You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

Terima kasih kepada pengerusi majlis....


Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Yang Berusaha En Nor Azman Bin Ishak... Guru Besar Sekolah Kebangsaan Palong 8
Yang Dihormati Puan Rafeah ...Guru Penolong Kanan Satu,
Encik Ghazali.... Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Mazlan.....Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Barisan guru-guru serta seluruh warga sekolah kebangsaan palong 8 yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, berterima kasih saya kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk
memberikan sedikit ucapan sebelum saya meninggalkan sekolah yang saya sayangi ini.
Untuk makluman semua warga sekolah....bermula 1 jun 2022 saya akan mula bertugas di tempat
baru iaitu di PKG rompin.Maka, minggu hadapan adalah hari-hari terakhir saya di sini.
Sejak mula bertugas di sini, saya telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah
perpisahan dan kehilangan.
Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang patah
sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan,
suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang
disenangi.Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan.
Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama _______ tahun.... iaitu bermula dari tahun _____
sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih sayang yang telah
diberikan oleh semua warga di sekolah.
Segala kenangan dan pahit manis saya bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan
sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur
dalam ingatan saya sepanjang hidup ini.
Di sini, saya ingin mengucapkan Sekalung penghargaan kepada pihak pentadbir, barisan semua guru-
guru, rakan-rakan AKP dan rakan-rakan pekerja sekolah kebangsaan palong 8 yang telah sama-sama
memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya melaksanakan segala urusan di Sekolah Kebangsaan
Palong 8 ini. Ucapan billion terima kasih kepada En. Nor Azman Bin Ishak selaku Ketua Jabatan
kepada saya yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan kerja saya di sekolah
mahupun di luar waktu kerja. Walaupun kelihatan sering berselisih faham...Namun hormat saya
padanya sangat tinggi kerana kebaikan beliau tiada bandingan....Terima Kasih Cikgu....
Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya
bersama dengan seluruh warga sekolah kebangsaan palong 8.
Akhir kalam...Izinkan saya membacakan serangkap pantun...

Kalau ada sumur di ladang


Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita bejumpa lagi

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.


Sekian, terima kasih

You might also like