


1. Mark Kawasan BREAKOUT hanya di Daily atau H4 tapi cari BREAKOUT Daily lagi
diutamakan berbanding dengan H4 breakout terlebih dahulu
- Anda hanya perlu cari BREAKOUT H4 kalaula tiada breakout dijumpai di TF Daily ( tapi ini
jarang berlaku so tade masalah)
2. Pastikan ada hanya perlu cari SBR atau RBS sebab kita jarang mark Support dan
Resistance dalam Teknik BREAKOUT PADU kita !

3. Tips: biasakan mark SBR & RBS berbanding Support dan Resistance sebab trade di SBR,
RBS ada winning rate lebih tinggi berbanding trade di Support dan Resistance.

4. Anda kena ingat bahawa biasakan anda mulakan hari baharu dengan kemas dengan
delete chart anda setiap hari baru bermula sebab SBR RBS Daily setiap hari berubah & anda
juga mudah memahami pergerakan hari ini dengan hari sebelum ini dengan meletakkan
“vertical line” pada hari ini
5. Anda kena mahirkan Marking Engulfing Sell dan Engulfing Buy dan marking SBR RBS
pakai LINE CHART supaya anda bole flexible sendiri nanti semasa marking BO Daily dan H4.

6. Pakai line chart lagi mudah untuk tengok Breakout SBR ke atau RBS dan juga penting
juga price berada dia engulfing buy/sell ke engulfing fail buy sell juga. ( So seperti
diterangkan di video sebelum ini, anda WAJIB Backtest marking engulfing sell, buy dan
engulfing fail buy,sell).
Topik 2 disambung selepas Topik 4 di bawah nanti…

Topik 3 : Confirmation ( H1 )
1. Anda Perlu turun TF H1 sekarang untuk control zone breakout yg anda mark di tf Daily
atau H4.
2. Anda perlu ingat bahawa anda wajib Precisekan atau Kecilkan zone yg dilukis di TF Daily,
H4 tadi di TF H1 untuk mengurangkan risiko entry floating nanti masa entry.
3. Biasanya semasa kita mark dan biar macam itu sahaja zone Daily, H4 , zone tu biasanya
berada dalam 50-80 pips iaitu terlalu besar giler, sebab Pro-pro trader di seluruh dunia suka
melukis zone sebanyak 20-30 pips je sebab semakin kecil zone, semakin bagus entry dan
tahan floating pun kejap je daripada tunggu lama2 untuk merah tukar jadi biru nanti profit
kita.
4. Anda bole guna line chart, engulfing , juga dalam mengecilkan zone yg dilukis tadi untuk
buat sharp entry nanti ! tapi bukan selalu dapat sharp entrynya sebab kita lebih focus
kepada safe entry drp sharp entry ! tapi janji biru2 tanpa tunggu lama2 untuk mendapat
profit USD !
5. Pastikan anda buka MT4 / MT5 anda, pergi daripada Daily > H4 > H1 ye jangan songsang
lagi, sebab kita WAJIB datang drp Higher timeframe ke Lower timeframe, Ingat !!!
Topik 4 : Entry ( M15/M5 )
1. Sekarang anda turun drp TF H1 ke M15 atau M5 untuk proses entry dan jangan entry di
TF lain2 lagi ye guys sebab kita kena kurangkan risk kita dengan entry di Lower timeframe
seperti M15/M5.
2. Ingat, ini memang penting ye guys, lepas dah tukar tf m15 atau m5 , anda hanya perlu
tunggu atau sabar price buat 4 BENDE PENTING, iaiti
a) Engulfing buy (kalau setup buy), Engulfing sell (kalau setup sell)
b) Mover Candle ( candle yang Panjang – kalau buy candle hijau yg Panjang = maksudnya
buyers masuk market dah ) / candle ( kalau sell candle merah yg Panjang = maksudnya
sellers masuk market dah )
c) Wick Rejection – Penolakan atau Rejeksi shadow yang kuat ( kalau buy shadow tolak ke
atas, kalau sell shadow tolak ke bawah )
d) Sideways – price harus melemah dengan buat sideways sebab sideways maksudnya price
sudah tade tenaga nak continue direction tadi so tengah buat reversal , dalam masa ini la
price buat Engulfing, Mover, Wick Rejection.
Topik 2 : Engulfing
Engulfing maksudnya Makan atau Menelan candle lain

1 )Engulfing terdiri kepada dua : Engulfing biasa dan Engulfing Fail

a) Engulfing biasa (EG) = Engulfing Buy dan Engulfing Sell

- Engulfing buy mix juga lebih drp 1 candle hijau berturut2 menelan candle merah

- Engulfing sell mix juga lebih drp 1 candle merah berturut2 menelan candle hijau

b) Engulfing fail (EF) = Engulfing fail Buy (SBR) dan Engulfing fail Sell (RBS)

= EF ini sama konsep seperti SBR dan RBS Cuma cara marking je berbeza ( refer
gambar di bawah)
Cara marking Engulfing dan Engulfing fail rujuk di bawah

Pastikan anda backtest banyak2 sebanyak 1000 kali marking engulfing ini supaya anda bole Nampak
senang nanti.
Topik 5 : Correlation Pair
Ramai tanye atau berfikir pair apa je saya bole trade tak kisah la trader newbie ke trader
pro, bagi saya ikut pengalaman saya trade, best pergi kepada Major Pair (XXXUSD,USDXXX)
Dalam itu juga, saya hanya trade Pair EURUSD, USDCHF & AUDUSD,USDCAD
Tahu kenapa saya main 4 pair atau 2 pasang pair ini sahaja ?
Sebab ikut Correlation kedua2 pair ini, kalau EURUSD Naik, USDCHF Turun dan sebaliknya
Kalau AUDUSD Naik, USDCAD Turun dan sebaliknya.
Tips ini hanya boleh diketahui kalau anda pergi backtest betul2 sebab anda bole trade ikut
correlation dia dan lagi mudah awak bole baca market nak ke mane.
Tak perlupun main Gold ke GBPJPY ke pair2 yang laju tu, saya trade 4 pair ini je boleh buat
duit banyak , sebab slow but steady hehe…
Correlation ini takkan berlaku di GBPUSD ngan USDJPY tapi NZDUSD selalu bergerak sama
arah ikut pergerakan AUDUSD tapi disebabkan NZDUSD spread dia besar giler, saya
cadangkan awak tak perlupun trade GBPUSD, USDJPY, NZDUSD ( Fokus EU,UCHF dan
AU,UCAD ).

Juga, saya cadangkan awak trade hanya sesi London bermula sampailah sesi New York
tamat iaitu dari 3pm-11am ( saya cadangkan awak jangan trade waktu Asia iaitu 7am sampai
3 petang sebab market memang tade volume utk bergerak dan tak dpt cari profit banyak2
so saya nak anda semua trade berdisiplin hanya dalam waktu 3pm Malaysia time sampai
malam 11pm Malaysia time )
Dengan Teknik BREAKOUT PADU ini, anda akan jadi trader Scalping dan Intraday je ye bukan
swing sebab swing memerlukan modal yang agak besar.
Topik 6 : Money Management & Emosi dan Mental
1. Anda selalu set target minimum TP 20 pips sebab biasanya price tukar arah atau patah
balik selepas 20 pips so letak 20 pips je TP awak dengan merisikokan 1-2% daripada acc
modal korang ( tapi risiko ini adalah lebih kepada ikut kemampuan berapa awak sanggup
loss so fikir betul2 ye sebelum entry )

$100 = max 3 layer 0.01

= 0.01 x 3 layer = Target mesti 20 pips

= max floating = $10 - $20

$1000 = max 3 layer 0.10

= 0.10 x 3 layer = Target mesti 20 pips

= max floating = $100 - $200

2. Always remember risk comes first then rewards comes later, anda selalu jaga MM anda
sebab semakin lama anda jaga capital awak, semakin konsisten awak nanti dalam trading
nanti.
3. Jangan tamak atau overtrade dalam sehari sebab setup breakout setiap hari muncul dan
winning rate dia 80% , jadi first of all Set daily target anda ikut kemampuan modal anda.
Kalau capai daily target Please jangan overtrade dan saya tahu berapa kesusahannya saya
melalui disebabkan overtrade ye. Saya tak nak awak ulangi kesilapan yg saya buat sebelum
ini kat korang.

4. So korang set daily target + kalau 2 loss streak jangan trade dan kawal emosi anda dan
trade hari kemudiannya. Jangan Revenge trading pula so jus tutup mt4 computer,ipad atau
phone buat kerja lain dan cuba sibukkan diri sikit utk tenangkan minda anda dan datang
fresh keesokkan harinya.
5. Juga pastikan anda lukis zone awak dalam 20-30 pips je zone awak sebab kalau makin
kecilkan zone breakout awak nanti, lagi kurangla ye floating awak lepas awak entry.

Tips : Mulai hari ini anda harus berdisiplin, rajin dan berkonsisten dengan BACKTEST banyak-
banyak , screenshot and tulis apa yang anda fahami dalam chartnnya tak kisah la computer
ke ipad ikut awak, kalau computer lepas tulis di trading view atau mt4 tekan ( window + shift
+ s ) , kalau ipad screenshot button je lepastu save di gallery awak dan ulang kaji sampai
muntah.
Mengikut Pengalaman saya selama 7 tahun dalam bidang trading ini, nothing comes easy
utk sesiapa sahaja , so saya recommend awak untuk buat latihan homework atau buat
journaling entry awak, kefahaman awak tentang Teknik BREAKOUT PADU ini supaya anda
bolelah tingkatkan kefahaman anda nanti lebih banyak.
Secara jujurnya, saya backtest selama 3 tahun geng bukan 3 bulan tahu untuk mendapat
retak forex untuk jadi konsisten dan sampai skrg pun saya masih backtest sebab saya terlalu
sukai forex ni, jadi “to do what you love, you must love what you do”.

Backtest Direction/ Confirmation/ Entry tu semua minimum 500-1000 ss serious berbaloi


untuk dapat EAGLE EYE ! ( kalau tengok video diberi full tahu kenapa saya sebut Eagle Eye
nanti hehe kalau terlepas beli evideo tadi boleh la contact kami, Staf Aina ( 016-7159309 )
Good Luck and All the Best !
Breakout Padu for Life !!!

You might also like