You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA

Jalan Bukit Mutiara 2, Taman Bukit Mutiara, No.Tel : 07-3516122


81100 Johor Bahru, Fax : 07-3516122
Johor. Email : skbmjba1116@gmail.com

___________________________________________________________________
Rujukan Kami : JBA1116/700-3/3/1( )
Tarikh : 28 Disember 2019

Darshan A/L Kumar Seen,


Pemimpin Pengkap Kanak-kanak,
SK Bukit Mutiara,
81100 Johor Bahru,
Johor

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan


kepada saya sebagai penolong pendaftar oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti
termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196,
bahawa tuan telah dilantik sebagai Pemimpin Pengakap Kanak-kanak, Sekolah
Kebangsaan Bukit Mutiara berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

a. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh


tuan.

3. Semoga dengan pelantikan ini , tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk


meningkatkan prestasi perkhidmatan pendidikan dan unit pengakap sekolah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(NOOR HUDA BINTI HAMID)
Guru Besar
SK Bukit Mutiara
81100, Johor Bahru

s.k. 1. Fail Peribadi


2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
3. Fail Pengakap

You might also like