You are on page 1of 2

Pengenalan.

Terdapat beberapa jenis sistem ekonomi yang ada dan diamalkan oleh setiap negara di dunia di antara sistem
tersebut terdapat empat sistem yg besar dan utama dan diamalkan kebanyakan negara di dunia iaitu sistem
tradisional, sistem pasaran bebas, sistem perancangan berpusat dansistem campuran.Bagi negara Malaysia, sistem
ekonomi campuran adalah sistem yang diamalkan oleh masyarakatMalaysia. Sistem ekonomi campuran ialah
sistem ekonomi yang melibatkan campur tangankerajaan dan mekanisme harga dalam membuat keputusan
ekonomi. Sistem campuran bolehdikatakan sistem yang paling banyak diamalkan di dunia kerana sistem ini
merupakan sistemyang dapat menutup kelemahan-kelemahan jenis sistem ekonomi yang lain. Sistem ini
adalahhasil daripada campuran di antara sistem kapitalis dan sistem sosialis

Bukti yang menunjukkan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuranantaranya ialah
Malaysia menjalankan sistem ekonomi yang unik di mana pengeluar bebas mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan dan kerajaan untuk mengawal dan memantau pengeluar dan harga yang begitu
berpatutan kepada orang ramai. Sebagai contoh, Malaysia memiliki badan tersendiri untuk memantau
dan mengawal produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh badan persendirian seperti kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasidan Kepenggunaan. Kementerian ini bertujuan untuk
pengawalseliaan perdagangan dalamnegeri, perlindungan hak-hak pengguna, perlindungan harta
intelek, dan pendaftaran sertapenyeliaan perniagaan. Mekanisme harga yang menggerakkan sistem ekonomi
ini dapat dilihatpada setiap masalah ekonomi yang bakal dan akan berlaku.Negara Myanmar pula menjalankan
sistem ekonomi sosialis, di mana sistem ini merupakan sistem ekonomi yang mana kerajaan akan
mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasarandan juga diatas pemilikan harta persendirian. Dalam
sistem ini pemilikkan sumber keperluanutama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga,
industri-industri berat dan jugasumber pertanian di kawal oleh kerajaan. Di mana pihak swasta atau
persendirian pula hanya dibenarkan untuk mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak
penting.Secara am nya, kerajaan akan menguasai pasaran dan menjadi kuasa besar namun tidak tunggal yang
mana akan menjadi pihak yang akan menetapkan upah harga dalam pasaran. Objektif utama bagi sistem
ekonomi ini ialah untuk kesejahteraan masyarakat.

Ciri-ciri utama sistem ekonomi.Malaysia.Di antara setiap sistem ekonomi yang wujud di dunia terdapat beberapa
ciri-ciri yang akan dapatmembezakan diantara sistem-sistem ekonomi tersebut. Bagi negara Malaysia yang
mengamalkansistem ekonomi campuran di mana sistem ini mempunyai beberapa perbezaan yang ketara
dibanding dengan sistem ekonomi yang lain. Di antara ciri-ciri tersebut daripada pemilikansumber, sistem
membuat keputusan, peruntukan sumber, dan sistem insentif

3. Penilaian Ke Atas Sistem Ekonomi Malaysia

Sistem ekonomi campuran yang diamalkan di Malaysia merupakan satu sistem ekonomi yangbaik dan rasional
diamalkan di negara ini. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor yangmembolehkan sistem ekonomi campuran ini
sesuai untuk dijalankan di Malaysia.3. 1 - Peranan Kerajaan dalam Pengawalan Harga Barang dan
PerkhidmatanBagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam dan susu adalah barang kawalan danharganya
tidak boleh dinaikkan atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan. Kerajaan telahmengamalkan dasar kawalan
harga dengan menerapkan dasar harga maksimum dan dasarharga minimum. Dasar harga maksimum ialah dasar
penetapan tingkat harga pasaran yanglebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. Kerajaan akan
menetapkan hargamaksimum sekiranya tingkat harga pasaran adalah terlalu tinggi. Tujuan dasar ini adalahuntuk
menjaga kebajikan pengguna.3.2 – Peraturan dan Undang-UndangKerajaan telah membuat peraturan dan undang-
undang tertentu kepada perjalanan sistempasaran. Contohnya, undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak
berlaku penindasanterhadap buruh. Manakala pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan harga dan bahan
yangdigunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya penggunatidak terbeli barang
yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus mengelakkaneksploitasi pengeluar ke atas pengguna.
Campur tangan kerajaan Malaysia di dalam sistemekonomi juga termasuklah mengawal eksternaliti negatif yang
berlaku di dalam negara ini.Untuk polisi perdagangan Malaysia, semua syarikat dalam Malaysia adalah di
bawahpemantauan Kementerian Persekitaran dan Alam Sekitar yang mana kementerian ini akanmemastikan
kilang-kilang pengeluaran tidak lalai akan tanggungjawab mereka dalam prosespengeluaran barangan dan
perkhidmatan dalam negara ini. Mereka yang didapati tidakmematuhi undang-undang ini akan didenda dan
mungkin akan dibatalkan lesen perniagaan mereka serta menghalang mereka daripada beroperasi lagi. Semua ini
adalah untukmemastikan kebajikan masyarakat tempatan adalah terjamin dan tidak terjejas kerana
aktivitipengeluaran dan perniagaan yang dilakukan oleh sektor swasta.

3.3 – Cukai dan SubsidiDi Malaysia,

cukai adalah sumber yang paling penting dalam hasil untuk kerajaan. Cukaimerupakan sumber hasil yang terbesar
negara.Terdapat berbagai jenis cukai yang ada diMalaysia. Antaranya adalah cukai pendapatan, cukai perniagaan,
cukai harta, cukai barangdan perkhidmatan dan sebagainya. Biasanya kerajaan menggunakan wang ini untuk
membina

You might also like