Stress MM

You might also like

You are on page 1of 1

Tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan secara baik boleh menjejaskan kesihatan dari segi

fizikal mahupun mental. Justeru, antara cara terbaik yang boleh dilakukan untuk
mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu bersenam.

Bersenam merupakan salah satu cara efektif yang boleh membantu mengurangkan stres.
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin seterusnya anda akan
berasa lega dan tenang. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan
dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.

Seterusnya, sangat penting untuk pelajar menguruskan masa dengan baik supaya kerja yang
perlu dilakukan boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan tidak tergendala. Untuk
menguruskan masa dengan baik, pelajar perlu mempunyai jadual yang telah dirancang
supaya boleh mengutamakan mana yang patut diutamakan terlebih dahulu kerana bukan
semua tugasan memerlukan tenaga kerja serta jangka masa yang sama.

Pelajar juga perlu menentukan jangka masa yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
itu supaya tidak lari daripada jadual yang telah dibuat. Oleh kerana itu, sebagai pelajar anda
perlu bijak untuk mengagihkan masa kepada tugasan mana yang perlu disiapkan dengan
kadar segera dan tidak menangguhkan kerja yang perlu disiapkan pada minggu berikutnya.
Sebaliknya, lakukan kerja-kerja itu sedikit demi sedikit supaya boleh meringankan beban
untuk kerja yang akan datang.

You might also like