You are on page 1of 2

MODUL ULANGKAJI IPO, CARTA ALIR, PSEUDOKOD.

*semua soalan perlu disediakan dengan IPO, Carta alir & pseudokod. Kecuali soalan 6, pseudokod
telah disediakan.

1. Syarikat parking meletakkan nilai bayaran parking mengikut jam. Satu jam pertama dicaj
RM2 manakala jam seterusnya RM1. Bina carta alir bagi menentukan kadar bayaran.
2. Tentukan kelayakan memohon kenaikan pangkat di sebuah syarikat. Syaratnya ialah pekerja
telah bekerja melebihi 10 tahun.
3. Sebuah pasaraya mengadakan jualan murah ke atas barangan berstatus tempatan. Lukis carta
alir untuk menunjukkan sesuatu barangan itu layak jualan murah atau tidak.
4. Bina kod pseudo untuk mengira kadar gaji yang dibayar kepada pekerja. Bayaran kepada pekerja
berstatus tempatan ialah RM5 sejam manakala bayaran kepada berstatus pekerja asing ialah
RM4.
5. Bina kod pseudo bagi menyatakan diskaun yang layak diterima oleh pembeli. Bagi pembelian
melebihi RM100, pelanggan akan diberikan diskaun 5%.
6. Sebuah syarikat membayar gaji pekerjanya berdasarkan pengalaman kerja. Berikut merupakan
pseudokod bagi system pembayaran gaji syarikat tersebut.

MULA
INPUT PENGALAMAN, JAM_BERKERJA
JIKA PENGALAMAN >20
OUTPUT “BERPENGALAMAN”
GAJI = JAM_BERKERJA*10
TAMAT JIKA
JIKA TIDAK
OUTPUT “TIDAK BERPENGALAMAN”
GAJI=JAM_BERKERJA*6
TAMAT JIKA TIDAK
OUTPUT GAJI
TAMAT

a) Apakah output yang akan terpapar sekiranya input yang dimasukkan adalah pengalaman=6,
jam_bekerja=900?
b) Tukarkan kod pseudokod tersebut kepada carta alir.
7. Bina carta alir bagi menunjukkan jumlah bayaran rawatan kepada pesakit sekiranya sebuah
klinik mengamalkan caj RM15 kepada pesakit berusia lebih 60 tahun manakala pesakit lain
RM30.
8. Bina sebuah kod pseudo untuk menunjukkan layak subsidi atau tidak layak subsidi bagi jualan
minyak petrol dan jumlah_bayaran. Sekiranya jumlah lebih 80liter subsidi tidak layak diberikan.
Harga seliter tanpa subsidi ialah RM4.00 seliter manakala harga seliter bersubsidi ialah RM3.00.
9. Cikgu Amin memberikan markah tambahan kerja kursus sekiranya pelajar menyiapkan kerja
rumah sebanyak 5 markah. Bina carta alir kepada Cikgu Amin untuk mengira markah baru
kepada pelajarnya yang layak.
10. Pembelian tin kedua dan seterusnya bagi sebuah minuman kesihatan diberikan diskaun 5%.
Bina carta alir dan kod pseudo untuk menunjukkan harga yang perlu dibayar setelah pengguna
memasukkan maklumat jumlah tin yang berharga RM2 setiap satu.

You might also like