You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN MENTERI KKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 9, BLOK E8, KOMPLEKS E Telefon: 03-8884 6040 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faks: 03-8889 4755 62604 PUTRAJAYA Laman Web: http:/'www.moe.govmy uj Kami KPM.SUSK(TMP).100-1/1/1510.14 (BY) Tarikh 4 Mei 2019 GURU BESAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) Tuan/Puan, TABUNG KHAS PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH LAPORAN PELAKSANAAN BAGI PERUNTUKAN TAHUN 2018 BORANG PERMOHONAN BAGI TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sepertimana yang dimaklumkan melalui surat Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernombor rujukan KPM.400-3/4/1 JLD93(20) bertarikh 1 Mac 2019 bahawa KPM telah menyalurkan peruntukan Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah (“Tabung Khas”) Tahun 2018 kepada sekolah Tuan/Puan. 3. Pihak Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemukakan Laporan Pelaksanaan bagi peruntukan Tabung Khas Tahun 2018 melalui laman web https/ppkhaskpm.com.my selewat-lewatnya pada 14 Jun 2019 (Jumaat) untuk pelaporan setakat bulan Mei 2019 di bawah tajuk “Laporan Pelaksanaan 5/2019” 4. Selain itu, KPM telah diluluskan peruntukan Tabung Khas Tahun 2019 di bawah Belanjawan 2019, antaranya RMS50 juta bagi Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) 5. Pihak Tuan/Puan adalah diminta untuk membuat permohonan online di laman web yang sama (http://ppkhaskpm.com.my) selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 (Jumaat) di bawah tajuk “Borang Permohonan 2019”. 6. Skop penyelenggaraan kerja yang dibenarkan adalah seperti berikut:- a. Kerosakan struktur sekolah b. Pengindahan sekolah ¢. Infrastruktur sekolah d. Kemudahan sekolah e. Pemagaran & pintu f. Menaiktaraf bilik darjah / tapak sukan Kelengkapan sekolah Pendawaian elektrik i. Pembasmian anai-anai j. Kerja penyelenggaraan lain k. Kerja naik taraf/ ubah suai lain 7. _KPM menegaskan bahawa hanya kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan di atas yang dibenarkan dan sebarang permohonan untuk projek bangunan baharu adalah tidak dibenarkan 8. _ Sekiranya pihak Tuan/Puan terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi 016-514 9613 atau ppkhaskpm2019@gqmail.com. Sekian, terima kasih. “SAYANGI MALAYSIAKU” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (Ts, RUDY ADRIE IDRIS) Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Senarai Salinan: 1. YB Dr. Menteri Pendidikan 2. YBhg. Dato’ Dr. Ketua Setiausaha 3. YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) 4. YBhg. Datuk Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 5. YBrs. Setiausaha Bahagian (BP) 6. YBrs. Dr. Pengarah (BPPDP) 7. YBrs. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (ulp: Unit Pembangunan)

You might also like