You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -37/2021

SK (FELDA) KUMAI, 28300 TRIANG


PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH : 10 APRIL 2021


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA FELDA KUMAI
KEHADIRAN : 107 ORANG

1. Ucapan Aluan YDP PIBG


1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa/ penjaga pada
tahun ini.
1.2 Mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa atas kerjasama sepanjang
PDPR diaksanakan dan berharap kerjasama ibu bapa dengan guru dapat
diteruskan untuk semua program- program sekolah yang akan datang.

2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung ke -36


2.1 Pn Noor Aziah Binti Ismail (S/U PIBG) membentang Minit Mesyuarat
Agung Kali ke -36.
2.2 En Remy Ismail mencadangkan agar minit diterima dan disahkan.
2.3 Disokong oleh En. Mohd Aliff Hafizan.

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada

4. Pembentangan Laporan Kewangan Tahunan


4.1 En Muhammad Abdul Malik (Naib Bendahari PIBG) membentangkan
laporan kewangan PIBG bagi sesi 2019/2020.
4.2 Pn Hasina mencadangkan agar Laporan Kewangan diterima dan
disahkan.
4.3 Disokong oleh Pn Nor Hawa binti Arsyad

5. Membahaskan Usul 2021


5.1 En Saharuddin (GPK HEM) – mencadangkan agar ditubuhkan Tabung
Kecemerlangan Murid untuk memberi pengiktirafan kepada murid
cemerlang. Ibu bapa dicadangkan memberi sumbangan sebanyak RM5
untuk setiap keluarga.

Keputusan : Cadangan diterima sebulat suara.


5.2 Ulasan GB

Usul daripada Pn Lyly Zurina bt Daud- waktu balik sekolah tidak


mengikut jadual yang telah diberi oleh sekolah sendiri.

Guru besar memohon maaf kepada semua ibu bapa kerana sekolah
terpaksa membuat keputusan drastik sejajar dengan arahan daripada
pihak Kementerian Pendidikan yang sentiasa berubah terutamanya
waktu balik dan aktiviti murid.

5.3 Ulasan GB

Usul En Ubaidillah bin Mohd Ariffin- mencadangkan agar mengadakan


lawatan murid diulas oleh Guru besar bahawa murid tidak dibenarkan
menyertai lawatan di luar kawasan sekolah demi keselamatan murid
kerana kes COVID-19 masih tinggi. Namun, sebelum Tahun 2020 lawatan
tahun 6 dan Pra Sekolah telah dijalankan tanpa gagal.

5.4 Ulasan GB

Usul En Azizi bin Abdullah- mencadangkan agar mengadakan lawatan


murid diulas oleh Guru besar bahawa murid tidak dibenarkan menyertai
lawatan di luar kawasan sekolah demi keselamatan murid kerana kes
COVID-19 masih tinggi. Namun, sebelum Tahun 2020 lawatan tahun 6
dan Pra Sekolah telah dijalankan tanpa gagal.

5.5 Ulasan GB

Usul Nurul Azwa bt Amunuddin - mencadangkan agar kepelbagaian


menu di kantin diulas oleh Guru besar bahawa menu banyak disediakan
di kantin pada waktu pagi untuk sarapan murid. Namun, untuk waktu
rehat yang menggunakan sistem pesanan melalui whats app , menu
terpaksa dihadkan untuk memudahkan pihak kantin menyediakan
makanan terutamanya makanan berkuah bagi mengelakkan tumpah di
dalam kelas.

6. Usul Tergempar

YDP PIBG En Zukefli bin Bedu mencadangkan Sumbangan PIBG RM 30


dikekalkan dan penambahan RM 5 Tabung Kecemerlangan Murid untuk satu
keluarga .

Keputusan : Usul diterima dan disokong oleh Pn Amelia Rosli


7. Rumusan YDP PIBG, En Zulkefli bin Bedu

YDP PIBG, En Zulkefli bin Bedu dan AJK PIBG SK FELDA Kumai mencadangkan
sumbangan PIBG bagi tahun 2021 yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat
AJK Kali ke 6 bertarikh 18 Mac 2021 seperti berikut :

Bil Perkara Jumlah


1 Sumbangan PIBG (satu keluarga) RM 30.00
2 Tabung Kecemerlangan Murid RM 5.00
Jumlah RM 35.00

Sumbangan yuran satu keluarga sebanyak RM 35.00 sahaja

Keputusan : Cadangan disokong dan diterima sebulat suara.

8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020 dan Pelantikan Pengerusi


Sementara
8.1 En Zulkefli bin Bedu membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020
8.2 En. Mohd Aliff Hafizan mencadangkan En Zulkefli bin Bedu dilantik
sebagai Pengerusi Sementara.

9. Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

9.1 Berikut adalah senarai jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu


bapa/penjaga yang telah dilantik dan disokong sebulat suara:

PENGERUSI : En Zulkefli bin Bedu


NAIB PENGERUSI : En Mohd Zafril bin Zainal Abidin
AJK IBU BAPA :
Pn Nor Lilah binti Muhammad Yusof
Pn Sarimah binti Che Isa
Pn Faridah binti Khamis
Pn Amelia binti Rosli
En Alif bin Saharuddin
En Suhaidi bin Md. Husin
Pn Zawiyah binti Jusoh
JURU AUDIT : En Nordin bin Abdullah
10. Ucapan Penangguhan GB

10.1 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK baharu yang
dilantik dan besar harapan dapat memberi kerjasama dengan pihak
sekolah.

10.2 Memohon jawatankuasa yang dilantik hadir membantu sekolah dalam


Program Bimbingan Membaca yang diketuai oleh Pn Nor Lilah binti
Muhammad Yusof untuk mencari ibu bapa yang boleh membantu.

10.3 Mohon sumbangan idea dan kerjasama daripada ibu bapa untuk
program SK FELDA Kumai kerana telah terpilih menjadi sekolah TS 25
dan perlu banyak menjalankan program dan aktiviti untuk membina
kemenjadian murid secara holistik. Melalui program TS 25 juga, sekolah
memperkasa jalinan dan jaringan dengan pelbagai pihak agar program
TS 25 dapat dilaksanakan selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ……………………………….

(NOOR AZIAH BT ISMAIL) (ZULKEFLI BIN BEDU)

Setiausaha Kehormat PIBG YDP PIBG

SK Felda Kumai SK Felda Kumai


Lampiran A

MAKLUMAN SUMBANGAN PIBG 2021

SEPERTI DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -37 SK FELDA Kumai yang diadakan pada 10 April 2021
telah mempersetujui sumbangan PIBG tahun 2021 adalah seperti berikut:

BI PERKARA JUMLAH CATATAN


L SUMBANGAN
1. Sumbangan PIBG RM30.00 1 keluarga bagi 1
sumbangan

Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………. …………………………………….……….……

(ZULKEFLI BIN BEDU) (RAMLAH@SITI SURIH BT SUANDA)


YDP PIBG Guru Besar
SK Felda Kumai SK Felda Kumai
28300 Triang, 28300 Triang,
Pahang. Pahang.
MAKLUMAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG 2021

SEPERTI DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -37 SK FELDA Kumai yang diadakan pada 10 April 2021
telah mempersetujui bayaran tambahan PIBG tahun 2021 adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH

1. Tabung Kecemerlangan Murid RM5.00

RM5.00
JUMLAH

Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………. …………………………………….……….……
(ZULKEFLI BIN BEDU) (RAMLAH@SITI SURIH BT SUANDA)
YDP PIBG Guru Besar
SK Felda Kumai SK Felda Kumai
28300 Triang, 28300 Triang,
Pahang. Pahang.

You might also like